Monday, July 13, 2009

kan gua dah cakap polis ni sial...


Sekolah gua ada jemput 3 orang polis yang berpangkat agak besar la.


sorang tu,beritahu pelajar,guru tidak pernah ajar merempit,guru tidak gaduh semasa makan,guru telah tunjukkan contoh yang baik kepada pelajar,gua setuju 100%.sorang lagi tu pulak cerita pasal keberanian dia dan kawan kawan melawan penjahat,keluarkan pistol,bang..bang..gua tetidur dalam dewan pun terjaga,sial punya polis.


kemudian di akhir program,ada la satu slot dialog dengan pelajar,mereka minta kami beri soalan pasal polis,dan mereka akan jawab.ada yang tanya apa hukum membunuh orang kerana pertahankan diri,ada tanya pasal rogol,pasal cabul dia jawab dengan yakin semua sekali.


Dah,semua dah habis,gua pun ank la tanya jugak..begini soalan gua :


"pihak guru telah berjaya memberi contoh yang baik kepada pelajar serta masyarakat,saya menghormati guru saya.tetapi,nampaknya pihak tuan iaitu polis masih gagal memberi contohnya baik kepada pelajar,ramai anggota polis yang yang melakukan perkara yang melanggar undang undang seperti rasuah dan polis juga bertindak kurang ajar terhadap suspek sehingga membawa kematian,ini bukan satu contoh yang boleh dijadikan ikutan kepada masyarakat amnya,serta pelajar khususnya,apa komen tuan?"


tu soalan bertulis,jadi pegawai p0lis lah yang membacanya,dia pun putar soalan gua.dia kata,ada pelajar telah memuji guru yang telah memberi contoh yang baik kepada pelajar,namun kita di pihak polis masih ada yang kadang kadang bertindak kurang sopan...apa komen tuan.


soalan gua 200 patah,dia beri 50 patah celaka punya polis ni.gua sebut kurang ajar,bukan kurang sopan,dan soalan utama gua adalah polis yang melanggar undang undang,itu langsung tidak disentuh.


cara menjawab dia pun agak bodoh,macam penjenayah ah long yang jawab,bukan polis,"kalau kita sopan,mana penjenayah nak ngaku?"yea la,tapi berpada la,sampai membunuh beb,hanya mahkamah yang boleh menghukum,bukan polis.

dan jawapan dia terhenti di situ.dan dia kata,sekian,wslm.jumpa lagi..


gua senyum sinis kat pegawai polis yang baca soalan gua,dia tengok gua macam tengok hantu..sial punya polis.


gua memang sudah dididik untuk benci polis sejak kecil lagi pun,jadi,biar mampos la mereka.boleh?

No comments:

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts