Monday, May 11, 2009

bila sasterawan bersama pakatan...


Isu Kerajaan Nizar – Sasterawan Negara Setuju DUN Dibubarkan

Pak Samad Said turut hadir dalam program penjelasan isu PPSMI dan isu Sidang DUN Perak yang diadakan malam tadi di Perkarangan Surau Taman Meru 2B, Jelapang. Beliau antara pejuang bahasa yang menentang PPSMI.

Dalam ceramahnya malam tadi, beliau menyelar pemimpin UMNO BN terdahulu yang tidak menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara dengan memperkenalkan PPSMI di sekolah-sekolah. Beliau turut menyelar pemimpin BN sekarang yang masih mempertahankannya. Beliau sanggup diperalatkan bagi manfaat rakyat dalam usaha memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu dan menghapuskan PPSMI.

Beliau juga turut bersama rakyat Perak menuntut DUN Perak dibubarkan, dan menyifatkan kekecohan yang berlaku dalam sidang DUN perlukan penyelesaian melalui pembubaran DUN.

Program malam tadi dihadiri oleh Dato’ Seri Hj Nizar Jamaluddin, Tn Hj Azmi Abd. Hamid, Presiden Teras, YB Chan Lee Kang, Adun Teja dan Dinsman. Kesemua mereka turut menyampaikan ucapan. Kesemua pemidato bersetuju PPSMI dihapuskan kerana tidak mengungtungkan orang Melayu. Isu Sidang DUN Perak 7 Mei antara yang banyak dikupas dan diulas oleh mereka. Dinsman turut menyumbangkan sajak yang cukup menyentuh hati dan nurani setiap pendengar.


http://misabah.blogspot.com

wa suka untuk komen sikit,pak smad gua 'kenali'beliau sejak dari tingkatan satu,dengan sajaknya "gagak yang mati".gua memang respek dengan penulisan beliau,mudah difahami serta dihafali..sekarang ni gua lagi respek dengan pak samad,demi bahasa dan bangsa malaysia,sanggup beliau melawan kezaliman kera jaan malaysia..sekarang bila sasterawan negara yang satu ketika dulu penyokong kuat umNo sudah bersama pakatan,sahlah umNo memang sudah tidak perjuangkan bahasa melayu lagi.

pak samad kena bersedia untuk gelaran sasterawan negara ditarik balik yea pak..gua salut lu...


No comments:

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts