Posting saya sebelum ini bertajuk "Confirm ! Haram Hukumnya Sokong UMNO". Di sini saya melanjutkan lagi dengan Hujah Al-Qur'an bagi membuktikan kesesatan UMNO dan sesiapa yang menyokong dan menjadi ahli UMNO akan dihumbankan ke dalam Neraka Jahannam.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-An'aam (6) : ayat 159 ;
إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَّسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ ۚ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ ﴿١٥٩
"Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu) dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya)".
Almarhum Prof Hamka menafsirkan ayat ini sebagai "Apabila ada keyakinan bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Islam, maka kafirlah orang itu walaupun masih sembahyang."
Hujah 1 : Pemimpin UMNO telah memerintah negara lebih setengah abad. Sejak merdeka sehinggalah ke hari ini, undang-undang yang diguna pakai telah didraf oleh British melalui satu suruhanjaya, dikenali sebagai Suruhanjaya Reid. Justeru lahirlah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai undang-undang tertinggi negara yang memisahkan agama dengan politik. Bahasa mudahnya undang-undang Kristian.
Persoalannya, mengapa pemimpin UMNO tidak pernah berusaha untuk menukar Perlembagaan ciptaan British ini kepada Perlembagaan Al-Qur'an ?
Hujah 2 : Pemimpin UMNO sendiri lebih yakin bahawa undang-undang yang sedia ada (Perlembagaan Malaysia) ini lebih baik dan sesuai daripada Undang-Undang Allah (Al-Qur'an).
Hujah 3 : UMNO Menafikan Undang-Undang Allah. Pemimpin UMNO pernah berkata "Hudud tak sesuai dilaksanakan dalam negara kerana masyarakat majmuk...."
Firman Allah dalam Surah Yunus (10) : ayat 59 ;

قُلْ أَرَأَيْتُم مَّا أَنزَلَ اللَّهُ لَكُم مِّن رِّزْقٍ فَجَعَلْتُم مِّنْهُ حَرَامًا وَحَلَالًا قُلْ آللَّهُ أَذِنَ لَكُمْ ۖ أَمْ عَلَى اللَّهِ تَفْتَرُونَ ﴿٥٩
"Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram dan sebahagian lagi halal? Katakanlah lagi (kepada mereka): Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?".
Ayat ini menegaskan bahawa di antara tujuan-tujuan Al-Qur'an diturunkan ialah menyatakan undang-undang yang mengatur kehidupan manusia, tetapi ada pula segolongan manusia yang berani membuat undang-undang menurut hawa nafsunya sendiri. (Sila rujuk Tafsir Pimpinan Ar-Rahman keluaran Jabatan Perdana Menteri)
Sokong UMNO Masuk Neraka ?
Perlu disedari dalam Sistem Demokrasi Berparlimen, sesebuah parti itu akan jadi pemerintah apabila berjaya menguasai 'simple majority' kerusi Parlimen dalam Pilihanraya Umum. Kemenangan ini terhasil daripada undi rakyat.
Malangnya hari ini kebanyakan orang Melayu tidak sedar bahawa setiap undi yang diberi kepada UMNO/BN akan dipersoalkan oleh Allah SWT di Akhirat kelak. Amat malang sekali apabila orang Melayu terus-menerus redha dengan pemimpin UMNO yang menolak Undang-Undang Al-Qur'an. Undi yang diberikan itu sebagai tanda redha dengan kerajaan yang melaksanakan undang-undang toghut.
Masyarakat Melayu Islam perlu peka dalam permasalahan ini. Hanya dengan menguasai Kerajaan Pusat sajalah yang membolehkan sesebuah parti itu mengubah undang-undang yang sedia ada. Oleh kerana UMNO/BN yang dipilih oleh rakyat khususnya pengundi Melayu, maka undang-undang Kristian (sekular) inilah yang terus diguna sebagai undang-undang negara...
Wahai umat Islam yang masih menyokong UMNO, di mana letaknya Iman kamu semua ?
Kamu semua akan dihumbankan ke dalam Neraka jika sehingga ke akhir hayat pun masih menyokong UMNO. Terpulanglah kepada kamu semua samada mahu percaya ataupun tidak...
Sila renungkan Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68 ;

يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِى ٱلنَّارِ يَقُولُونَ يَـٰلَيْتَنَآ أَطَعْنَا ٱللَّهَ وَأَطَعْنَا ٱلرَّسُولَا۠ ﴿٦٦﴾ وَقَالُوا۟ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۠ ﴿٦٧﴾ رَبَّنَآ ءَاتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ ٱلْعَذَابِ وَٱلْعَنْهُمْ لَعْنًۭا كَبِيرًۭا ﴿٦٨
"Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya! ".
Marilah kembali kepada Allah dan Rasul-Nya.
Jangan dipersiakan segala amalan kita selama ini dengan meneruskan tindakan 'bodoh' menyokong sebuah parti yang terbukti sesat lagi menyesatkan. Masih belum terlambat untuk berubah.
Jazakallah...
sumber:
www.monazmuslim.blogspot.com

No comments:
Post a Comment