Saturday, June 13, 2009

Anwar Memulakan Kongras Khas PKR Dengan Kehangatan


Kajang - Sebentar tadi, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan Kongres Khas parti itu selepas Presiden PKR iaitu Datin Seri Wan Azizah menyampaikan kata alu-aluan. Johor Daily dilaporkan sehingga 10.30 pagi tadi kehadiran mencecah 1,009 perwakilan dan 330 orang pemerhati.

Dalam ucapan pembukaan Anwar menyentuh mengenai had umur calon yang layak bertanding sebagai ketua pemuda iaitu maksimum 35 tahun. Beliau berharap ianya diterima oleh ahli parti kerana bagi pendapat beliau usia 40 tahun sebenarnya seseorang pemimpin itu sudah layak menerajui kepimpinan utama. Anwar mengambil contoh dibeberapa negara luar sebagai panduan.

Belaiu juga menyentuh mengenai isu sensasi iaitu Parti Komunis Malaya (PKM). Anwar menegaskan bahawa bekas anggota PKM itu selayaknya dimaafkan kerana pada pandangan beliau pada masa lampau (zaman penjajahan) banyak negera termasuk Indonesia menerima nasib serupa dengan Malaysia, iaitu menjadi mangsa kekejaman PKM itu. Tegas beliau negara lain telah mengambil sikap 'bermurah hati'.

Ketika ini setiap perwakilan negeri sedang membahasa usul pindaan perlembagaan parti itu. Johor Daily dimaklumkan pengunaan nama 'cabang' , 'ranting' dn had umur 35 tahun mungkin menjadi 'panas' pada sesi perbahasan. Johor diwakili oleh Srd. Nazri ( AMK ) dan Sdr. Zaaba ( PPN ).


sumber: http://johornews.blogspot.com/

keraspedal : hmmm,korang tahu british?korang tahu bagaimana hubungan british dan malaysia,korang ingat tok janggut?korang ingat bagaimana mayat tok janggut digantung terbalik?korang kenal dato maharaja lela?korang tahu apa perjuangan beliau,dan apa yang brtish buat kat dato maharajalela akhirnya?..dengan segala kekejaman yang ritish buat,bunuh rakyat tempatan,bunuh pemimpin kita,kenapa kita bersikap baik pula dengan british?

No comments:

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts