Sunday, July 19, 2009

adi anwar,a kugan dan teoh,masyrakat perlu sedar..


Kematian secara misteri kedua insan serta keseksaan yang harus ditempuh saudara adi anwar ini telah mencetuskan kemarahan sebilangan besar rakyat malaysia yang tahu apa makna pentingnya nyawa dan hidup yang normal.mereka yang berpgang kepada prinsip hak asasi tidak akan berdiam diri setelah tiga peristiwa zalim anggota jabatan kerajaan telah berlaku zalim kepada rakyat malaysia.

masyarakat melayu yang menyokong umNo,cina yang menyokong mca dan india yang menyokong mic harus bertobat,lihat apa yang pemerintah malaysia di bawah baziran NAZIonal lakukan kepada kaum sebangsa mereka.pemimpin melayu ramai dah yang sedar,pemimpin cina semakin ramai yang sedar sekarang kita rasa tidak perlu untuk samy vellu sedar,tetapi rakyat malaysia berkaum india harus sedar dan tinggalkan samy dan sertai perjuangan rakyat.

kemasukan bekas Presiden MCA, Dato’ Chua Jui Meng ke dalam pkr(pakatan rakyat)memberi satu lagi tenaga baru untuk digembeleng demi kepentingan rakyat.masyarakat cina jangan sia siakan kemasukan bekas pemimpin mereka ini bahkan jika yang masih ragu untuk sertai perjuangan rakyat,jadikanlah kemasukan dato chua jui meng sebagai satu pemberi semangat untuk anda menyertai perjuangan ini.

Perjuangan ini adalah perjuangan rakyat,melayu sahaja tidak mampu menjatuhkan kerajaan bn,cina sahaja pun tidak mampu untuk jatuhkan bn apatah lagi kaum india yang minoriti.jadi satu cara untuk menjatuhkan bn adalah dengan melakukannya bersama.together,we will follow u,and do it together.suara rakyat suara keramat,jatuhkan bn dengan satu pekitan...hidup rakyat hidup rakyat.

dato chua jui ming bukanlah tokoh bn pertama yang menyertai pakatan rakyat,di awal tahun ini,bekas menteri di jabatan perdana menteri,dato zaid ibrahim telah berikrar untuk meneruskan perjuangan rakyat menentang kezaliman dan kebejatan pemerintah malaysia.

jika masih ada melayu yang menyokong umNo,mereka telah mengkhianati kaum mereka sendiri,jika ada cina yang mneyokong mca,mereka juga telah mengkhianati kaum mereka sendiri dan jika ada india yang menyokong mic,mereka telah mengkhianati kaum mereka sendiri dan jika ada malayu,india dan cina yang menyokong barisan nazional,mereka telah mengkhianati BANGSA mereka sendiri..bangsa malaysia.

kita berdiri harus tanpa mengira bangsa,kita pegang satu bendera kita hancurkan pemerintahan zalim umNo barisan nazional.


No comments:

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts