Monday, May 18, 2009
Minda Tokguru
"Dalam Islam sendiri tidak dibenarkan penganutnya menyebarkan benda yang tak baik kepada masyarakat, kalau ia sekadar berupa teguran tidak mengapa kerana tuduhan dan teguran dua perkara yang berbeza,"
Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa dukacita sekiranya benar ada pemimpin PAS yang cuba menyogok wang bagi mendapat kedudukan dalam parti.
"Sewajarnya orang sedemikian ditolak perwakilan bagi memastikan ia tidak wujud dalam PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.
"Orang berpeluang menuduh kita sekiranya kita membiarkan diri melakukan sesuatu yang bercanggah," katanya selepas meraikan bakal pendaki Gunung Everest, di pejabatnya hari ini.
Baru-baru ini Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohamed Daud mendakwa ada calon yang akan bertanding pada muktamar PAS bulan depan difahamkan memberi saguhati kepada perwakilan.
Ketika ditanya berhubung tindakan yang perlu diambil sekiranya ada calon yang bakal bertanding turut mengamalkan politik wang beliau berkata, calon seperti itu hendaklah ditolak.
"Sebagaimana saya sering sebut sebelum ini 'beri gula kacau, beri kain pakai, beri lembu sembelih, tetapi bila mengundi pangkah calon PAS' hendaklah terus dipraktikkan.
"Duit yang dia bagi kita ambil, tetapi jangan undi dia, akhirnya dia akan perit setelah dia berasa dia bodoh dan tertipu," ujarnya.
Oleh itu beliau menasihatkan perwakilan PAS tidak membiarkan gejala seperti yang menimpa Umno sekarang menjangkiti PAS.
Beliau juga bersetuju tindakan perlu diambil terhadap orang yang membuat tuduhan tanpa dapat mengemukakan bukti yang kukuh.
Menurutnya setiap dakwaan mesti ada fakta kerana tuduhan tanpa bukti ia akan menggelirukan masyarakat.
"Seharusnya perkara seperti itu tidak didedahkan kepada masyarakat, sebaliknya masih ada lagi jalan untuk diselesaikan sekiranya ia benar-benar berlaku.
"Dalam Islam sendiri tidak dibenarkan penganutnya menyebarkan benda yang tak baik kepada masyarakat, kalau ia sekadar berupa teguran tidak mengapa kerana tuduhan dan teguran dua perkara yang berbeza," ujarnya.
Beliau turut melahirkan rasa syukur apabila Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menang tanpa bertanding biar pun sebelum ini media sering membuat spekulasi jawatan itu akan ditandingi.
Kata beliau biar pun media sering memperbesarkan isu pengganti presiden, namun sebagai sebuah gerakan Islam pemimpin yang berkemampuan wajar dikekalkan.
"Selagi beliau masih sihat, Insya-Allah amat wajar Ustaz Hadi terus menerajui kepimpinan parti. Ini ketokohan beliau diakui di seluruh dunia apabila sering dijemput hadir menyampaikan ucapan.
"Sememangnya payah hendak dicari pemimpin macam itu. Kalau ada yang silap sedikit sebanyak, kita pakat tegur. Saya pun begitu juga, ada salah boleh tegur, saya sangat suka orang tegur saya, tetapi teguran biarlah berfakta," katanya.
Beliau juga memberitahu ada PAS kawasan mencalonkannya bertanding jawatan presiden, namun beliau menolak cadangan itu.
Katanya beliau sudah serik dengan pengalaman ketika menandingi jawatan Ketua Dewan Ulamak PAS pada tahun 1960-an iaitu menentang Haji Husin Rahimi.
"Saya terkilan sampai ke hari ini kenapa melawannya pada waktu itu. Sebab itulah sampai sekarang saya telah serik untuk bertanding merebut apa-apa jawatan," ujarnya.
Harakah (17/5/09)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
Total Pageviews
sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :
pemberitahuan
gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..
Popular Posts
-
Tukar tiub : Semasa disoal-balas oleh peguamnya yang ingin tahu sama ada penahanan itu memberi sebarang kesan kepada dirinya, Hishamuddin m...
-
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuant...
-
Petikan dari Blog; http://reformisjalanan.blogspot.com/ Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau...
-
sumber asal dari blog Fais Al-Hajari melalui post ni, aku tak berniat nak bela dr badrul amin secara membabi buta berikutan tuduhan...
-
Menurut yang gua baca dan faham kat kelab greenbox,dengan usaha Husam Musa,Kelantan telah memperoleh RM10 Juta daripada Felcra..untuk tahu ...
1 comment:
mmmmm......saguhati?
Post a Comment