Saturday, July 25, 2009

antara samiri dan raja katak malaysia...


kisah nabi musa...

SELEPAS terselamat daripada ancaman Firaun, perjalanan Nabi Musa dan Bani Israel masih jauh dan berliku. Selepas menyeberangi laut terbelah, Nabi Musa dan Bani Israel meneruskan perjalanan di Semenanjung Sinai.

Mereka singgah di kawasan berhampiran Bukit Tur. Nabi Musa dan Bani Israel singgah di hamam (tempat mandi) untuk menyucikan diri sebelum meneruskan perjalanan ke Palestin. Hammam itu kini dikenali sebagai Hammam Musa.

Di sana, Allah memerintahkan Nabi Musa mencampakkan pokok ke dalam sumber air itu supaya ia boleh diminum. Nabi Musa sempat membersihkan dirinya ketika berada di kawasan itu selama tiga hari sebelum meneruskan perjalanan ke bumi Syam.

Pada saat genting merentasi bumi Sinai yang tandus, Bani Israel masih tergamak meminta makanan yang enak demi memenuhi desakan nafsu keterlaluan. Permintaan Bani Israel kepada Nabi Musa mendedahkan sikap sebenar mereka yang tamak dan enggan bersyukur.

Perbuatan Bani Israel itu mengecewakan Nabi Musa tetapi Allah yang Maha Pemurah memperkenankan permintaan mereka dengan menurunkan makanan istimewa bernama manna dan salwa. Selain itu, Allah juga menaungi Nabi Musa dan Bani Israel dengan awan dari panas terik matahari di padang pasir Sinai.

Selepas 90 hari peristiwa laut terbelah, Nabi Musa dan Bani Israel sampai di Wadil Muqaddas dan ketika sampai di sana, Allah memerintahkan Nabi Musa berpuasa selama 40 hari untuk menerima kitab Taurat di Jabal Musa.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan kami telah janjikan masa kepada Musa untuk memberikan Taurat selama 30 malam, serta kami genapkan jumlahnya dengan 10 malam lagi, lalu sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh Tuhannya 40 malam.” (Surah al-A’raaf, ayat 142)

Apabila sempurna puasa Nabi Musa, Baginda mendaki bukit itu untuk menerima syariat Allah.

Ketika Bani Israel meminta air daripada Nabi Musa kerana kehausan, Baginda memukul batu dengan tongkatnya. Daripada batu itu keluar 12 mata air untuk 12 kabilah Bani Israel.

Dalam Ayat 160, surah al-A’raf yang bermaksud: “Ketika kaumnya meminta air kepadanya, maka pukullah batu itu dengan tongkatmu wahai Musa, maka terpancarlah 12 mata air tiap-tiap golongan antara mereka mengetahui tempat minum masing-masing.”

Kewujudan 12 mata air daripada batu antara mukjizat tongkat Nabi Musa selain membelah laut dan menjadi ular. Baginda kemudian meneruskan pendakian untuk menerima kitab Taurat.

LOKASI sebenar berlaku peristiwa turunnya kitab Taurat kepada Nabi Musa tidak diketahui dengan jelas tetapi pendapat menyatakan ia berlaku di Bukit Thur Sina. Pendapat itu boleh diterima kerana al-Quran tidak menamakan lokasinya.

Selepas genap 40 hari berpuasa, berangkatlah Nabi Musa bersama 70 pengikutnya yang terpilih menuju ke puncak Jabal Musa.

Ketika peristiwa Isra’ Mikraj, Rasulullah SAW diperlihatkan Allah beberapa umat terdahulu. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Aku melihat seorang nabi bersama sekelompok kecil umatnya, ada juga nabi yang disertai seorang atau dua dan ada pula nabi yang tidak disertai seorang pun. Tiba-tiba ditunjukkan padaku kelompok yang besar, aku menyangka mereka adalah umatku. Tetapi dijelaskan, ini adalah Nabi Musa dan kaum Bani Israel.” (Hadis riwayat Muslim)

Ketika bermunajat, Nabi Musa berkata: “Ya Tuhanku, nampakkanlah zat-Mu kepadaku supaya aku dapat melihat-Mu.” Allah berfirman yang bermaksud: “Engkau tidak akan sanggup melihat-Ku, tetapi cuba lihat bukit itu. Jika ia tetap berdiri tegak di tempatnya seperti sedia kala, maka nescaya engkau dapat melihat-Ku.”

Musa terus memandang ke arah bukit yang dimaksudkan itu dan dengan tiba-tiba bukit itu hancur hingga masuk ke perut bumi, tanpa meninggalkan bekasnya. Musa terperanjat dan gementar seluruh tubuh lalu pengsan.

Apabila sedar, Nabi Musa terus bertasbih dan memuji Allah, sambil berkata: “Maha besarlah Engkau ya Tuhan, ampuni aku dan terimalah taubatku dan aku akan menjadi orang pertama beriman kepada-Mu.”

Ketika bermunajat, Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. Menurut ahli tafsir, kitab itu berbentuk kepingan batu atau kayu, namun padanya terperinci segala panduan ke jalan diredai Allah.

Sepeninggalan Baginda, Nabi Harun ditugaskan untuk memimpin Bani Israel yang ditinggalkan buat sementara waktu. Bagaimanapun sikap taat kepada pemimpin yang menjadi kunci perpaduan ummah musnah akibat sikap seorang pemuda bernama Samiri yang gilakan kuasa.

Samiri berjaya menghasut pengikut Nabi Musa yang tinggal sementara Baginda bermunajat menyebabkan mereka yang belum teguh imannya mudah terpengaruh lalu kembali menyembah patung anak lembu yang dibuat daripada emas milik golongan wanita yang dikumpulkan.

Perbuatan mereka itu ditegur Nabi Harun tetapi dijawab mereka yang termakan hasutan Samiri dengan kata-kata: “Kami akan tetap berpegang kepada anak lembu ini sebagai tuhan persembahan kami sampai Musa kembali ke tengah-tengah kami.”

Nabi Harun tidak dapat bertindak tegas terhadap kaum yang murtad kerana bimbang akan berlaku perpecahan hingga boleh menimbulkan keadaan lebih rumit bagi Baginda dan Nabi Musa untuk mencari jalan keluar kelak.

Nabi Harun hanya memberi peringatan dan nasihat kepada mereka sambil menanti kedatangan Nabi Musa kembali dari Thur Sina.

Nabi Musa marah dan sedih hati tatkala sekembalinya dan melihat kaumnya sedang berpesta mengelilingi anak patung lembu emas, menyembahnya dan memujinya.

Nabi Musa bertanya Samiri, seperti diceritakan dalam al-Quran yang bermaksud: “Berkata Musa; apakah yang mendorongmu berbuat demikian Samiri? Samiri menjawab: Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya, maka aku ambil segenggam tanah (bekas tapak Jibril) lalu aku masukkan dalam patung anak sapi itu. Demikianlah aku menuruti dorongan nafsuku.”

Kemudian Nabi Musa berkata: “Pergilah kamu dan pengikutmu daripadaku, patung anak sapi itu akan aku bakar dan lemparkannya ke laut, sesungguhnya engkau akan mendapat seksa.”

sumber:ahmadzaki


diatas adalah kisah nabi musa a.s,setelah nabi musa bersusah payah menolong kaumnya daripada ancaman firaun,salah seorang pengikutnya akhirnya murtad dan telah menghasut ramai lagi yang lain.

Ada kisah yang hampir sama di malaysia,setelah sebuah parti islam menolong seorang "raja katak" mencapai kemenangan di dalam pilihan raya,dia akhirnya berpaling tadah.bukan itu sahaja,didakwa dia telah menolong parti yang dilawannya semasa pilihan raya yang ke12 untuk menentang parti yang membantunya.bahkan dia telah menentang tok guru nik aziz,orang yang membantunya sewaktu dia dihamabt keluar dari umNo dahulu...

inilah dasar manusia tidak kenag budi...moga kita semua rakyat malaysia mendoakannya menjadi katak di akhirat kelak...dan moga Allah memakbulkan doa kita...manusia katak ini telah mengkhianati perjuangan islam,dan kita akan lawan dia habis habisan...




No comments:

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts