Tuesday, June 2, 2009

apa salah remaja berpolitik 2


kenapa remaja kita sekarang kurang peka dengan isu semasa negara..kerana mereka diajar untuk tidak mengambil tahu tentang keadaan negara ..samada ekonomi negara mahupun politik.dan larangan keras bagi remaja untuk berpolitik di bawah umur,seakan akan jika remaja itu berpolitik(pro pembangkang),mereka telah direcruit oleh pihak tertentu untuk kepentingan tertentu.

bagi saya remaja yang berpolitik lebih baik berbanding remaja yang merokok,remaja yang berpolitik lebih baik dari remaja yang merempit dan bersosial tak tentu hala..

saidina ali juga menyertai perjuangan nabi semasa beliau masih remaja..

namum,pemikiran masyarakat sekarang agak kolot,mengkin telah ditanam oleh pemerintah bahawa masa remaja bukan untuk berpolitik,jadi mereka kurang befikir..

saya masih ingat semasa saya belajar 'lama' dulu(ting.4 dan 5),saya suka mengambil tahu tentang keadaan politik negara,walaupun ada yang menghalang termasuk guru sendiri..mereka lebih cenderung melihat kesalahan pelajar yang berpolitik benbanding pelajar yang terlibat dengan gejala buli,rokok serta merempit.

saya tahu,guru menegur untuk kepentingan pelajar itu sendiri,terima kasih untuk itu,cuma satu yang saya ingin beritahu kepada para guru,pelajar yang berpolitik,bukanlah pelajar yang bermasalah..

dengan berpolitik,saya percaya seseorang pelajar itu akan lebih matang dan mampu berfikir..

politik juga akan membuka minda pelajar untuk berfikir tentang jaminan masa depan mereka.jika mereka pilih pr,apa kebaikan untuk mereka,jika pilih bn, apa keburukan untuk mereka,seterusnya mereka akan matang cara berfikir.

pelajar adalah bakal pemimpin negara,dan politik tidak akan dapat dipisahkan dari mereka pabila mereka dewasa kelak...apa salah untuk bermula dari awal.

ps-tapi saya tak la galakkan pelajar untuk berpolitik,cuma ubah persepsi anda terhadap remaja yang berpolitik,mereka bukan pelajar bermasalah..

No comments:

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts