Tuesday, May 5, 2009

hakim Bao perlu untuk selamatkan perak


Tak tahu la hakim ni betul betul wujud ke tidak,yang pasti dramanya ada.Ceritanya mengisahkan banyak perihal,daripada si penjahat tu dari masyarakat bawahan hingga ke masyarakat atasan.

Yang ingin saya sentuh adalah perihal penguasa yang jahat(episod berapa saya tak ingat),si penguasa ini menindas rakyat yang lemah serta membuli sesuka hati.perangai si bapak ni diikuti sang anak penguasa,nak dijadikan cerita,si anak kepada penguasa ni membunuh seorang perempuan(sebabnya,anda fikir sendiri la,klunya,si anak ni lelaki) .

Bapaknya tahu tentang hal ini dan cuba melindungi anaknya,disuapnya hakim untuk melepaskan anaknya dan akhirnya si anak ni bebas.keluarga si mangsa sedih dan kecewa la dengan keputusan si hakim lalu pergi berjumpa dengan hakim Bao,semua tahu,hakim bao adalah seorang yang sangat adil,setelah disiasat,didapati anak penguasa itu bersalah lalu dipancung.........
(tajuk cerita:justice pao)

nak pendekkan artikel,begini je saya tulis,kalau hakim kat malaysia seadil hakim Bao,pasti keADILan tertegak,serta negara akan aman,selamat,dan makmur..

begitu juga dengan krisis di negeri perak,jika hakim yang adil seperti hakim Bao ada untuk menghakimi apa apa kes yang berkaitan dengan kerajaan perak yang dirampas,pasti sekarang nizar berada di kerusi MB.

yang peritnya,di malaysia bukan begitu,hanya segelintir hakim yang adil.ya memang susah untuk menjadi hakim yang adil,sebab itulah iman abu hanifah(kalau tak silap saya,kalau salah,betulkan ok) telah menolak tawaran pemerintah tempat beliau untuk menjadi hakim kerana menjadi hakim merupakan satu cabaran yang besar.

ps-sekadar tulisan larut malam,tidak tahu nak tulis apa,lagi pun peristiwa besar berlaku hari khamis ni..selamat membaca.

No comments:

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts