Monday, February 28, 2011

Rosmah hanya berserah pada Allah terhadap dakyah pembangkang..

ehE ..

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang jarang kelihatan pada kempen pilihan raya kecil, hari ini turun padang di DUN Kerdau.

Sambil merayu penduduk setempat memberikan undi pada calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, Rosmah mengingatkan pengundi supaya menolak "dakyah" dan "fitnah" Pakatan Rakyat.

"Jangan dengar dakyah pembangkang. Pembangkang ini cuma sedap mengata saja. Alhamdulillah.

"Saya tak mahu lawan. Saya serah pada Allah sahaja," katanya dalam majlis ramah mesra di Felda Jengka 25 - antara kubu kuat BN di Kerdau.(MALAYSIAKINI)


Emm ... laki najib mula bersuara ..

Bila bininya dah semakin alim sekarang..

Melebihi ulama dunia dr.Yusuf Qaradawi ..

So , lakinya haruslah menunjukkan cara hidup islam sikit..

Berserahlah pada Allah ..

Tapi gua sedikit muskil..

Bab soal dakyah ni serah kat Allah ,

Tapi pada masa yang sama..apa yg Allah suh tidak dilaksanakan ..

citt .

Friday, February 25, 2011

Chua Jui Meng Minta Maaf Dengan PAS

Ayooo...Chua Jui Meng Minta Maaf Dengan PAS..??

Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui ...Meng mendedahkan ketika beliau berada dalam MCA telah berkali-kali menakut-nakutkan orang Cina supaya jangan menyokong PAS.

Katanya, antara lain beliau mengatakan jika PAS memerintah orang Cina akan dipotong ‘anu’ dan tidak boleh lagi makan ‘kerbau pendek’.

Bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu yang berceramah di Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau kelmarin, mengaku kini beliau bertaubat dan tidak mahu lagi mengulangi penipuan yang sama.

“Saya masa dalam MCA berkempen memberitahu orang Cina jangan sokong PAS, sebab PAS nak bina negara Islam. Kalau negara Islam nanti anu orang Cina kena potong, tak boleh makan kerbau pendek.

“Itulah penipuan kami kepada orang Cina dan saya percaya ia berlanjutan hingga sekarang. Tapi hari ni saya nak minta maaf... saya taubat,” katanya sambil disambut dengan sorakan lebih 12,000 orang yang hadir.

Tambah bekas Naib Presiden MCA itu, beliau mendapati orang Cina pada masa ini tidak boleh ditipu atau tidak ditakut-takutkan lagi kepada PAS dan ini dibuktikan dengan sokongan majoriti entiti tersebut kepada PAS sejak pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu.

sumber ( disini)

Thursday, February 24, 2011

Najib cakap Muammar Qaddafi tidak sepatutnya berkasar kepada rakyat ..disertakan gmbr kezaliman itu .


Pemimpin Libya Muammar Gaddafi tidak sepatutnya menggunakan kekerasan ke atas rakyat yang menunjuk perasaan di jalanan sehingga menyebabkan pertumpahan darah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada AFP di Istanbul, Turki. "Kami berpendapat beliau tidak seharusnya menggunakan kekerasan,” kata Najib, semalam yang berada di Turki untuk lawatan rasmi.(baca penuh)





Wednesday, February 23, 2011

Qari quran..juara quran..tapi kenapa dilaknat quran??

Assalamuamualaikum dan tengah malam.. :)

Tiba tiba tadi,teringat satu kuliah yng menyatakan bahawa sesungguhnya,ramai orang dalam dunia ni,yang baca quran , juara pertandingan quran, qari quran,tetapi dilaknat oleh QURAN sendiri..

( penyataan ini adalah berdasarkan sebuah hadis yang bila penulis cuba google untuk cari perawinya,tapi gagal,jika terbaca,kongsilah .. ;)

Bunyi cam pelik je..dah kita baca tiap tiap hari,tak nak quran nak laknat kita,mesti dapat pahala kan?

Penjelasannya mudah sahabat semua...

Golongan mana yang baca quran,tapi dilaknat quran.

Mereka adalah yang HANYA BACA QURAN TAPI TIDAK TURUT QURAN..

Bila dia baca ayat suruh tutup aurat,mengenai jilbab,tapi dia tak tutup aurat.
SEKADAR GAMBAR HIASAN..

Bila dia baca ayat supaya solat 5 kali sehari semalam,tapi dia tidak solat juga.

baca penuh disini

Sunday, February 20, 2011

PRU semakin hampir,ramai sunguh org umno sertai umno..!!!

http://panggungopera.blogspot.com/2011/02/otai-otai-pas-di-klate-keluar-parti.html

http://www.malaysiakini.com/news/155599 (30 ahli pas masuk umno)

Citt..

Makin nak hampir pru,makin ramai ahli pas masuk umNo..

Di kedah..di kelantan..

Kerajaan PAS kelantan dikatakan akan tumbang selepas 30 orang "ahlinya" menyertai umNo ..

Cittt..

hahahaahahaha

Warkah terbuka Bob Lokman kepada semua penyokong islam


Salam semua. semalam 16 Rabiu'ul awal/19 feb, saya telah menyerahkan borang permohonan utk menjadi ahli PAS. InsyaALLAH kalau diterima saya akan menjadi ahli kawasan Subang. sebagai pengetahuan disini, bukanlah saya bertujuan utk mencari populariti dan juga jawatan, melainkan hanyalah untuk mejalankan tanggungjawab saya kpd ISLAM sebagai hamba ALLAH yg pernah jauh tersesat dgn urusan dunia. Kepada mereka yg mengalu-alukan, saya ucapkan terima kasih dan kpd yg merasa saya memilih jalan yg salah semoga kita sama-sama mendapatkan HIDAYAH & TAUFIQ dari ALLAH. saya hanya mencari KEIKHLASAN dalam KEBENARAN.

sumber:
Mohd Hakim bin Lokman

Sama sama LIKE pages beliau di FB :)

Shah Rukh Khan calon BN di Merlimau ... !! habis kalah dah PAS...


PAS bakal kalah sekali lagi di merlimau..

BN dikatakan akan meletak kan Dato Shah Rukh Khan ..

Dikatakan,Shah Rukh Khan masih tidak berpuas hati dengan gelaran "Dato" di Malaysia..

Beliau dikatakan akan memburu gelaran YB Dato Shah Rukh Khan...

Peluang kemenangan adalah 70% kerana dikatakan,hampir semua rakyat Merlimau merupakan peminat besar Shah Rukh Khan..

kah..kah....kah...kah...kah...

BN yakin PAS akan menang 5 kerusi DUN je di Kedah :p

BN Kedah berkemampuan untuk memperoleh kemenangan lebih dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, sekaligus merampas semula pentadbiran kerajaan negeri yang kini diterajui PAS.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata sasaran itu tidak mustahil pada PRU ke-13 kali ini memandangkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kita yakin boleh mencapai sasaran lebih 31 daripada 36 kerusi DUN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Motivasi dan Kecemerlangan Kepimpinan Wanita UMNO Kedah, di Alor Setar, semalam.(malaysiakini)

citt...PAS sudah gelabah..

PAS sudah gelabah..

BN yakin mereka akan menang 31 dari 36 kerusi DUN di kedah,yang bermakna PAS mungkin hanya dapat lima..

Dato Azizan sudah tak lena tido ..

kah..kah..kah...

Rakyat sudah percaya akan kepimpinan bini Rosmah ..

1Malaysia sudah di hati..

Adios PAS Kedah ...

Habis la PAS...

hahahaahahahah...

(sila baca post ini secara berlawanan)

Saturday, February 19, 2011

Artis makin berani sokong ulama,tapi TOK IMAN kg gua masih jilat buntut umNo ...cittt


Assalamualaikum dan salam berhimpun ..

Hari ini satu lagi sejarah dilakar,PAS berjaya menghimpunkan 30k pemuda di satu kawasan dengan tekad PAS untuk GANTI umnO..

Tapi gua tak nak lagi bicara soal tu..

Gua tertarik dengan kemasukan Bob Lokman kedalam PAS..

Woiittt..

Bob tu bukan artis taraf mee segera...orang popular beb ..

Orang yang kuat dalam industri HIBURAN..

Tapi,dengan hidayah dari Allah..

Beliau menyertai perjuangan ISLAM ..

Mungkin akan ada kesan terhadap kariernya ..

Tapi beliau gagah berani mengharunginya ..

Yang gua malu....TOK IMAN kampung gua yang duk masjid5 jam sehari..

Tok iman masjid yang duk jadi IMAN tika orang sembahyang..

Duk pi jilat bontot umNo lagi..

Dapat gaji rm800 sebulan..fuhh,bersyukur pada najib ....

Lupa nak sebut bersyukur pada Allah (bukti,dalam berita semalam,gua ambik kata kata iman mengajar di masjid dalam reaksi kerajaan naik kan imbuhan gaji mengajar)

"Saya berterima kasihlah kepada kerajaan malaysia,dan PM kerana menaikkan gaji kami"

Tok iman natang apa ni?

citttt..


Kahak tuih ..

Friday, February 11, 2011

Baca basmallah kita nak undi umNo tidak boleh???

Assalamualaikum dan salam membaca :)

Biasanya,kita mulakan sesuatu dengan membaca basmallah kan?

Bacaannya , bismillahir-Rahmanir-Rahim بسم الله الرحمن الرحيم

Dan sesungguhnya,ada hukum untuk kita membacanya yakni hukum wajib,harus,sunat,makruh,dan haram.

Dimana ketika tempat kita WAJIB baca basmallah??

Hanya satu tempatnya kita WAJIB baca basmallah adalah tika kita hendak membaca surah al fatihah..

Kerana bismillahir-rahmanir-rahim adalah satu ayat dari surah al fatihah,jika kita tak baca bismillahir-rahmanir-rahim tika membaca Al Fatihah,kalau kita solat,maka tidak sah lah solat..

Kedua,hukum HARUS kita baca basmallah adalah setiap masa yang baik...time menulis ,time duk sajer sajer,baca basmallah....dan walaupun ia hukumnya HARUS,kita tetap dapat pahala :)

Ketiga..hukum SUNAT....

Bila tu?sunat baca basmallah?

Adalah tika kita ingin buat sebarang pekerjaan baik..

Kita nak membaca,bacalah basmallah,kita nak naik kereta,bacalah basmallah,nak buat apa apa kerana Allah,bacalah basmallah...sunat hukum nya..

Bila pulak time MAKRUH baca basmallah?

Adalah tika kita duk dalam tandas..ehe...nak baca basmallah juga ke??Makruh hukumnya teman2 :) Jadi,elak kan ...

Tapi kadang kadang,ada orang yang bila rutinnya membaca basmallah,di mana mana pun,dia akan menyebutnay...tak pe lah ..

Bila pula time HARAM baca basmallah??

HARAM baca basmallah bila kita nak lakukan pekerjaan jahat...maksiat..

Bila nak curi motor,baca dulu ,bismillahir-rahmanir-rahim,tak ke hodoh nama Allah tu???

Bila nak makam hasil curi..haram baca basmallah..

N time nak mengundi,anda undi pihak yang menentang gerakan islam..anda menyokong puak yang menentang cara hidup ISLAM....itu pun ..HARAM baca basmallah...tak ke pelik,anda menyebut nama Allah bila nak mengundi,tapi mengundi pihak yang menentang jalan Allah.. ...(fIKIRkanlah :)(penulis tidak maksudkan di malaysia,tapi di afrika...okey...kita kat Malaysia xde pihak yang menentang islam..hehehehehehehe)jangan amik hati :)

Ana bukan reka semua ini,tapi hasil dari kuliah yang ana dengar :)

baca lagi banyak di sini ( i love Allah)

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts