Kebangkitan Islam
Masa depan adalah untuk Islam,dan petanda awal kearah itu sudah kelihatan.
Seorang pemikir Eropah,Goerge Bernard Shaw secara jujur pernah mengatakan
"saya yakin jika seorang manusia seperti Muhammad diberi peluang memerintah dunia
pada hari ini,beliau pasti akan dapat menyelesaikan masalah yang ada sekarang,dan sekaligus
mendatangkan kebahagiaan dan kedamaian kepada kehidupan.
Saya yakin ajaran Muhammad ini,suatu hari nanti akan di terima oleh Eropah."
Walau bagaimanapun kemenangan Islam bukanlah sessuatu yang mudah,ianya memerlukan
perjuangan dan pengorbanan dari kita semua.Islam akan bersinar dibumi Malaysia dan dunia umumnya walaupun cuba di halang oleh musuh dengan pelbagai cara dan taktik.Benarlah janji Allah, "Mereka hendak memadam cahaya agama Allah dengan mulut mereka.Allah tetap akan
menyempurnakan cahaya agamaNya,walaupun dibenci oleh orang-orang kafir."
-surah As-Saff ayat 8-
Walaupun hari ini,kualiti ummat Islam berada di tahap rendah kerana ditimpa penyakit Al-Wahan(cinta dunia),melemah dan merosakkan ummat.sehingga mereka kehilangan taring dan kehebatan.Cinta dunia perlu diganti dengan cinta terhadap Allah tanpa mengabaikan kehidupan dunia.Orang yang benar-benar cintakan akhirat akan sanggup melakukan apa saja untuk menentang arus kezaliman dan kemungkaran.
Jihad yang paling besar ialah menyatakan kebenaran dihadapan pemimpin yang zalim.Mereka yang seperti ini adalah Ashabul kahfi di zaman moden.Sabda Rasullulah SAW,"Islam itu bermula dalam keadaan terasing dan akan kembali terasing seperti permulaannya.Maka berbahagialah golongan 'Ghuraba'.sahabat bertanya siapakah Ghuraba,ya Rasulullah?.Mereka adalah golongan yang memperbaiki keadaan yang dirosakkan oleh manusia"
-hadis riwayat Ahmad-
Dalam usaha dakwah,perasaan kecewa dan putus asa perlu dibendung.Apatah lagi bila berhadapan dengan kekuatan musuh yang ketara.Yakinlah Allah tidak pernah memungkiri janji
"Allah pasti menolong orang yang membantu agamanya"
-surah Al-Haj ayat 38-
Persoalannya sejauh mana kita berjuang untuk Islam...
Sunday, May 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
Total Pageviews
sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :
pemberitahuan
gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..
Popular Posts
-
Tukar tiub : Semasa disoal-balas oleh peguamnya yang ingin tahu sama ada penahanan itu memberi sebarang kesan kepada dirinya, Hishamuddin m...
-
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuant...
-
Petikan dari Blog; http://reformisjalanan.blogspot.com/ Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau...
-
sumber asal dari blog Fais Al-Hajari melalui post ni, aku tak berniat nak bela dr badrul amin secara membabi buta berikutan tuduhan...
-
Menurut yang gua baca dan faham kat kelab greenbox,dengan usaha Husam Musa,Kelantan telah memperoleh RM10 Juta daripada Felcra..untuk tahu ...
No comments:
Post a Comment