Thursday, August 20, 2009

Fitnah Dan Adu Domba Perkauman Politik Pimpinan Umno-Bn


Selepas saya menjadi sasaran fitnah, serangan pimpinan umno-bn beralih pula kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Segala macam tuduhan dihamburkan oleh media milik penguasa kepada ulama tersebut. Pimpinan umno dan konco-konco mereka sanggup memutar belitkan fakta hatta memintal fitnah asalkan matlamat untuk memenangi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir terpenuhi.

Apatah lagi bila tersepit dihimpit kecuaian sendiri ketika memilih calon, segala upaya dan jentera propaganda digembeling merekayasa fiksi politik. Adu domba dilatari politik perkauman sempit biar rakyat terus berpecah, sedangkan pimpinan umno seharusnya sedar, merekalah yang menyebabkan terbit rasa curiga dalam masyarakat. Walhasil merekalah yang terkait dengan pelbagai tuduhan penyelewengan amanah rakyat.

Manakala itu Pakatan Rakyat tetap terus beriltizam untuk membawa Perubahan dan arus Politik baru sunggupun berulang kali tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepada kami. Saya yakin rakyat akan membuat pilihan yang tepat memandangkan mereka tidak sanggup dipermainkan lagi.

ANWAR IBRAHIM

tapi kalau umNo ingat mereka boleh menang dengan cara burukkan TGNA,mereka silap yang teramat.

jika mereka fikir dengan burukkan TGNA,karier politik TGNA akan terkubur,mereka juga silap bahkan kubur mereka yang akan terbuka semakin luas.

jika mereka fikir tok guru akan kalah jika difitnah,nehi... bahkan kemenangan semakin dapat kita hidu..

jika mereka fikir penyokong tok guru akan tinggalkan tok guru selepas tok guru diburukkan,sekali lagi mereka silap kerana semakin hari penyokong tok guru adalah semakin ramai.

jika mereka fikir rakyat akan percaya akan fitnah mereka.soheh pencacai dan pemimpin umNo adalah manusia yang paling bodoh yang pernah dilahirkan di atas muka bumi ini..

tapi jika mereka fikir mereka boleh masuk syurga setelah burukkan TGNA,teruskan lah...kita akan tahu juga nanti...

No comments:

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts