Thursday, July 16, 2009
santai:murid versus guru..
Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi saja? Petang dan malam, awak doakan saya tak selamatkah?
Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam, cikgu!
Cikgu: Panjang sangat tu! Tak pernah pun dibuat oleh orang lain! Katakan saja selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera, cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu akan menguji kamu semua tentang perkataan berlawan. Apabila cikgu sebutkan
perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Keadilan!
Murid-murid: UMNO!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar sini!
Murid-murid: Dengar situ!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini adalah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru kamu tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku nak mengajar kamu semua!
Murid-murid: Rajin kami tak belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua ini bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab kami semua itu pandai sikit!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup belajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pegajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata UMNO salah!
Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Kami dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Sebentar kemudian, loceng pun
berdering. Murid-murid berasa lega
Kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau
bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi,
tetapi esok masih ada.Cikgu itu pasti akan datang lagi....
gua amik kat terengganukiteonline,yang disiarkan oleh nyamuk91..dah lama dah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
Total Pageviews
sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :
pemberitahuan
gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..
Popular Posts
-
Tukar tiub : Semasa disoal-balas oleh peguamnya yang ingin tahu sama ada penahanan itu memberi sebarang kesan kepada dirinya, Hishamuddin m...
-
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuant...
-
Petikan dari Blog; http://reformisjalanan.blogspot.com/ Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau...
-
sumber asal dari blog Fais Al-Hajari melalui post ni, aku tak berniat nak bela dr badrul amin secara membabi buta berikutan tuduhan...
-
Menurut yang gua baca dan faham kat kelab greenbox,dengan usaha Husam Musa,Kelantan telah memperoleh RM10 Juta daripada Felcra..untuk tahu ...
No comments:
Post a Comment