Tuesday, June 30, 2009

kawan ku oh kawan ku...


Gua sangka,bila zaman dah berubah,pemikiran generasi baru akan matang dan bijak,malangnya,masih terdapat segelintir yang odoh serta buta.

Gua berbicara dengan teman gua yang ibu bapa mereka menyokong barisan nasional,gua tanya,"korang memang tidak nampak ke kebaikan pas",apa jawapan mereka,pas jahil,bersatu dengan dap,tolak melayu,.

kemudian gua tanya,takkan pas nak bersatu dengan parti yang sohih wujudnya rasuah dalam parti.mereka tanya sumber maklumat,gua jawab gua baca dalam internet,dalam blog ler,mereka kata tak boleh percaya.fikir gua,sahih mereka hanya baca utusan.

kemudian mereka tanya,masa pas memerintah terengganu,kroni pas curi balak,gua tanya siapa yang terlibat,mereka diam,katanya lupa.ceh.

kemudian mereka kata terengganu negeri termiskin masa pas memerintah,gua tanya sumber,dia orang diam.

mereka kata,terengganu negeri yang diiktiraf sebagai berdaya saing di dunia gua tanya dalam sudut apa?mereka diam,berfikir..........ceh,mereka tidak baca habis pun akhbar,dah keluar fakta.jadi,sebab mereka diam,kiranya gua menang la kan.

gua kata,stadium runtuh,mereka kata,takdir Allah...ok la,tu jawapan mereka,gua terima,gua tahu tu jawapan orang yang dah takde jawapan,semua yang berlaku adalah takdir bang oi,tapi pasti dia orang tak belajar pasal sebab dan akibat.semuanya kesan dari manusia,Allah takkan buat sesuatu seperti itu selain untuk tunjukkan bahawa dalam pemerintahan kerajaan negeri semasa deris dulu wujudnya penyelewengan.

mereka kata terengganu semakin maju,gua kata...ceh,terengganu maju eh,rakyat dia kaya ke,ia,gua nampak korang semua isi borang biayasiswa semua tulis gaji keluarga mereka rm 400-rm700.dah jelas walaupun dia kata terengganu maju,namun,mereka masih tidak maju.hanya negeri yang maju,rakyat miskin papa kedana.

kalau kelantan ada takaful kifalah,negeri yang mereka dakwa miskin,kenapa di terengganu negeri maju tidak dapat menyediakan takaful seperti itu,meringankan beban rakyat?

lantaklah,buat lah apa mereka nak asalkan mereka bahagia.mereka baru nak matang,kemudian maca berita hairan utusan malayau,mana mahu terbuka fikiran,hanya diperbodohkan dulu kini dan selamanya

penjual ikan vs pengurus kanan di manik urai..


Kalau kita pergi kat mana mana blog terpilih umNo,kita akan nampak tulisan diatas.penjual ikan vs pengurus kanan di manik urai.

Hina sangatkan penjual ikan ni?seumur hidup gua,tidak pernah gua terbaca dalam akhbar "penjual ikan ditangkap rasuah","penjual ikan curi wang","penjual ikan tidak amanah"..tapi gua selalu terbaca pengurus...tipenjara kerana rasuah","pengurus..ditahan ditahan bpr/sprm"pengurus....tidak amanah".

apa sahaja pekerjaan,itu mulia asalkan halal.sedar tidak sedar,jika kamu belajar pengajian perniagaan,penjual ikan adalah jutawan dalam senyap,mereka adalah usahawan yang bijak mencari peluang,mereka mampu hidup berdikari,kerja sendiri,pengurus pun bukan kerja yang hina,tetapi,mana lebih bahagia?

blogger umNo seolah olah menghina penjual ikan,jadi diharap semua penjual ikan di manik urai boikot umNo ler,tak kan nak bagi undi kat manusia yang hina kita,kurang cerdik la tu.

zambry kata,TGNA jangan berlagak hebat...





Menteri Besar Perak yang sepatutnya haram dipetik berkata dalam Bernama bahawa Nik Aziz yang dianggap sebagai seorang 'tok guru' itu sepatutnya menggunakan ilmu dan pengetahuannya dalam agama untuk bercakap serta
tidak menganggap dirinya sebagai seorang yang hebat apabila mempelawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat berhubung kemelut politik melibatkan Pas dan Umno.

menurut zambry lagi,ia mampu membawa kesan yang buruk jangka panjang kepada masyarakat seperti perpecahan dalam masyarakat.hoi,sekarang ni masyarakat kita camne,tak berpecah eh?selagi umNo memerintah,selagi tu masyarakat kita tidak mampu untuk bersatu.selagi umNoputera diutamakan,selagi tu rakyat tidak mahu bersatu dengan "puak" umNo.


satu lawak antarabangsa yang dikeluarkan zombie adalah beliau berkata

"Saya juga tidak fikir Perdana Menteri tidak mampu berdebat dengan beliau tetapi saya yakin Datuk Seri Najib lebih memikirkan kesan terhadap masyarakat," BERNAMA.kih..kihh..kihh,kalau najib ni fikirkan kesan kepada masyarakat,rakyat malaysi,perkara pertama yang dia akan lakukan pabila jadi menteri perdana adalah hapuskan rasuah,kronirisme,amalkan sistem merik dalam masyarakat,beri bantuan,baru rakyat senang,tiada lagi pergaduhan,wujudlah perpaduan.setakat laungkan 1 malaysia,wat apa?

ikhlasnya,TGNA tidak perlu menganggap dirinya hebat,bahkan tok guru seorang yang hebat,rakyat nampak,melayu,cina,india,iban semuanya boleh nampak kehebatan ikon islam di malaysia itu.bukan sahaja dalam aspek agama malah dalam aspek politik,tok guru no 1.hero no 1.
tapi bab bom orang,TGNA tidak mahirlah,tu kita serah kat 'kawan' kita.

mengulas pasal zambry ni,dia tidak perlu fikir dirinya cerdik untuk nasihat tok guru,cuba nasihat dirinya sendiri sudahla.kalau dia cerdik,celik perlembagaan,tahu undang undang,soheh dia tidak akan duduk atas kerusi menteri besar perak ,kerana dia sesungguhnya tidak layak.



Sunday, June 28, 2009

mungkinkah gambar ini bakal menjadi bahan kempen uMno yang sudah tiada isu





















umNo sekarang dah tak de modal nak serang pas,nanti,gamabr tuan guru bersalam dengan lee kuan yew,salam dengan lim kit siang mungkin akan jadi sember bahan kempen murahan umNo..kita tunggu dah lihat je la...

jib...buktikan kamu ada teloq...


Tuan Guru Nik Aziz telah mengajak perdana menteri malaysia,najibb razak untuk berdebat dengan beliau bagi menyelesaikan segala kekalutan yang berlaku dalam arena politik tanah air sekarang.

menurut Bernama,Menteri besar Kelantan itu juga berkata draf surat jemputan rasmi kepada perdana menteri untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.

dikatakan debat itu tercetus apabila pemuda umNo membuat laporan polis terhadap beliau satu ceramah beliau yang menyamakan umNo dengan komunis dan ajaran sesat.

yup,gua tertanya jika si jib ni berani menyahut cabaran TGNA ni..kat media bn,boleh la pok jib jawab,bidas sana bidas sini,cuba berdepan secara orang jantan skali.

najib,kalau hang pa ada teloq,buktikan kamu anak jantan,sahut la debat TGNA....

tapi gua percaya,akan ada 1001 alasan najib jis ni untuk mengelakkan dirinya berdebat dengan TGNA,tunggu jel ar.

Saturday, June 27, 2009

kebenaran apa yang disebut TGNA


Apabila tuan guru Nik Aziz menyamakan umNo dengan ajaran sesat,komunis,itu semua ada buktinya,bahkan sangat jelas.tetapi tindakan beliau ini mendapat respon terus pumuda umNo yang bertindak membuat laporan polis terhadap beliau.yea la,beruk dah kepanasan,takde cara lain dah selain membuat laporan polis,apa macam kalau mereka menyangkal dakwaan tuan guru nik aziz,serta beri bukti apa yang tuan guru kata tu salah,baru kredibiliti mereka tidak berada di tahap terendah.

bila tok guru kata umNo ni seperti parti ajaran sesat,macam ayah pin si pemilik kerajaan langit tu la,itu ada kebenarannya.perkara yang membuktikannya adalah melalui konsep bawaan pak lah badawi iaitu islam hadhari,jarang sudah kedengaran islam hadhari ni,yang selalu kita dengar sekarang adalah haGARI je kan,tetapi konsep ini masih belum terhapus.islam hadhari masih ada walaupun dah menyepi.islam hadhari jelas dah sesat apabila ia kelihatan mendokong sisteri in islam,ha,sebut pasal sis pulak,sis ni diketuai oleh anak anak bekas pemimpin tertinggi umNo,...gua nak tanya siapa yang berani kata sis ini tidak sesat,berikan hujah serta dalil anda.kita cakap bukan pakai otak,kita cakap pakai akal,kambing pun ada otak,tapi dia tak guna akal,kenapa?sebab dia takde akal la.

bila tok guru kata umNo tu sama dengan komunis,betul la(tok guru sentiasa betul),ok,komunis dan umNo jurang perbezaan mereka tidak besar,hanyalah berbeda pada majoriti kaum yang menyertainya.kita dakwa komunis menolak Allah,menolak agama,mereka aties,la,umNo pun menolak Allah,menolak hukum Allah.takde bezanya dua tu dari segi ini.tp,dalam komunis ada rasuah dak?

apa yang tok guru cakap setiap kali ada kebenarannya,tok guru tidak bercakap kosong.dah apa yang tok guru cakap,gua percaya 100 peratus kecuali apabila tok guru cakap,umNo parti bersih,jom kita berbincang.

Friday, June 26, 2009

oo,mufti perak kecewa..


Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka(hrkh).

hmm,dulu gua ada satu cd ceramah dia,tajuk dia berkenaan murtad,gua simpan,sekarang,gua dah patah patahkan cd tu kemudian gua tanam dalam tanah.cd tu bagus,cuma semakin gua tengok cd tu,semakin gua rasa jijik kat mufti tu.

mufti ni dakwa,parti islam(pas)sanggup berkelahi,serta memutuskan tali persaudaraan demi politik.jadi dia kecewa la.

ok,tuan guru nik aziz dah pun jawab bahawa si mufti ni kurang tahu sejarah politik islam,gua tak perlu la ulas kenyataan TGNA sebab dah banyak blog yang ulas,kat harakah pun ada,jenguk lah.

gua cuma nak tanya kat mufti perak ni samada dia kecewa tak apabila:

pemimpin negara rasuah siang malam?bukankah islam melarang rasuah tu.kalau mufti ni memahami ajaran islam,dia akan kecewa dengan pemerintah yang rasuah,bukan bersekonkol.ke mufti ni tidak nampak wujudnya amalan rasuan dalam pemimpin pemerintah negara?

kedua,rakyat dizalimi,mufti ni tak kecewa ka bila ada rakyat malaysia yang dizalimi oleh pemerintah malaysia.jika israel menzalimi rakyat palestin kita panggil teruk,zalim(memang teruk dan zalim pun)abih tu,apa kita nak gelar kepada pemerintah malaysia yang menzalimi rakyat sendiri,itu lebih teruk dari yahudi...(gua ciplak ayat YB wakaf mempelam(sekarang beliau juga merangkap ahli parlimen kuala terengganu) ustaz abdul wahid endut dalam sidang dun semasa zaman deris dulu,sampai ada yang ajak ustaz wahid ni bergusti di luar).roboh rumah rakyat,curi duit rakyat,tu kita panggil apa kalau bukan zalim?

ketiga,mufti ni tidak kecewa ka istri pemimpin kesanyangan dia kebanyakkannya tidak tutup aurat.sebagai mufti,dia mesti ada rasa kecewa bila pemimpin dia tidak mampu menyuruh istri mereka menutup aurat(itu kita panggil dayus,orang duyus kata Allah tidak boleh masuk syurga).

keempat,mufti perak ni tak kecewa ka pemerintah dia menolak islam,sedangkan dia tu mufti orang islam,bukti pemimpin bn tolak islam mudah je,baca sebab ketiga yang saya bagi pun dah memcukupi bahawa saya tidak bohong.

kelima,mufti perak ni tidak kecewa ka dengan apa yang berlaku kat dia sendiri sekarang,kalau dulu ramai pihak serta manusia yang mengagumi dia,sekarang,selepas dia bersama umNo(walaupun bukan secara lansung)dia sekarang dah jadi smapah di mata masyarakat.

banyak lagi yang boleh dikecewakan,dan sesungguhnya,mufti itu sendiri mengecewakan,kesian kat ni..betul la sekarang dah akhir zaman.wujudnya mufti/ulama jahat,iaitu dia tahu agama,tetapi dia menolak serta tidak mengajak manusia ke arah kebaikan.

Thursday, June 25, 2009

dulu nasar bersungguh,sekarang najib.



Kalau dulu,sebelum isu kerajaan perpaduan masih panas,ustaz nasarudin bersungguh sungguh untuk mengadakan perbincangan dengan umNo.bila terima maklum balas najib,terus keluar kenyataan gmbiral a,tu la,ni la.sehinggakan tuan guru nik aziz mengeluarkan kenyataan agar nasarudin keluar pas dan letak jawatan ahli parlimen bachok.

tapi,selepas beberapa hari lepas,dengan usaha pempinan pakatan rakyat,isu kerajaan perpaduan ini hapus,tuan guru nik aziz dah tarik balik kenyataan beliau terhadap nasarudin serta jemaah pas kini sudah kembali stabil.

ustaz nasarudin dah tidak lagi bicarakan tentang kerajaan perpaduan,ustaz hadi juga sama,tapi kalau korang baca malaysia kini semalam,tajuk teratas yang ada adalah "PM:A religious duty to have unity talks".makannya,PM najibb kata,adalah kewajiban agama untuk meneruskan perbincangan kerajaan perpaduan ini.

hempeh,cis,bedebah betul la,kalau la umNo ni parti bersih,tiada rasuah,tidak mengamalkan kronimisme,serta tidak pernah menindas pakatan pembangkang sepanjang dia berkuasa,Kerajan perpaduan ni wajar diteruskan,tapi semua ciri ciri buruk tu,umNo miliki.kalau korang kata umNo tiada rasuah,korang la bakal raja lawak seterusnya,kalau korang kata umNo tidak mengamalkan kronimisme,sah korang gila,kalau korang kata umNo ni parti bersih,sah buta dan pekak dan kalau korang kata umNo ni tidak pernah tindas pakatan pembangkang,sah korang ni dah nak mati.tak laam dah,baik korang suruh istri korang sediakan secara alat persediaan nak kebumikan korang.

kemudian,najib kata pulak,pas yang bersungguh sungguh nak kerajaan perpaduan ni,hmm,kialau korang kata PAS,dia silap,hanya dua orang je yang mahukan kerajaan perpaduan(dulu),yang lain tolak,tapi yang gua muskil nya,akhbar rasmi uMno ni yang kakau dulu mustahil nak puji pemimpin pas,boleh dia angkat lagi semasa persidangan muktamar,siap tolong kempen lagi..jadi kalau fikir secara bijak nya,umNo mahu,tapi malu nak tunjukkan.malu malu kucing le gamaknya,bila dapat,dia terkam habis habisan ler.

dalam pakatan rakyat,isu ni dah habis,kita sudah tidak lagi bicarakan soal ini,tpai lain pula dalam umNo,pemimpin mereka duk sibuk nak kutuk kegagalan perlaksanaan kerajaan persatuan ini.

Wednesday, June 24, 2009

ketua pemuda rasuah akan ke manik urai..



Pilihan raya kecil manik urai akan menyaksikan menantu bekas perdana menteri malaysia,khairy jamaludin akan memimpin pemuda umNo untuk berkempen di manik urai.

jadi,kepada rakyat rakyat manik urai tu,kalau nak tengok si perasuah ni live,silalah bersedia hari khamis ni,dia akan ke sana selama tiga hari.

tapi macam biasa la,kalau dia bagi duit ambil,bagi gula kacau,bagi kain pakai,bagi mesin jahit,kebas tapi 14 julai ni undi bulan yea.

anda juga disarankan sediakan beberapa tandan pisang untuk idhadiahkan kepada mereka untuk diberi kepada rombongan pemuda ini.kalau boleh pisang tu,beri yang putik lagi ,jangan beri yang masak,mereka ni hanya layak untuk diberi pisang putik,yang masak,baik korang beri kat beruk atau kera peliharaan korang,boleh juga beruk beruk ni tolong korang panajt pokok kelapa.

guru diseru undi umNo bn di manik urai..



MANIK URAI, 23 Jun (Bernama) -- Seramai 187 guru dan warga pendidik yang layak mengundi pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Manik Urai pada 14 Julai ini diseru supaya memilih calon Barisan Nasional (BN) bagi memastikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) berjaya dilaksanakan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata walaupun pemilihan calon merupakan hak seseorang individu, namun sokongan terhadap kerajaan akan memastikan PIPP dapat dilaksanakan demi faedah generasi masa depan.

"Kita berharap para guru dapat membantu menjayakan agenda pendidikan negara ini," katanya.

Puad berkata kerajaan kini dalam proses untuk membina negara bangsa yang cemerlang menerusi sistem pendidikan yang maju.

"Kita juga sedang meningkatkan taraf guru dan untuk itu mereka mestilah bersama kita," katanya.

-- BERNAMA

sah kat sini bee end gunakan satui lagi taktik kotor dalam berkempen.bunyinya lembut je,sedar tak sedar,itu macam ugutan pada guru guru.

"hangpa kalau tak undi bee end,cma mana nak pastikan
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) berjaya dilaksanakan,oleh itu undilah bee end"

ia juga bunyinya seolah olah PIPP ni untuk jayakannya,mereka guna duit parti umNo.pooorah.kalau umNo ni tak jadi kera jaan,pasti ia adalah parti termiskin yang ada dalam dunia.bukan pe,pemimpin umno sendiri yang curik duit parti.

disini juga dibuktikan ketidak adilan,oo,jadi kalau pr berkuasa,apa apa pelan untuk kemajuan sistem pendidikan tidak akan dijalankan.bantuan kewangan akan disekat la yea.dia dah ngaku dah tu.

apa nak jadi la dengan puad zakar besi ni,kecil kecil tak nak gi sekolah,bila besar,mula la ugut guru.

ps-puad zakar besi ini tidak ada kaitan lansung dengan puad zarkashi timbalan menteri pendidikan malaysia tu.ini orang lain.puad zakar besi ini juga telah meninggal 100000 tahun yang lalu...hehe



Monday, June 22, 2009

kebiadapan polis di malaysia:entah halal ke haram kerja polis kat malaysia nih...


polis raja dimalaysia sekali lagi mengganas apabila "menyerang"majlis makan yang dianjurkan dap.

ini bukanlah kali pertama polis raja di malaysia ni bertindak sedemikian kepada majlis pihak pembangkang mahupun kepada aktivis rakyat.

gua tertanya tanya yea,polis ni gaji dia dibayar guna duit rakyat yakni semua rakyat malaysia membayar kepada polis ni,apa kerja dia hanya untuk umNo.kita bayar dia gaji,dia "belasah" kita.

gini la,kalau da satu sen pun duit aku dalam "gaji' polis tu,aku tak halal,dan bagaimana jika hampir sepuluh juta tidak halalkan gaji mereka,jadi,gaji mereka tu kira haram la kan.

dan gua rasa benar bahawa polis di malaysia sedang makan gaji haram kerana gua lihat kebanyakkan anak kepada polis ni perangai macam setan.bapak dia pagi pergi kejar samseng jalanan,malam anak dia sendiri yang jadi semseng jalanan.katanya ustaz gua,kalau seseorang bapa itu memberi makan keluarganya gaji yang haram,hati anak mereka akan gelap,so gua dah boleh nampak 'kebenaran' apa yang ustaz tu beritahu.

polis di malayia adalah anjing umNo,bahkan kalau nak bandingkan antara polis dan anjing,anjing lagi mulia la,kalau anjing kita beri makan(gaji)paling kurang ia akan menghormati kita,jumpa kita mereka akan goyangkan ekor,kalau polis ni,dah la kita beri makan,lepas tu dia gigit kita pulak.dasar kacang lupakan kulit.

polis ni sepatutnya berani untuk melawan kejahatan,kebejatan,tetapi time pilihan raya,hati nak undi pr tapi tangan undi bn,sebab apa,sebab takut kena pecatla,kena tukar la.sesungguhnya penakut itu gagal menghayati ajaran islam.takut kita hanya pada Allah,korang takutkan pemerintah,korang ingat mereka akan berkuasa sepanjang zaman ker?kerana ketakutan korang,hasilnya korang makan gaji haram.

polis pun bab rasuah ni dah jadi biasa.selalu keluar tv,di dada dada akhbar,jadi walaupun mereka dah makan gaji haram,mereka masih nak cari lagi rezeki haram yea.dah la tu,isu altan tuya juga nama baik polis dah tercemar,suruh bom orang,ko gi bom,sekarang sape nyaya,korang jugak.. paan la muak korang.

satu hari nanti,jika umNo terus memerintah,apsti pekerjaaan polis akan menjadi satu pekerjaaan yang dianggap jijik oleh masyarakat.tunggu je lah.

Sunday, June 21, 2009

manik urai: blogger umNo terdesak!!!


blogger umNo semakn terdesak untuk mencari bahan kempen untuk menentang pas di manik urai.buktinya,ada di antara mereka yang menggunakan kempen anwar menyerang pas takkala anwar menjadi timbalan perdana menteri malaysia satu ketika dahulu.

ini salah satu blogger yang dah tak de jalan dah,tengok tajuk yang digunakan"

Manek Urai : Anwar berkempen mengutuk PAS!!...


kemudian dia beri hujah hujah anwar menentang pas..wei manusia bangang,ini politik,dulu anwar bidas pas atas dasar kesetiaannya pada parti umNo tersayang,tetapi tengok apa yang berlaku,kesetiaan beliau dibalas dengan fitnah kotor oleh pemimpin umNo yang cemburu terhadap anwar ibrahim.

gua tak nak nak promote blog pencacai umNo tu,hangpa cari sendri la,yang gua malu skit dia tu orang senegeri dengan gua,buat malu ke negeri jer manusia tuh.dia tak sedar,bila dia buat begitu,kebodohan dia dan umNo semakin jelas kelihatan..

Friday, June 19, 2009

Bila menteri cap ayam bersuara...


Muhyiddin Yassin,yang juga timbalan menteri perdana malaysia berkata sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam di negara masuk syurga.

Timbalan Presiden Umno itu berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.

tu la,kalau dah bangang,memang akan bengang dulu kini dan selamanya..memang bukan hak gua nak kata dia tu masuk syurga dia tu masuk neraka,cuma ucapan lawak muhyidin memang tahap kritikal.

umNo pada dasar pun dah bertentangan dengan islam,united MALAY nasional organisation.bunyi dah perkataan yang melambangkan perkara yang tidak diajar islam iaitu perkauman.umNo ni dasarnya assobiyah,islam larang assobiyah,camne nak masuk syurga.

islam juga melarang umatnya mengamalkan rasuah,umNo ni dah terang terangan parti rasuah,tak caye tanyalah khairy..nak masuk syurga camne.

umNo dulu roboh rumah Allah,camne nak masuk syurga Allah.

umNo juga selalu anjurkan pesta pesta maksiat,nak masuk syurga camne,gambar di atas tu buktinya..

banyak perkara yang dilakukan umNo ni bertentangan dengan islam bahkan ada dalam katogeri melawan islam,cmane nak masuk syurga..

gua tak kata kalau undi pas masuk syurga,itu kerja Allah,cuma cuba bandingkan antara dua.mana yang lebih dekat dengan islam....korang fikir la sendiri.





Thursday, June 18, 2009

pelik tapi benar-karpal setuju dengan nik aziz


biasanya apa yang dikata tuan guru nik aziz pengerusi dap karpal singh bantah..tapi pengerusi dap itu setuju dengan tindakan tuan guru terhadap pemimpin pro umNo dalam pas tu..

walaupun agak kasar,ia agak manarik...
ini gua petik sikit dari web theedgemalaysia:

" PAS spiritual adviser Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat yesterday lambasted Nasharudin, asking him to join Umno instead.

Karpal, who is Bukit Gelugor parliamentarian, said Nik Aziz's statement was "more than a reprimand" and that "the old man spoke with wisdom".

When asked, Karpal said PR would continue to support the PAS faction that was supportive of the coalition but denied the widening rift within the Islamic party had great effect on PR.

On the inclusion of DAP and PKR in the discussions, Karpal said DAP had "no such intentions of having unity talks" and questioned the timing of the suggestions."

pro kerajaan perpaduan tiada di manik urai....


sebagai strategi berkempen di manik urai,poster presiden pas tidak akan digunakan sebagai bahan kempen di pilihan raya kecil manik urai.

ini sesuatu yang amat jarang berlaku,adalah suatu kebiasaannya,jika terdapat pilihan raya yang diwakili pas,pasti poster tuan guru nik aziz dan haji hadi sebagai presiden pasti satu kewajipan.kata orang,jika ada gambar ulama,penyokong akan lembut hati ler.

walaupun pas kelantan mengatakan ini tiada kaitan dengan kerajaan perpaduan,gua tidak percaya 1000 peratus,gua ni pemikiran berterus terang,nak terasa,terasa lah,nak kutuk kutuk la,cuma saya suka luahkan apa di hati.jadi gua dengan yakin kata ini berlaku kerana isu kerajaan perpaduan.

dan gua setuju dengan "kempen"sebegini...ni cara kita "ajar"pemimpin.

kat bukit gantang dulu pun,sikit je gua nampak gambar presiden pas...kenapa yea?

pas tidak dinafikan kita dapat lihat perpecahan,nak nafi macam mana pun,orang takkan percaya.kenapa ini berlaku,kerana ada "boneka"umNo dalam pas.dan sesungguhnya dia berjaya memecahkan pas.the only solution is,boneka tu harus keluar dari pas...tidak kiralah boneka itu presiden mahupun timbalan presiden.

nak join umNo silakan,itulah penamat karier politik anda.

anda mungkin sempat rasa jadi menteri setahun dua,dan kemudian anda akan terkubur...

tuan guru mula "garang"


respon yang diberi tuan guru nik aziz selepas si nacha memberi respon kepada najibc4 yang telah memberi respon positif mengenai kerajaan perpaduan memberi respon positif kepada penyokong pas yang menentang kerajaan perpaduan.

mursidul am pas itu memberi tahu nacha agar meletak jawatan sebagai timbalan presiden pas dan ahli parlimen bachok dan kemudian menyertai umNo jika dia dah gilakan sangat dengan kerajaan perpaduan.

menurut tuan guru lagi,kerajaan perpaduan bukanlah idea pas tapi datang dari segelintir individu,ia tiada hitam putih pun.

yea lakan,dah gila sangat dengan umNo tu,baik si nacha tu ceraikan pas dan kemudian kawin dengan umNo tu.tak yah nak haru birukan pas.ataupun si nacha ni boneka umNo yang dibayar untuk hancurkan pa dari dalam,nampaknya dia berjaya.

hah,tuan guru nik aziz dah bersuara,keluar berambus la sekarang....dengan adanya nacha.pas akan terus haru BIRU,bila nacha keluar,kurang la sikit haru BiRu tu...

Wednesday, June 17, 2009

manusia tidak sedar diri...


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa mendakwa bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin tidak memaklumkan kepada Pas Pusat mengenai tindakannya memakai lilitan pada songkok, kepala dan lengan bertulis ‘Bubar DUN’ di Dewan Rakyat kelmarin.

“Tindakan beliau adalah spontan kerana tidak berpuas hati terhadap apa yang berlaku di Perak. Bagaimanapun, Nizar tidak memaklumkan tindakannya itu. Saya menyifatkan beliau mahu menarik perhatian dunia dan beliau memperolehnya,” katanya.

Namun, beliau mengakui Mohammad Nizar ada menyatakan kepadanya akan memakai lilitan pada songkok tetapi bukannya melaungkan Bubar DUN.


Mengulas lanjut, Nasharuddin berkata, kelakuan Mohammad Nizar itu akan dibawa kepada mesyuarat mingguan Ahli Parlimen Pas.


Sementara itu, pelbagai pihak menyifatkan itu amat tidak wajar kerana akan memberi kesan kepada kredibiliti seluruh Ahli Parlimen dan bertentangan prinsip Rukun Negara yang meliputi penekanan kepada kedaulatan undang-undang sebagai sebahagian daripada proses membina negara.


sumber: http://www.bharian.com.my

celaka betul,ada orang yang tidak sedar diri kat sini..ok,nizar tidak maklumkan kepada dia,abih tu,semasa dia buat perjumpaan sulit dengan umNo tu dia maklumkan kepada penyokong dak..dasar munafik,sah budak ni ada ciri ciri umNo yang tidak sedar diri..

nizar ada sokongan rakyat ,budak ni ader ke?sorang dua yea la kot..

ulama ke si nacha tu?


tuan guru nik aziz harus bertindak dalam menanganni masalah "kebodohan" dalam pimpinan tertinggi pas.isu kerajaan perpaduan berkumandang semula selepas najib c4 mengatakan kesediannya dia untuk menerima pelawaan "berbincang"segelintir pemimpin pas yang buta sejarah.

ustaz nacha mula berkokok selepas respon mengenai kerajaan perpaduan dibuat najib.manurutnya perkara ini akan dimaklumkan presiden pas dan dibincang dalam parti.

ini memang kerja gila,tak guna punya orang,dia sedar ke tidak bahawa kemenangan pas hari itu adalah disebabkan kebencian rakyat terhadap umNo,bila timbulnya isu kerajaan perpaduan,rakyat yang mengundi pas atas dasar bencikan umNo akan rasa dikhianati.dan sesungguhnya orang yang mengkhianati kepercayaan orang lain adalah manusia yang tidka mengamalkan ajaran islam dengan betul.

satu lagi persoalan,nacharudin ni tergolong dalam katogeri ulama ke?salah satu ciri ciri ulama adalah bijak dan cerdik.tetapi,kalau dah sokong umNo tu,sahih orang tu tidak cerdik.siapa yang labelkan ustaz nacha tu ulama,dan adakah kita sebagai penyokong pas dan islam mengiktiraf nacharudin tu sebagai ulama?gua tidak fikir dia ulama,dia hanyalah seorang pemimpin parti islam yang tidak disukai pengikutnya yang waras.dan gua percaya tidak ada orang yang akan mengelarkan "tok guru" sebagaimana tuan guru nik abdul aziz.

ulama sepatutnya mengajak manusia ke arah kebaikan,apa yang si nacha buat ini membuat manusia bersama pengikut thorut.maknanya,dia tidak layak mengelarkan dirinya ulama,dia hanya manusia biasa yang digelar ustaz kerana memimpin parti islam.

tok guru haji hadi,betul ulama,tetapi dia tidak ada keupayaan untuk menjadi ulama politik kerana sekarang beliau sudah tidak punyai pemikiran politik yang waras,(nak bersatu dengan parti yang nak mampos,waras ke tuh).soal pengetahuan agama,kita tidak persoalkan kewibawaan haji hadi,tetapi soal kebijakan berpolitik,kita sudah boleh meraguinya.

cikgu mustafa ali pula ......samalah macam haji hadi,mungkin tahu agama,tetapi pemikiran politik tidak luas,ada tapi kurang.dia berfikir macam uMnO la jugak..ahh,tak nak komen banyak pasal dia ni,tanding pilihan raya pun kalah,perabih boreh je.

haa,kalau tok tok guru nik aziz nik mat,beliau adalah seorang ulama yang berpengetahuan luas tentang soal agama,serta dianugerahkan kelebihan untuk berfikir ke hadapan sekaligus memampukan beliau untuk berpolitik.tuan guru nik aziz dikurniakan kebolehan itu dan kita bertuah kerana dikurniakan Allah seorang insan seperti tok guru nik aziz.allahamdullilah.

kalau husam musa pula,memang dia bukan ulama dan beliau tidak mengaku dia ulama,tetapi,beliau adalah anak didik ulama termasyur di malaysia,dan walaupun tidak punyai pengetahuan agama seluas para ulama,namun,beliau mewarisi kebijaksanaan politik tuan guru nik aziz.

dalam skop pakatan rakyat,anwar ibrahim pun bukan lah ulama,namun beliau mampu mengajar manusia ke arah kebaikan sebagaimana ulama lakukannya.tidak melampau jika dikatakan bahawa anwar ibrahim juga anugerah Allah kepada kita...

dalam pkr,gua suka ustaz badrul amin,pasti kalau beliau pemimpin pas sekarang,beliau turut akan di'cop' sebagai ulama.dah kalau ustaz nacha yang begitu begitu pun digelar ulama,ustaz badrul amin apatah lagi,beliau adalah pejuang sejati islam,gua ingat sampai sekarang ceramahnya mengenai ifc.dan gua selalukan guna ayat itu untuk berdebat dengan orang umno yang mengaku islam tetapi berusaha menghancurkan islam.ayatnya brbunyi begini:"demi islam,kalau seseorang itu nak anayai islam,kalau dia nak parang,kita boleh kasi parang,kalau dia nak PERANG,kita boleh bagi perang.takbir ustaz...

kalau lim guan eng,lagilah bukan ulama,islam pun bukan,nak jadi ulama macam mana,namun begitu beliau lebih baik dari segelintir umat islam,takkala umat islam sekarang ramai yang melakukan amar mungkar nahi maaruf,beliau menyeru kepada munusia untuk melaksanakan amar maarfu nahi mungkar,beliau menolak rasuah serta menolak untuk bekerjasama dengan parti rasuah,lebih baik dari manusia yang mengaku islam dan mengelarkan dirinya ulama yang ingin "berkahwin" dengan si perasuah.

sokongan terhadap pas semakin pudar dalam internet sendiri gara gara si manusia durjana,jadi untuk selamatkan pas,kita mohon,yang bertanggungjawab dalam isu ini sila letak jawatan,ataupun kita berdoa kepada Allah agar manusia ini "hilang" dari pas..

bismilahirrohamanirohim...
ya Allah,ya tuhan kami..
sesungguhnya Engkau maha mengetahui segala sesuatu,
kami mohon kepada Mu ya Allah agar kamu selamatkan lah parti yang perjuangkan agama Mu ini dari manusia durjana yang ingin merosakkannya ya Allah...amin..

Tuesday, June 16, 2009

bErAnI sUnGgUh NiZaR...



pernah tak orang kali pertama korang masuk kerja dah kena gantung,atau baru je masuk "u" dah kena gantung.?pasti tidak pernah kan?

Dato Seri Nizar Jamaludin mencatat sejarah pada tahun ini apabila beliau digantung dari menghadiri sidang parlimen selama 2 hari selepas tidak sampai 1 jam mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen buat kali pertama.kesalahan beliau adalah beliau menjunjung perlembagaan negeri perak dan terus pertahankan perlembagaan tersebut sehingga ke dalam parlimen.

"hidup rakyat" dan "bubar dun",pekitan keramat bagi pakatan dan pekitan maut bagi bee end telah bergema di dewan parlimen sejurus selepas dato seri nizar mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen malaysia.

Allah telah menganugerahkan keberanian sebegitu kepada nizar jamaludin,diharap ramai pemimpin pakatan terutamanya dari pas juga mengcontohi beliau..

beberapa lagi sahabat beliau dari pakatan juga digantung kerana memakai headbands.

Monday, June 15, 2009

satu lagi program menyerupai BTN


Sorang kawan gua,anak jkkk beritahu kat aku dengan "bangga" bahawa
"nasib baik ko tidak pergi program tu,kalau tidak mampos ko,penceramah dia beritahu semua keburukan serta kejijikan pas",sebab dia tu umNo,gua kurang la layan sangat,gua pun hubungi teman gua yang ikut serta program tu dan tanyakan kesahihan apa yang diperkatakan anak jkkk,dia kata ya..

menurut dia lagi,antara yang penceramah itu sebut adalah ..
"adakah jika korang sokong pas,haji hadi beri duit kat korang,?"kemudian dia burukkan pas kepada pelajar bahawa pas mendakwa undi pas masuk syurga..serta banyak lagi yang temanku tidak sempat beritahu...

kemudian,gua minta detail tentang program tu.

nama program adalah:program jatidiri kesukarelawan nasional peringkat daerah setiu..
tarikh:29 mei hingga 7 jun..
bertempat di :merang(chelet di sana)
anjuran:pejabat belia dan sukan daerah setiu dan majlis belia daerah setiu

ceramah yang didakwa menghasut pelajar benca kepada pas adalah pada slot "peranan ngo".

bila kawan gua beritahu nasib baik aku tidak mengikuti program itu,kemudian aku sesal,kalau gua pergi,memang sah gua akan buat hal(memang hobi gua).

sama seperti btn(biri tata negara)program ini dibayai oleh duit rakyat,bukan duit umNo.apa yang dilakukan oleh pencaramah itu adalah salah dan mungkin berdosa.kalau ada satu sen pun wang gua dalam program tu,gua tidak halalkan.dia beri duit tu makan minum anak bini dia,lepas tu,anak dia akan berperangai seperti dajjal la,makan duit haram.

ps-gua tidak pergi program tu,kata teman gua,nanti,program btn ada ada,sah gua akan pergi sebab gua tolak ke program ini.hmm,tengoklah....

Saturday, June 13, 2009

ke manik urai:sanggup ke ezam nak "belasah" tuan guru nik aziz...


walaupun lambat lagi pilihan raya kecil manik urai,meh kita bicara pasal pemidato "terhebat" umNo ni.

ezam mat nor,bekas ketua amk pkr serta bekas pengerusi gerak(gerakan anti korupsi) sekarang time pilihan raya sesalu je dia ada dengan pidatonya yang berasap,di permatang pauh,dia serang anwar habis habisan,di terengganu,dia kata pas parti kluk klek,dibukit gantang dia ada lagi,di bukit selambau pun dia ada,semua pilihan raya kecil selepas pru12 dia pergi,tujuannya,nak "belasah"bekas bos dia,dato seri anwar ibrahim,ntah apa dendam dia,gua sendiri tidak tahu..

cuma gua perhatikan,sepanjang kempen dia mewakili umNo,gua tak dengar lagi dia kutuk tuan guru nik aziz sampai berapi,mungkin rasa hormat pada tok guru dia masih ada,bagus la kalau begitu.

tapi,di manik urai,fokus utama yang sepatutnya umNo serang adalah tuan guru nik aziz,kerana manik urai adalah salah satu dun kelantan yang mana tuan guru nik aziz adalah menteri besar kelantan,takkan dia nak hemtam khalid ibrahim kot kan?

namun begitu,adalah ezam sanggu untuk "serang"tuan guru nik aziz,seorang ulama yang beliau sendiri hormati satu ketika dahulu,dan beliau sendiri mengakui pemerintahan tok guru yang paling bersih di malaysia,apa modal dia nak belasah tok guru?..

entah lah,kalau ezam masih ada harga diri serta prinsip,dia tidak akan berkempen untuk umNo di manik urai(tapi kalau dia kempen pun takde orang dengar gak).

ps-gua sampai sekarang belum tahu sebab yang sahih kenapa ezam jadi begitu,bukan apa,ezam ni mentor anwar ibrahim,pejuang reformasi,pejuang anti rasuah,tetapi,....entahlah,manusia sentiasa berubah kan,macam la haji hadi juga,dulu kata umNo kafir,hari ni nak berpadu dengan umNO......gua pun tidak pasti samada masihkah ada cahaya untuk ezam kembali ke jalan yang benar...siratul-mustakim...

zaid ibrahim pun dah join pakatan(rasmi),kenapa pas nak pergi kat umNo.


Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR hari ini.zaid merupakan menteri umNo dulu,sanggup korbankan jawatan menteri untuk bersama pakatan demi keadilan,mengapa pas jadi kurang bijak nak adakan kerajaan perpaduan antara pas dan umNo?

walaupun dah lama zaid tinggalkan umNO,dan sekarang baru sertai pakatan,ini jelas menunjukkan pakatan memang releven,datuk zaid bukan orang sembarangan mak oi..orang cerdik,tegas serta serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman Malaysia.

kemasukan beliau dalam pkr(pakatan)sekaligus menguatkan lagi pakatan pembangkang.sekarang ni trend semua orang tinggalkan umNo bn dan sertai pakatan rakyat,abih tu,apsal haji hadi dan nasarudin mat isa ketinggalan zaman sangat?taK cOOl la cam ni..

apapun,terima kasih kepada datuk zaid kerana menyertai pakatan,kemasukan anda membawa 1000 erti kepada rakyat malaysia...hidup zaid ibrahim,hidup pkr,hidup tok guru nik aziz,hidup dap,hidup pas....

Anwar Memulakan Kongras Khas PKR Dengan Kehangatan


Kajang - Sebentar tadi, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan Kongres Khas parti itu selepas Presiden PKR iaitu Datin Seri Wan Azizah menyampaikan kata alu-aluan. Johor Daily dilaporkan sehingga 10.30 pagi tadi kehadiran mencecah 1,009 perwakilan dan 330 orang pemerhati.

Dalam ucapan pembukaan Anwar menyentuh mengenai had umur calon yang layak bertanding sebagai ketua pemuda iaitu maksimum 35 tahun. Beliau berharap ianya diterima oleh ahli parti kerana bagi pendapat beliau usia 40 tahun sebenarnya seseorang pemimpin itu sudah layak menerajui kepimpinan utama. Anwar mengambil contoh dibeberapa negara luar sebagai panduan.

Belaiu juga menyentuh mengenai isu sensasi iaitu Parti Komunis Malaya (PKM). Anwar menegaskan bahawa bekas anggota PKM itu selayaknya dimaafkan kerana pada pandangan beliau pada masa lampau (zaman penjajahan) banyak negera termasuk Indonesia menerima nasib serupa dengan Malaysia, iaitu menjadi mangsa kekejaman PKM itu. Tegas beliau negara lain telah mengambil sikap 'bermurah hati'.

Ketika ini setiap perwakilan negeri sedang membahasa usul pindaan perlembagaan parti itu. Johor Daily dimaklumkan pengunaan nama 'cabang' , 'ranting' dn had umur 35 tahun mungkin menjadi 'panas' pada sesi perbahasan. Johor diwakili oleh Srd. Nazri ( AMK ) dan Sdr. Zaaba ( PPN ).


sumber: http://johornews.blogspot.com/

keraspedal : hmmm,korang tahu british?korang tahu bagaimana hubungan british dan malaysia,korang ingat tok janggut?korang ingat bagaimana mayat tok janggut digantung terbalik?korang kenal dato maharaja lela?korang tahu apa perjuangan beliau,dan apa yang brtish buat kat dato maharajalela akhirnya?..dengan segala kekejaman yang ritish buat,bunuh rakyat tempatan,bunuh pemimpin kita,kenapa kita bersikap baik pula dengan british?

berani ka ??


sibuk sibuk hangpa nak "bincang"dengan umNo,baik korang lompat je kat umNo,sekaligus mengkuburkan karier politik korang.

umNo sekarang dah nazak,dah nyawa nyawa ikan,bak kata rumah kata pergi kubur kata mari dah..kalau ko nak masuk dalam keluarga umNo,ko pun akan sama sama terkubur la.

pemimpin pas yang pro kerajaan perpaduan dalam umNo ni sebahagiannya ahli parlimen,hai,untung umNo kalau mereka masuk,paling kurang ada teman dalam "kubur"nanti.

penyokong akar umbi dah terang mengatakan tentangan mereka pada agenda kerajaan perpaduan,bahkan siap ada yang berani kritik kepimpinan yang pro kerajaan perpaduan nih.kritik bukan yang biasa biasa,mereka kritik pemimpin pas yang pro UG ni macam kutuk umNo la.

so,jadi gua rasa rencana kurang cerdik korang ni memang bakal gagal,dari korang nak terus haru birukan pas serta pakatan,baik korang jadi katak dan lompat.kemudian,suruh orang rumah korang sediakan terus air mawar untuk ditaburkan atas karier politik korang,memang akan mampos dalam janga masa pendek.cam ezam la jugak.

tapi memang cara nak hentikan isu UG ni,yang menyokong UG ni baik pergi peluk umNo la.dariapda korang jadi boneka umNo dalam pas,baik korang bersama umno terus..

cuma,ada berani ka?bersama umNo ibarat tolong gali kubur umNo dan korang akan terjun skali dalam kubur tu...

Friday, June 12, 2009

hadi,nasa perlu minta maaf secara terbuka....



Berikutan isu kontroversi kerajaan perpaduan antara pas dan barisan nasional yang hampir menjahanamkan pas,dimana pas dikeji,dikritik rapat oleh penyokong serta pemimpin gagasan pakatan rakyat yang terdiri daripada pkr dan dap,ustaz hadi dan nasarudin mat isa harus meminta maaf secara terbuka kepada semua.iaitu penyokong serta pemimpin lain dari pakatan rakyat.

Selain itu,ustaz nasa juga perlu meminta maaf secara terbuka kepada mursidul am pas tuan guru Nik Aziz Nik Mat kerana kenyataan beliau yang kelihatan "menghina" tuan guru .dia dipetik berkata bahawa pendangan tuan guru Nik Aziz Nik Mat tentang kerajaan perpaduan hanyalah pandangan peribadi.

Sesungguhnya,pandangan tuan guru adalah pandangan parti.tuan guru nik aziz sudah sinonim dengan pas.pemimpin pas yang punyai pengaruh paling tinggi adalah tuan guru nik aziz.ustaz nasa apa ada?bertanding di negeri sendiri pun kalah,dengan ehsan tuan guru nik aziz lah dia berjaya mengjadi ahli parlimen mewakili kawasan bachok.

pada 2004,ustaz nasa bertanding di besut,negeri haji hadi,kalah,ini brmakna haji had sndiri tidak mampu manarik orang ramai mengundi pas.sekarang,cuba hangpa pergi kat masjid haji hadi jumaat ni....berapa orang yang datang,adakah seramai dulu?.

kenyataan tuan guru nik aziz bahawa pemimpin yang menyokong kerajaan perpaduan adalah boneka umNo juga harus diambil berat,ini ada kebenarannya.boneka umNo ini juga bacul apabila tidak mengjawab kepada persoalan ketua menteri pulau pinang mengenai kerajaan perpaduan.ini sesuatu yang memalukan parti.

mengenai mustafa ali yang MERAYU agar isu ini tidak dibicarakan lagi,ini tidak masuk akal,kita harus terus bicarakan isu ini sehingga perkataan kerajaan perpaduan tidak lagi keluar dari mulut "boneka"umNo ini.cikgu Pa pun penyokong UG jugak kan..la patutla.

kesimpulannya,dengan segala haru BIRU yang berlaku di dalam pas sekarang,ustaz hadi serta ustaz nasarudin mat isa perlu(wajib) minta maaf secara terbuka kepada semua pemimpin serta penyokong pakatan rakyat.dalam hal kerajaan perpaduan,nampaknya mahathir lebih cerdik berbangding hangpa dua orang.ustaz mustafa juga harus meminta maaf kerana dia turut terlibat di dalam hal ini secara langsung.begitu juga pemimpin pro umNo ini.minta maaf sebelum terlambat.

Thursday, June 11, 2009

a banglow house for sale...

Price: RM 112 000 Bedrooms: 3
Type: Houses
Size: 302 sq.ft.


#a bunglow with 3 bed rooms
#1 bathroom acces to the house is thru tar road
#only 150m from main road.
#near to kuza, kustem and k. t town.
#need a few thousand ringgit to make more classic.
#still got free space for renovation.
#serius n creatif buyer are welcome to contact.
#preferable cash.




call :
0199740918 (nasser)

Kenyataan Media DSAI Berhubung Pengukuhan Permuafakatan Pakatan Rakyat

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

10 Jun 2009, Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.

Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

http://anwaribrahimblog.com/

Tuesday, June 9, 2009

kenapa pas perlu pilih dap berbanding umNo...


Kalau kita baca kebanyakkan blog milik pencacai umNo,kita sering lihat mereka sering persoalkan kenapa pas boleh bekerjasama dengan dap yang majoriti bukan islam berbanding parti umNo yang majoriti pemimpinnya islam.

pengerusi dap karpl singh pernah beri kenyataan bahawa kita mesti langkah mayat dia dulu sebelum negara islam boleh jejak kaki ke malaysia.dan beberapa pemimpin veteren dap yang begitu bersikap anti islam,kenapa pas nak bekerjasama dengan mereka.?

untuk persoalan mengenai dap,ya mereka memang punyai sikap yang anti islam.kerana apa,kerana mereka bukan islam,sebab tu mereka bersikap anti,gua nak tanya pulak kepada pencacai umNo ni,kenapa umNo yang mengaku islam juga turut bersikap anti islam?ni heran bin pelik ni.sister in islam,jelas kita lihat ia berbau anti kepada islam,kata perjuangkan hak wanita islam,gua nak tanya sis,di mana bukti bahawa islam tidak jaga  hak wanita islam?no proof no talk.kalau nak kata wanita dalam islam adalah hamba suami,suami kawin 4,wanita kawin satu jer mana aci.ini satu b8ukti yang celaka.kalau mengikut islam,istri punyai banyak kelebihan dalam islam,contohnya,dalam bab dosa dan pahala,jika istri tidak solat,si suami turut berdosa,namum begitu jika suami tidak solat,hanya si suami yang berdosa.kewajiban bagi istri pada islam adalah ketaatan kepada suami.(selepas ketaatan kepada Allah dan Rasul).pasal istri tak leh kawin 4,kalau istri kawin 4,pendek kata perang ler...,banyak lagi kelebhan,cuma kalau tulis banyak banyak,orang tak baca pula artikel ni.

pencacai umNo ni tahu ke dak sapa pemimpin sis yea?

kita bandingkan dalam soal ni,dap yang bukan islam anti islam,dan umNo yang mengaku islam anti islam,mana lebih teruk.sesungguhnya,orang islam sebegini akan mesuk neraka terlebih dahulu berbanding dengan orang kafir.

kemudian,gua nak tanya,adakah dap mengamalkan rasuah?kalau ya,mana bukti..ok umNo pulak?nak bukti tanya khariy jamaludin ler.ok di sini gua nak tanya pencacai,adakah islam menghalalkan rasuah?islam hadhari ciptaan dollah badawi mungkin ler.abih tu,mana lebih teruk,dap ke umNO?lu pikir la sendri.

kemudian,gua nak tanya,sebelum berlaku nya rampasan kuasa oleh baziran NAZIonal terhadap kerajaan pas yang diketuai oleh nizar,adakah pas(parti islam semalaysia)punyai majoriti yang tertinggi sehingga melayakkan diri untuk menjadi menteri besar?nehi amigo,dap yang punyai majoriti tertinggi adun mereka,tetapi kerana bencinya mereka pada umNo yang mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa,mereka sedia menyerahkan kerusi menteri besar kepada pas(parti islam semalaysia).dan umNo pulak,parti assobiyah semalaysia,apa mereka buat selepas itu.hang pa pikir la sendiri...

kesimpulannya....hangpa pikir la sendri. 

ps-gambar tiada kaitan dengan artikel,cuma hiasan semata mata..alfa romeo gt junior.. 

Monday, June 8, 2009

saat terakhir nasarudin akan menjadi ahli parlimen..


Sesungguhnya timbalan presiden pas sekarang tidak tahu berterima kasih,betepa tidak hormatnya dia kepada tuan guru nik aziz apabila mengatakan pandangan tuan guru mengenai kerajaan perpaduan hanyalah pendapat dan tidak mewakili keseluhuran parti.

tuan guru nik aziz sudah sinonim dengan pas,kita sebut pas,kita ingat kepada tuan guru nik aziz,nasarudin tu  2,3 kerat jer yang kenal.pendapat tok guru tidak boleh dibantah walaupun oleh presiden sendiri,tok guru adalah ulama politik yang berkaliber.kamu musuhi tok guru,kamu musuki semua penyokong pas.pengaruh ustaz nasa tidaklah kuat mana pun...

ustaz nasa tidak sedar di mana kawasan di sekarang,kalau bukan kerana ehsan tok guru yang memberinya bertanding di bachok,dia masih bukan ahli parlimen sekarang.nak tanding kat besut??tunggu peristiwa yang menimpa anwar ibrahim pada tahun 1998 la.baru boleh menang.

bukti tok guru Nik Aziz berkaliber adalah beliau berjaya mengekalkan kelantan untuk berada di bawah pemerintahan pas,....terengganu?kalau  haji hadi hebat,sekarang kita(pas) dah perintah dah terengganu,namum begitu,masih ada rakyat yang kurang yakin dengan pemerintahan haji hadi,sebab tu kita kalah.dan malang sekali juga,pemimpin pas terengganulah yang paling ramai menyokong kerajaan perpaduan.(gua tunggu ceramah ustaz azhar idrus la pasal hal ni,gua tabik kat ustaz azhar kalau beliau tidak pro umNo dan gua percaya ustaz azhar begitu..hidup ustaz azhar).

Nanti,pada pilihan raya ke 13,gua percaya tok guru mesti tak beri dah orang luar masuk kawasan beliau,lebih lebih lagi orang luar yang menentang beliau walaupun se-parti.

ustaz  nasa,berubahlah...nanti bila rakyat dah muak,anda mungkin hanya tinggal sejarah.....

Sunday, June 7, 2009

nasib baik bapak aku dap...


Dengan 'kerimasan' yang berlaku dalam pucuk pimpinan tertinggi pas sekarang.gua sedikit kecewa dengan pas.dulu gua lega kerna isu unity goverment ni sudah tidak akan berkumandang,namun begitu,kerana dah lupa diri,ia kembali,gua ingat lama sedikit sebelum muktamar,haji hadi telah menarik balik kenyataan beliau mengenai kerajaan perpaduan,tapi sekarang,bila dah sah berkuasa,terus pusing 360 darjah.rupanya itu hanya kepura puraan...hipokrit.

 sekarang gua sedih dan cemas,gua buka blog berbahasa inggeris dan melayu yang menulis mengenai ini,ramai yang 'menghentam'haji hadi..cina india bahkan melayu dah mula bersikap anti haji hadi.gua risau,ini akan menpengarusi keputusan pilihan raya umum ke 13 nanti.najib dan rosmah sekarang ketawa senyap senyap dalam bilik...

gua memang kecewa,tetapi kekecewaan gua mungkin tidak seteruk kekecewaan ahli pas,mereka dulu berjuang sampai nak mati demi melawan umNo,hari ni,presiden pas buat hal.

gua terkenang duu,semasa dap mula mula ditubuhkan di negeri terengganu oleh beberapa orang berbangsa cina,india dan melayu(termasuk bapa gua la),bapa gua bawa balik dap ni ke kampung gua di sungai tong.ramai kawan sindir gua,dap cina la,tu la ni la.gua pernah tanya bapa gua,kenapa bawa dap kat sungai tong,kenapa perlu ada dap.(tapi selepas pilihan raya kecil kuala terengganu,gua dah lekat dengan dap,gua tabik pemimpin dap yang berjiwa rakyat).jawabnya,papa suka dap serta perjuanganya.gua tidak puas hati,tapi gua diamkan diri..

hari ini,gua bersyukur bapa gua bawa dap kat sungai tong.pemimpin dap bagus,tidak terlintas nak bekerjasama dengan umNo.pemimpin bapak gua tidak khianati rakyat(katak tu tidak kira, ok).dan sekarang,gua bangga jadi penyokong dap(penyokong jer,ahli tak cukup umur lagi,cukup umur,gua terus daftar,borang dah ada dah).

namum begitu,pas tetap dihati beb,selagi tuan guru nik aziz ada,selagi tu pas gua sokong..tuan guru nik aziz adalah pemimpin no 1 gua,biarlah ahli dap pun,tuan guru tetap pemimpin no1 gua,beliau mengajar kita dunia,dia mengajar kita akhirat..hidup tuan guru nik aziz.TUAN GURU NIK AZIZ TIDAK BERMASALAH DENGAN DAP,MENGAPA ANDA PULA YANG ADA MASALAH???

 

terkenang amanat haji hadi...


Sedutan ucapan tuan guru abdul hadi awang dalam amanat beliau...

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

....
apa berlaku sekarang tuan guru??adakah umNo kini sudah memansuhkan perlembagaan penjajah?adakah umNo kini dah kembali kepada undang undang islam?serta umNo kini dah tidak melaksanakan peraturan jahiliyyah?nehi master ji..nehi..

bila bersama umNo,perjuagan kita adalah haram,derma kita adalah haram.kalau kita mati dalam keadaan tidur sebantal dengan umNo,...gua kecewa dengan haji hadi.

go..go..erdogan..
go..go..tuan guru nik aziz..
go..go..husam..

Saturday, June 6, 2009

husam kalah,tapi penyokong PR bersama beliau...


ok,kita terima hakikat bahawa husam musa kalah dengan ustaz nasarudin mat isa.tu la simpan janggut pendek sangat..

namun begitu,husam ni seperti dato seri nizar,walau pun nizar kalah di mahkamah,namum beliau tetap juara di hati rakyat..rakyat tetap bersama nizar.samada pas,pkr mahupun dap.

begitu juga husam,mungkin ahli pas ada segelintir yang 'lupa sejarah'telah membuat keputusan untuk memilih untuk mengulang kembali sejarah pahit bagi pas,dengan jelas kita lihat perkembangan itu.biarlah.nasi sudah menjadi bubur.jangan nanti,pr gagal memerintah malaysia sebab pas kehilangan undi bukan islam sudah lah.

takpe lah,kita pegang janji ustaz nasarudin..tahniah ustaz..

nasib baik kita masih ada tuan guru nik aziz,kalau dak..huh,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

baik,kita pegang janji ustaz nasarudin...


sebelum hari pengundi pemilihan pemimpin pas,ustaz nasarudin memberi kenyataan bahawa kepimpinan PAS menolak dakwaan bahawa PAS akan bersama Umno.

Sebaliknya beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai satu spekulasi pihak tertentu sahaja.

Demikian kata Nasharudin ketika menjawab soalan bertalu wartawan ketika mengadakan didang media selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS ke-50 di Markas Tarbiyyah PAS Taman Melewar .

kita kira itu janji ustaz nasa,kalau janji itu dimungkiri,dan ustaz nasa sendiri terlibat bila pas dan umNo bersatu(jika itu berlaku).selayaknya ustaz nasa buang kopiah dari kepala kerana islam tidak mengajar umatnya agar memungkiri janji.

ustaz hadi juga sebelum ini menarik balik kenyataan beliau mengenai kerajaan perpaduan,tetapi,gua terdengar semula 'bunyi-bunyi'mengenai kerajaan perpaduan keluar dari mulut pemimpin pas .

..

dan saya menyeru seluruh penyokong pas berdoa agar tok guru nik aziz dipanjangkan lagi umur beliau kerana beliaulah satu satunya penyelamat pas yang sekarang berkuasa dalam pas.tanpa beliau,pas tidak mampu sekuat sekarang.

serta diharap ustaz husam musa terus berjuang agar pas sentiasa di landasan yang betul.

..ps-terkenang amanat tok guru haji hadi...

Friday, June 5, 2009

ulama pas tidak sama ulama umNo,tapi jika mereka bersatu dengan umNo,2x5 la jawabnya..


  "Ulama berjaya memimpin parti dengan segala pendekatan tarbiyah yang mampu melahirkan individu yang bertakwa kepada Allah SWT...tidak seperti ulama Umno yang mengikut telunjuk pemimpin mereka."...ini yang diucapkan oleh ustaz  harun taib dan gua setuju 110%.

ulama pas adalah ulama yang berjuang untuk islam,bukan untuk poket mereka,ulama umNo,halal haram di tangan pemimpin mereka.

ulama pas tidak mementingkan duniawi sebaliknya ulama umNo,fulus tu no 1...

ulama pas dan ulama umNo bezanya sebesar matahari yang digandakan sebanyak 10 kali.

namum begitu,jika ulama pas ingin bersatu dengan umNo,apa bezanya mereka??2x5=10 5x2=10..

bukan semua ulama layak jadi pemimpin


ringkas jer ...korang berpemimpinkan harusaini zakaria,mufti perak tu.

ulama banyak kat malaysia,tapi ulama yang berkaliber,bagi gua cuma seorang,iaitu tuan guru nik abdul aziz nik mat.beliau mengcukupi ciri ciri ulama politik.

yang lain bukanlah ulama yang kurang baik,cuma mereka tidak punyai ilmu politik.mereka tidak mahu bekerjasama dengan orang kafir sedangkan satu ketika dahulu,sewaktu kaum quraisy secara keras menyeksa kaum muslimin,nabi Muhammad s.a.w  telah menitahkan agar sebahagian muslim pergi berlindung di habsyah,sebuah kerajaan yang diperintah oleh seorang raja beragaam kristian yang baik hati(yang akhirnya memeluk islam).

mereka pakar agama,namun dalam bidang lain,mereka agak lemah(setiap manusia ada kelemahannya).

walaupun begitu,mereka masih mampu untuk memimpin manusia agar mengdekatkan diri dengan Allah s.w.t.

berbeda dengan tuan guru nik aziz,beliau adalah seorang yang istmewa,dianugerahkan kebolehan dalam bidang agama serta politik.beliau mempunyai pemikiran yang hebat serta pandang ke depan.

ulama atau profesional,asalkan berkaliber,serta taat perintah Allah,itulah pemimpin kita..

Thursday, June 4, 2009

warkah terbuka buat penyokong umNo terengganu...


untuk orang terengganu yang faham loghat ganu sahaja...

assalamualaikum dan salam sejahtera...

dulu sek mung bangga mung kate deris telah wat sesuatu yang dok pernah ore ganu tengok,hari ni,aku setuju wat sek mung kata tu benar benar belake dan tiada yang benar melainkan yang benar belaka.

aku dok ajin lihat bangunan runtuh kat negeri aku,aku dok ajin tengok duit hampir 3 ratus juta hancur kat negeri aku.semalam,tuhan telah membuktikan bahawa wat mung kabor tu betul.

aku nok tanye sek mung,mung sedar dok duit nok wat stadium tu duit rakyat ganu,duit aku,duit ayoh aku,duit mung duit mok mung..marin mung napok dok duit kite hancur bercecai.nasib baik takdok ore ganu mati ditimpa duitt berjuta ringgit tuh..ke mung buta?

doh kalu sek mung undi bn skali lagi kek gi,soheh,sek mung lebih bodo dari lembu dan kambing yang curi makan pokok pisang aku tuh.dan sek mung akan terus dilebom dulu kini dan selamanya.dan mung semua akan terus dibodokan dulu kini dan selamanya.

kalu mung gi bandar ganu ari ni,mung akan tengok tepi jalan ada satu lagi projek baru,projek bazir duit rakyat,projek tukar lampu jalan,mung gi tengok ar atas retok ganu tuh,lapu wat asal molek molek ade lagi berfungsi,sajer nok tukar bagi projek kat kroni sek bn..kalu nok hias pun,tunggu la dulu ekonomi stabil,ni,ada rakyat ganu makan pagi kais pagi makan pete kais pete,ada tu dok leh make sebab tak dok duit.kera jaan ganu sedap sedap bagi projek kat kroni ..gila apa.

ni kek gi berapa pulok nok perabih nok bekki stadium ni,1 billion rupiah ker?

so,kepada semua ore ganu yang ada otak,paka lah otak tu untuk pikir,kek gi nok undi bn ke,nok undi pas.sek mung pilih islam,sek mung selamat,...

yang benar..

keraspedal.

nasarudin dah tahu dirinya akan@bakal kalah!!



aik,esok nak mula pemilihan,ari ni baru bersuara?

sebenarnya ustaz nasarudin sudah tahu bahawa dirinya bakal ditolak oleh perwakilan nanti.sebab tu keluar kenyataan ni.

lantak lah ustaz..

VoTe 4 HuSaM mUsA...

go..go.. husam

blogger umNo yang hipokrit..

 

gua baca banyak la blog umNo yang kutuk pas,kata pas dah tinggalkan islam,melayu tidak boleh bergantung pada pas..tapi kat tepi blog dia orang letak sokongan penyatuan antara pas dan umNo..gila ke apa mereka ni..

dan orang gila jer nak bergabung dengan umNo yang kutuk mereka,dia fitnah kita,rogol kita,curi hak kita,kemudian kita ajak kawin...

Wednesday, June 3, 2009

.kita lawan umNo,kita lawan sekutu umNo...


gua banyak masa malam ni jadi gua pun 'belek-belek' la blog blog pro pr dan pro bn.

apa yang gua perhatikan,kurang blog pr yang membidas bn tetapi kebanyakknya bidas sekutu sendiri.pelik ke tak ni?

bagi gua,ia tidak pelik,apabila ada seorang manusia yang telah melanggar arus,kita akan menentangnya.kenapa kalau dulu dalam ceramah maki kutuk umNo habis habisan tetapi sejak akhir akhir ni nak ajak kawin dengan umNo..ini kerja orang gila!!

kita akan lawan umNo dan lawan sekutu umNo habis habisan...

vote 4 husam...

husam sedia kalah,tetapi harus menang...


Berdasarkan satu wawancara sebuah akhbar bersama dato paduka husam musa,beliau mengatakan bahawa beliau akur jika beliau kalah dalam pemilihan untuk jawatan timbalan presiden pas.

namun begitu,dato paduka husma musa harus menang pemilihan timbalan presiden nanti...kerana apa??..........

kemenangan dato paduka husam musa adalah penting bagi pas bagi terus menyelesaikan satu masalah yang terdapat di dalam sesetengah pemimpin pas iaitu yang bersikap ingin bekerjasama dengan umNo.

husam musa adalah antara yang layak untuk menerajui pas pusat sekaligus menerajui pentadbiran kerajaan malaysia yang mana umNo akan bertindak sebagai pembangkang.kerana kita dapat lihat ada dalam kalangan pemimpin tertinggi pas kini yang bersikap liberal terhadap umNo(pro umNo).

husam musa juga adalah anak didik tuan guru nik aziz,dan beliau mempunyai pemikiran politik yang sama dengan gurunya.

kemenangan husam(jika menang)juga akan membuang terus keraguan banyak penyokong pas yang bukan ahli bahawa pas akan bersatu dengan umNo.isu muzakarah pun dah hampir timbulkan kemarahan pengundi pas yang bukan ahli pas.kerana apa?kerana husam bukanlah dari golongan pemimpin yang pro muzakarah,.kita dapat lihat ada segelintir pemimpn pas yang tergila gilakan muzakarah sedangkan jika ia berjaya,pas akan mengkhianati pengundi yang mengundi pas pada pilihan raya umum yang lalu.kerana terdapat diantara mereka yang mengundi pas kerana benci akan umNo(bukan melayu islam).

.

mohamad sabu bukanlah tidak layak,tetapi,buat masa sekarang,hanya husam musa mampu membawa memimpin pas untuk menerajui pemerintahan yang mana umNo adalah sebagai pembangkang.namun begitu,jika ditakdirkan husam musa kalah,mhammad sabulah yang selayaknya memegang jawatan timbalan presiden pas.

go..go..husam musa..

go..go..mat sabu..

Tuesday, June 2, 2009

runtuhnya stadium terengganu:mat said sungguh bertuah.


pagi ni,jam 7.30 pagi,suatu yang mengjadi kebanggaan terengganu telah runtuh bagai dibom dengan 50 biji C4...banyak mana 'boreh' rakyat terengganu lesap.

stadium ni,Idris jusoh yang mulakan projek,dia la yang pilih kontraktor dan semuanya.dengan takdir Allah,mat deris ni terjatuh dari kerusi menteri besar maka naik lah mat said.selepas siap stadium ni dibina,maka mat said pun dapatlah nama..glamer lah mat said.

kemudian,pada 2 jun 2009,jam 7.30 pagi,stadium yang dibina  dengan boreh rakyat sebanyak rm270 juta ni dengan takdir runtuh menyembah bumi,kemudian yang dapat nama adalah mat deris jusoh.sebab apa,sebab dia lah yang bertanggungjawab terhadap projek ini pada awalnya.mat said tersenyum riang,peluang deris nak jadi menteri besar dan tinggal 0.oooo1 peratus dah..kah kah..kah  

apa salah remaja berpolitik 2


kenapa remaja kita sekarang kurang peka dengan isu semasa negara..kerana mereka diajar untuk tidak mengambil tahu tentang keadaan negara ..samada ekonomi negara mahupun politik.dan larangan keras bagi remaja untuk berpolitik di bawah umur,seakan akan jika remaja itu berpolitik(pro pembangkang),mereka telah direcruit oleh pihak tertentu untuk kepentingan tertentu.

bagi saya remaja yang berpolitik lebih baik berbanding remaja yang merokok,remaja yang berpolitik lebih baik dari remaja yang merempit dan bersosial tak tentu hala..

saidina ali juga menyertai perjuangan nabi semasa beliau masih remaja..

namum,pemikiran masyarakat sekarang agak kolot,mengkin telah ditanam oleh pemerintah bahawa masa remaja bukan untuk berpolitik,jadi mereka kurang befikir..

saya masih ingat semasa saya belajar 'lama' dulu(ting.4 dan 5),saya suka mengambil tahu tentang keadaan politik negara,walaupun ada yang menghalang termasuk guru sendiri..mereka lebih cenderung melihat kesalahan pelajar yang berpolitik benbanding pelajar yang terlibat dengan gejala buli,rokok serta merempit.

saya tahu,guru menegur untuk kepentingan pelajar itu sendiri,terima kasih untuk itu,cuma satu yang saya ingin beritahu kepada para guru,pelajar yang berpolitik,bukanlah pelajar yang bermasalah..

dengan berpolitik,saya percaya seseorang pelajar itu akan lebih matang dan mampu berfikir..

politik juga akan membuka minda pelajar untuk berfikir tentang jaminan masa depan mereka.jika mereka pilih pr,apa kebaikan untuk mereka,jika pilih bn, apa keburukan untuk mereka,seterusnya mereka akan matang cara berfikir.

pelajar adalah bakal pemimpin negara,dan politik tidak akan dapat dipisahkan dari mereka pabila mereka dewasa kelak...apa salah untuk bermula dari awal.

ps-tapi saya tak la galakkan pelajar untuk berpolitik,cuma ubah persepsi anda terhadap remaja yang berpolitik,mereka bukan pelajar bermasalah..

Monday, June 1, 2009

usia untuk mengundi patut diturunkan...


jelas sekarang umur yang dibenarkan untuk seseorang itu memilih pemerintah malaysia sekarang adalah 21 tahun.tapi ....zaman dah berubah,apamacam jika spr tetapkan usia untuk mengundi di malaysia adalah 18 tahun.

sebenarnya,cadangan ini telah ada dulu lagi,ahli parlimen bukit bendera Liew Chin Tong telah mengcadangkan usia untuk mengundi diturunkan kepada 18.menurut beliau,umur pengundi di indonesia,cambodia,thailand dan filifina adalah antara 17 dan 18 tahun.

kalau lesen memandu boleh diberikan pada usia 17 tahun,mengapa tidak hak untuk mengundi?

pada gua,alasan beliau adalah releven,gua percaya remaja sekarang dah mampu memilih yang terbaik untuk mereka(ni masalah untuk umNo nih).

kematangan para remaja ini juga dapat dipupuk melalui jalan ini. 

ps-ahli parlimen pr(yang muda muda) kena berjuang untuk ni pulak,biar adik adik anda berfikiran matang skit...

menjelang muktamar pas:politik wang mungkin tiada,PHD mungkin ada!


PHD...korang tahu maknanya..kalau korang belajar tinggi tinggi,dapatlah phd,gaji permulaan pun dah rm5k.tu phd yang cerdik,ni ada satu lagi phd dan gua percaya phd ini ada dalam sanubari sesetengah perwakilan pas.korang tahu maknanya,???tak tahu?apsal la bengap sangat,ok la,biar gua beritahu makanya.ia bermaksud Perasaan Hasad Dengki(PHD)..

yea la kan,lumrah hidup,masa susah dulu,semua saling bertolak ansur,tidak gilakan jawatan,kini,dah diambang kejayaan,mulalah timbul perasaan "berhak",'hak","hak"...

memang hidup ni kita tidak boleh lari dari dengki@cemburu,tapi demi kepentingan parti dan rakyat,gua mohon,kita sama sama berdoa pada Allah,jauhkan lah PHD tu dari dalam setiap pimpinan pas.jika ada PHD ni,pas bakal hancur,gua pikir,kerana penyakit ni la krisis di perak berlaku..dengki kerana tidak terpilih jadi mb,padahal kerusi orang dia lebih banyak,maka timbullah dalam hati nak memberontak,bila dah berlaku macam ni,sah tak lama,hancur la kita..

MOGA DIBUANG JAUH JAUH YEA!!!

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts