Nak salahkan siapa apabila kegawatan ini berlaku ? Hakikatnya salah kita sendiri. Memang kita orang Islam tetapi dalam waktu yang sama tanpa disedari kita hanya beriman separuh dan kufur sebahagiannya lagi. Kita hanya ikut dalam bab solat, puasa, zakat, haji, nikah kahwin, aqiqah dan lain-lain amalan yang menjadi ikutan turun-temurun masyarakat Melayu. Kadang-kadang tu ada amalan yang bukan dari ajaran Islam tetapi sangat dipertahankan. Sebagai contoh adat bersanding. Orang Melayu cukup susah mahu meninggalkan amalan bersanding ini jika mereka mengahwinkan anak. Samada mereka tahu ataupun tidak atau sengaja buat tak tahu bahawa amalan bersanding ini bercanggah dengan Syari'at Islam.
Punyalah bercelaru minda umat Islam hari ini sehingga dah tak kenal mana ajaran Islam atau sebaliknya. Permasalahan paling besar yang melanda umat Islam kini adalah berkaitan dengan kefahaman mereka tentang politik. Majoriti umat Islam di seluruh dunia masih 'beriman' dengan kepercayaan "Politik suku, agama suku". Inilah yang membimbangkan kita kerana ianya melibatkan persoalan 'Aqidah. Fenomena ini jugalah yang berlaku dalam negara kita.
Tanggungjawab Orang Islam
Kita diciptakan oleh Allah melalui satu proses yang teratur mengikut ketentuan-Nya. Kehidupan kita bermula di dalam kandungan ibu. Setelah 9 bulan 10 hari di dalam perut, kita meneruskan hidup di alam dunia. Kemudian kita dimatikan seketika oleh Allah untuk meneruskan hidup pula di alam Barzakh (kubur). Di alam Barzakh ini kita akan meneruskan hidup samada berbahagia atau disiksa bergantung kepada amalan kita sewaktu di alam dunia. Akhirnya, kita dibangkitkan semula untuk menuju ke alam Akhirat. Dan di sinilah kita akan diputuskan oleh Allah samada menjadi penduduk Syurga ataupun Neraka. Kehidupan yang kekal abadi di alam Akhirat inilah yang menjadi matlamat utama para Rasul dan Nabi, para sahabat, para wali dan semua golongan yang beriman dan bertaqwa.
Pernahkah kita terfikir sepanjang menjalani hidup di dunia, semua keperluan untuk hidup telah disediakan oleh Allah. Udara yang kita sedut untuk bernafas, air yang diminum, nasi yang kita makan, bumi tempat tinggal, tanah untuk bercucuk tanam, hasil mahsul bumi yang kita gali seperti minyak, emas, intan berlian, gas dan lain-lain, semuanya adalah ciptaan dan milik Allah belaka. Allah berikan ini semua kepada kita agar kita dapat menjalani hidup dengan selesa serta memerintahkan kita agar mentadbir mukabumi ini menurut apa yang telah ditetapkan-Nya.
Allah SWT tidak membiarkan kita bersendirian tanpa diberikan panduan dan tunjuk ajar yang betul bagaimana mahu menjadi hamba-Nya yang beriman dan seterusnya mengurus-tadbir bumi ini. Dengan penuh rasa kasih sayang-Nya, maka diutuskan para Rasul dan Nabi sebagai pembawa risalah-Nya untuk memandu manusia ke jalan yang benar (Islam).
Khusus untuk kita sebagai umat akhir zaman, Allah mengutuskan Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh ikutan yang terbaik untuk seluruh umat manusia. Allah SWT juga menurunkan wahyu-Nya (Al-Qur'an) kepada Nabi kita sebagai sebuah panduan lengkap yang meliputi semua aspek kehidupan di dunia sehinggalah ke Akhirat. Rasulullah S.A.W telah menterjemahkan Al-Qur'an itu dalam dirinya sendiri. Sebagaimana isterinya Saiyidatina Aisyah pernah menyebut "Akhlak Rasulullah ialah Al-Qur'an". Dengan erti kata lain, Rasulullah adalah perlembagaan yang bergerak.
Dalam hal solat, puasa, zakat, haji dan nikah kita semua ikut Al-Qur'an. Persoalannya, mengapa dalam soal pilih pemimpin kita tak nak ikut Al-Qur'an ?
Disebabkan keingkaran kita tak mahu ikut Al-Qur'an dalam hal pilih pemimpin, maka berlakulah segala kegawatan ini. Natijah daripada kedegilan kita, maka Allah turunkan pelbagai bala' ke atas negara kita. Hanya orang yang celik hatinya saja akan nampak segala bala' ini.
Mengapa Haram Menyokong UMNO ?
Hujah 1 : Almarhum Tunku Abd.Rahman mengesahkan UMNO adalah sebuah parti kebangsaan (assobiyah) yang berfahaman sekular. Fahaman sekular inilah yang memisahkan agama dengan poitik. Fahaman Kristian yang menyesatkan inilah yang dijadikan 'kiblat' oleh UMNO dan pemimpinnya. Secara tidak langsung umat Islam yang menjadi ahli dan menyokong UMNO turut sama berada dalam kesesatan tanpa sedar.
Hujah 2 : Seorang Ulama' masyhur, Syeikh Mustafa Sabri yang hidup di zaman Pemerintahan Islam Khalifah Uthmaniyyah pernah mengeluarkan fatwanya seperti berikut ;
"Jalan paling mudah menjadi KAFIR apabila memisahkan agama dengan politik".
Hujah 3 : Confirm, pemimpin UMNO terdiri daripada golongan yang tidak beriman. Dalam Al-Qur'an ada menyebut ciri-ciri pemimpin sebegini. Firman Allah dalam Surah Muhammad (47) : ayat 22 - 23
فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِن تَوَلَّيْتُمْ أَن تُفْسِدُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَتُقَطِّعُوٓا۟ أَرْحَامَكُمْ ﴿٢٢﴾ أُو۟لَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ لَعَنَهُمُ ٱللَّهُ فَأَصَمَّهُمْ وَأَعْمَىٰٓ أَبْصَـٰرَهُمْ ﴿٢٣
(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan jika kamu dapat memegang kuasa kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat? (Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka dan dibutakan penglihatannya.
Dalam ayat ini, H.Zainuddin Hamidi menafsirkan bahawa pemimpin yang tidak beriman memiliki 4 sifat berikut ;
1- menahan orang tanpa bukti
2- melakukan sesuatu ikut sesuka hati
3- mengaut keuntungan untuk diri dan keluarga
4- menjadi punca perpecahan umat
Keempat-empat ciri ini memang terbukti ada pada diri pemimpin UMNO !
Nasihat saya kepada orang Melayu yang masih mengaku Islam,, sila tinggalkan UMNO segera...
Saya akan mengemukakan lagi hujah Al-Qur'an bagi membuktikan kesesatan UMNO dalam posting yang akan menyusul kemudian ....
Jazakallah.
sumber:
http://monazmuslim.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment