Jumaat 8 Mei 2009, Menteri Dalam Negeri yang baru, Hishamudin Hussien sekali lagi membuat pengumuman pembebasan sejumlah tahanan ISA. Bilangannya tetap sama dengan pembebasan pada 3 April 2009, iaitu 13 orang.
Sebaik saja pulang dari pejabat SUARAM di Petaling Jaya, aku terus memandu ke Gombak untuk mengambil Suhaib di sekolahnya. Beliau kelihatan ceria dan gembira , mengangkat tangan sambil menoleh kepada beberapa orang rakan sebaya lelaki yang kebetulan sedang menunggu kenderaan masing-masing.
Seperti biasa, jari Suhaib begitu cekap memilih stesen radio kegemarannya. Sebaik saja dibuka, kedengaran suara juruhebah stesen radio berbahasa Inggeris isu membacakan berita terkininya. "Kerajaan telah membebaskan 13 tahanan ISA...."
Aku sempat menoleh kearah Suhaib yang kebetulan juga sedang memandangku. Dia tersenyum sambil bertanya seakan berbisik "Umi... Abah bebas ke?". Aku berpura-pura tidak mendengar soalan itu dan menumpukan pada pemanduanku. "Umi ... Uthayakumar dah bebas.... abah ???"tanya Suhaib lagi sambil membetulkan "seat-belt"nya.
Minggu sebelumnya, aku , Suhaib dan keluarga isteri Uthayakumar sama-sama menaiki bas ke Kem Kamunting dan kami sempat mengintai dari pagar berduri yang tinggi itu, Uthaya dan Abah Suhaib berjalan beriringan menuju ke blok kediaman mereka. "Kalau abah bebas macam mana?" aku sengaja memancing Suhaib. Dia tersenyum lebar menyerlahkan barisan giginya yang comel dan putih itu." Ya ke?..." tanya beliau lagi dengan nada gembira.
"Sorry...Umi dah check dengan wartawan tadi, nama Abah tak ada dalam senarai...." tambahku. Dan bila ku menoleh ke kiri, tiada senyuman lagi diwajah Suhaib , dia mematikan radio , merebahkan kerusi dan terus membatukan dirinya.........
Petang itu, aku membelikan hidangan malam kegemaran beliau. Namun, sebaik saja selesai Solat Maghrib, beliau terus tidur. Aku mengejutkannya supaya menjamah makanan itu namun beliau kelihatan tidur terlalu "nyenyak" dan aku membiarkan saja beliau berkeadaan demikian. Jam 2 pagi, Suhaib hanya bangun untuk menunaikan Solat Isyak dan tidur semula hingga Subuh......
Hari ini, di akhbar, radio dan televisyen, berit apembebasan 13 tahanan ISA itu diberi liputan besar-besaran oleh media kerajaan. Juruhebah radio mengulangi berita pembebasan itu hampir setiap dua jam berlalu. Dalam berita jam 8 malam, gambar-gambar ahli keluarga HINDRAF menghiasai beberapa wawancara singkat di tv.
Gambar tahanan ISA yang dibebaskan dan disambut oleh keluarga mereka di pintu utama Kem Kamunting itu pun turut di paparkan di hampir semua saluran tv kerajaan .Namun...Suhaib hanya dapat mendengar berita dan menyaksikan saja semua peristiwa itu. Suhaib terpaksa berpegang pada hakikat bahawa abahnya masih lagi terus-menerus di simpan di Kem tersebut, walaupun telah lebih 7 tahun di tahan tanpa sebarang perbicaraan .........
sumber >http://lailagmi.blogspot.com/2009/05/suhaib-hanya-mampu-mendengar-dan.html
ps-gua fikir,ayah suhaib kena bertanding pilihan raya umum nanti,biar menang..baru ada can nak bebas.....terkenangkan nasib suhaib,memang aku fikir kencing atas kubur manusia yang bertanggungjawab memenjarakan abah suhaib tu bila diorang mati...itulah selayaknya untuk si manusia zalim dan hina macam tu..(siapa ya yang bertanggungjawab?kalau na kira semua pemimpin umNo dan dan penyokong umNo bertanggungjawab,lenguh la aku nanti,sesiapa nak join nanti,kita bahagi ikut negeri ..)
Sunday, May 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
Total Pageviews
sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :
pemberitahuan
gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..
Popular Posts
-
Tukar tiub : Semasa disoal-balas oleh peguamnya yang ingin tahu sama ada penahanan itu memberi sebarang kesan kepada dirinya, Hishamuddin m...
-
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuant...
-
Petikan dari Blog; http://reformisjalanan.blogspot.com/ Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau...
-
sumber asal dari blog Fais Al-Hajari melalui post ni, aku tak berniat nak bela dr badrul amin secara membabi buta berikutan tuduhan...
-
Menurut yang gua baca dan faham kat kelab greenbox,dengan usaha Husam Musa,Kelantan telah memperoleh RM10 Juta daripada Felcra..untuk tahu ...
No comments:
Post a Comment