Sumber:http://hanief.blogspot.com/2009/05/berita-buruk-untuk-para-pengguna-tmnet.html
Sebarkan pada rakan-rakan anda yang masih kebingungan akan masalah sebenar kelajuan TMnet Streamyx.
Bermula dari bulan MEI 2009, TMnet Streamyx telah menyempitkan jalur lebarnya. Semua nombor IP terlibat. Hanya nombor IP yang bermula dengan 60.48.XXX.XXX sahaja yang berkelajuan seperti biasa.Jika anda menggunakan router bagi mendail nombor ini, anda memerlukan paling kurang 10 minit (itu pun jika anda bernasib baik).
Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, TMnet Streamyx melakukan ini semua bagi menghadkan penggunaan Internet di kalangan orang biasa agar mereka kembali kepada media lama iaitulah TV dan radio (yang semua orang tahu ia dipantau oleh kerajaan).
Media baru seperti SMS, MMS dan Internet dilaporkan telah menggugat keuntungan syarikat siaran televisyen besar seperti Media Prima dan juga menggugat politik Barisan Nasional.
Mereka semakin kehilangan penonton dan juga para pengiklan yang menjadi tunjang syarikat mereka. Kerajaan Barisan Nasional pula semakin kehilangan para penyokong.
Lantaran dari itu, janganlah anda hairan mengapa talian 1-300 TMnet Streamyx sering sibuk. Mereka dihujani dengan aduan sama dan tiada apa yang boleh pekerja mereka lakukan.Mereka hanya menjalankan tugas.
Mereka ibarat polis yang menerima arahan daripada Perdana Menteri. TMnet juga terpaksa menggaji pekerja yang bodoh dan jujur bagi menjayakan projek kotor kerajaan ini. Ini juga, telah mengakibatkan bilangan pekerja mereka menjadi sedikit sehingga membuatkan anda terpaksa menunggu lama, menanti skrip klasik yang tersusun dari kakitangan TMnet ini.
Ramai kakitangan yang berpengalaman di TMnet telah berhenti dan ada yang bekerja dengan syarikat jalur lebar yang lain, di dalam dan di luar negara.Johan Jaafar selaku orang nombor satu Media Prima yang baru, jelas sekali kekurangan idea bagaimana untuk memenangi hati penonton dan pengiklan serta mengelak bersekongkol dengan kerajaan Barisan Nasional.
Sekatan sistematik yang tersembunyi ke atas Internet kita ini, bukan sahaja menyusahkan para penulis blog, tetapi juga syarikat kecil dan besar yang berasaskan Internet. Jika syarikat anda selalu menggunakan Internet bagi tujuan emel atau pun sebagai alat komunikasi (Skype, MSN, YM dan lain-lain) syarikat anda juga akan turut berada di dalam masalah yang sama.
Harap maklum.Sebarkan pada rakan-rakan anda yang masih kebingungan akan masalah sebenar kelajuan TMnet Streamyx.
Wallahuaklam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
Total Pageviews
sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :
pemberitahuan
gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..
Popular Posts
-
Tukar tiub : Semasa disoal-balas oleh peguamnya yang ingin tahu sama ada penahanan itu memberi sebarang kesan kepada dirinya, Hishamuddin m...
-
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuant...
-
Petikan dari Blog; http://reformisjalanan.blogspot.com/ Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau...
-
sumber asal dari blog Fais Al-Hajari melalui post ni, aku tak berniat nak bela dr badrul amin secara membabi buta berikutan tuduhan...
-
Menurut yang gua baca dan faham kat kelab greenbox,dengan usaha Husam Musa,Kelantan telah memperoleh RM10 Juta daripada Felcra..untuk tahu ...
1 comment:
Assalamualaikum..
salam ziarah dari bumi para nabi..
nak cadang ni..
kalau ada kesempatan letak la shoutbox kat blog ni boleh kongsi maklumat2 terkini dr pelbagai sumber..
timbulkan persoalan di setiap artikel yg di copy and paste agar pembaca dan pelayar blog boleh berkongsi pendapat dg persoalan yg dilontarkan..
semoga maju jaya dg setiap apa yg diperjuangkan..
ikhlaskan niat hanya kpd Allah..
satu lagi, pastikan maklumat yg akan dicedok menepati ilmiah islamiyah dan menepati hukum syara'..
secebis pandangan dr insan kerdil dlm dunia IT ini..
menjaci yg terbaik namun xdpt memberi yg terbaik..
semoga mendapat manfaat bersama..
wassalam..
Post a Comment