Sunday, July 19, 2009
Agama:solat yang dipandang ringan..
jarang sekali gua nak beri peringatan kepada pembaca tentang agama,bukan kerana malas tapi juga kerana kekurangan ilmu dalam soal ini.hanya tahu setakat gitu gitu je..oleh itu,hanya sekadar peringatan yang boleh gua beri.
kita sekarang di bulan rejab,bulan di mana nabi kita nabi Muhammad s.a.w telah diangkat ke atas langit untuk bertemu Allah,peristiwa ini dinamakan israj mikraj,peristiwa yang jika difikirkan oleh akal bodoh kita,kita kurang percaya tetapi sebagai umat islam kita wajib percaya akan berlakunya peristiwa ini dan jika ada sedikit kita meraguinya,sesungguhnya kita tergolong dalam orang kafir.
Peristiwa penting antaranya yang berlaku semasa israj mikraj adalah datangnya perintah untuk solat kepada umat nabi muhammad,bermula dengan 50 kali sehari,diturunkan kepada hanya 5 kali sehari kerana kasihnya Allah kepada hambanya..
tapi kenapa umat islam pada masa kini agak sukar untuk menunaikan rukun islam kedua ni?godaan syaitan ataupun nafsu sendiri?hmm,dia sendiri la yang tahu..
sesungguhnya bagi gua,umat islam yang lalai daripada solat ni adalah lebih teruk berbanding lembu,bahkan lebih teruk berbanding bab1 yang berbunyi oink oink tu.
solat itu wajib,tidak solat,anda dikira DERHAKA kepada Allah..adakah anda lebih takutkan manusia berbanding Allah?derhaka kepada Allah,anda masuk neraka,apa itu neraka,haaaa,lebih teruk dari akta keselamatan dalam negeri(isa)...cuma anda hanya dimasukkan ke dalam neraka jika hanya jika anda salah,beserta buktinya sekali,bukan sekadar anda dipercayai berdosa,di neraka bukti kesalahan anda wujud di depan mata,adil dan saksama.dan dacing Allah adalah seadil adil dacing..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
Total Pageviews
sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :
pemberitahuan
gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..
Popular Posts
-
Tukar tiub : Semasa disoal-balas oleh peguamnya yang ingin tahu sama ada penahanan itu memberi sebarang kesan kepada dirinya, Hishamuddin m...
-
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuant...
-
Petikan dari Blog; http://reformisjalanan.blogspot.com/ Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau...
-
sumber asal dari blog Fais Al-Hajari melalui post ni, aku tak berniat nak bela dr badrul amin secara membabi buta berikutan tuduhan...
-
Menurut yang gua baca dan faham kat kelab greenbox,dengan usaha Husam Musa,Kelantan telah memperoleh RM10 Juta daripada Felcra..untuk tahu ...
No comments:
Post a Comment