Monday, May 4, 2009

DEMI KEADILAN.....TERUS BERJUANG.


Semua tahu,hari khamis ni negeri Perak gempar sekali lagi dengan adanya sidang DUN 'haram' yang dibuat oleh kerajaan haram perak di bawah pentadbiran BaziraN nASIOnaL..

mereka sedar,jika 15 mei 2009,DUN masih tidak bersidang,pilihan raya negeri akan diadakan kerana mereka sendiri tidak mengiktiraf sidang dun bawah pokok(jika dun tidak bersidang selama 5 bulan,ia automatik bubar).nak diikutkan,jika sidang bawah pokok itu sah,maka tidak perlulah mereka tergesa gesa mengadakan sidang dun 7 mei ini,tetapi mereka tidak mengiktiraf sidang dun bawah pokok,kerana jika mereka iktiraf,sekarang yang berada di kerusi MB adalah Dato Seri Nizar Jamaludin.

sempena 7 mei ini juga,sebuah badan ngo terkenal, BERSIH menyeru rakyat yang cintakan demokrasi memakai pakaian berwarna hitam sebagai tanda gelapnya demokrasi di malaysia,dengan bertemakan:
"1 Malaysia Gelita, Demokrasi Didahulukan, Adakan Pilihanraya Sekarang"

dun Perak bersidang khamis ni(jika bersidang la),mungkin satu peristiwa 'bersejarah' akan berlaku di negeri perak yang mungkin terus melondehkan prinsip rukun negara ke 3 iaitu keluhuran perlembagaan . semua ini mampu berlaku selagi umNo terus buta undang undang.

pada masa yang sama,Polis Raja DiMalaysia melarang orang ramai berkumpul secara haram berdekatan dewan undangan negeri.

ketua Polis Raja DiMalaysia perak,datuk zulkifli dipetik berkata ""Perhimpunan tanpa permit adalah perhimpunan haram dan menyalahi undang-undang dan tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram termasuk mereka yang merancang atau yang menganjurkan perhimpunan-perhimpunan tersebut"(bernama).

speaker sah perak sivakumar juga telah memohon sultan perak tangguhkan sidang dun kerana bimbang insiden yang tidak diingini berlaku pada hari persidangan..

ahh,apapun,jika DUN perak bersidang nanti,pasti ramai yang akan berkumpul secara 'haram' dengan tujuan memulihkan demokrasi di perak serta malaysia.

No comments:

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts