Friday, July 31, 2009

Ni gua suka tuan guru nik aziz ni..

Tuan guru nik aziz tidak akan menarik balik apa yang dikatakan kepada umNo baru baru ini..



ehsan:tvpas

ya,hidup tok guru.. umNo boleh pergi jahanam.. bila tok guru dah kata gini,gua pun tidak ragu lagi la nak kutuk umNo habis habisan,tapi untuk buktikan bahawa gua tidak sehina utusan melayau,gua akan kutuk berdasarkan fakta la,bukan auta.

AMARAN KEPADA POLIS RAJA DIMALAYSIA..

Sempena pesta demokrasi besok,dimana satu perhimpunan mansuhkan ISA akan diadakan,kita sama sama memberi amaran kepada pihak polis untuk tidak menimbulkan provokasi atau pun kekecohan besok.

penyokong anti ISA akan berhimpun secara aman,dan kita sama sama berharap pihak polis JANGAN TIMBULKAN MASALAH.

kebiasaannya,memang menjadi hobi pihak polis@keselamatan untuk menghuru-harakan keadaan,diingatkan kepada pihak polis,itu bukan hobi,tapi gila babi.

jadi,saya ulang sekali lagi:DIHARAP PIHAK POLIS TIDAK MENIMBULKAN SEBARANG KEKECOHAN BESOK,ATAU ANDA BOLEH DIPENJARA DIATAS AKTA KESELAMATAN DALAM NGERI KERANA MELAKUKAN PROVOKASI.HUHU.

ps-baru adil kan,selalu dia je yang beri kita amaran,sedangkan yang sepatutnya diberi amaran adalah mereka sendiri...dasar polis sialan.

AL FATIHAH-adun pr meninggal lagi.

TERKINI : ADUN Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali kerahmatullah di IJN KL pagi ini, demikian menurut sumber yang saya perolihi dari talifon dan sms seorang kenalan sebentar tadi.

Menurut sumber itu beliau telah mendapat pengesahan dari saudara terdekat almarhum dan Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli. Malumat itu juga telah mengesahkan bahawa sehingga berita ini diterbitkan, jenazah masih berada di IJN Kuala Lumpur.

Semuga rohnya ditempatkan ditempat yang terpuji...Al Fatihah..

http://idhamlim.blogspot.com

sekalung takziah dari gua sendiri..tetapi sesungguhnya,dari mana kita datang,di situlah kita kembali.

seperti kata iman syafie kepada anak murid beliau,perkara yang paling jauh dengan kita adalah masa lampau kita,dan perkara yang piling dekat dengan kita adalah maut.

semua orang akan mati,kerna sesungguhnya hidup di dunia itu hanya sementara.hidup di dunia amatlah singkat,tetapi kehidupan kekal abadi bakal menjelang selepas itu.

ps-semuanya kuasa Allah,setiap kejadian ada hikmahnya.....




Thursday, July 30, 2009

konsert konsert nyanyian pun mengancam keselamatan negara beb..


Kalau bab perhimpunan@ceramah pembangkang,pasti susah bebenor nak dapat permit,malahan,ceramah agama pun dihalang,dasar sidalan punya anjing bn.

tapi,kalau ditengok konsert konsert yang melalaikan umat islam di malaysia,tanpa permit pun gua percaya boleh dibuat sedangkan konsert konsert nyanyian yang melalaikan sebeginilah yang patut diharamkan.

banyak sebab kenapa konsert seperti ini membawa kesan negatif kepada negara,iaitu kesan jangka panjang,kerosakan akhlak muda mudi ini bakal memusnahkan negara,jika diperhatikan,majoriti yang menghadiri adalah anak melayu,bahkan mak cik mak cik melayu,dasar tidak sedar diri semuanya.apakah polis tidak mampu melihat kesan jangka masa panjang kepada negara kerana konsert haram ini.

gua percaya,perhimpunan GMI sabtu ini tidak haram di sisi undang undang islam kerana kita sedang perjuangkan hak asasi yang dititikberatkan islam,dan gua juga percaya konsert konsert nyanyian yang selalu diadakan haram di sisi agama....kerana,hang pa pk la sendiri..

kalau anda rakyat malaysia yang berakal,fikirlah...
yang tidak berakal tu,lantak la,nak wat camne,dia dan lembu tiada bezanya.
gua percaya,jika ada yang pendang negetif tentang perhimpunan mansuhkan ISA ni,sah anda lebih bego@bodoh berbanding lembu..

HaK untuk berhimpun-antara perlembagaan dan akta polis..

Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—

(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
wikisource

adakah ahli pakatan bukan warganegara?adakah dengan alasan membahayakan keselamatan negara perhimpunan diharamkan?umum jelas,perhimpunan pembangkang sentiasa aman,jika tanpa gangguan dan provokasi polis dan bn.bukti yang jelas adalah BERSIH..

akta polis


Seksyen 27 Akta Polis 1967 memberi budibicara kepada Ketua Polis Daerah (KPD) untuk sama ada memberikan permit atau tidak bagi sebarang perhimpunan di tempat awam yang ingin diadakan di mana-mana bahagian negara ini.

kalau polis ni bekerja untuk rakyat,pasti tiada masalah akan timbul,masalahnya,polis bukan bekerja untuk rakyat tetapi untuk Bini Najib(bn),ni yang masalah timbul ni.

gua percaya,layanan berbeza akan diterima oleh peserta perhimpunan anti dan pro isa sabtu ini...

Menjelang 1 ogos


PERINGATAN DAN PANDUAN




PENTING ! PANDUAN BAGI PESERTA PERHIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA

Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.
Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

PERKARA YANG PERLU ANDA BAWA/SEDIAKAN

1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah-Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

PERKARA YANG TIDAK DIBENARKAN


1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.
4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.
5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA
7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.
9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

PERKARA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEBELUM PERHIMPUNAN


1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
3. Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan.
4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.
9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.
10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.
11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.

SEMASA PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.
2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.
3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.
4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
14. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
15. Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.
16. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

SELEPAS PERHIMPUNAN

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.
3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.
4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com.

APA ANDA PERLU BUAT JIKA KUMPULAN PRO-ISA BUAT PROVOKASI


1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.
2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3. Jangan hampiri mereka.
4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

APA ANDA PERLU BUAT JIKA POLIS BUAT PROVOKASI DAN SERBUAN


1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
3. Duduk jika pimpinan arahkan.
4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.
5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
6. Ambil gambar mereka jika sempat.
7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

APA YANG ANDA PERLU BUAT JIKA DITAHAN

1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
5. Anda mempunyai hak untuk berdiam diri dan sebarang soalan daripada polis anda boleh beritahu bahawa ”saya akan jawab di Mahkamah”
6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.
8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab "saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja". Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.
10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

APA YANG ANDA BUAT SELEPAS DIBEBASKAN

1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
9. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
10. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

PERHATIAN !

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

gua tidak tahu sumber asal,tapi gua cedok dari tukartiub

pergi jahanamlah umNo...


Kini gua yakin,akhbar ampuNo tidak akan lagi memuji@menaikkan tuan guru nik aziz sebagaimana yang dilakukan sejak akhir akhir ini.

puncanya,kerana kata kata keramat tok guru yang jika dialih bahasakan ke dalam bahasa inggeris ialah "umNo can go to hell"..

ktukan keras tok guru ini pasti akan menghuru harakan umNo bn,pasti mereka sudah tidak senang duduk,camne nak senang,dah nak bagaimana lagi nak pecah pakatan,kata putus dah diluahkan tok guru dengan kata kata keramat itu.

sekarang jelasnya,umNo pasti akan persoalkan kredibiliti tok guru sebagai ulama kerana "menghina'umNo sehingga pada tahap itu,tapiiiiiiiiiiiiiiiii,peduli apa,rakyat mana nak percaya sama umNo,pergi jahanam la umNo...

Monday, July 27, 2009

tengok..sah umNo ni gila talak..


KOTA BHARU 27 Julai: "Ini permainan Umno," kata Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Apa yang saya minta adalah kerajaan negeri mengadakan hubungan baik dengan kerajaan persekutuan."

Nik Aziz mengulas kenyataan para pemimpin Umno kononnya beliau berpatah balik dan merubah balik kenyataannya sebelum ini yang menentang gagasan kerjasama dengan Umno.

"Apa yang saya cadangkan adalah hubungan antara dua kerajaan atas dasar semangat persekutuan," katanya mengulas cadangannya semasa Fiesta Kelantan 2009 di Kuala Lumpur.

Apa yang dia minta, kata Nik Aziz adalah kerajan persekutuan menunaikan tanggungjawabnya dengan baik. Antaranya tuntutan royalti minyak dari Petronas, bayaran geran pembangunan yang sering diperlambatkan dan projek-projek pembangunan di Kelantan.

Ekoran kenyataan itu, para pemimpin Umno menyambut baik kenyataan Nik Aziz itu seolah-olah beliau sudah mau berbaik-baik dengan kerajaan pimpinan Umno.

Mereka juga membuat kenyataan agar Nik Aziz tidak menarik balik kenyataannya mau berbaik-baik ini.

"Ini bukan urusan parti. Saya tidak berminat untuk merapatkan hubungan kedua-dua parti. Ini hal berasingan," kata beliau.

siasahdaily

keraspedal:tengok pulak apa tajuk utusan melayau hari ini....jangan beli,tengok je kat kedai tu.jika beli,anda dikira membazir kerana anda telah membeli sampah...

umNo yang masih gilakan pas...


Media media umNo sekarang masih terus menerus memainkan propaganda untuk memberitahu rakyat isu kerajaan perpaduan masih belum berakhir.Terbaru,sering mereka wara warakan bahawa tuan guru nik abdul aziz nik mat untuk berbaik baik dengan kerajaan pusat.

Samada mereka tidak faham atau apa ntah,apa yang gua faham dari apa yang tuan guru beritahu bahawa kerajaan pas kelantan akan berbaik dengan kerajaan pusat,dan ia harus bermula dengan pemberian royalti minyak sebanyak 1 billion(kelantan pun 1malaysia jugak).dan apa yang gua percaya adalah ini satu sindiran tetapi cakapan tegas tuan guru yang mahukan kerajaan pusat bayar royalti minyak kepada kelantan,yea la ...nak berbaik kan,mesti bayar dulu.

hisyamudin pula di dalam kenyataannya bahawa tuan guru harus ikhlas dalam tawaran berbaik baik itu,mungkin hisyam ni faham maksud tersirat tawaran tuan guru nik aziz.hmm,nak ikhlas macam mana yea jika kita dirompak secara terang terangan,apa mereka tidak tahu ka bahawa kita tahu mereka rompak kita.

apapun,isu tuan guru "beri salam" ni bukan perkara serius,yang seriusnya adalah pemberian hak royalti minyak kepada negeri serta rakayt kelantan.gua masih tidak nampak blogger pakatan rakyat yang membincangkan soal ini,yang ada hanya dari puak pencacai umNo@najis je.serta media rasmi parti itu yang membesar besarkan isu ini.

1 ogos ni,tuan guru akan menyertai satu perhimpunan mambantah ISA,jika hisyam ikhlas dengan pas,janganlah hadiahkan pemimpin dan pengikut pas yang menyertai perhimpunan itu dengan "air mawar"yang memedihkan mata itu yea.serta,jika nak tunjukkan lagi keikhlasan,jomlah sertai sekali perhimpunan itu.

gua percaya,ada penyokong pas yang mungkin risau dengan berita berita di media umno yang kuat perkatakan soal "tok guru beri salam"ni..dengarlah seruan hisyamudin rais,bacalah blog beliau(tukartiub),belajarlah dengan beliau macam mana untuk membaca berita politik di media umNo ini.terbalikkan faktanya.ini yang telah hisyam ajar,"cara baca akhbar"..belajarlah...

Sunday, July 26, 2009

sini lain,sana lain......situ lain...


Amboi,kacaknya kak mah di sini...dah jadi muslimah sejati.




















sumber gambar ditepi ni gua cedok dari :man jadda wa jada sumber beliau pulak,lu tanya beliau sendiri la.

apa fatwa zambry yea?
apa pula komen blogger pencacai?

ps-kepada pelajar spm,stpm,istilah kacak tidak sesuai digunakan untuk perempuan..

Saturday, July 25, 2009

http://www.enjoyfrance.com/images/stories/world/celebrities/Michael-Jackson-no-longer-never.jpg

Konspirasi Kematian Michael Jackson

Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.

Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.

Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”.. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia..

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain


Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk terjemahkan email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.

Dialihbahasa oleh http://beautifulnara.com




Lagu 'Give Thanks to Allah' yang dikatakan telah dinyanyikan oleh Michael Jackson. Namun media barat menafikan dengan mengatakan bahawa pencipta lagu tersebut, Zain Bhika lah orangnya yang telah mengalunkan lagu itu.

Cuba bayangkan jika perancangannya untuk mengumumkan keimanannya memeluk agama Islam semasa konsert tersebut, sudah pastinya jutaan peminat fanatik Mikael seluruh dunia akan terpanggil untuk mengikuti jejak langkah ikon pujaan mereka itu.

Inilah yang amat ditakuti oleh Amerika dan dunia barat yang memusuhi Islam.

sumber:muslimenunited

antara samiri dan raja katak malaysia...


kisah nabi musa...

SELEPAS terselamat daripada ancaman Firaun, perjalanan Nabi Musa dan Bani Israel masih jauh dan berliku. Selepas menyeberangi laut terbelah, Nabi Musa dan Bani Israel meneruskan perjalanan di Semenanjung Sinai.

Mereka singgah di kawasan berhampiran Bukit Tur. Nabi Musa dan Bani Israel singgah di hamam (tempat mandi) untuk menyucikan diri sebelum meneruskan perjalanan ke Palestin. Hammam itu kini dikenali sebagai Hammam Musa.

Di sana, Allah memerintahkan Nabi Musa mencampakkan pokok ke dalam sumber air itu supaya ia boleh diminum. Nabi Musa sempat membersihkan dirinya ketika berada di kawasan itu selama tiga hari sebelum meneruskan perjalanan ke bumi Syam.

Pada saat genting merentasi bumi Sinai yang tandus, Bani Israel masih tergamak meminta makanan yang enak demi memenuhi desakan nafsu keterlaluan. Permintaan Bani Israel kepada Nabi Musa mendedahkan sikap sebenar mereka yang tamak dan enggan bersyukur.

Perbuatan Bani Israel itu mengecewakan Nabi Musa tetapi Allah yang Maha Pemurah memperkenankan permintaan mereka dengan menurunkan makanan istimewa bernama manna dan salwa. Selain itu, Allah juga menaungi Nabi Musa dan Bani Israel dengan awan dari panas terik matahari di padang pasir Sinai.

Selepas 90 hari peristiwa laut terbelah, Nabi Musa dan Bani Israel sampai di Wadil Muqaddas dan ketika sampai di sana, Allah memerintahkan Nabi Musa berpuasa selama 40 hari untuk menerima kitab Taurat di Jabal Musa.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan kami telah janjikan masa kepada Musa untuk memberikan Taurat selama 30 malam, serta kami genapkan jumlahnya dengan 10 malam lagi, lalu sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh Tuhannya 40 malam.” (Surah al-A’raaf, ayat 142)

Apabila sempurna puasa Nabi Musa, Baginda mendaki bukit itu untuk menerima syariat Allah.

Ketika Bani Israel meminta air daripada Nabi Musa kerana kehausan, Baginda memukul batu dengan tongkatnya. Daripada batu itu keluar 12 mata air untuk 12 kabilah Bani Israel.

Dalam Ayat 160, surah al-A’raf yang bermaksud: “Ketika kaumnya meminta air kepadanya, maka pukullah batu itu dengan tongkatmu wahai Musa, maka terpancarlah 12 mata air tiap-tiap golongan antara mereka mengetahui tempat minum masing-masing.”

Kewujudan 12 mata air daripada batu antara mukjizat tongkat Nabi Musa selain membelah laut dan menjadi ular. Baginda kemudian meneruskan pendakian untuk menerima kitab Taurat.

LOKASI sebenar berlaku peristiwa turunnya kitab Taurat kepada Nabi Musa tidak diketahui dengan jelas tetapi pendapat menyatakan ia berlaku di Bukit Thur Sina. Pendapat itu boleh diterima kerana al-Quran tidak menamakan lokasinya.

Selepas genap 40 hari berpuasa, berangkatlah Nabi Musa bersama 70 pengikutnya yang terpilih menuju ke puncak Jabal Musa.

Ketika peristiwa Isra’ Mikraj, Rasulullah SAW diperlihatkan Allah beberapa umat terdahulu. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Aku melihat seorang nabi bersama sekelompok kecil umatnya, ada juga nabi yang disertai seorang atau dua dan ada pula nabi yang tidak disertai seorang pun. Tiba-tiba ditunjukkan padaku kelompok yang besar, aku menyangka mereka adalah umatku. Tetapi dijelaskan, ini adalah Nabi Musa dan kaum Bani Israel.” (Hadis riwayat Muslim)

Ketika bermunajat, Nabi Musa berkata: “Ya Tuhanku, nampakkanlah zat-Mu kepadaku supaya aku dapat melihat-Mu.” Allah berfirman yang bermaksud: “Engkau tidak akan sanggup melihat-Ku, tetapi cuba lihat bukit itu. Jika ia tetap berdiri tegak di tempatnya seperti sedia kala, maka nescaya engkau dapat melihat-Ku.”

Musa terus memandang ke arah bukit yang dimaksudkan itu dan dengan tiba-tiba bukit itu hancur hingga masuk ke perut bumi, tanpa meninggalkan bekasnya. Musa terperanjat dan gementar seluruh tubuh lalu pengsan.

Apabila sedar, Nabi Musa terus bertasbih dan memuji Allah, sambil berkata: “Maha besarlah Engkau ya Tuhan, ampuni aku dan terimalah taubatku dan aku akan menjadi orang pertama beriman kepada-Mu.”

Ketika bermunajat, Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. Menurut ahli tafsir, kitab itu berbentuk kepingan batu atau kayu, namun padanya terperinci segala panduan ke jalan diredai Allah.

Sepeninggalan Baginda, Nabi Harun ditugaskan untuk memimpin Bani Israel yang ditinggalkan buat sementara waktu. Bagaimanapun sikap taat kepada pemimpin yang menjadi kunci perpaduan ummah musnah akibat sikap seorang pemuda bernama Samiri yang gilakan kuasa.

Samiri berjaya menghasut pengikut Nabi Musa yang tinggal sementara Baginda bermunajat menyebabkan mereka yang belum teguh imannya mudah terpengaruh lalu kembali menyembah patung anak lembu yang dibuat daripada emas milik golongan wanita yang dikumpulkan.

Perbuatan mereka itu ditegur Nabi Harun tetapi dijawab mereka yang termakan hasutan Samiri dengan kata-kata: “Kami akan tetap berpegang kepada anak lembu ini sebagai tuhan persembahan kami sampai Musa kembali ke tengah-tengah kami.”

Nabi Harun tidak dapat bertindak tegas terhadap kaum yang murtad kerana bimbang akan berlaku perpecahan hingga boleh menimbulkan keadaan lebih rumit bagi Baginda dan Nabi Musa untuk mencari jalan keluar kelak.

Nabi Harun hanya memberi peringatan dan nasihat kepada mereka sambil menanti kedatangan Nabi Musa kembali dari Thur Sina.

Nabi Musa marah dan sedih hati tatkala sekembalinya dan melihat kaumnya sedang berpesta mengelilingi anak patung lembu emas, menyembahnya dan memujinya.

Nabi Musa bertanya Samiri, seperti diceritakan dalam al-Quran yang bermaksud: “Berkata Musa; apakah yang mendorongmu berbuat demikian Samiri? Samiri menjawab: Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya, maka aku ambil segenggam tanah (bekas tapak Jibril) lalu aku masukkan dalam patung anak sapi itu. Demikianlah aku menuruti dorongan nafsuku.”

Kemudian Nabi Musa berkata: “Pergilah kamu dan pengikutmu daripadaku, patung anak sapi itu akan aku bakar dan lemparkannya ke laut, sesungguhnya engkau akan mendapat seksa.”

sumber:ahmadzaki


diatas adalah kisah nabi musa a.s,setelah nabi musa bersusah payah menolong kaumnya daripada ancaman firaun,salah seorang pengikutnya akhirnya murtad dan telah menghasut ramai lagi yang lain.

Ada kisah yang hampir sama di malaysia,setelah sebuah parti islam menolong seorang "raja katak" mencapai kemenangan di dalam pilihan raya,dia akhirnya berpaling tadah.bukan itu sahaja,didakwa dia telah menolong parti yang dilawannya semasa pilihan raya yang ke12 untuk menentang parti yang membantunya.bahkan dia telah menentang tok guru nik aziz,orang yang membantunya sewaktu dia dihamabt keluar dari umNo dahulu...

inilah dasar manusia tidak kenag budi...moga kita semua rakyat malaysia mendoakannya menjadi katak di akhirat kelak...dan moga Allah memakbulkan doa kita...manusia katak ini telah mengkhianati perjuangan islam,dan kita akan lawan dia habis habisan...




Friday, July 24, 2009

zambry tidak takut jadi macam khir toyo ke?


Menteri besar perak yang haram,zambry masih terus menerus menyerang Nizar berhubung isu nizar memegang lilin sempena kematian setiausaha politik adun dap.serangan yang bermula dengan agak gentle(sebab nak tunjuk yang dia tidak suka srang serang peribadi ni)akhirnya dia terpaksa bertindak ganas setelah serangannya tidak dimakan rakyat.

zombie ni lupa satu kisah,bekas menteri besar selangor yang bertubi tubi menyerang menteri besar selangor sekarang,dato seri khalid ibrahim akhirnya memakan diri apabila pihak pakatan rakyat bertindak membalas serangan itu.akhirnya,rakyat selangor nampak kebejatan bekas pemimpin mereka itu.

buat masa sekarang ni,mungkin pihak pakatan hanya membiarkan zombie,tetapi gua percaya kesabaran aktivis aktivis pakatan ada hadnya,mungkin bila satu masa,pabila mereka jelik dan dah menyampah dengan perbuatan zombie ini,"serangan" c4 secara berterusan akan dilancarkan kepada zombie ini.

jadi,peringatan la untuk zombie............nak jadi seperti khir toyo ker?berhenti la,hang pa menyalak sekuat mana pun,rakyat tak nak dengar la.apa yang kami tahu,hang pa tu yang tidak layak bersuara dalam soal ini kerana hang pa sebenarnya di dalam sebuah parti yang menolak fatwa ulama bahkan parti hang pa itu sendiri menolak islam..

Zambry Al-Fatwa Tak Puas Hati Dengan Nizar Lagi

KESIAN...KESIAN...MASIH TAK PUAS HATI DENGAN NIZAR...

Jangan serang orang lain kerana perbuatan Nizar, kata Zambry kepada PAS

BALING: Ulama Pas tidak perlu menyerang mana-mana pihak berhubung tindakan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang dilaporkan menyertai upacara memegang lilin bagi memperingati Teoh Beng Hock, setiausaha politik seorang anggota exco kerajaan Selangor, yang ditemui mati terjatuh dari sebuah bangunan di Shah Alam baru-baru ini.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zamry Abdul Kadir berkata beliau cuma mahu mendapatkan penjelasan dari ulama Pas mengenai perbuatan Nizar itu.

"Saya hairan kenapa ulama Pas saperti (Mursyidul Am Pas) Nik Aziz Nik Mat menyerang saya kerana meminta penjelasan itu tetapi tidak menjelaskan hukumnya dari segi Islam mengenai perbuatan ahli Pas itu," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Wanita Umno Bahagian Baling di sini hari ini.

Sumber:
http://loveperak.blogspot.com/


zombie akan tetap zombie...

Nabi Muhammad (s.a.w) dalam Kitab Hindu

On Thu, 5/28/09, puspa abdullah wrote:

From: puspa abdullah
Subject: [pakbelang] Fw: Nabi Muhammad (s.a.w) dalam Kitab Hindu
To: pakbelang@yahoogroups.com, "Taman2Syurga@yahoogroups.com" , "mustika kamaruddin amal" , "maryam musa" , "prop - musa abdul rahman"

Date: Thursday, May 28, 2009, 4:09 PM
Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti
Alahabad, dalam buku hangatnya, telah menerbitkan buku mengenai Kalki
Avatar beerti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran
mengenai Kalki Avatar yang terdapat didalam kitab suci Hindu yang
sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.aw. DiIndia adalah merupakan faktor
benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku dilancarkan akan menjadi
suatau bahan bualan dan gossip seluruh negara. Jikalah sekiranya
pengarang buku ini, seorang muslim, sewajarnya dia akan ditangkap dan
atau beliau akan dibunuh dan semua buku bukunya akan ditarik balik dari
berada dipasaran. Hingga ketahap dimana ianya akan tidak dibenarkan
untuk diulang cetak. Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus
terhadap insan muslim yang tidak berdosa dengan pertumpahan darah
dimana mana. Yang menakjubkan bahawa pengarang buku ini adalah seorang
yang berfikiran sederhana dan professor khusus yang secara kebetulan
adalah seorang Hindu. Nama beliau ialah Mr.
Pandit Vedaprakash Upadhal, manamakan tajuk bukunya sebagai "Kalki
Avatar.
Pengarang adalah penyandang sami berugama hindu Brahmin berasal dari
Bengali. Penyelidik sekular.

Menurut kepercayaan penganut hindu, ada digariskan gambaran dan panduan
tentang pemimpin yang bernama Kalki Avatar , ia sangat bertepatan hanya
dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi penganut hindu diseluruh dunia tidaklah
perlu menunggu lagi akan kedatangan Kalki Avatar (semangat/roh) yang
dimaksudkan. Sewajarnya mereka segera menerima kenabian nabi Muhammad
s.a.w Bin Abdullah sebagai pesuruh Allah (Kalki Avatar) yang dimaksudkan
oleh kitab suci hindu mereka itu. Fakta fakta dan penemuan mengenainya
telah disahkan oleh lapan pandit sami kanan hindu yang lain yang
mengatakan penganut hindu selama ini menghanyutkan diri mereka dalam
penantian yang tidak berpenghujung, sedangkan pesuruh tersebut telah pun
muncul dan telah pun wafat 14 abad yang lalu.

Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh saperti dibawah yang digali
dari kitab Vedas serta buku buku suci ugama hindu yang lain bagi
membuktikan kebenaran hujah beliau:

1. Didalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah
dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir dimuka
bumi ini untuk pertunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia dialam
ini. Alqur'an telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi
yang terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia.

2. Menuruk ramalan ugama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku
disuatu tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan
mengikut ugama hindu ianya di kawasan bumi Arab.

3. Didalam buku hindu, nama bapa dan emak Kalki Avatar dikenali sebagai
VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama
tersebut, akan kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi. Lihat,
VISHNUBHAGAT = Vishnu beerti tuhan + Bhagat beerti hamba, diterjemah
dalam bahasa arab, tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan
menjadi ABDULLAH (bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w) Manakala SUMAANI
beerti aman atau tenang yang didalam bahasa arab AMINAH (nama emak Nabi
Muhammad s.a.w).

1. Dalam buku buku ugama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas
Kalki Avatar ialah buah korma dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang
amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak
dapat disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah Korma dan zaitun.
Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan
dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya.

2. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan
berlaku ditengah tengah kalangan keturunan yang dihormati. Ini
bertepatan dengan dimana Nabi Muhammad dilahir dari golongan Quraish
yang terkenal sangat dihormati oleh masyarakat ketika itu.

3. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki
Avatar melalui malaikat didalam Gua. Bertepatan dimana Allah telah
mengajar Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat Jabrail untuk
mengunjungi serta mengajar nabi berupa Wahyu didalam gua yang bernama
Gua Al Hira.

4. Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat
Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik kelangit
hingga kelangit ke 7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi
Muhammad s.a.aw dalam peristiwa Isyra' dari masjidi haram diMekah ke
masjidil al aqsa diPelestin Dan Mi'raj nabi kelangit ke 7 dengan
menunggang seekor Burak dalam satu malam.

5. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan
diberikan pertolongan yang luar biasa oleh tuhan, ini terbukti jelas
bahawa Allah telah memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad
s.a.w didalam peperangan Uhud dan yang lain lain.

6. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan
pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.aw
telah dilahirkan pada 12hb Rabiulawal (kelendar Islam).

7. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah merupakan
seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap, ini
bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang
berkenaan. Lagipun pengarang mengajak penganut ugama hindu berfikir
bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan
senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal mengharapakan datangnya
Kalki Avatar yang ditunggu tanpa penghujung, walhal ia telah pun muncul
1400 tahun yang lalu.

Dalam alqur'an telah diceritakan tentang ciri ciri dan tanda tanda
mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang
dinantikan oleh penganut hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah
memberi hujah hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu
adalah Nabi Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan
kedatangan Kalki Avatar? sewajarnya berfikir semula dan renungilah akan
kebenarannya.

-IBK

ORIGiNAL ARTICLE

Muhammad (p.b.u.h) The Prophet of Islam in Hindu Scriptures

One Hindu research professor, in his stunning book, claims that the
description of Avatar found in the holy books of Hindu religion is
infact that of the Prophet Muhammad (s.a.w). A little while ago, in
India a fact revealing book has been published, which has been the
topic of discussions and gossip, all over the country. If the author of
this book were a Muslim, he would have been arrested or he could have
been murdered and all the copies of this book would have been
confiscated. Even a ban would have been extended on its further
publications. A riot and violence would have broken out against nnocent
Muslims and their blood would have been shed.
Amazingly the author of this book is a fair-minded facous professor,
who happens to be a Hindu. His name is Pandit Vedaprakash Upadhai and
the name of his fact revealing book is Kalki Avatar. The author is a
Hindu Bramin by caste of Bengali origin. He is a research sholar, a
seeker of the Truth and a Well known Pandit in Allahabad University.
After years of research.

According to Hindu belief and their holy books, the description of the
guide and the leader, named Kalki Avatar, fits only to the Prophet
Muhammad of Arabia (s.a.w). So the Hindus of the wole world should not
wait any longer for the arrival of Kalki Avatar (the spirit) and should
readily accept Prophet Muhammad (s.a.w) as Kalki Avatar. The facts are
verified and supported by the eight eminent pandits. What the author and
the eight other eminent pandits say is that the Hindus who are still
anxiously awaiting the arrival of Kalki Avatar are simply subjecting
themselves to a never ending wait. Because such a great messenger has
come and departed from this world fourteen centuries ago.

The author produces following sound evidences from the Vedas and other
holy books of Hindu religion in support of his claim :-

1. In Purana (a holy book of Hindus) it is stated that Kalki Avatar
would be the last messenger (prophet) of God in this world for the
Guidance of the whole world and all human beings.

2. According to a Hindu religion prediction, the birth of Kalki
Avatar, would take place in an isle which again according to Hindu
religion is Arab Region.

3. In books of Hindus, the names of the fatherand the mother of Kalki
Avatar are given as VISHNUBHAGAT and SUMAANI respectively. If we examine
the meanings of these names we shall come to a very interesting
conclusion:

Take VISHNUBHAGAT= VISHNU (meaning God) + BHAGAT(meaning slave) =
ALLAH + ABDUL (in arabic) = Slave of God = ABDULLAH (in arabic) (name
of Muhammad's Father) SUMAANI= PEACE or Calmness = amenah (in arabic)

4. In religious books of Hindus, it is mentioned that the staple food
of Kalki Avatar would be dates and olives and he would be the most
honest and truthful person in the region. Without any doubt the Prophet
Muhammad
(s.a.w) is acclaimed to possess these qualities.

5. It is stated in Vedas (holy book of Hindu Religion) that the birth
of Kalki Avatar would take place in an honorable clan. This perfectly
fits the Quraysh where the Prophet Muhammad (s.a.w) belonged to.

6. God would teach Kalki Avatar through His messenger (angel) in a
cave.
Allah taught Prohet Muhammad (s.a.w), through is messenger Jibraeel in
a cave known as Gaar-e-Hiraa.

7. God would avail Kalki Avatar with a very speedy horse to ride and
travel the whole world and the seven skies. Indication of Buraaque
(horse) and Me'raaj (the night whe prophet travelled the seven skies).

8. God would also avail Kalki Avatar with divine help. This was
particularly proved in the Battle of Uhud.

9. Another dazzling account given about Kalki Avatar was that he would
be born on the 12th of a month. Whereas the Prophet Muhammad (s.a.w)
was born on the 12th of the Rabiul Awwal (Islamic Calender).

10. Kalki Avatar would be an excellent horse rider and a swordsman.
The autor here draws the attention of Hindus that the real days of
horses and swords have gone and the present time is of guns and
missiles. So it would be foolish on the part of those who still expect
Kalki Avatar, who should be an excellent rider and swordsman to come.
In fact, the divine book, Holy Qur'aan contains qualities and signs
attributed to Kalki Avatar reflecting on the Prophet Muhammad (s.a.w).

The author has given numerous arguments in favour of his claim that
Kalki Avatar is in fact Prophet Muhammad (s.a.w) and those who still
await the arrival of Kalki Avatar should think again.

Al Quran adalah pelengkap segala kitab sebelumnya seperti Taurat,
Injil, Zabur dan Taurat dll.
ALLAH HU AKBAR

sumber: hang nidim

Nizar nafi hadiri upacara nyala lilin

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

IPOH 23 Julai - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan beliau menghadiri upacara menyalakan lilin bagi memperingati Teoh Beng Hock di sini pada Jumaat lalu dan mendakwa Utusan Malaysia menyiarkan laporan yang salah.

Sebaliknya, bekas Menteri Besar Perak itu menegaskan, beliau hanya menghadiri sidang akhbar mengenai majlis menyalakan lilin anjuran DAP.

Ekoran itu, katanya, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib memberikan komen atas laporan berita yang salah.

''Dia (Harun) baca Utusan Malaysia yang lapor tidak betul, jadi dia komen atas laporan yang salah. Dengar betul-betul, saya tidak kata dia buat komen yang salah tetapi buat komen atas laporan yang salah.

''Saya tidak hadir upacara pemasangan lilin itu tetapi saya cuma hadir sidang akhbar mengenai pemasangan lilin itu dan gambar yang disiarkan adalah semasa sidang akhbar tersebut di pejabat DAP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohammad Nizar mengulas kenyataan Harun bahawa beliau tidak sepatutnya hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan seperti laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini.

Selain kenyataan Harun, Utusan Malaysia turut menyiarkan gambar Mohammad Nizar berdiri di sebelah Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham sambil memegang lilin.

Malah kata Harun, Pas sendiri telah membuat garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri para pemimpin serta ahli parti itu.

Pada masa sama, Harussani pula menyifatkan tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah haram di sisi agama kerana ia menyerupai ajaran Kristian.

Mengulas lanjut, Mohammad Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, beliau tidak menyalahkan Harun, Zambry mahupun Harussani kerana membuat komen terhadapnya itu.

''Bukan salah Zambry, Mufti Perak, Dewan Ulama Pas dan bukan salah sesiapa pun yang membuat komen kerana Utusan Malaysia buat laporan fitnah.

''Saya cuma kasihan kepada mereka kerana membuat komen atas laporan berita yang tidak betul," katanya.

Mohammad Nizar berkata, pemberita yang melaporkan berita salah itu membuat fitnah besar dan beliau akan menuntutnya semasa di akhirat.

sumber:TIKEDAH

Thursday, July 23, 2009

“Subhanallah. Tak tau nak percaya ke tidak ni. Hoax kah? Menurut email yang diterima gambar ini diambil pada musim haji tahun 2008 oleh seorang wanita yang mengambilnya secara tidak sengaja semasa mengambil gambar orang bertawaf dari tingkat atas Masjidil Haram semasa sebelum subuh.

Secara tiba kameranya mengeluarkan cahaya seperti kilat dan dia menyangka kamera dia sudah rosak. Tetapi apabila dia melihat gambar di kamera terdapat gambar seperti di bawah.

Benar atau tidak cerita ini Wallahualam..dari cerita yang saya selalu dengar dari rakan yang sudah menyempurnakan rukun kelima ni, kamera tidak boleh masuk ke Masjidil Haram. Kalau kantui, kamera akan dirampas. -IsuHangat

Wednesday, July 22, 2009

blogger umNo yang bangang..


gua ada terbaca sebuah blog picisan dari blogger yang mendakwa pembela bangsa,tajuk artikel yang buatkan gua rasa blogger itu memang bangang dan bodoh adalah dia membuat satu persoalan samada pemimpin pakatan rakyat akan membela jika yang jatuh di bangunan sprm itu adalah melayu.menurut artikel itu itu lagi,pemimpin pakatan cuma menimbulkan sikap anti melayu apabila membakar surat khabar melayu.

hmm,kalau blog keraspedal ini milik hisyamudin rais,pasti tertulis 'kah..kah..kah..",tentu hisyamudin fikir betapa bodoh dan bangangnya blogger umNo ini.

Tentu blogger pembela bangsa itu lupa bahawa pernah dahulu seorang pemimpin rakyat dari dap iaitu YB ketua menteri pulau pinang sekarang pernah meringkuk di dalam penjara kajang selama berbulan bulan kerana membela nasib seorang gadis melayu yang dirogol oleh seorang pemimpin umNo.Nama pemimpin dap itu adalah Lim Guan Eng.boleh sesiapa teka samada lim guan eng tu melayu ka?india ka?cina ka?apakah blogger umNo ini sudah lupa.melayu mudah lupa...

blogger itu juga mengkin terlupa kes saudara Adi Anwar,dibelasah polis raja dimalaysia,gua tidak nampak seorang pun pemimpin melayu dari umNo yang bersuara mempertahankan saudara adi anwar,,berbeza dengan pemimpin pakatan yang terus menerus menentang kezaliman pihak polis terhadap rakyat malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Begitu juga dengan kes roboh rumah setinggan penduduk melayu contohnya di berembang,hanay pemimpin pakatan yagn tegas bersuara mempertahankan nasib bangsa melayu di sana,pemimpin parti melayu di situ sibuk melancong di disneylandkan...

Bagi isu bakar surat khabar melayu tu,ai,rasanya tidak perlu dijawab itu dong,surat khabar itu hanyalah sampah,isinya hanya sampah,tiada apa berita yang berkualiti di dalamnya.dan biasalah sampah dibakar..kan..kan..kan..gua percaya si blogger itu juga selalu membakar surat khabar melayu itu di rumah dia untuk menhidupkan apikan.maknanya si blogger bangang itu sedang menimbulkan sentimen anti melayu ka?


Monday, July 20, 2009

1malaysia sudah sedia untuk kebumikan umNo bn(UBN)



Lebih 1,000 orang berhimpun untuk menghadiri pengkebumian Teoh Beng Hock di Alor Gajah, Melaka.

Upacara bermula jam 9.45 pagi dan keranda mendiang Teoh dijangka dibawa dari rumahnya di Taman Sri Kelamak kira-kira jam 11 pagi, untuk dikebumikan di taman peringatan Nirvana di Semenyih.

Turut hadir ialah tunang mendiang, Soh Sher Wei dan anggota dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Suasana cukup sayu dengan kain-akin rentang di pasang di sekitar rumah mendiang yang menuntut keadilan terhadap kematian Teoh Khamis lalu, selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN di Selangor.

Semua pemimpin utama Pakatan memberi penghormatan terakhir pada jam 10.18 pagi, diikuti oleh exco kerajaan negeri Melaka dari MCA, Datuk Gan Tian Loo.(malaysiakini)

jasad mendiang mungkin sudah selamat dikebumikan,tetapi perjuangan menuntut keADILan untuk mendiang tidak akan berakhir setakat hari ini sahaja,perjuangan ini akan diteruskan sehingga UBN dikuburkan selamanya.

Ramai rakyat malaysia tidak menolak bahawa kematian mendiang Teoh diselbungi dengan perbagai kemisterian.ramai juga tidak menolak bahawa mendiang mati dibunuh walaupun secara tidak sengaja.

kematian teoh telah membawa kepada kemarahan rakyat 1malaysia yang waras,dan 1malaysia ini pasti akan melakukan apa sahaja untuk menpastikan bahawa umNo akan terkubur dalam masa terdekat.

Kerajaan sudah tidak mampu menjamin keselamatan rakyat sendiri,rakyat sendiri risau dengan keselamatan mereka terhadap ancaman oleh pemerintah sendiri,dan rakyat sudah tiada pilihan melainkan rakyat terpaksa mempertahankan diri mereka sendiri melalui menentang kerajaan zalim..

people should not be afraid of their governments. governments should be afraid of their people

Sunday, July 19, 2009

Agama:solat yang dipandang ringan..


jarang sekali gua nak beri peringatan kepada pembaca tentang agama,bukan kerana malas tapi juga kerana kekurangan ilmu dalam soal ini.hanya tahu setakat gitu gitu je..oleh itu,hanya sekadar peringatan yang boleh gua beri.

kita sekarang di bulan rejab,bulan di mana nabi kita nabi Muhammad s.a.w telah diangkat ke atas langit untuk bertemu Allah,peristiwa ini dinamakan israj mikraj,peristiwa yang jika difikirkan oleh akal bodoh kita,kita kurang percaya tetapi sebagai umat islam kita wajib percaya akan berlakunya peristiwa ini dan jika ada sedikit kita meraguinya,sesungguhnya kita tergolong dalam orang kafir.

Peristiwa penting antaranya yang berlaku semasa israj mikraj adalah datangnya perintah untuk solat kepada umat nabi muhammad,bermula dengan 50 kali sehari,diturunkan kepada hanya 5 kali sehari kerana kasihnya Allah kepada hambanya..

tapi kenapa umat islam pada masa kini agak sukar untuk menunaikan rukun islam kedua ni?godaan syaitan ataupun nafsu sendiri?hmm,dia sendiri la yang tahu..

sesungguhnya bagi gua,umat islam yang lalai daripada solat ni adalah lebih teruk berbanding lembu,bahkan lebih teruk berbanding bab1 yang berbunyi oink oink tu.

solat itu wajib,tidak solat,anda dikira DERHAKA kepada Allah..adakah anda lebih takutkan manusia berbanding Allah?derhaka kepada Allah,anda masuk neraka,apa itu neraka,haaaa,lebih teruk dari akta keselamatan dalam negeri(isa)...cuma anda hanya dimasukkan ke dalam neraka jika hanya jika anda salah,beserta buktinya sekali,bukan sekadar anda dipercayai berdosa,di neraka bukti kesalahan anda wujud di depan mata,adil dan saksama.dan dacing Allah adalah seadil adil dacing..

Ribuan banjiri perhimpunan tuntut keadilan untuk Teoh

Abdul Rahim Sabri
Jul 19, 09
6:44pmdikemaskini 11pm Lebih 3,000 orang membanjiri Stadium Kelana Jaya menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock yang ditemui mati Khamis lalu, selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Pemimpin utama Pakatan Rakyat, termasuk pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Husam Musa, berucap kepada hadirin.

Poster dan kain rentang dipasang di sekitar kawasan stadium tersebut, yang memaparkan gambar Teoh, dengan tulisan 'Keadilan untuk Beng Hock"

Dalam ucapannya, Kit Siang mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematian Teoh - setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hean Wah.

Beliau juga mahu kabinet membuat keputusan segera mengenainya.

Lim turut menggesa ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan supaya meletak jawatan.

Perhimpunan tersebut bermula jam 4.30 petang dan berakhir pada kira-kira jam 7 malam.

Kematian Teoh yang dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM Selangor di Shah Alam, telah menimbul kemarahan penyokong pembangkang yang mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasatkan kejadian tersebut.

baca lagi

sumber :malaysiakini

proton iswara aeroback for sale


#satu pemilik
#aircond dan enjin masih bagus
#body cantik
#power window
#model:iswara aeroback
#engine capacity:1300 cc
#reg year:1999
#transmission:manual







berminat?sila msj atau hubungi no ini selepas waktu pejabat (4 petang -11 malam)

-014-5364156(ammar)

adi anwar,a kugan dan teoh,masyrakat perlu sedar..


Kematian secara misteri kedua insan serta keseksaan yang harus ditempuh saudara adi anwar ini telah mencetuskan kemarahan sebilangan besar rakyat malaysia yang tahu apa makna pentingnya nyawa dan hidup yang normal.mereka yang berpgang kepada prinsip hak asasi tidak akan berdiam diri setelah tiga peristiwa zalim anggota jabatan kerajaan telah berlaku zalim kepada rakyat malaysia.

masyarakat melayu yang menyokong umNo,cina yang menyokong mca dan india yang menyokong mic harus bertobat,lihat apa yang pemerintah malaysia di bawah baziran NAZIonal lakukan kepada kaum sebangsa mereka.pemimpin melayu ramai dah yang sedar,pemimpin cina semakin ramai yang sedar sekarang kita rasa tidak perlu untuk samy vellu sedar,tetapi rakyat malaysia berkaum india harus sedar dan tinggalkan samy dan sertai perjuangan rakyat.

kemasukan bekas Presiden MCA, Dato’ Chua Jui Meng ke dalam pkr(pakatan rakyat)memberi satu lagi tenaga baru untuk digembeleng demi kepentingan rakyat.masyarakat cina jangan sia siakan kemasukan bekas pemimpin mereka ini bahkan jika yang masih ragu untuk sertai perjuangan rakyat,jadikanlah kemasukan dato chua jui meng sebagai satu pemberi semangat untuk anda menyertai perjuangan ini.

Perjuangan ini adalah perjuangan rakyat,melayu sahaja tidak mampu menjatuhkan kerajaan bn,cina sahaja pun tidak mampu untuk jatuhkan bn apatah lagi kaum india yang minoriti.jadi satu cara untuk menjatuhkan bn adalah dengan melakukannya bersama.together,we will follow u,and do it together.suara rakyat suara keramat,jatuhkan bn dengan satu pekitan...hidup rakyat hidup rakyat.

dato chua jui ming bukanlah tokoh bn pertama yang menyertai pakatan rakyat,di awal tahun ini,bekas menteri di jabatan perdana menteri,dato zaid ibrahim telah berikrar untuk meneruskan perjuangan rakyat menentang kezaliman dan kebejatan pemerintah malaysia.

jika masih ada melayu yang menyokong umNo,mereka telah mengkhianati kaum mereka sendiri,jika ada cina yang mneyokong mca,mereka juga telah mengkhianati kaum mereka sendiri dan jika ada india yang menyokong mic,mereka telah mengkhianati kaum mereka sendiri dan jika ada malayu,india dan cina yang menyokong barisan nazional,mereka telah mengkhianati BANGSA mereka sendiri..bangsa malaysia.

kita berdiri harus tanpa mengira bangsa,kita pegang satu bendera kita hancurkan pemerintahan zalim umNo barisan nazional.


Saturday, July 18, 2009

KeNaPa KiTa TaK pErLu racist>>>



Kematian secara misteri Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock telah mencetuskan satu lagi fenomena kebencian rakyat terhadap umNo barisan naZional.mendiang yang ditemui mati di bawah ibu pejabat sprm membawa kepada kemarahan ramai pihak termasuk yang berbangsa melayu dan india.
Gua diberitahu,peserta yang turut menyertai perhimpunan mementang sprm di ibu pejabat sprm kelmarin bukan sahaja cina tetapi juga disetai oleh ramai aktivis melayu dan india.Seperti kata puteri reformasi negara,Nurul Izzah Anwar bahawa,
"apabila kita tolong orang miskin,kita tolong kerana mereka miskin,bukan kerana mereka melayu,cina atau india,apabila kita bangun membela orang yang dizalimi,kita lakukan bukan kerana dia islam,hindu atau buddha,kita bangun menentang kerana kita masyarakat yang bertamadun dan menentang kezaliman terhadap sesama insan"(majalah konsep).

Ini bermakna,masyarakat 1malaysia sudah sedar bahawa mereka adalah satu bangsa,berjuang demi sahabat senegara sebangsa mereka.melayu dizalimi,kita tolong melayu,cina dizalimi,kita tolong cina dan pabila india dizalimi,kita tolong india..cina jatuh india tolong,india jatuh melayu tolong dan apa salah jika melayu jatuh,cina dan india sama sama tolong.boleh?

Sebenarnya,perpaduan yang kuat sudah dipupuk sejak zaman reformasi lagi,semasa peristiwa anwar ibrahim,beliau melayu,tetapi pejuang remormasi tersohor seperti tian chua,elizabert wong dan ramai lagi adalah berbangsa cina,dan cina ini masih kekal bersama perjuangan reformasi tetapi terdapat pejuang tersohor reformasi melayu,anak didik anwar telah berpaling menyertai umNo,menjilat ludah sendiri,ini satu penghinaan terhadap diri dia sendiri.
oleh itu,kita diseru,tanpa mengira apa bangsa dan agama,dalam erti mudah,kitakan kawan,kita hendaklah bersama sama menentang perkauman dan parti yang membawa kepada perkauman seperti umNo,mca dan mic.itu kewajiban kita sebagai rakyat malaysia yang cintakan perpaduan di malaysia tercinta ini.

misteri kematian bersiri...




1. Seluar koyak di bahagian ponggong. Camne leh koyak tang situ jer.
2. Kasut elok jer
3. Camne ada bata pecah dua. Satu ataih badan, satu ataih lantai. Herannya ngape pecah dua jer.
4. Takdepun kesan atau percikan darah pada muka atau atas lantai
5. Mayat tak bersepaipun sedangkan mendiang jatuh dari tingkat 14 ke tingkat 5.
6. Mayat ngam-ngam jatuh ikut bentuk tepi bidai.
7. Mayat ngam-ngam jatuh ikut bentuk tepi bidai.
8. Mayat ngam-ngam jatuh ikut bentuk tepi bidai. Pandai ngelak. Kalo kena betui-betui tang bidai ... - dango mamamat

kelabgreenboc

ni deduksi gua je lah..gua percaya mendiang dipukul setika disoal siasat dan tanpa difikirkan oleh pegawai penyiasat,mendiang meninggal,setelah terlalu cemas mereka cuba buat seolah oleh kematian ini misteri.(gua terpengaruh dengan anime detektive conan).hanya deduksi semata mata..................

bila 1malaysia memegang kata kata ini,kerajaan bn bakal tumbang...


V for Vendetta - People Should Not Be Afraid of Their Government - Amazing videos are here

From the movie V for Vendetta (2006)

"E: Can I ask about what you said on the tele?
V: Yes.
E: Did you mean it?
V: Every word.
E: You really think that blowing up the parliament is going to make this country a better place.
V: There is no certainty only opportunity.
E: I think that you can be pretty certain that if anyone does show up Creedy will black bag every one of them.
V: People should not be afraid of their governments. Governments should be afraid of their people.
Evey: And you're going to make that happen by blowing up a building?
V: The building is a symbol, as is the act of destroying it. Symbols are given power by people. Alone, a symbol is meaningless, but with enough people, blowing up a building can change the world.
Evey: I wish I could believe that was possible."

sumber:http://www.metacafe.com

sekarang,hampir separuh rakyat telah memegang kepada kata kata v,seperti di perhimpunan di pejabat sprm semalam,menurut sumber yang gua dapat,rakyat sudah berani,polis yang menjadi anjing kerajaan dilihat sebagai sampah je,walaupun dihalang,mereka terus bersuara..

Friday, July 17, 2009

PARTI PAS MENYERU AHLI, PENYOKONG , WARGA SATU MALAYSIA TURUN BERDEMO 1 OGOS 2009

Kelmarin, PAS menyeru ratusan ribu ahlinya agar menyertai demonstrasi membantah akta kontroversi untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara, 1 Ogos ini.

Parti itu juga mengarahkan semua ketua penerangan negeri dan peringkat kawasan menganjurkan ceramah dan mengedar risalah menggalakkan orang ramai menyertai Himpunan MANSUH.

Pada 13 Julai, Pemuda Gerakan secara terbuka menyatakan sokongan terhadap - dan turut serta dalam - demonstrasi itu yang dianjurkan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang disertai pembangkang dan NGO hak asasi
.

sumber:tukartiub

WHO'S NEXT?????????????????????





polis dan sprm,siapa lagi kita boleh harapkan.

di bawah,gua ambil artikel dari malaysiakini.

SU politik exco mati jatuh bangunan SPRM


kemaskini 7.43pm Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.

Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.

(foto: Teo, kanan, bersama Ean Yong berbual dengan pegawai siasatan di pejabat exco itu)


Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.

Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.

Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.

Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.

Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.

SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

Sementara itu, SPRM mengesahkan sedang menyiasat empat ADUN Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan wakil rakyat.

Shukri mengesahkan suruhanjaya itu semalam menyerbu empat pejabat ADUN berkenaan dan meneliti beberapa dokumen bagi membantu siasatan, lapor laman web Utusan Malaysia.

"(Siasatan) itu prosedur biasa. Kalau kita terima apa-apa aduan, memang kita akan ke pejabat atau rumah mereka," katanya kepada pemberita di Akademi SPRM hari ini.Sementara itu, peguam M Manoharan, yang menemani Teo ke pejabat SPRM semalam berkata, mendiang kelihatan biasa dan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi sebarang tekanan.

"Dia nampak gembira dan tenang. Saya menasihatkannya bagaimana hendak mengendalikan soal siasat tersebut kerana saya tidak dibenarkan untuk bersamanya" katanya.

Manoharan, yang juga ADUN Kota Alam Shah kali terakhir melihat Teo pada kira-kira jam 7 petang semalam.

Setakat jam 6 petang ini, mayat Teo masih berada di atas bumbung tempat dia jatuh.

Komputer riba Teo dirampas


Pejabat Ean telah diserbu SPRM semalam di mana sebuah komputer riba milik Teo dan sebuah komputer meja telah dirampas.

SPRM juga menyerbu pejabat ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Selain Ean dan Lau, lima lagi wakil rakyat Pakatan turut disiasat, iaitu Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama) and Edward Lee (Bukit Gasing).

SPRM sebelum itu telah menyoal siasat beberapa orang, termasuk pembantu lima wakil rakyat - Ean, Lau, Kok, Wong dan Yeoh.

Wakil rakyat Pakatan Selangor masing-masing diberi RM500,000 setahun untuk membiayai program kemasyarakatan di kawasan masing-masing. SPRM mendakwa dana tersebut telah disalahguna.

R Sivarasa, yang juga ahli parlimen Subang berkata, kematian Teo berlaku dalam keadaan yang meragukan.

"Sehingga ini, kita mempertanggungjawab SPRM terhadap kematian tersebut sehingga kita mendapat penjelasan yang memuaskan," katanya.(malaysiakini)




Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts