Saturday, May 30, 2009

senarai perkara yang melanggar undang undang di malaysia...


BERPAKAIAN HITAM...
KUALA LUMPUR: Para penyokong parti politik diingatkan supaya tidak menimbulkan suasana tegang dengan berkumpul beramai-ramai serta memakai baju berwarna hitam ketika berlangsungnya persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menasihatkan mereka supaya tidak melayan saranan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya memakai baju hitam dan berhimpun sebagai tanda membantah persidangan itu yang dianggap oleh NGO itu sebagai tidak mengikut perlembagaan
........BERNAMA

MENYALAKAN LILIN...
Manakala 2 orang yang ditangkap pada malam ini pula adalah kerana menyalakan lilin dan menyanyi dihadapan bangunan ibu pejabat DAP itu.(http://ourglobal.wordpress.com/2009/05/27/14-dibebaskan-5-masih-ditahan-2-pula-ditangkap-malam-ini/)

BERKATA BENAR...
Seorang lagi pemimpin Pakatan rakyat hari ini disoalsiasat berhubung isu yang disentuh dalam ceramah semasa kempen pilihan raya Penanti.

Ahli Parlimen Pdang Serai, N. Gobalakrishnan telah dipanggil oleh polis ke Ibupejabat Kontinjen Polis (IPK) Bukit Mertajam berhubung dakwaan mengaitkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dengan Perdana Menteri Najib Razak semasa berceramah bersama calon Pakatan Rakyat, Mansor Othman Rabu lalu.

Beliau diminta hadir ke IPK Bukit Mertajam pukul 3 petang hari ini.

Sebelum itu pada pukul 11.30 pagi tadi polis telah mengambil keterangan daripada Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang di rumah beliau di Pulau Pinang berkenaan laporan polis terhadap beliau atas dakwaan "menghasut dan menfitnah" Najib.

Menurut Cif Inspektor Pang Meng Tuck laporan terhadap Kit Siang adalah mengenai ceramah yang disampaikan beliau di Guar Perahu pada 24 Mei lalu.

“Dalam ucapan saya, saya menyalahkan Najib berhubung rampasan kuasa dan merobekkan kredibiliti institusi negara satu demi satu,” kata Lim.

Lim juga bercakap kepada umum mengenai institusi polis, Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, perkhidmatan awam dan badan kehakiman yang disalahgunakan untuk kepentingan agenda politik Najib.

"Bercakap benar telah menjadi satu kesalahan di bawah hasutan dan fitnah. Kegelitaan telah menutupi Malaysia. Rakyat Malaysia tidak boleh ditakut-takutkan,” kata beliau selepas memberi keterangan selama 30 minit kepada polis
.(TVA)

MOGOK LAPAR DAN BRPUASA SUNAT..

Polis menahan 5 orang daripada sebuah syarikat pengendalian acara apabila mereka sedang mendirikan khemah bagi perasmian puasa sunat dan mogok lapar di hadapan Wisma DAP di Ipoh pagi tadi.(http://biaqpila.blogspot.com/2009/05/polis-ganggu-majlis-puasa-sunatmogok.html)

banyak lagi sebenarnya senarai lain,anda bersalah jika anda difitnah,semua peraturan yang tidak masuk akal,ini menandakan hari hari terakhir pemerintahan bn,mereka dah terdesak,dah nak mampos...biarlah mereka,semakin mereka begini,semakin rakyat benci...hua..hua..hua..

No comments:

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts