Friday, May 15, 2009
Hikayat Sesumpah
Tiga hari lepas,waktu aku nak mulakan perniagaan,aku lihat ada seekor binatang yang dah lama aku tak tengok.Binatang tu dok bertenggek kt meja aku.Binatang tu ialah sesumpah,
mesti korang tertanya-tanya kenapa aku cerita pasal binatang tu kat blog ni.
Sebenarnya memang banyak kaitan sesumpah dengan manusia.Kalau tengok pada situasi politik sekarang ni sudah ramai ahli politik yang dah jadi sesumpah.spesis ini bolehlah kita namakan dengan sesumpah politik.spisis ini bukannya spesis yang baru ditemui tetapi akhir-akhir ini sesumpah jenis ini semakin membiak di bumi kita Malaysia ini.
Spesis sesumpah politik yang pertama yang ditemui ialah spesis yang berasal dari parti
semangat 46,spesis ini sebenarnya berasal dari warna biru tua(UMNO) kemudian mungkin kerana tak cukup kasih sanyang dari tuannya sesumpah ni lari meninggalkan rumahnya dan bertukar warna kepada warna kuning(S46).Biasanya sesumpah suka bersendirian tetapi spesis ini hidup berkumpulan,kumpulan sesumpah kuning ni diketuai oleh ketua yang bernama "KULI"
Setelah beberapa lama berjuang bersendirian akhirnya sesumpah kuning bertemu dengan rumah hijau(PAS)dan dia bertengek disitu menumpang kasih sayang dari tuan rumah buat beberapa ketika.
Tapi setelah sekian lama tinggal di rumah itu sesumpah kuning tu dihalau keluar dari rumah kerana tuan rumah tidak tahan dengan sikap sesumpah kuning yang suka membuang najis didalam rumah menyebabkan rumah hijau menjadi busuk dan tuan rumah hijau malu kepada jiran sebelah.
Sekarang perjuangan sesumpah kuning dah berakhir,spesis sesumpah kedua pula diketuai oleh seorang panglima yang dulunya di kagumi kawan dan lawan yang pidatonya berapi-api.
Dalam pidatonya dinyatakan perjuangannya untuk menentang rahsuah,salahguna kuasa
dan sebagainya.Dia mengatakan yang dia memiliki dokumen rasmi yang membuktikan salah laku rasuah pemimpin UMNO sebanyak 6 KOTAK,ENAM KOTAK,itulah yang sering di laungkannya.
Tak perlulah aku nyatakan siapa nama sesumpahtu korang mesti dah kenal.Waktu dia berada dalam rumah biru muda(KEADILAN) dulu dia mememang bagaikan singa di tengah gelanggang
tapi setelah bertukar warna kapada biru tua dia sudah tak berbisa lagi.bagaikan kucing pondan tua yang dipenuhi kurap dan tak ada gigi.
Geng sesumpah yang baru ditemui baru-baru ini ada tiga ekor,dijumpai di negeri perak,
aku yakin sesumpah ini pun akan berkubur macam spesis yang sebelum ini juga.
Setiap perjuangan yang tak ikhlas tak akan membuahkan hasil dan akan menerima balasan dari tuhan.
Kita kena ingat antara golongan yang akan menerima balasan Allah di dunia lagi ialah isteri yang derhaka kepada suami,orang yang meninggalkan solat,anak yang derhaka dan termasuklah PEMIMPIN YANG ZALIM.yang menipu rakyatnya.
Wakil rakyat juga adalah pemimpin bagi rakyatnya,jadi berhati-hatilah jangan sampai jadi macam sesumpah.
Pada pemimpin parti Pakatan Rakyat berhati-hatilah dengan sesumpah politik yang mungkin masih ramai berada dalam parti kita.
Wallahuaklam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
Total Pageviews
sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :
pemberitahuan
gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..
Popular Posts
-
Tukar tiub : Semasa disoal-balas oleh peguamnya yang ingin tahu sama ada penahanan itu memberi sebarang kesan kepada dirinya, Hishamuddin m...
-
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuant...
-
Petikan dari Blog; http://reformisjalanan.blogspot.com/ Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau...
-
sumber asal dari blog Fais Al-Hajari melalui post ni, aku tak berniat nak bela dr badrul amin secara membabi buta berikutan tuduhan...
-
Menurut yang gua baca dan faham kat kelab greenbox,dengan usaha Husam Musa,Kelantan telah memperoleh RM10 Juta daripada Felcra..untuk tahu ...
No comments:
Post a Comment