Sunday, May 31, 2009

Saya Sedia Kalah - Husam


Saol Jawab: 'Saya sedia kalah dalam pemilihan Pas'

AHMAD NAIM TAHIR / Berita Harian

PEREBUTAN jawatan Timbalan Presiden Pas di antara penyandang, Nasharuddin Mat Isa, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu paling menjadi tumpuan pada Muktamar Pas Ke-55, minggu depan. Wartawan Berita Minggu, AHMAD NAIM TAHIR mendapatkan pandangan Husam untuk menghuraikan perkara itu.

...........................

Kenapa Datuk menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden?

Apabila saya menyertai Pas pada 1982, satu daripada sebabnya saya percaya Pas perlu jadi parti peneraju utama dalam negara jika dasar Islam yang komprehensif mahu dilaksanakan. Saya berpendapat jika ada kerjasama politik dengan Umno dalam bentuk berkerajaan, ia akan menyekat kemaraan Pas. Tak mungkin Pas dapat bertanding pilihan raya di kawasan Umno dan Barisan Nasional (BN) dan ini akan hadkan kerusi Pas lalu Umno tetap jadi parti utama dan perjuangan Islam akan terbiar. Buat masa ini saya berasa Pas mesti berusaha untuk keluar dan memenangi kerusi yang dikuasai Umno dan BN bagi mencapai cita-cita politik parti. Di kawasan ramai pengundi bukan Melayu, rakan Pas seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah menguasai kerusi itu, jadi tugas Pas yang utama sekali ialah menarik sokongan Melayu di kawasan kubu kuat Umno seperti di Johor dan Pahang.

Apa reaksi ahli Pas terhadap keputusan Datuk bertanding Timbalan Presiden?

Alhamdulillah saya dapat banyak khidmat pesanan ringkas (SMS) terima kasih kerana sanggup tawar diri walaupun menanggung risiko. Kalau nak jaga kedudukan, saya bertanding Naib Presiden, lebih selamat. Apabila bertanding Timbalan Presiden, risikonya sangat tinggi, lebih-lebih lagi dikatakan saya menerima pencalonan tidak berapa besar, tetapi sekurang-kurangnya saya berhasrat sampaikan niat atau pandangan politik saya yang tidak bersetuju dengan pimpinan tertentu mengadakan rundingan sulit dengan Umno, sekurang-kurangnya saya hendak daftarkan pandangan politik saya yang berbeza ini. Saya tidak pasti apakah keputusan ini paling baik tetapi sekurang-kurangnya tanggungjawab saya sudah selesai. Kalah atau menang, itu ditentukan oleh perwakilan. Dalam pemilihan kali ini, tidak boleh lari daripada isu pertembungan kumpulan pro-ulama dan Erdogan.

Datuk sendiri dikatakan sebagai ketua kepada puak Erdogan?

Kalau kita tengok buku sains politik, apabila nak wujudkan satu sasaran, kita kena namakan kumpulan, tetapi sampai hari ini saya tidak tahu siapa mulakan label Erdogan itu. Ada orang kata ia dimulakan blog anti-Husam tetapi saya tidak siasat siapa di sebalik blog itu. Isu ini diwujudkan sebaik timbul soal muzakarah atau muqabalah dengan Umno. Sasaran blog itu mungkin untuk merosakkan nama baik saya yang dianggap ancaman kepada usaha yang dilakukan oleh kedua-dua pihak (Pas dan Umno). Sesetengah pihak mendakwa blog ini didalangi kumpulan di pejabat Jalan Raja Laut (Ibu Pejabat Pas), tetapi saya tak pasti adakah mereka, ahli parti atau orang luar di belakang blog ini. Blog inilah yang mempopularkan nama Erdogan dan kerana nama itu diberi percuma, saya tidak rasa apa-apa. Nak dikatakan bangga, jauh sekali untuk saya disamakan dengan Erdogan yang ada reputasi tinggi. Tentulah saya rendah diri untuk disamakan dengan Erdogan. Sebenarnya, kalau Pas liberal, saya liberal... kalau Pas konservatif, saya konservatif dan kalau Pas fundamental, saya pun fundamental. Saya masuk Pas bukan satu dua hari, jadi jika ada apa-apa kekurangan pada saya, bermakna Pas tidak melaksanakan tarbiah atau pendidikan kepemimpinan yang baik kerana kalau hampir 30 tahun dalam parti, masih lagi saya diragui oleh ahli, bermakna ada sesuatu tidak kena dengan pendidikan parti. Saya berpendapat ini (isu ulama dan profesional) usaha untuk memecahbelahkan Pas bagi membolehkan pihak lain mendapat manfaat daripada perpecahan ini. Prinsip yang saya nampak ialah Islam membuka peluang kepada setiap individu membangunkan diri untuk mencapai beberapa kualiti minimum. Kepemimpinan dalam Islam lebih fleksibel dan terbuka, tetapi struktur yang ada dalam Pas agak lengkap yang mana setinggi mana pun pemimpinnya, ulama atau bukan, tertakluk kepada Majlis Syura sebagai pengawal dan penentu dasar utama parti. Struktur itu sudah wujud dan saya tidak nampak perlu terlalu bimbang terhadap isu ini. Bagi saya, penyertaan saya ini mungkin hanya sementara mengikut keperluan waktu. Jika ada pemimpin lain lebih baik, saya pada bila-bila masa boleh membuka ruang untuk mereka naik dalam pimpinan parti.


Datuk rapat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga mengundang tanggapan pengaruh Anwar makin berkembang dalam Pas?

Saya bukan saja rapat dengan kepemimpinan Pakatan Rakyat, tetapi juga dengan pemimpin Umno dan BN, saya boleh berkomunikasi. Masa jadi Ahli Parlimen, saya sentiasa berinteraksi dengan pemimpin Umno, boleh minum teh dengan Tun Daim Zainuddin, melawat pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad selepas beliau tidak lagi jadi Perdana Menteri dan boleh menghubungi menteri tertentu memberikan pandangan saya. Hubungan rapat tidak semestinya kita korbankan dasar parti. Saya nak bertanya kepada pengkritik itu apa ruginya Pas apabila saya rapat dengan Anwar, apakah prinsip parti sudah saya korbankan? Itu yang perlu diukur. Rapatnya kami bukan bererti saya boleh diperkudakan. Sampai hari ini pengkritik tidak boleh buktikan apa perkara yang saya kompromi dengan Anwar. Anwar diperlukan Pas menjelang pilihan raya hingga ada yang hampir merajuk kerana beliau tidak hadir dalam ceramah besar. Beliau dijemput berceramah di seluruh negara atas pentas Pas, mengapa pada waktu itu tidak timbul persoalan Pas tidak perlukan Anwar? Selepas berkuasa di Kedah, Perak, ada kerusi di Pulau Pinang dan Selangor, menang di Kelantan dan ada perwakilan besar di Parlimen, timbul isu siapa jadi alat Anwar.

Datuk bertanding sebab tidak bersetuju dengan sikap liberal pemimpin tertentu kepada Umno, sedangkan muzakarah sudah direstui Presiden Pas?

Kedudukan Timbalan Presiden seperti pembantu juruterbang yang juga ada peranannya. Saya melihat Presiden ada pendekatan politik yang terlebih matang, tetapi sesetengah pemimpin Pas guna kedudukan mereka untuk pergi lebih jauh daripada apa yang direncanakan Presiden. Sebab itu, saya tidak ada masalah dengan Abdul Hadi dan saya yakin jika Timbalan Presiden boleh memberi input lebih meluas, Presiden akan membuat pilihan politik lebih tepat ketika itu. Apakah Datuk tidak akan memberi ruang langsung kepada Pas berbincang dengan Umno, terutama demi kepentingan bangsa dan agama. Persoalan kita ialah agenda Islam yang boleh dijayakan dengan pendukung yang komited. Umno, pada pendapat saya menolak dasar Islam dalam pemerintahan, bahkan peranan wahyu sendiri (al-Quran) sangat kecil dalam penentuan dasar dan budaya Umno. Kita tolak Umno bukan kerana permusuhan politik tetapi kerana untuk melaksanakan agenda Islam, orang yang menghayati agenda itulah yang perlu mengambil tempat dalam kerajaan. Kalau Umno sendiri menerima hakikat ini, tidak ada masalah bagi Pas untuk membantu Umno, tetapi jika setakat untuk menyokong Umno kekalkan kuasanya, apa guna Pas ditubuhkan kalau sekadar jadi kuda tunggangan Umno. Kalau Pas duduk di atas, Umno di bawah, saya tiada masalah. Kalau Umno benar-benar tekankan perpaduan Islam, maka kita kena ambil ukuran Islam seperti pemimpin paling bertakwa itulah yang jadi pemerintah paling tinggi. Kalau Abdul Hadi atau Nik Aziz jadi Perdana Menteri dan Datuk Seri Najib Razak jadi Timbalan Perdana Menteri, saya tiada masalah. Kalau Najib jadi Perdana Menteri, Abdul Hadi jadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, saya rasa usaha Pas akan sia-sia.


Datuk dianggap sebagai anak didik Nik Aziz dan ia dikatakan kelebihan kepada Datuk dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden?

Prinsip saya ialah kita tidak boleh peralatkan orang lain untuk kepentingan kita. Hubungan saya dengan Nik Aziz ialah saya murid, beliau guru. Saya dibentuk oleh beliau, berada di bawahnya dalam kerajaan hampir 20 tahun dan dalam parti melalui kuliah dan usrah. Beliau membentuk pemikiran saya dan saya tahu apa dalam fikirannya dan cuba jayakan apa yang beliau hasratkan. Saya orang suruhan beliau, bukan beliau orang suruhan saya. Dalam isu seperti muqabalah, muzakarah dan lain-lain, Nik Aziz ada pandangan sendiri, sebab itu tiada siapa yang boleh ubah pandangan itu.

Bagaimana peluang Datuk untuk menang dan apa nasihat kepada perwakilan?

Saya harap perwakilan matang untuk jadikan Pas terus relevan dengan keadaan semasa dan keperluan masyarakat yang berharap Pas jadi alternatif kepada Umno dan dapat bawa perubahan kepada negara. Dalam pertandingan, saya serahkan kepada Allah, tetapi saya sedia untuk kalah. Ini pengorbanan saya, sekurang-kurangnya dari segi rekod, saya bertanding atas niat untuk kebaikan parti dan jika ditakdirkan menang, saya mesti jadi pembantu Presiden untuk membentuk gandingan yang baik. Saya juga berharap dapat mendekatkan Rusila dan Pulau Melaka (Abdul Hadi dan Nik Aziz). Kalau Rusila dan Pulau Melaka intim dan kuat, saya yakin Pas boleh meneraju perubahan politik terutama di negeri yang masih menjadi kubu Umno.


http://www.husammusa.com

Saturday, May 30, 2009

PENANTI:pengundian bermula..pr jangan lalai !!!


dengan trend kemenangan yang selalu berpihak kepada pakatan rakyat sepanjang 5 semua pilihan raya kecil di semenanjung malaysia,penanti dilihat bukanlah satu cabaran terbesar bagi pr mencapai kemenangan..

namun dengan situasi sekarang,dengan spr yang senget sebelah,dilihat wujudnya konspirasi yang jelas dengan berlakunya peristiwa 'hilangnya nama' pengundi dari nama senarai pemilih.hal ini mungkin tidak menjejaskan kemenangan pkr tetapi mungkin majoriti kemenangan akan berkurang dari jumlah yang sepetutnya..

malaysiakini juga melaporkan bilangan polis dan wartawan melebihi bilangan pengundi di kawasan mengundi.ini bukanlah sesuatu yang baik untuk pkr..

di penanti,perjuangan yang mencabar bukanlah untuk mengcapai kemenangan kerana kita pasti menang,yang kita perjuangkan adalah majoriti yang tinggi..semakin tinggi majoriti kemangan kita,semakin umNO takutkan pilihan raya.semakin umNo takutkan pilihan raya,semakin cepat mereka terkubur,...semakin cepat mereka terkubur,semakin penuh pusat sakit jiwa dan penjara.semakin banyak banduan semakin banyak warden penjara diperlukan,smakin banyak warden diperlukan,semakin terbuka peluang pekerjaan kepada penggangur di malaysia..

ps-tu la,banyak faedahnya jika umNo terkubur...penggali kubur(the undertaker...is waiting 4 umNO...................

senarai perkara yang melanggar undang undang di malaysia...


BERPAKAIAN HITAM...
KUALA LUMPUR: Para penyokong parti politik diingatkan supaya tidak menimbulkan suasana tegang dengan berkumpul beramai-ramai serta memakai baju berwarna hitam ketika berlangsungnya persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menasihatkan mereka supaya tidak melayan saranan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya memakai baju hitam dan berhimpun sebagai tanda membantah persidangan itu yang dianggap oleh NGO itu sebagai tidak mengikut perlembagaan
........BERNAMA

MENYALAKAN LILIN...
Manakala 2 orang yang ditangkap pada malam ini pula adalah kerana menyalakan lilin dan menyanyi dihadapan bangunan ibu pejabat DAP itu.(http://ourglobal.wordpress.com/2009/05/27/14-dibebaskan-5-masih-ditahan-2-pula-ditangkap-malam-ini/)

BERKATA BENAR...
Seorang lagi pemimpin Pakatan rakyat hari ini disoalsiasat berhubung isu yang disentuh dalam ceramah semasa kempen pilihan raya Penanti.

Ahli Parlimen Pdang Serai, N. Gobalakrishnan telah dipanggil oleh polis ke Ibupejabat Kontinjen Polis (IPK) Bukit Mertajam berhubung dakwaan mengaitkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dengan Perdana Menteri Najib Razak semasa berceramah bersama calon Pakatan Rakyat, Mansor Othman Rabu lalu.

Beliau diminta hadir ke IPK Bukit Mertajam pukul 3 petang hari ini.

Sebelum itu pada pukul 11.30 pagi tadi polis telah mengambil keterangan daripada Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang di rumah beliau di Pulau Pinang berkenaan laporan polis terhadap beliau atas dakwaan "menghasut dan menfitnah" Najib.

Menurut Cif Inspektor Pang Meng Tuck laporan terhadap Kit Siang adalah mengenai ceramah yang disampaikan beliau di Guar Perahu pada 24 Mei lalu.

“Dalam ucapan saya, saya menyalahkan Najib berhubung rampasan kuasa dan merobekkan kredibiliti institusi negara satu demi satu,” kata Lim.

Lim juga bercakap kepada umum mengenai institusi polis, Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, perkhidmatan awam dan badan kehakiman yang disalahgunakan untuk kepentingan agenda politik Najib.

"Bercakap benar telah menjadi satu kesalahan di bawah hasutan dan fitnah. Kegelitaan telah menutupi Malaysia. Rakyat Malaysia tidak boleh ditakut-takutkan,” kata beliau selepas memberi keterangan selama 30 minit kepada polis
.(TVA)

MOGOK LAPAR DAN BRPUASA SUNAT..

Polis menahan 5 orang daripada sebuah syarikat pengendalian acara apabila mereka sedang mendirikan khemah bagi perasmian puasa sunat dan mogok lapar di hadapan Wisma DAP di Ipoh pagi tadi.(http://biaqpila.blogspot.com/2009/05/polis-ganggu-majlis-puasa-sunatmogok.html)

banyak lagi sebenarnya senarai lain,anda bersalah jika anda difitnah,semua peraturan yang tidak masuk akal,ini menandakan hari hari terakhir pemerintahan bn,mereka dah terdesak,dah nak mampos...biarlah mereka,semakin mereka begini,semakin rakyat benci...hua..hua..hua..

Famous Muslims you had never expected!

gua tak tahu nak tulis apa,korang tengok la video ni......





Friday, May 29, 2009

meriktokrasi tiada dalam sesetengah sekolah!!!


Meritokrasi adalah suatu sistem kerajaan yang berdasarkan pemerintahan berdasarkan kebolehan serta merit seseorang itu dan bukannya kekayaan atau status sosialnya..

yang gua ingin sebut bukanlah dalam kerajaan,tapi rendah sikit iaitu di sekolah..juga bukanlah mengenai guru atau pelajar,tetapi gua ingin sebut pasal pengerusi PIBG(persatuan ibu bapa dan guru).

kalau kat tempat gua la,biasanya yang dilantik sebagai pengerusi PIBG adalah jkkk..semua tahu,sekolah adalah pusat ilmu,tetapi,kerana tiadanya pengamalan sistem meritokrasi,jkkk umNo yang tidak lulus periksa srp pun dilantik sebagai pengerusi PIBG.layakkah dia?

gua bukanlah ingin burukkan seseorang yang tidak berpendidikan tinggi,tapi sepatutnya pengerusi PIBG tu kalau boleh pilihlah dari kalangan orang yang berilmu,ini,jkkk yang tidak lulus periksa srp pun boleh jadi VIP di pusat ilmu,bukankah ini sesuatu yang memalukan..

gua tidak tahulah tempat lain,tapi di tempat gua,beginilah,pengetua yang berpendidikan tinggi pun kena patuh pada seorang yang tidak berpendidikan hanya kerana dia pengerusi jkkk umNo..

ni la yang gua nak sebut,kalau ada 2 orang yang tidak berpendidikan,seorang penyokong pakatan dan seorang pencacai umNo,penyokong pakatan itu lebih cerdik 1000 kali dari pencacai umNo..dan jika ada seorang yang berpendidikan dan seorang yang tidak berpendidikan,jika yang berpendidikan itu menyokong umNo,yang tidak berpendidikan itu cerdik 1000000 kali dari yang berpendiidkan tinggi itu... FAHAM??..

apa la yang hebat sangat kat jkkk ni ya,semuanya(bantuan di sekolah) nak tandatangan dia,ingat duit itu bapak dia yang punya ker?

bagi gua,lembu pun lebih cerdik dari jkkk ni,kita perhatikan lembu,jika dia makan rumput,dia pilih rumput yang hijau dan segar,cuba anda catkan rumput itu dengan warna biru,sah lembu tidak makan rumput tu kerana tahu rumput yang warna biru ni bawa penyakit berbahaya..lebih bahaya dari penyakit gila babi..ADAKAH ANDA LEBIH CERDIK DARI LEMBU??JIKA ANDA PENCACAI UMNO,SAH LEMBU ITU LEBIH CERDIK DARI KORANG...KAH..KAH..KAH..

tanpa umNo,pilihan raya lesu...


Walaupun wujudnya penglibatan umNo secara tidak langsung di dalam pilihan raya dun penanti,namun,Penanti tetap menjadi pilihan raya yang 'kurang syok'..

Aminah tu memang jelas adalah wakil umNo,dia mempunyai 99 peratus ke;umno'annya.cara berkempennya,cara percakapannya,semua ada bau umNo yang busuk,namun begitu,umNo yang tidak bertanding di dalam pilihan raya ini secara rasmi membuatkan pilihan raya di penanti adalah tidak meriah..

kita bandingkan dengan pilihan raya kecil yang lain,kita nampak dengan jelas bahawa pilihan raya penanti adalah kurang meriah..apa yang mampu dibuktikan di sini adalah,kebencian rakyat terhadap baziran NAZIonal mengalahkan sokongan rakyat terhadap pakatan rakyat..kalau pakatan rakyat  letak apapun sebagai calon,pasti calon itu akan diundi..

diharap umNo akan meletakkan calon pada pilihan raya manik urai agar kemeriahan pilihan raya kecil dapat dirasai semula..kita boleh melihat perangai keberukan perayu undi untuk umNo,  dan kita boleh melihat polis yang berpakaian seperti remaja punk,kita boleh lihart bermacam gelafgat keberukan...

Thursday, May 28, 2009

Amalan BN sekarang sama dengan PKM dulu - Nik Aziz

PULAU PINANG,28 Mei. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Parti Komunis Malaya (PKM) tidak jauh bezanya dengan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan nasionalisma.
Menurut beliau lagi tindakan yang dilakukan oleh BN selama ini adalah mirip kepada apa yang dilakukan oleh PKM.

"Jika pada zaman PKM ramai mereka yang tidak bersalah dan berdosa dibunuh dan dizalimi.Apa bezanya pada zaman ini dimana mereka yang tidak bersalah mudah dizalimi oleh pemerintahan BN. Oleh kerana itu ada persamaan antara PKM yang dahulu dan BN yang wujud sekarang. Kedua-duanya sama saja.

"Oleh kerana itu siapa sahaja yang mengamalkan fahaman nasionalisma maka ia juga adalah serupa dengan PKM yang melakukan kezaliman,pembunuhan,kerosakan dan bermacam-macam lagi ancaman pada zaman darurat dahulu sehingga ramai yang sengsara.

"Kesan yang ditinggalkan oleh PKM pada ketika itu dapat dirasai sehingga sekarang.Begitu juga dengan kerajaan BN yang mengamalkan ISA sebagai satu akta yang menzalimi rakyat yang tidak bersalah.Bukankah ini juga semacam dengan mereka."

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di Kampung Guar Jering, Penanti, Bukit Mertajam.

Dalam ceramah itu beliau juga menyentuh mengenai kedudukan BN yang semakin terancam dengan perpecahan yang begitu ketara berlaku semasa pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita lihat apa yang berlaku dalam parti PPP.Mereka mulai berpecah kepada dua presiden.Begitu juga di Trengganu yang berpecah dalam kumpulan Umno yang memerintah negeri disana.

"Di Perak juga berlaku kemelut yang sehingga ini rakyat tidak dapat menerima apa yang telah diputuskan walaupun hak rakyat untuk meimilih harus diserahkan kepada rakyat membuat pilihan terbaik," katanya.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

sumber: http://siasahdaily.blogspot.com/

Wednesday, May 27, 2009

Balasan Allah :kita boleh lihat di dunia.....



gua terbaca satu artikel di blog :http://sloone.wordpress.com/2009/05/26/rais-shames-najib-just-as-he-prepares-to-visit-china/..........wa tertarik dengan satu komen yang diberi oleh seorang pembaca dengan nickname "glocal"..

ia takde kaitan dengan tajuk,tapi berkait rapat dengan anwar ibrahim...

ia merupakan komen berbahasa inggeris,nak terjemah panjang sangat,jadi bagi yang tidak fasih berbahasa inggeris anda boleh copy salinan kat bawah,pergi ke google dan klik language tool
..anda akan mendapat terjermahannya..

ini dia......

Well, Anwar may not be able to receive justice from the Malaysian courts. But Anwar certainly seems to be receiving justice from some other higher power even though it may be delayed.

And let us go through the list.

Ummi Hafilda Ali, one of the main players in the Anwar conspiracy, was disowned by her father before he died. Ummi’s father is of course also Azmin Ali’s father so we have it on good authority this is so. What fate do you think awaits a daughter disowned by her father and who died before he could forgive her for the sin she did to Anwar?

Azizan Abu Bakar, Ummi’s partner-in-crime and the one who accused Anwar of sodomy and later retracted his allegation, in turn crashed his car, which resulted in his wife’s death. He was then later arrested for khalwat (close proximity) and sentenced to six months jail.

Aziz Shamsuddin, the head conspirator, too crashed his car and his wife too died. It was reported that when they took her body to hospital they discovered a cheque for RM3 million on her body, which was a bribe for a contract he had awarded a Chinese company. Everyone has to die one day, but dying with dirty money on your body is a terrible way to go.

And we all know what happened to the Attorney-General then who was in charge of fixing Anwar’s trials. He lingered in a one-year coma after falling down and hitting his head when he suffered a stroke.

The doctors at the Subang Medical Centre had to cut open his skull to relief the swelling on the brain but they could not sew it back because of the swelling. The skull finally had to be taped with plaster to prevent the brain from falling out.

When he finally died, his head had shrunk and those who saw him at the time of his death said that his head looked like a monkey’s head. How befitting someone who did not use his brain when he was alive and who ‘monkeyed’ around with the justice system!

Remember Dr Ristina Majid, another conspirator? She was pissed drunk while her niece, who she had been entrusted to baby sit, drowned in the swimming pool. Her father too disowned her and he died without forgiving her for what she did to Anwar.

Dr Ristina herself died of a stroke while in a conference in Jakarta and she went to her grave without her father’s forgiveness. She in fact wanted to marry Aziz Shamuddin but he did not want her. And Azizan Abu Bakar was for a while employed by her as her driver.

.................................................

ringkasnya,pasa lummi hafilda,ayah dia tidak mengaku dia sebagai anak sehingga lah saat kematian bapanya..jadi,hidpnya sekarang adalah langsung tiada keredhaan bapanya.

azizah abu bakar,mengalami kemalangan kemudian istrinya mati dan dia kemudiannya dipenjara keraja kes khalwat..

aziz samsudin,juga kemalangan dan istrinya turut mati.dilaporkan telah dijumpai cek bernilai 3 juta dalam poketnya..mati dalam keadaan wang kotor di atas badan..

pendek kata,semua mereka telah mendapat balasan awal ,nyata...kita lihat anwar,beliau hanya dipenjara selama 6 tahun,dan sekarang mampu hidup dengan bahagia..itulah,tuhan itu maha berkuasa..allahuakhbar..

Tuesday, May 26, 2009

apa nak kata tentang manusia begini...

Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin mengganggap tindakan Aminah sengaja memerangkap beberapa bekas rakan beliau ketika bersama dalam Keadilan dahulu adalah taktik kotor yang bertujuan menarik perhatian media.

“Kita kenal Aminah lebih dari 10 tahun dan kita juga tahu apa kekuatan dan kelemahan yang ada pada beliau. Kita bukan nak memperlekeh beliau tetapi tindakan beliau yang sengaja mengeruhkan keadaan dilihat sebagai usaha yang tidak seharusnya dibuat oleh seorang wanita.
“Tindakan Aminah menjemput rakan lama beliau untuk makan dan memerangkap teman lamanya dengan percakapan yang sengaja dirakan untuk tujuan mencari publisiti murah dan bahan kempen amat tidak boleh diterima.

Chia dan Peter kawan lama dalam PKR menjelaskan bahawa mereka di jemput ke rumah Aminah untuk berbual-bual dan tidak menyangka bahawa ianya adalah tujuan Aminah untuk memerangkap mereka dalam tape.Namun ada kenyataan Aminah mahu kembali kepada PKR tidak di masuk kan ke dalam tape berkenaaan dan di edit.malah menurut mereka berdua memang mereka bergurau jika menang nanti boleh dilantik sebagai DCM1 menggantikan Fairus.

‘Sebagai seorang wanita yang perlu memelihara kehormatan dan moral, aminah tidak seharusnya mengkhianati rakan-rakan lamanya,” jelas Zuraidah yang juga Alhi Parlimen Ampang.

Menurut Beliau terlalu mustahil untuk melantik beliau (Aminah) sebagai Timbalan Ketua Menteri sedangkan beliau bukan seorang ahli dari Parti Pakatan Rakyat.

‘Biasalah bila kita berjumpa kawan lama kita akan bercerita macam-macam kadang-kadang kita bergurau mengenai sesuatu yang luar biasa dan bukan besar.

Sumber: http://wrlr.blogspot.com/


ps-keraspedal komen- kalau benar,takpe,gua sokong dia,kalau dia salah@fitnah,gua doakan dia dilaknat..kemudian kubur tidak terima dia..macam mana manusia macam ni boleh ada kat muka bumi ni yer...

ustaz azhar idrus-takbir

Monday, May 25, 2009

bagai beruk berebut bunga.....


Malaysiakini melaporkan empat pemimpin Umno bahagian Kuala Krai berminat mencabar PAS pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai susulan kematian penyandangnya Ismail Yaacob, Jumaat lalu.

Ketua bahagian Datuk Ramzi Abdul Rahman, naib ketua bahagian Che Jalal Muda, ketua Wanita Rohani Abdul Majid dan ketua Pemuda Tuan Aziz Tuan Mat semuanya disebut-sebut menawarkan diri bagi menggalas cabaran BN di kerusi kubu PAS tersebut.

yea la kan,dapat tanding pilihan raya kecil,glamer sikit,media bn macam tv3 suku akan perkenalkan dan memuji bagai nak rak...

anak dan family dia pulak kembang hidung bapak dia masuk paper tetiap hari...ni ayoh aku,ni ayoh aku..

kan..kan..kan

Khoo promised to take-up the issue




.....malaysiakini

jom sokong husam .....atau mat sabu..


hari ini,dato husam musa bersetuju untuk bertanding jawatan no. 2 dalam pas iaitu timbalan presiden

jadi,perebutan jawatan ini adalah munkin sekali antara husam musa,mat sabu dan nasarudin.

gua percaya,persaingan sengit adalah hanya antara mat sabu dan husam musa..

gua sokong husam menang beliau adalah anak didik tok guru nik aziz,tetapi kalau mat sabu menang pun gua ok...asalkan semangat mereka melawan umNo seperti melawan dajjal,maka akan tiada dalam kepala hotak mereka untuk bekerjasama dengan umNo..

yang sorang lagi...biarlah,gua no komen..

go...go..Husam musa
go..go..mat sabu..

bersama teruskan perjuangan menentang umNo..

Saturday, May 23, 2009

kes nizar,keraspedal kecewa,tapi tidak terkejut...


kelmarin,diumumkan mahkamah rayuan bahawa zombie adalah menteri besar perak yang sah (atas haram)..

gua tengok live keputusan ni,bila keluar jer perkataan "zombie menang"....perghhh,hati gua bagai ditikam pisau kontot..

sebenarnya,sehingga kelmarin,gua masih harapkan hakim,kerana gua tengok perubahan pada hakim mahkamah tinggi,mungkin hakim mahkamah rayuan ni nak contohi,tapi hakikatnya....gua harus terima hakikat bahawa hadis nabi muhammad adalah benar dan tidak ada yang benar melainkan yang benar benar belaka bahawasanya 2 dari 3 hakim akan ke neraka..

gua pun tidaklah terkejut dengan keputusan kelmarin,sebelum tu,bapak gua dah kata bahawa dia terbaca dalam satu blog bahawa "hakim dah diarahkan untuk memenangkan zombie"..wa dah tak leh nak kata apa dah..

seperti mana anwar ibrahim dan nizar jamaludin,gua juga sama,mereka kecewa dengan keputusan kelmarin,tapi tidak terkejut..

yang terkejut beruk adalah umNo apabila menerima berita satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan di dun manik urai berikutan kematian penyandangnya..selepas susah nak carik alasan nak lari dari penanti,manik urai sedang menanti mereka..

kah..kah..kah..


pemuda umNo perak buat laporan polis salahudin ayub hina hakim..


ayat biru kat atas tu gua ada terbaca dalam satu blog,memang pemuda umNo ni nak cari publisiti murahan..

yang pergi buat laporan polis tu bakai baju kemeja belaka,kena pakai smart smart,sebab esok masuk paper..glamer aku...ni la bisikan hati nurani mereka yea..

gaya pose mereka,wah,mengalahkan model...

lantak mereka la,senang sikit anak mereka nak tunjuk kat kawan mereka bapak mereka basuk paper,masuk blog...

memang pada masa sekarang pemuda umNo perlu publisiti..sebab takde sape yang kenal mereka,siapa ye ketua mereka...dah senyap sekarang...

Penanti,...pilihan raya kecik paling tidak meriah..


Apabila umNo mengambil keputusan untuk menarik diri dari bertanding di dun penanti kerana takut kalah,ini menjadikan prk penanti sebagai pilihn raya kecil paling tidak meriah abad ini..

akan tiada lagi penari bogel untuk disajikan kepada masyarakat penanti,projek mee segera juga akan berkurangan,kita tidak dapat lagi melihat gelagat orang utan oleh petera dan puteri umNo.

no more jeritan...altantuya..altantuya..c4 ..c4..rasuah..rasuah..

walaupun ada wakil bebas yang ditaja,ia tidak lah semenarik jika umNo bertanding..

kita tidak akan mendengar laungan "kotak,kotak"lagi,...

yang hanya akan turun berkempen melawan pr adalah ahli parlimen bebas si raja katak...ong..ong..

bunyinya,penamaan calon tadi pun hanya sekadar 2-3 ribu penyokong,tidak lah seramai di batang ai un...bukit gantang apatah lagi..

gua terfikir,satu hari nanti jika umNo pupus(akan pupus gak),memang pilihan raya tidak lah akan meriah lagi..pilihan raya nanti bukanlah satu yang ditunggu tunggu..waaaa,penting juga umNo nie yea.jadi tak perlulah kita kuburkan umNo semua skali,kita buat lubang sikit agar suara sumbangnya dapat kita dengari dari bawah tanah....

takpe,kita serang kat Manik urai nanti,khabarnya,bn akan bertanding..

go..go..dr mansor di penanti..

Friday, May 22, 2009

kematian adun pas dan kekalahan nizar..berita sedih buat pas,berita tragis buat umNo


Awal pagi tadi,ahli pas menerima satu berita tentang kehilangan seorang wakil mereka di dun manik urai,kelantan..

kemudian,jam 3.30 petang tadi,pakatan sekali lagi menerima satu berita sidih buat mereka apabila zombie menang di mahkamah rayuan sekaligus zombie sekali lagi diistiharkan sebagai mb perak yang sah(di mata umNo)

kedua ini merupakan berita yang amat mendukacitaka penyokong pas..namun,setiap perkara buruk,ada hikmahnya..

kita ahli pas sedih apabila wakil kita meninggal,umNo turut sedih bahkan sangat sangat sedih,bukan kerana kehilangan seorang lawan yang berkaliber,tetapi kerana bakal sekali lagi ditelanjangkan oleh rakyat manik urai..umNo yang dari dahulu takutkan pilihan raya,kini terpaksa berdepan dengan pilihan raya.di penanti,umNo terlepas(tak terlepas sanagt pun)di manik urai,ko mampus umNo ....keluar mulut buaya,masuk mulut naga pulak umNo kali ni...
al fatihah buat bekas adun manik urai..

kes dato seri nizar pula,pihak pas amat kecewa dengan keputusan ini,namum positifnya ada,jangan risau,hari ini,kebencian rakyat terhadap bee end umNo tertambah dengan kuasa 10...mampos ko..kah..kah..kah.

sekarang mungkin ada blogger umNo yang melompat bagaikan katak dicucuh api kerana zombie menang,satu hari nanti,mereka akan lenyek seperti katak yang mati dipijak kereta api,selepas pakatan rakyak menerima sokongan 80 peratus sokongan rakyat perak...hari ini mereka memegang pistol,besok,pistol itulah akan 'membunuh' mereka

SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T ITU MAHA BERKUASA,SEMUA YANG DIRENCANAKAN ALLAH PASTI AKAN MENYERLAHKAN KEBENARAN SATU HARI NANTI....JUST WAIT AND SEE..

selagi ada pilihan raya,selagi itu altantuya 'hidup'...


Bn kebelakangan ini cuba untuk lari dari menghadapi pilihan raya,buktinya,bn telah menarik diri dari bertanding pilihan raya dun penanti atas alasan yang tidak kena pada umNo..

Banyak sebab umNo ni takutkan pilihan raya,kalah tu salah satu darinya,yang paling ditakuti presiden umNo apabila berlakunya pilihan raya adalah kerana dia takutkan hantu altantuya..altantuya adalah isu wajib dalam setiap pilihan raya untuk "mengali lubang kubur umNo".dan selagi ada pilihan raya,selagi itu altantuya "hidup"..dan selagi altantuya hidup,selagi tu najib "mati"...

Sesungguhnya Allah tu maha berkuasa,walaupun umNo cuba untuk lari dari pilihan raya penanti,Allah telah wujudkan satu lagi pilihan raya,dan setiap kali pilihan raya,anwar ibrahim akan duduk tersenyum melihat telatah wakil umNo dan najib cuba untuk lari dari dakwaan salah laku,rasuah dan pembunuhan altantuya.....

kalaulah ada lagi 10 pilihan raya kecil kat malaysia ni sebelum pilihan raya ke 13,anwar tidak perlu berkempen bermati matian kerana umNo akan mati dengan sendirinya....

..mampus dah bee end...................

ADUN PAS meninggal dunia




ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia kira-kira subuh hari ini di hospital Kota Bharu dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut.

Difahamkan Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.

Kecuali pada 2004, allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut - bawah parlimen Kuala Krai yang diwakili bendahari PAS Dr Hatta Ramli.

Pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali dijadual mengadakan satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur jam 11 pagi ini.

Beliau juga dijangka mengulas pilihanraya kecil DUN Penanti yang akan bermula Sabtu ini sehingga 31 Mei.


Keputusan pilihanraya umum 2008 bagi N41 Manik Urai

Jumlah pengundi: 12,292 orang
Peratusan kaum: Melayu 99.25%, Cina 0.44%, India 26%, Lain-lain 0.02%

1. Ismail Yaacob (PAS) 5,746
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) 4,394

Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192

sumber: malaysiakini

Thursday, May 21, 2009

Kenang jasa PKM, benarkan Chin Peng pulang



Bekas tokoh Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng wajar dibenarkan kembali ke Malaysia atas jasa besar gerakan gerila itu menentang penjajahan Inggeris, kata Citizens International.

Sumbangan gerakan ini diiktiraf sendiri oleh mantan perdana menteri Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan Tun Abdul Ghafar Baba, seorang lagi mantan timbalan perdana menteri.

"Seperti juga Tun Abdul Razak Hussein, mantan perdana menteri kita, Chin Peng terlibat dalam gerakan penentangan terhadap kependudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua.

chin peng"Melalui perjuangannya menentang imperalisme, penjajahan dan penindasan, beliau telah membawa kehormatan dan maruah kepada negara dan rakyat kita.

"Telah menjadi fakta sejarah yang sahih bahawa perjuangan yang dibawa oleh gerakan pembebasan pimpinan Chin Peng, Rashid Mydin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan lain-lain telah menyumbang ke arah kemerdekaan Malaya," kata Pengerusi Citizens International, SM Mohamed Idris.

Beliau juga berkata Islam mengajar umatnya berlembut pada musuh ketat sekali pun seperti ditunjukkan oleh Nabi Muhammad sewaktu kemenangan merampas Mekah.

Usaha bekas setiausaha PKM itu - sebuah pertubuhan yang diharamkan - untuk pulang ke tanahair gagal melalui proses mahkamah apabila permohonannya ditolak 30 April lalu.

Dalam rayuannya kepada kerajaan, Mohamed juga berkata perjanjian PKM dengan Malaysia pada 1989 membenarkan bekas pemimpin gerakan gerila itu pulang ke tanahair.


sumber:http://www.malaysiakini.com/news/104809

Wednesday, May 20, 2009

pasal artikel chin peng gua..


gua nak jelaskan kepada yang gambi,yang beri komen di bawah ni,saya copy dan paste semula..harap ko faham yea...

YANG GAMBI said...

Apa dah jadi dengan pemikiran tuan, cing peng awak kata wira pejuang kemerdekaan ? Berapa ramai orang-orang Melayu dibunuh kejam, Askar Melayu, Polis Melayu. Itu yang tuan anggap wira....

Tuan kata Mahathir lebih kejam dari cing peng, adakah Mahathir membunuh rakyat macam cing peng buat masa komunis bermaharaja lela kat Tanah Melayu ? Kawan rasa Mahathir jauh lebih baik dari cing peng, memertabatkan orang Melayu.

Jangan terasuk sangat dengan dakyah DAP, dia juga lebih kurang komuis, tai tak nampak...
Banyak-banyaklah membaca yang baik-baik agar tuan lebih terbuka....

meh gua jawab secara ringkas,kalau panjang lebar puak umNo ni bukannya faham,otak di kepala tapi akal kat lutut...

memang chin peng ni zalim serta kejam,itu tidak dinafikan dalam artikel saya sendiri,tetapi nampaknya saudara memang buta sejarah....tujuan penubuhan parti komunis malaya adalah untuk membebaskan malaya dari british yang ketika itu sedang dijajah malaya juga untuk menantang tentera jepun...

sekali lagi saudara lupa sejarah apabila lupa akan peristiwa memali..

1 malaysia,adakah najib juga tepengaruh dengan dakyah dap???

sekarang gua yakin penyokong umNo serta blogger UBn memang buta sejarah...

chin peng............


pasal pemimpin gerakan yang mahukan chin peng iaitu setiusaha agung komunis malaya yang inginkan chin peng kembali ke malaysia,wa setuju..beliau adalah rakyat malaysia dan jangan lupa beliau juga adalah pejuang kemerdekaan..

kalau nak cakap pasal kezaliman,kalau gitu mahathir pun sekarang patut dihalau dari malaysia kerana banyak melakukan kezaliman kepada rakyat malaysia..

wa setuju chin peng bukan lagi ancaman kepada negara,tetapi ancaman kepada negara malaysia sekarang adalah pemimpin bn yang korup...sikit sikit dia kebas wang rakyat,lama lama jadi setinggi bukit..tapi pemimpin bn bukan kebas sikit sikit,tapi banyak banyak...

Chin Peng, yang dilahirkan di Sitiawan, Perak, kini tinggal di Bangkok selepas permohonan terakhirnya menerusi mahkamah untuk menetap di Malaysia ditolak pada 30 April lepas.


chin peng ni anak jadi malaysia la kira,mat kutty tu bapak dia bukan asal malaysia..kan..kan..

gua bukan tidak benci kat chin peng,gua belajar dalam sejarah apa yang dia telah lakukan kepada melayu,tapi dia cina,lojik la cina(pada masa itu)benci melayu,yang gua pelik sekarang melayu tindas melayu...

sekarang ni dah takde la cina ka,melayu ka,india ka,kita semua bangsa malaysia,berlaku adil la..dalam pemberian bantuan,berlaku lah adil,jangan fikir nak tolong melayu je,ingat,kita ni negara yang mengamalkan meritokrasi,bukan matitaskerusi...

ini dalam umNo apa kes,melayu punya nasik melayu makan,cina punya nasik cina makan,apa salahnya kalau makan sama sama..(halal la baru islam boleh makan)..

Tuesday, May 19, 2009

animasi wajib tonton...

wa dapat dari web youtube..banyak lagi video lagi,tapi yang ni paling best......



boleh juga melayari blog ni(http://gomoman.blogspot.com/) untuk video yang lebih lanjut atau layari yt

lu banding maa..wa no komen....



gambar eli wa cedok dari:

http://pahangdaily.blogspot.com/2009/05/eksklusif-ayunya-eli-bila-berbaju.html


wa tahu,eli tu bukan islam,takde kesan nyer bila beliau pakai,yang rosmah tu islam ke bukan??kalau islam apsal tak pakai tudung?tak malu ke dgn yang bukan islam..

mat rempit membunuh:samseng jalanan,polis membunuh:samseng ????


Mat rempit dan polis sama sama gua benci,kalau gua nampak mat rempit@samseng jalanan ni merempit,mulut selalu sebut,biarlah mereka kemalangan(busuk ya hati gua)..kalau dah 'kena'aku akan ketawa sambil ambil gambar untuk kenangan seumur hidup..hahaha

kalau nampak polis kat jalanan pulak mulut pun selalu sebut...anjing..anjing..gua ingat satu pantun Zunar dalam bukanya yang terbit semasa zaman reformasi dulu.
yang muda datang berkolompok..
yang tua datang berbongkok..
yang alim pakai songkok..
yang zalim buat roadblock ..

kalau buat road block untuk tangkap penjenayah gua tak kisah,tapi buat road block untuk sekatan ceramah parti pembangkang,ni yang aku menyampah ni..kalau masa tu mereka buat road block aku selalu menyumpah biar mereka dilanggar motor mat rempit...

kembali kepada samseng jalanan,ya,kalau mat rempit tu dah sampai tahap membunuh,sah mereka tu samseng,aku sokong mereka dihukum dengan letupkan mereka dengan C4.biar mampos si samseng jalanan ni..

tapi apa cerita pulak jika si polis ni yang bunuh orang tanpa mengikut peruntukan undang undang..gua beri 2 kes,altantuya dan mendiang a kugan,siapa yang bunuh,polis kan?.jadi gelaran apa yang selayaknya diberi kepada si polis polis jahanam ni?...samseng atasan? samseng polisan?,atau samseng taik kucing?..korang beri la idea skit...

gua bukan anti polis,gua pun kadet polis dulu,cuma gua anti anjing barisan nazional dan kebetulannya semua polis ni anjing baziran nazional..nak wat camne kan?/

BN kontrol Internet?

Sumber:http://hanief.blogspot.com/2009/05/berita-buruk-untuk-para-pengguna-tmnet.html

Sebarkan pada rakan-rakan anda yang masih kebingungan akan masalah sebenar kelajuan TMnet Streamyx.

Bermula dari bulan MEI 2009, TMnet Streamyx telah menyempitkan jalur lebarnya. Semua nombor IP terlibat. Hanya nombor IP yang bermula dengan 60.48.XXX.XXX sahaja yang berkelajuan seperti biasa.Jika anda menggunakan router bagi mendail nombor ini, anda memerlukan paling kurang 10 minit (itu pun jika anda bernasib baik).

Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, TMnet Streamyx melakukan ini semua bagi menghadkan penggunaan Internet di kalangan orang biasa agar mereka kembali kepada media lama iaitulah TV dan radio (yang semua orang tahu ia dipantau oleh kerajaan).

Media baru seperti SMS, MMS dan Internet dilaporkan telah menggugat keuntungan syarikat siaran televisyen besar seperti Media Prima dan juga menggugat politik Barisan Nasional.

Mereka semakin kehilangan penonton dan juga para pengiklan yang menjadi tunjang syarikat mereka. Kerajaan Barisan Nasional pula semakin kehilangan para penyokong.
Lantaran dari itu, janganlah anda hairan mengapa talian 1-300 TMnet Streamyx sering sibuk. Mereka dihujani dengan aduan sama dan tiada apa yang boleh pekerja mereka lakukan.Mereka hanya menjalankan tugas.

Mereka ibarat polis yang menerima arahan daripada Perdana Menteri. TMnet juga terpaksa menggaji pekerja yang bodoh dan jujur bagi menjayakan projek kotor kerajaan ini. Ini juga, telah mengakibatkan bilangan pekerja mereka menjadi sedikit sehingga membuatkan anda terpaksa menunggu lama, menanti skrip klasik yang tersusun dari kakitangan TMnet ini.

Ramai kakitangan yang berpengalaman di TMnet telah berhenti dan ada yang bekerja dengan syarikat jalur lebar yang lain, di dalam dan di luar negara.Johan Jaafar selaku orang nombor satu Media Prima yang baru, jelas sekali kekurangan idea bagaimana untuk memenangi hati penonton dan pengiklan serta mengelak bersekongkol dengan kerajaan Barisan Nasional.

Sekatan sistematik yang tersembunyi ke atas Internet kita ini, bukan sahaja menyusahkan para penulis blog, tetapi juga syarikat kecil dan besar yang berasaskan Internet. Jika syarikat anda selalu menggunakan Internet bagi tujuan emel atau pun sebagai alat komunikasi (Skype, MSN, YM dan lain-lain) syarikat anda juga akan turut berada di dalam masalah yang sama.

Harap maklum.Sebarkan pada rakan-rakan anda yang masih kebingungan akan masalah sebenar kelajuan TMnet Streamyx.

Wallahuaklam..

Tiada Politik Wang Dalam PAS


Sumber berita:http://greenboc.blogspot.com


Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang bermesyuarat hari ini mengesahkan amalan politik wang tidak wujud dalam parti itu seperti yang digembar-gemburkan terutamanya menjelang pemilihan Jun depan.

Malah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata jawatankuasa itu juga menafikan sekeras-kerasnya laporan media yang mengaitkan parti itu dengan amalan rasuah dan politik wang.
"Saya telah mendengar taklimat dari Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan beberapa pimpinan Pusat yang lain.
"Seteleh kita mengumpulkan maklumat dari semua negeri-negeri, kita dapati tidak ada amalan politik wang dalam PAS," katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media selepas mesyurat itu berakhir.

Minggu lalu Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqi mendedahkan bahawa perebutan kuasa dalam PAS semakin ketara sehingga ada individu sanggup memberikan 'hadiah' kepada perwakilan untuk mendapatkan sokongan pada pemilihan parti itu Jun depan.
Mohamed memberitahu, terdapat sesetengah calon yang telah membuat jamuan dan memberi baju kepada perwakilan untuk melobi supaya memenangi jawatan yang bakal ditandingi.

Jawatankuasa Harian PAS Pusat juga mengambil keputusan untuk tidak mengambil sebarang tindakan kepada Mohamed Daud dan beranggapan isu politik wang dalam PAS tidak timbul.
Abdul Hadi juga menyifatkan usaha pihak-pihak tertentu untuk mengaitkan PAS dengan amalan politik wang ternyata tidak berhasil.
"Sebarang usaha untuk menembuskan bahtera PAS melalui politik kotor terbukti selama ini telah gagal.

"Kita yakin PAS tidak akan dapat ditembusi dengan amalan politik wang," katanya.
Dalam pada itu Mohamed Daud ketika ditemui selepas mesyuarat tersebut berkata beliau telah memberi penjelasan secara menyeluruh kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut sama beliau mengemukan sebarang bukti ataupun tidak berhubung dakwaannya sebelum ini.

"Tiada komen... Tiada komen, kalau saya cakap nanti banyak masalah.
"Saya serah kepada presiden parti," katanya ringkas.

Monday, May 18, 2009

Rakyat penanti pun tidak nantikan bn untuk bertanding di sana...


hari ini presiden umNo @PeMbohong mengumumkan bahawa bariran NAZIonal tidak akan meletakkan calon di penanti..

menurut pak najib,sebab bn tidak mahu meletakkan calon adalah kerana kekosongan dun di penanti bukan disebabkan peruntukan di dalam perlembagaan tetapi tindakan pkr untuk menyelesaikan masalah dalaman pkr..

wah,pak jib ni dah lupa ker yang dulu masa isu Elizaberd wong,melolong lolong suruh Eli letak jawatan,gua nak tanya yang tu ada dalam peruntukan perlembagaan ker?...pak jib mudah lupa.

biarlah bn tak bertanding pun,kalau bertanding pun kalah jugak sebab rakyat penanti tidak pernah nantikan bn untuk mewakili mereka.

Minda Tokguru


"Dalam Islam sendiri tidak dibenarkan penganutnya menyebarkan benda yang tak baik kepada masyarakat, kalau ia sekadar berupa teguran tidak mengapa kerana tuduhan dan teguran dua perkara yang berbeza,"


Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa dukacita sekiranya benar ada pemimpin PAS yang cuba menyogok wang bagi mendapat kedudukan dalam parti.

"Sewajarnya orang sedemikian ditolak perwakilan bagi memastikan ia tidak wujud dalam PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

"Orang berpeluang menuduh kita sekiranya kita membiarkan diri melakukan sesuatu yang bercanggah," katanya selepas meraikan bakal pendaki Gunung Everest, di pejabatnya hari ini.

Baru-baru ini Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohamed Daud mendakwa ada calon yang akan bertanding pada muktamar PAS bulan depan difahamkan memberi saguhati kepada perwakilan.

Ketika ditanya berhubung tindakan yang perlu diambil sekiranya ada calon yang bakal bertanding turut mengamalkan politik wang beliau berkata, calon seperti itu hendaklah ditolak.

"Sebagaimana saya sering sebut sebelum ini 'beri gula kacau, beri kain pakai, beri lembu sembelih, tetapi bila mengundi pangkah calon PAS' hendaklah terus dipraktikkan.

"Duit yang dia bagi kita ambil, tetapi jangan undi dia, akhirnya dia akan perit setelah dia berasa dia bodoh dan tertipu," ujarnya.

Oleh itu beliau menasihatkan perwakilan PAS tidak membiarkan gejala seperti yang menimpa Umno sekarang menjangkiti PAS.

Beliau juga bersetuju tindakan perlu diambil terhadap orang yang membuat tuduhan tanpa dapat mengemukakan bukti yang kukuh.

Menurutnya setiap dakwaan mesti ada fakta kerana tuduhan tanpa bukti ia akan menggelirukan masyarakat.

"Seharusnya perkara seperti itu tidak didedahkan kepada masyarakat, sebaliknya masih ada lagi jalan untuk diselesaikan sekiranya ia benar-benar berlaku.

"Dalam Islam sendiri tidak dibenarkan penganutnya menyebarkan benda yang tak baik kepada masyarakat, kalau ia sekadar berupa teguran tidak mengapa kerana tuduhan dan teguran dua perkara yang berbeza," ujarnya.

Beliau turut melahirkan rasa syukur apabila Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menang tanpa bertanding biar pun sebelum ini media sering membuat spekulasi jawatan itu akan ditandingi.

Kata beliau biar pun media sering memperbesarkan isu pengganti presiden, namun sebagai sebuah gerakan Islam pemimpin yang berkemampuan wajar dikekalkan.

"Selagi beliau masih sihat, Insya-Allah amat wajar Ustaz Hadi terus menerajui kepimpinan parti. Ini ketokohan beliau diakui di seluruh dunia apabila sering dijemput hadir menyampaikan ucapan.

"Sememangnya payah hendak dicari pemimpin macam itu. Kalau ada yang silap sedikit sebanyak, kita pakat tegur. Saya pun begitu juga, ada salah boleh tegur, saya sangat suka orang tegur saya, tetapi teguran biarlah berfakta," katanya.

Beliau juga memberitahu ada PAS kawasan mencalonkannya bertanding jawatan presiden, namun beliau menolak cadangan itu.

Katanya beliau sudah serik dengan pengalaman ketika menandingi jawatan Ketua Dewan Ulamak PAS pada tahun 1960-an iaitu menentang Haji Husin Rahimi.

"Saya terkilan sampai ke hari ini kenapa melawannya pada waktu itu. Sebab itulah sampai sekarang saya telah serik untuk bertanding merebut apa-apa jawatan," ujarnya.

Harakah (17/5/09)

Santai

Apakah Status Warganegara Bukan Islam Dalam Negara Islam?


Oleh kerana Malaysia bukan sebuah negara Islam,status orang bukan Islam tak dapat di pastikan dengan tepat.Mufti Terengganu pernah mengeluarkan fatwa bahawa mereka adalah kafir zimmi iaitu golongan bukan Islam yang mesti di lindungi.Mufti kelantan pula mengatakan
mereka bukan kafir harbi.

Didalam keadaan hari ini yang mana kebanyakan orang Islam masih mengabaikan tanggungjawab menyampaikan dakwah dan penerangan kepada bukan Islam,adalah tidak munasabah untuk menghukum warganegara Malaysia yang bukan Islam sebagai kafir harbi.

Oleh kerana itu fatwa-fatwa yang dikeluarkan itu adalah sesuai dengan keadaan semasa dan bolehlah di jadikan panduan sewaktu berurusan dengan mereka.
Wasalam...

Ulama Dan Profesional saling Melengkapi

annasru menulis

Salam Obor Perjuangan,

Beberapa orang sahabat bertanya mengapa saya lama tidak menulis, sedang isu berkait dengan kepimpinan dalam PAS sekarang sedang memanas dan memuncak. Saya katakan malas!!. Menulis bukan boleh dipaksa-paksa. Sementelahan kalau saja untuk memanas suasana, meraih nama dan populariti. Lagi teruk kalau ada unsur-unsur laga-melaga, adu domba dan fitnah-menfitnah. Saya benar-benar tidak berminat.

Cukuplah sekadar berbincang-bincang bersama sahabat-sahabat. Itu pun pilih-pilih yang lebih bersifat terbuka dan boleh menerima tanpa ada sentimen, tanpa prasangka dan tidak terlalu rigid dengan pandangan sendiri, yang susah untuk berganjak. Soal mempertahankan prinsip tidak apa, tetapi berhujah tidak mengkaji, menghukum tanpa menyelidik dan diperkuda tanpa sedar, ini yang payahnya. Kalau pun mengkaji tidak mengatasi, menyelidik tetapi menyembunyi atau sedar tapi buat tak sedar. Ini lagilah payah.
Kita mendambakan ruang-ruang perbincangan yang dibuka dengan harapan jika ada ketegangan ia akan menjadi kendur, andai salah maklumat ia disahihkan, jika tersalah faham segera perbetulkan, jika ada yang teralpa kembali menjadi berada di alam nyata. Bahkan jika terlanjur mohon dimaafkan, terkhilaf mohon diampunkan…

Ulama dan professional timbul lagi. Dulu mengaji institusi agama dengan bukan agama. Antara belajar agama dan belajar sekular. Kadang-kadang naik biul, loya dan serabut bila istilah-istilah ini digegarkan semula.

Saya adalah antara kelompok yang menerima bahawa sesiapa pun boleh menerajui kepimpinan tertinggi jamaah sekiranya layak. Layak daripada segi syarak dan layak daripada sudut perlembagaan PAS. Tidak kira mereka itu seorang tok guru, tok lebai, cikgu, doktor, jurutera, petani, peniaga dan sebagainya.

Saya adalah generasi yang hidup ketika PAS semakin diterima dan menjadi parti dominan. Maknanya tidak banyak mengharungi pahit getir seperti generasi terdahulu. Saya juga boleh diibarat ulama mini, kalau tidak ulama mi celup, yang kalau ikut perlembangaan PAS tak menepati kreteria pun.

Sekali lagi, saya boleh menerima samada ulama atau profesional (mengambil istilah yang terpakai sekarang) memegang tampuk kepimpinan tertinggi hatta jawatan Presiden sekali pun!. Tapi syaratnya ia bukan melalui cara seperti berebutan. Juga bukan beradu, bukan melobi dan bukan tawar diri. Apalagi dengan cara politik kebendaan yang menjadi budaya parti nasionalis yang tunggu masa untuk dikuburkan itu.
Sucikanlah niat di hati….,
Maaf, saya bukan menunding sesiapa dan saya akur akan kewibawaan yang ada pada semua peringkat pimpinan yang ada sekarang. Mereka diamanahkan memikul pertanggungjawapan, bukan mengejar kedudukan dan kemuliaan oleh semua peringkat samada pimpinan mahu pun akar umbi.

Ketika Timbalan Presiden sekarang berdepan dengan Timbalan Presiden terdahulu saya sudah merasa kurang senang. Tetapi kerana arus ketika itu dikatakan ingin perubahan, saya kalah dan akur dengan arus itu! Ketika itu tidak timbul pun profesional vs agamawan. Semua menjulang, memuja-muji beliau yang sebelum ini terbukti hebat menjalan tugas kesetiausahaan.
Sebagaimana umum bersetuju bahawa perlu ada kombinasi mantap antara dua kelompok ini. Semuanya saling-melengkapi. Profesional dipandu sepenuhnya oleh ulama dalam segala tindakan. Manakala ulama dibantu oleh profesional dalam soal kemahiran dan pengkhususan yang bukan bidang agamawan.

Rasulullah bertemu seorang petani sedang membuat kacukan kepada benih tamar untuk menghasilkan tamar yang berkualiti. Taklimat yang diberikan hanya mengundang respon Nabi : Kamu lebih mengetahui (pakar) dalam urusan dunia kamu." Tugas Nabi ialah menerangkan bagaimana membezakan suatu produk halal atau haram. Ironisnya untuk meningkatkan daripada sudut kualiti hasil bukan kerja Nabi dan ulama.. Itu tugas tenaga mahir walau pun mungkin Nabi dan ulama boleh menggunakan kuasa mukjizat, keajaipan dan karamah. Tapi Islam tidak semata-mata bergantung kepada keramat, tetapi bergantung kepada keringat dan usaha mujahadah.

Sesungguhnya hanya ulama yang lebih memahami dunia ulama. Mewarisi kerja Nabi-nabi. Bergelumang dengan dunia hukum hakam. Memandu manusia ke jalan kebahagian. Kalaulah tidak kerana ulama, nescaya manusia hidup bagai ternakan.

Sejarah sistem khilafah menjustifikasikan bahawa sebahagian khilafah didominasi oleh bukan kalangan ulama. Mereka berjaya memerintah dengan bantuan dan sokongan ulama. Mereka akur dengan suara ulama. Bahkan sesetengah khalifah ketakutan setiap kali dimaklumkan utusan ulama akan berkunjung membawa mesej dari ulama.

Dalam PAS Majlis Syura Ulama adalah entiti tertinggi yang memandu dan mengawal jemaah. Autoriti majlis ini mengikut perlembagaan melangkaui membuat keputusan di atas perkara-perkara yang tidak diperuntukkan oleh perlembagaan. Sila rujuk Perlembagaan PAS [Pindaan 2001] Fasal 5(c) (vii). Hakikatnya sekarang adakah semua orang boleh akur dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulama? Ia sekaligus menolak dakwaan bahawa banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh anggota Majlis Syura, hatta Mursyidul Am sekarang tidak mendasari perlembagaan PAS.

Jangan hendaknya definasi ulama juga mula ingin ditransformasikan sehingga membuka peluang kepada sesiapa pun menjadi anggota Majlis Syura.
Wahai Ansorullah….,
Kembalikan kita mengadap musuh sebenar kita. Musuh agama, sekular, musuh yang menzalimi hukum Allah, musuh yang menolak pelaksanaan syariat. Musuh itu adalah Umno dan Barisan Nasional.

Akhirnya ditinggalkan beberapa persoalan. Adakah dalam sejarah seorang timbalan yang diagung-agung kehebatannya. Ingatkah anda bekas-bekas timbalan menteri besar di tempat anda. Tun Abdullah sewaktu menjadi Perdana Menteri disebut sebagai seorang PM yang lemah, tetapi adakah orang memuji kehebatan Najib? Kerana itu mengapa kita mengidam-idamkan jawatan yang hanya berstatus timbalan? Lainlah kalau anda bercita-cita untuk jadi Presiden.

Kalau ada teruskanlah!


Sunday, May 17, 2009

dah ada blogger umNo yang terasa.


pasal artikel wa yang bertajuk "BUKAN SAHAJA PEMIMPIN UMNO TAKUTKAN PILIHAN RAYA, BLOGGER UMNO PUN TAKUT SAMA.."

ni komen dia kat blog dia "


Kawan rasa, penulis blog ni berfikiran dungu dan terlalu taksub sangat nak berkuasa sehingga tak dapat berfikiran waras lagi, kalau penulis BBBN nak tau ini komen kawan :-
  • UMNO/BN bukan takut nak menghadapi P-Raya di Perak, tetapi kerajaan UMNO/BN tidak mahu untuk membazirkan kos P-Raya yang menelan belanja jutaan ringgit. Malaysia baru je lepas menghadapi PRU ke 12 dan beberapa PR kecil. Bukankah lebih baik kalau peruntukkan jutaan ringgit itu disalurkan untuk pembangunan rakyat seperti yang telah dirancangkan oleh kerajaan BN.

  • Bukankah lebih baik kalau ADUN-ADUN Pakatan Rakyat di Perak lebih bersikap rasional, menerima hakikat bahawa deme sudah tidak dapat majoriti kerusi dalam dewan, bermakna dah tak de kerajaan lagi lah...... Ini tak, lebih kepada menunjukkan sifat-sifat binatang di rimba, seolah-olah tidak dapat berfikir sebagai seorang pemimpin yang dipilih rakyat. Dah tu mengajak rakyat membuat huru hara, demokrasi dah tak pakai lagi.......

  • ADUN-ADUN BN di negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan P.Pinang sedia mewakili rakyat dalam dewan tanpa bersikap seperti haiwan, mereka dengan sikap kepimpinan sebenar menjadi kumpulan pembangkang yang bijak dalam dewan. Mengapa ADUN-ADUN Pakatan Rakyat tak boleh ?

  • Pakatan Rakyat sepatutnya lebih memikirkan pembangunan rakyat, kalau perasaan sangat deme kuat, tunggu sajalah PRU ke13 akan datang, berilah kesempatan kerajaan yang ada menyempurnakan tanggungjawab membangunkan negeri. Bukan nak tunjuk sapa takut, sapa berani atau sapa kuat. Kawan rasalah, rakyat Perak, terutama orang MELAYU dah beransur sedar akan kesilapan deme di PRU 12 yang lalu. ( ini sebenarnya yang ditakuti oleh Pakatan Rakyat)

  • Ini satu lagi, penulis menganggap “Selipar buruk pun belum tentu selamat”, terlalu takbur penulis ni membuat tanggapan. Kalau dia baca akhbar, tengok berita tv, tau ke berapa ribu rakyat dari negara-negara luar yang sanggup dan redha tenggelam di Laut Cina Selatan, Selat Melaka dan Pasific semata-mata nak menjejak kaki ka bumi Malaysia ? mengapa mereka menggadai nyawa ? Kalau bukan kerana Malaysialah satu-satu negara yang boleh mereka menumpang untuk hidup senang, aman dan damai.....

    Kalau pun Malaysia dikatakan huru hara, tak selamat, mungkin kerana ada orang yang macam penulis, berfikiran singkat, tidak pandai bersyukur dan pencentus huru hara.

Cukuplah setakat ini je yang kawan komen, kawan rasa blogger-blogger yang rasional lain lebih banyak akan membuat komen."

http://yanggambi.blogspot.com/

biar wa pulak jawab yang ni..

yang gila nak berkuasa adalah umNo,buktinya,tengok bagaimana dia rampas perak dari pakatan,bagaimana dia heret speaker yang sah..ni kerja orang waras ke?


  1. perbelanjaan:kos tidak akan tinggi jika umNo tidak main projek mee segera masa pilihan raya...cakap pasal pembaziran,masjid kristal tu tak membazir ker?rasuah menggunakan wang rakyat tak membazir ker?guna bom milik kerajaan malaysia untuk letupkan orang tak membazir ker?satu bom tu harga dia dah berapa..
  2. betul la pr dah tiada majoriti dalam dun perak,nizar boleh je jatuh,tapi gua nak tahu lu yang 'bijak' ni,ko tahu dak nizar masih menteri besar walaupun majoriti dah kurang,nak tahu kenapa?sebab mengikut perlembagaan,hanya tiga cara menteri besar boleh diganti iaitu pertama undi tidak percaya dalam dewan(mana ada lagi dibuat),kedua jika dun dibubarkan(ni yang bn kecut ni)dan ketiga bila menteri besar tu sendiri letak jawatan.(bila pulak nizar letak jawatan) .
  3. wah,betul ke mereka ni bersikap seperti manusia,mungkin blogger UBN ni lupa peristiwa di dun kelantan satu ketika dulu.siap sepak terajang lagi,ni lebih teruk dari binatang.kat selangor pulak siap main tarik janggut,ni perangai manusia ker?.sepatutnya zombie tu yang patut terima hakikat bahawa dia bukan menteri besar yang sah,mahkamah tinggi dan mahkamah rakyat dah tentukannya..
  4. la,yang tidak fikirkan pembangunan rakyat adalah menteri bn,duit rakyat dikebas pergi melancong, dikebas untuk kroni.
  5. kalau pakatan rakyat memerintah,pasti tak de dah orang dari seberang laut nak masuk macam penulis UBN ni cakap,mereka cari makan tu soal mereka,ya malaysia negara kaya,tapi rakyat yang kaya ada berapa kerat?blogger UBN cuba perhatikan jiran korang,berapa yang cukup makan setiap hari?
  6. kalau malaysia ni selamat,tregedi menyayat hati seperti peristiwa yang meninpa adik nurin jazlin tidak akan berlaku,adik alwi pasti sedang bermain dengan gembira sekarang,sharlinie pasti berapa dalam dakapan ibu bapa dia sekarang,tapi apa yang berlaku?...ni ke dipanggil aman.. selamat.. makmur..
gua bukan tidak tahu bersyukur,cuma gua tidak tahan melihat kebodrokan pemerintah yang bersikap lebih teruk dari binatang.rakyat sendiri dipukul,kalau yahudi bunuh rakyat palestin.kerajaan malaysia bunuh rakyat sendiri(memali,kugan),ini lebih teruk dari yahudi...

dia dah cukup,wa masih belum cukup....hangpa kalau nak menulis,cari fakta,jangan auta..ni la kecik kecik tak nak sekolah,dah besar menyusahkan orang..

apa yang blogger tu komen nilainya lebih renah dari tahi yang berada di atas......uwek..




Politik Dan Islam

Kebangkitan Islam

Masa depan adalah untuk Islam,dan petanda awal kearah itu sudah kelihatan.
Seorang pemikir Eropah,Goerge Bernard Shaw secara jujur pernah mengatakan
"saya yakin jika seorang manusia seperti Muhammad diberi peluang memerintah dunia
pada hari ini,beliau pasti akan dapat menyelesaikan masalah yang ada sekarang,dan sekaligus
mendatangkan kebahagiaan dan kedamaian kepada kehidupan.

Saya yakin ajaran Muhammad ini,suatu hari nanti akan di terima oleh Eropah."
Walau bagaimanapun kemenangan Islam bukanlah sessuatu yang mudah,ianya memerlukan
perjuangan dan pengorbanan dari kita semua.Islam akan bersinar dibumi Malaysia dan dunia umumnya walaupun cuba di halang oleh musuh dengan pelbagai cara dan taktik.Benarlah janji Allah, "Mereka hendak memadam cahaya agama Allah dengan mulut mereka.Allah tetap akan
menyempurnakan cahaya agamaNya,walaupun dibenci oleh orang-orang kafir."
-surah As-Saff ayat 8-

Walaupun hari ini,kualiti ummat Islam berada di tahap rendah kerana ditimpa penyakit Al-Wahan(cinta dunia),melemah dan merosakkan ummat.sehingga mereka kehilangan taring dan kehebatan.Cinta dunia perlu diganti dengan cinta terhadap Allah tanpa mengabaikan kehidupan dunia.Orang yang benar-benar cintakan akhirat akan sanggup melakukan apa saja untuk menentang arus kezaliman dan kemungkaran.

Jihad yang paling besar ialah menyatakan kebenaran dihadapan pemimpin yang zalim.Mereka yang seperti ini adalah Ashabul kahfi di zaman moden.Sabda Rasullulah SAW,"Islam itu bermula dalam keadaan terasing dan akan kembali terasing seperti permulaannya.Maka berbahagialah golongan 'Ghuraba'.sahabat bertanya siapakah Ghuraba,ya Rasulullah?.Mereka adalah golongan yang memperbaiki keadaan yang dirosakkan oleh manusia"
-hadis riwayat Ahmad-

Dalam usaha dakwah,perasaan kecewa dan putus asa perlu dibendung.Apatah lagi bila berhadapan dengan kekuatan musuh yang ketara.Yakinlah Allah tidak pernah memungkiri janji
"Allah pasti menolong orang yang membantu agamanya"
-surah Al-Haj ayat 38-
Persoalannya sejauh mana kita berjuang untuk Islam...

Saturday, May 16, 2009

Bukan sahaja pemimpin umNo takutkan pilihan raya,blogger umNo pun takut sama...


Semua tahu,satu satunya jalan penyelesaian krisis di negeri Perak adalah dengan mengadakan pilihan raya negeri (Perak).Bila pilihan raya diadakan,semua orang akan puas hati(yang kalah tu mungkin tak puas la kot).

Tapi umNo secara keras menentang pilihan raya negeri Perak diadakan sekaligus membubarkan dun Perak.yang kita boleh perhatian,hanya Tengku Razaligh Hamzah yang setuju pilihan raya diadakan yakni dun Perak dibubarkan.

yang lain.....hampir semua takut,najib takut...menteri besar haram si zombie pun takut,mahathir takut,terbaru si pengemar penari bogel zahid hamidi pun takut..

ni semua pemimpin umNo,kerana apa mereka takut?kerana mereka tahu mereka pasti kalah...

selain pak pak menteri umNo yang takut,tidak ketinggalan blogger umNo....gua yakin mereka juga takut.buktinya,cuba korang periksa,dalam 10 blog pro umNo,berapa kerat yang mahukan dun perak dibubarkan?semasa dato seri nizar menang di mahkamah tinggi pun hampir tak terkata blogger umNo.nasib baik mahkamah rayuan limgam memutuskan untuk menangguhkan keputusan mahkamah tinggi selepas zombie membuat rayuan.kalau tak para blogger ni kena tutup muka jika bersemuka denagn orang awam..

kalau umNo kalah,apa alasan mereka nak buat,SPR diaorang kontrol,media pun sama,jadi si blogger ni hanya boleh telan tahi sendiri la..

blogger umNo ni semuanya pencacai la.korang tahu bagaimana istilah pencacai ni muncul,ia terbit dalam sebuah filem karya Tan Sri P-Pamlee.ayat sebenarnya adalah pencacai najis,tapi najis dan umNo adalah sinonim,jadi ia tidak banyak beza....

Dan pencacai umNo dan pencacai najis juga tidak banyak bezanya,bezanya cuma satu,kerja sebagai pencacai najis adalah lebih mulia berbanding jadi pencacai umNo.

Senarai penuh calon yang layak bertanding di Muktamar PAS



KUALA LUMPUR - Berikut adalah senarai nama-nama calon yang layak bertanding dalam Muktamar PAS akan datang.


Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala lima orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden dan 16 lagi untuk jawatan naib presiden.


Manakala 86 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa pusat PAS.


Dan jumlah ini, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Mustafa Ali adalah yang teramai dalam sejarah pemilihan parti itu.


Abdul Hadi mengekalkan jawatannya selepas menerima pencalonan 136 daripada 137 PAS kawasan.

PENGERUSI TETAP
1. Abu Kassin Abdullah
2. Hussain Ismail


TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1. Hussain Ismail
2. Ishak Surin
3. Misbahul Munir Masduki
4. Nasuruddin Daud
5. Tengku Puji Tengku Abd Hamid
6. Wan Abdul Rahim Abdullah


PRESIDEN
1. Abdul Hadi Awang


TIMBALAN PRESIDEN
1. Azizan Abdul Razak
2. Haron Din
3. Husam Musa
4. Mohamad Sabu
5. Nasharuddin Mat Isa


NAIB PRESIDEN
1. Ahmad Awang
2. Azizan Abd Razak
3. Mohamad Sabu
4. Harun Taib
5. Hassan Mohd Ali
6. Husam Musa
7. Idris Ahmad
8. Kamaruddin Jaffar
9. Mahfuz Omar
10. Mohd Amar Abdullah
11. Mujahid Yusuf Rawa
12. Nasharuddin Mat Isa
13. Nizar Jamaluddin
14. Salahuddin Ayob
15. Taib Azamuddin Md Taib
16. Tuan Ibrahim Tuan Man


AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Abdul Aziz Yaakob
2. Abdul Ghani Abdul Rahman
3. Abdul Ghani Shamsuddin
4. Abdul Halim Abdul Rahman
5. Abdul Wahab Ismail
6. Abdul Wahid Endut
7. Abdul Rani Osman
8. Abu Bakar Chik
9. Adly Zahari
10. Ahmad Awang
11. Ahmad Rosli Ibrahim
12. Ahmad Yaakob
13. Ahmad Yunus Khairi
14. Aiman Athirah al-Jundi
15. Aminolhuda Hassan
16. Amiruddin Hamzah
17. Anuar Tan Abdullah
18. Asmuni Awi
19. Azizah Khatib Mat
20. Azizan Abdul Razak
21. Azman Shapawi
22. Che Rosli Che Mat
23. Dzulkifli Ahmad
24. Halimah Ali
25. Hamzah Abdullah
26. Hamzah Jaffar
27. Harun Taib
28. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak
29. Hassan Mohd Ali
30. Hashim Jasin
31. Hayati Othman
32. Husam Musa
33. Idris ahmad
34. Iskandar Abdul Samad
35. Kamaruddin Jaffar
36. Khairuddin Abdul Malik
37. Khalid Samad
38. Khalil Idham Lim
39. Lo'Lo' Mohd Ghazali
40. Mahfodz Mohamed
41. Mahfuz Omar
42. Mazlan Aliman
43. Mariam Abdul Rashid
44. Misbahul Munir Masduki
45. Mohamad Sabu
46. Mohamad Noor Mohamad
47. Mohamed Hanipa Maidin
48. Mohd Amar Abdullah
49. Mohd Anuar Tahir
50. Mohd Apandi Mohamed
51. Mohd Hatta Ramli
52. Mohd Nasir Mustapha
53. Mohd Taufek Abdul Ghani
54. Mohd Yusof Husin
55. Mujahid Yusuf Rawa
56. Mumtaz Md Nawi
57. Nasharuddin Mat Isa
58. Nasrudin Hassan Thantawi
59. Nasuruddin Daud
60. Nik Abduh Nik Aziz
61. Nik Mazian Nik Mohamad
62. Nik Mohd Zawawi Salleh
63. Nizar Jamaluddin
64. Norazli Musa
65. Nuridah Mohd Salleh
66. Omar Mohamad
67. Othman Sabran
68. Phahrolrazi Mohd Zawawi
69. Rosli Yaakob
70. Sabki Yusof
71. Salahuddin Ayob
72. Sallehen Mukhyi
73. Shaari Sungib
74. Shafie Abu Bakar
75. Siti Mariah Mahmud
76. Siti Zailah Yusuf
77. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
78. Taib Azamuddin Md Taib
79. Takiyuddin Hassan
80. Tuan Ibrahim Tuan Man
81. Wan Abdul Mutalib Embong
82. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
83. Wan Hasrina Wan Hassan
84. Yusof Embong
85. Zulkefly Mohamad Omar
86. Zulkifli Ahmad


PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Ali Maidin
2. Ishak Surin
3. Khalid Samad
4. Khalil Idham Lim
5. Mohd Rashidi Hassan
6. Mohd Taulan Rasul
7. Musanif Abd Rahman
8. Muzammil Hafizd
9. Syed Mohamed Syed Hassan

sumber>http://muslimeen-united.blogspot.com

keraspedal wrote:no komen

Friday, May 15, 2009

Hadi menang presiden, 5 layak tanding timbalan


KUALA LUMPUR, 13 Mei: Datuk Seri Abdul Hadi Awang bolehlah dikira menang tanpa bertanding sebagai presiden PAS apabila hanya beliau sahaja yang mendapat pencalonan lebih dari satu dan layak untuk bertanding jawatan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, sehingga tarikh tutup 8 Mei lalu, hanya nama beliau dikira layak untuk bertanding jawatan itu.

Mustafa memaklumkan, surat tawaran untuk bertanding telah dihantar kepada Abdul Hadi dan beliau mempunyai masa sehingga 25 Mei untuk membuat keputusan.

Untuk jawatan timbalan presiden pula, ada lima calon yang layak bertanding iaitu mereka yang mendapat pencalonan sekurang-kurangnya dari dua kawasan PAS.

"Nama-nama mereka akan diumumkan dalam sidang akhbar Sabtu 16 Mei nanti," kata Mustafa.

Bagi jawatan naib presiden pula, 16 calon layak untuk bertanding manakala untuk AJK PAS Pusat pula, 85 pemimpin layak untuk bertanding.

Bagi jawatan-jawatan dalam Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat pula, tarikh tutup pencalonan adalah 15 Mei ini.

Beliau juga memaklumkan, 137 kawasan telah membuat pencalonan untuk muktamar kali ini.

http://siasahdaily.blogspot.com/

keraspedal kata:tahniah la tuan guru haji hadi,dapat lagi rasai jadi presiden.
naib presiden gua sokong datuk husam musa atau mat sabu(yang tidak pro kerajaan perpaduan),baru akar umbi tidak gelisah,dulu presiden dan timb.presiden pro kerajaan perpaduan,penyokong jadi gelisah,paling kurang kalau sekali lagi presiden buat cadangan yang kurang bijak,timbalan presiden boleh ganti tempat...hehe

kalau mahkamah dah double standart!!


Mahkamah Rayuan menangguh untuk mendengar rayuan DS Nizar dari 18 Mei ke 21 Mei ini.rayuan ds nizar dibuat berikutan hakim mahkamah rayuan memutuskan untuk menangguhkan keputusan mahkamah tinggi yang mengesahkan bahawa ds nizar adalah menteri besar perak yang sah setelah rayuan dibuat oleh zombie..

Apa yang dipersoalkan disini adalah cara mahkamah yang berat sebelah,bila zombie membuat rayuan untuk menangguhkan keputusan mahkamah tinggi,kurang suku hari,mahkamah dah luluskan,bab bila ds Nizar pula berhari hari,suku bulan kena tunggu.

gua nak balik kepada pepatah arab yang gua sebut dalam artikel gua sebelum ini,"dua dari tiga hakim masuk neraka"....ha,lu pikir la.

kalau umNo terus memerintah,tidak mustahil satu hari nanti institusu mahkamah langsung tidak dipercayai sebagai penegak keadilan,kalau dacing dah senget sebelah,sape lagi nak percaya.

tentu hakim yang membicarakan kes ni kat mahakmah rayuan tu kaya raya sekarang ......

Minda Tokguru


KEWUJUDAN PAS dalam lanskap politik negara, tidak lagi dikesampingkan. Selepas 54 tahun PAS mampu duduk sama tinggi dengan parti utama. Maka tidak hairanlah setiap kali menjelang muktamar, pelbagai polemik dicetus media. Ia bertujuan memperlihatkan kecamuk PAS dari luar. Antara isu yang diungkit berkaitan golongan ulama, profesional dan unity government. Bagi memahami situasi sebenar ikuti pandangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui di pejabatnya Selasa lalu.

Nampaknya isu golongan ulama dan profesional dalam PAS diperdebatkan secara terbuka di media sekarang. Bagaimana Tuan Guru melihat situasi ini?

Sepatutnya tidak berlaku pengasingan di antara ulama dan profesional. Tetapi pengasingan berlaku juga hasil daripada penjajahan barat yang mengasingkan agama dan politik. Sampai kita terbawa-bawa dengan isu tersebut. Bukan sekadar berlaku di Malaysia tetapi di negara Arab juga. Negara Arab dijajah Perancis. Penjajah mengasingkan agama dan politik. Mereka sebarkan kefahaman itu di sekolah sehingga ke universiti. Dan apabila penjajah pulang negara bekas jajahan yang tidak kuat pengaruh agama terpengaruh juga menerima agama lain dan politik lain. Sedangkan agama dan politik adalah perkara yang satu tidak boleh diasing-asingkan.

Dalam al Quran Allah Taala menyebut dalam surah Fathir ayat 27 yang bermaksud Allah turunkan air dari langit sehingga keluar buah-buahan dari perut bumi dengan bermacam warna dan beraneka rasa. Dan ayat 28 pula bermaksud orang yang gerun kepada Allah ialah ulama. Ini bermakna ulama tidak bererti hanya mengajar fiqah sahaja tetapi pandai juga mentadbir. Misalnya air yang diturunkan dari langit ini ada kaitan dengan ilmu astronomi. Ulama kena tahu kedudukan langit. Hujan turun dari langit ke bumi. Air yang turun ditampung oleh udara menyebabkan hujan yang turun bertitik-titik dan tidak segumpal jatuh di atas kepala kita.

Ini bermakna ulama dan profesional adalah orang yang sama. Di Kelantan kita banyak buka pengajian agama. Dan sekarang kita buat Maahad Tahfiz Sains, di mana anak kita hafal al Quran dan tahu ilmu sains. Kita hendak lahirkan pelajar yang ada ilmu agama dan sains. Dan 20 atau 30 tahun akan datang penghulu kampung sehingga ketua jajahan dan menteri besar adalah mereka yang hafal al Quran dan tahu bidang sains.

Pandangan sesetengah pemimpin menyebabkan penyokong di akar umbi tidak faham?

Sepatutnya tidak berlaku kekecohan seperti sekarang kerana kita sudah lama gabungkan ulama dan profesional. Kita sudah lama gabungkan di antara ulama dan profesional. Saya tidak faham kerana apa pula timbul cerita ini. Ada sesuatu macam kena kecek (pengaruhi). Mungkin mereka terpengaruh dengan pihak lawan. Di Kelantan PAS jauh ke hadapan berbanding dengan Umno untuk menawan hati rakyat khasnya nonMuslim. Kita sebut orang Melayu, Cina, India, Siam adalah serupa kerana kita manusia belaka. Maka tidak timbul hendak letak kelompok-kelompok tertentu.

Dalam solat kita sebut ‘Maliki Yaul Middi’ - pembalasan di akhirat kelak dia tidak kira perlembagaan Malaysia ke, Inggeris, Greek tua atau apa-apa sahaja. Allah Taala hanya kira perlembagaan yang Dia buat iaitu al Quran.

Ulama mesti tahu segala-galanya. Orang yang hendak pimpin sama ada hendak sebut nama Ikwan, Jemaah Islam ke atau apa sahaja perlu tahu agama dan agama itu bermaksud tahu juga akademik. Akademik bermaksud menerangkan kekuasaan Allah. Bagaimanapun proses Allah menurunkan air alim ulama kena tahu. Dan air menyuburkan pokok sehingga mengeluarkan buah yang bermacam-macam rasa. Saya tidak faham kenapa hendak kecoh sekarang.


sumber http://www.blogtokguru.com

Hikayat Sesumpah



Tiga hari lepas,waktu aku nak mulakan perniagaan,aku lihat ada seekor binatang yang dah lama aku tak tengok.Binatang tu dok bertenggek kt meja aku.Binatang tu ialah sesumpah,
mesti korang tertanya-tanya kenapa aku cerita pasal binatang tu kat blog ni.
Sebenarnya memang banyak kaitan sesumpah dengan manusia.Kalau tengok pada situasi politik sekarang ni sudah ramai ahli politik yang dah jadi sesumpah.spesis ini bolehlah kita namakan dengan sesumpah politik.spisis ini bukannya spesis yang baru ditemui tetapi akhir-akhir ini sesumpah jenis ini semakin membiak di bumi kita Malaysia ini.

Spesis sesumpah politik yang pertama yang ditemui ialah spesis yang berasal dari parti
semangat 46,spesis ini sebenarnya berasal dari warna biru tua(UMNO) kemudian mungkin kerana tak cukup kasih sanyang dari tuannya sesumpah ni lari meninggalkan rumahnya dan bertukar warna kepada warna kuning(S46).Biasanya sesumpah suka bersendirian tetapi spesis ini hidup berkumpulan,kumpulan sesumpah kuning ni diketuai oleh ketua yang bernama "KULI"
Setelah beberapa lama berjuang bersendirian akhirnya sesumpah kuning bertemu dengan rumah hijau(PAS)dan dia bertengek disitu menumpang kasih sayang dari tuan rumah buat beberapa ketika.
Tapi setelah sekian lama tinggal di rumah itu sesumpah kuning tu dihalau keluar dari rumah kerana tuan rumah tidak tahan dengan sikap sesumpah kuning yang suka membuang najis didalam rumah menyebabkan rumah hijau menjadi busuk dan tuan rumah hijau malu kepada jiran sebelah.

Sekarang perjuangan sesumpah kuning dah berakhir,spesis sesumpah kedua pula diketuai oleh seorang panglima yang dulunya di kagumi kawan dan lawan yang pidatonya berapi-api.
Dalam pidatonya dinyatakan perjuangannya untuk menentang rahsuah,salahguna kuasa
dan sebagainya.Dia mengatakan yang dia memiliki dokumen rasmi yang membuktikan salah laku rasuah pemimpin UMNO sebanyak 6 KOTAK,ENAM KOTAK,itulah yang sering di laungkannya.
Tak perlulah aku nyatakan siapa nama sesumpahtu korang mesti dah kenal.Waktu dia berada dalam rumah biru muda(KEADILAN) dulu dia mememang bagaikan singa di tengah gelanggang
tapi setelah bertukar warna kapada biru tua dia sudah tak berbisa lagi.bagaikan kucing pondan tua yang dipenuhi kurap dan tak ada gigi.

Geng sesumpah yang baru ditemui baru-baru ini ada tiga ekor,dijumpai di negeri perak,
aku yakin sesumpah ini pun akan berkubur macam spesis yang sebelum ini juga.
Setiap perjuangan yang tak ikhlas tak akan membuahkan hasil dan akan menerima balasan dari tuhan.
Kita kena ingat antara golongan yang akan menerima balasan Allah di dunia lagi ialah isteri yang derhaka kepada suami,orang yang meninggalkan solat,anak yang derhaka dan termasuklah PEMIMPIN YANG ZALIM.yang menipu rakyatnya.
Wakil rakyat juga adalah pemimpin bagi rakyatnya,jadi berhati-hatilah jangan sampai jadi macam sesumpah.
Pada pemimpin parti Pakatan Rakyat berhati-hatilah dengan sesumpah politik yang mungkin masih ramai berada dalam parti kita.
Wallahuaklam...

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts