PUTRAJAYA, 25 Ogos (Bernama) -- Hukuman sebat terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno kerana kesalahan minum arak akan ditangguhkan sehingga Kementerian Dalam Negeri mempunyai kepakaran untuk melaksanakan hukuman itu mengikut undang-undang syariah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata Jabatan Penjara tidak mempunyai tukang sebat yang berkemahiran untuk melaksanakan hukuman mengikut cara dan kaedah syariah.
"Saya kena akui kita tak ada pengalaman dalam kes ini. Dari segi tanggungjawab saya difahamkan bahawa di bawah akta negara, kita (KDN) dipertanggungjawabkan tapi tak mungkin akan saya benarkan kita laksanakan hukuman itu sekiranya tidak mempunyai kemahiran, kepakaran dan tidak ikut hukum dan cara yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini Selasa selepas mempengerusikan mesyuarat Kepimpinan Petunjuk Bidang Keberhasilan Utama Negara di ibu pejabat kementerian di sini.
Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai penangguhan hukuman sebat terhadap Kartika yang dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Kuantan pada 18 Julai lepas kerana meminum arak di sebuah hotel di Cherating, Pahang.
Semalam Pengerusi Jawatankuasa Dakwah, Perpaduan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Pahang Datuk Mohd Safri Abdul Aziz dilaporkan berkata bahawa penangguhan hukuman sebat itu diputuskan oleh Ketua Hakim Syarie negeri Pahang Datuk Abdul Rahman Yunus bagi menghormati bulan Ramadan.
Hishammuddin berkata Jabatan Penjara tidak memiliki tukang sebat syariah kerana selama ini tidak keperluan untuk jawatan berkenaan diwujudkan.
"Selagi KDN tidak bersedia, selagi itu hukuman ini tidak dibuat. Bagi saya kalau kita tak ada orang yang buat, macam mana kita nak laksanakan hukuman secara adil.
"Islam menuntut, kalau nak laksanakan mesti ikut hukum dan secara adil. Berapa lama masa yang diambil, jika kita boleh adakan (tukang sebat) dalam masa sehari, esok saya bersedia (untuk melaksanakannya)," katanya.
Pelaksanakaan hukuman itu, kata Hishammuddin, akan tetap dilaksanakan sebagaimana yang ditetapkan oleh mahkamah namun ia perlu mengikut kaedah dan syariat yang dibenarkan.
"Selama ini tidak ada keperluan, jadi tidak ada hukuman sebegini rupa dan kita tidak dipertanggungjawabkan. Tapi sekarang dah ada, jadi kita kena bersedia.
Ketika ditanya mengenai keperluan untuk mewujudkan Penjara Syariah bagi menangani kes dan hukuman syariah, Hishammuddin berkata perkara itu bukan satu keperluan pada masa ini.
-- BERNAMA
sampai tukang sebat pun kita takde...
3 comments:
apa kutuk mengutuk ni.....
langsung x mengambarkan kesopanan anda sebagai seorg ISLAM...........bukankah baik kalu digunakan perkataan diskusi atau ulasan? Mungkin anda adalah seorg Muslim yg jelas prinsipnya hanya untuk mengadu-domba....serta memecah belahkan persaudaraan kita sesama ISLAM....tidakkah anda sedar akan apa tindakan yg anda lakukan ini akan merosakkan kefahaman UMMAT terhadap agama ISLAM....Ingatlah....anda hanya akan menempah tiket ke neraka jika anda hanya membawa agenda yg merosakkan dan memecahkan perpaduan ISLAM dan kefahaman Islam secara syumulnya
apa hal mamat sekor ni? tidakkah lebih baik berterus terang daripada bersembunyikan kata dan tikam belakang? Itu lebih teruk dan lebih merosakkan umat. cara talam dua muka dan bermuka-muka macam tu bukan lagi tempah tiket tetapi neraka sudah tersedia untuk orang macam tu.. berterus terang menyatakan hasrat tanpa bersembunyi leadalah lebih ikhlas dan tak payah nak sembunyikan sesuatu seperti guna nama macam hamba ALLAh lah dan lain-lain. Cuma orang yang tak bertelur saja takut nak menyatakan kebenaran diri cakap dan segalanya...
ni hamba Allah yang durhaka kepada Allah ni..
hamba Allah ini telah memilih untuk menentang perjuangan agama Allah di negara Malaysia tercinta ini..
Post a Comment