Thursday, May 21, 2009

Kenang jasa PKM, benarkan Chin Peng pulang



Bekas tokoh Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng wajar dibenarkan kembali ke Malaysia atas jasa besar gerakan gerila itu menentang penjajahan Inggeris, kata Citizens International.

Sumbangan gerakan ini diiktiraf sendiri oleh mantan perdana menteri Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan Tun Abdul Ghafar Baba, seorang lagi mantan timbalan perdana menteri.

"Seperti juga Tun Abdul Razak Hussein, mantan perdana menteri kita, Chin Peng terlibat dalam gerakan penentangan terhadap kependudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua.

chin peng"Melalui perjuangannya menentang imperalisme, penjajahan dan penindasan, beliau telah membawa kehormatan dan maruah kepada negara dan rakyat kita.

"Telah menjadi fakta sejarah yang sahih bahawa perjuangan yang dibawa oleh gerakan pembebasan pimpinan Chin Peng, Rashid Mydin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan lain-lain telah menyumbang ke arah kemerdekaan Malaya," kata Pengerusi Citizens International, SM Mohamed Idris.

Beliau juga berkata Islam mengajar umatnya berlembut pada musuh ketat sekali pun seperti ditunjukkan oleh Nabi Muhammad sewaktu kemenangan merampas Mekah.

Usaha bekas setiausaha PKM itu - sebuah pertubuhan yang diharamkan - untuk pulang ke tanahair gagal melalui proses mahkamah apabila permohonannya ditolak 30 April lalu.

Dalam rayuannya kepada kerajaan, Mohamed juga berkata perjanjian PKM dengan Malaysia pada 1989 membenarkan bekas pemimpin gerakan gerila itu pulang ke tanahair.


sumber:http://www.malaysiakini.com/news/104809

2 comments:

sri tribuana said...

Dgn komunis nak berlembut, komunis ideologi tak percayakan Tuhan dan kata agama itu candu nk berbaik, sesama Islam benci nak mampus, apa ni?

AZLAN said...

ape la ngko ni keras pedal..sedih btul aku dgn ngko pnye edeologi..kalau ketua komunis tu dtg cni ngko bg tau kt aku apa dia dpt sumbangkan kt negara aku ni..dh nak padam baru nk dtg tanah melayu!

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts