Monday, May 11, 2009

hadiah hari ibu paling hebat tahun ini...kebanggaan kepada keluarga..

Tiada yang lebih menyejukkan hati dan perut seseorang ibu melainkan mempunyai anak yang baik, berani dan sanggup berkorban jiwa dan raganya demi masyarakat. Alangkah bertuahnya ibu dan bapa YB Sivakumar, Speaker Dun Negeri Perak yang kini dijulang sebagai wira rakyat di Perak. Perak kini bukan hanya mempunyai YB Ir Nizar sahaja sebagai idola atau contoh kepada golongan remaja masakini, tetapi YB Sivakumar juga telah menunjukkan bukti bahawa perjuangan untuk anak bangsa bukan hanya terletak di tangan orang Melayu semata-mata.

Malang sekali bagi ibu bapa Sipengkhianat yang belot terhadap kepercayaan rakyat yang inginkan pembelaan darinya. Hasil tangan Sipengkhianat-Sipengkhianat ini telah menjadi punca kepada semua permasalahan dan menyusahkan rakyat di Negeri Perak sekarang. Secara tidak langsung mereka telah berfungsi sebagai `batu api' pencetus konflik di antara rakyat dan Istana. Amat malang menjelang Hari Ibu hari ini, mereka gagal menyempurnakan hasrat ibu mereka untuk menjadi pembela rakyat. Mungkin, ada di antara mereka ini dapat memberikan limpahan kesenangan kepada ibu bapa mereka hasil dari `upahan' mencekik darah dan air mata rakyat. Bahagiakah ibu bapa mereka? Adakah sama seperti yang diperolehi oleh ibu bapa YB Sivakumar?

WFAUZDIN NS

Sumber: http://wfauzdin.blogspot.com/

keraspedal komen:kesian kat anak altantuya,ibunya dibunuh kejam kat sini..tiada lagi selamat hari ibu untuknya...

(selamat hari bapa nanti ada la kot..siapa bapanya yea?)


No comments:

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts