gua teringat cerita seorang pegawai perubatan kat sekolah dulu dulu,
kisah si fakir yang miskin yang amat sangat sangat,satu hari datang kepadanya seorang lelaki berjubah biru di dalam mimpinya,katanya,
"jika kamu nak kaya pergilah di gua di atas bukit di sana,dan kamu akan berjumpa seorang lelaki tua yang akan membantumu."
maka terjagalah si fakir itu tadi,tanpa lengahkan masa,terus dia mendaki bukit itu untuk mencari lelaki tua yang akan membantunya.
sesampainya si fakir itu di gua yang dimaksudkan,dia pun memanggil lelaki tua itu..
"pak..oo..pak"
setelah 7 kali panggil muncullah lelaki tua sambil memegang 10 karung.dia menyuruh si fakir itu ambil sebanyak mana karung itu yang dia mampu,dengan syarat jangan buang atau bunuh apa yang ada didalam karung itu.
si fakir itu ambil 3 dari 10 karing dan berlarilah dia balik ke rumah,sesampai di rumah,dia pun buka karung itu dan didapati ada 3 ekor toyol di dalamnya.
toyol itu terus melompat keluar yang berulang kali bertanya kepada si fakir ini apa yang boleh mereka buat untuk dia..sambil memegang kaki si fakir itu lah mereka sebut "nak memde..nak memde.."berulang kali.(nak memde bermaksud "nak apa")
si fakir itu kemudian menyuruh si toyol itu bawa balik emas untuk dirinya,maka pergilah si toyol itu mencari emas,sesudah pulang mereka pun bertanya lagi "nak memde..nak memde"..macam macam lah yang diminta si fakir itu.
setelah setahun bersama toyol tu,si fakir tu dah jadi jutawan fakir,tetapi toyol 3 ekor tu tidak berhenti tanya kat dia 'nak memde..nak memde"..akhirnya dia pun dah naik bosan,serabut akan kelakuan toyol tu.siang malam pagi petang si toyol itu lekat kepada dia melainkan dia menyuruh si toyol itu bekerja.
dia jadi pening,lalu digaru garu badannya,termasuklah ketiaknya,dalam mengaru itu,bulu ketiak nya tercabut satu helai,biasalah kan,bulu ketiak kan tidak lurus,ia berkerinting,walaupun anda betulkan nya berkali kali ia tidak akan lurus seperti rambut yang direbonding,jadi si jutawan fakir ini dapat idea..
seperti biasa,setelah siap satu kerja,3 toyol itu pun tanya kat jutawan fakir tu
"nak memde..nak memde"
si jutawan fakir tu pun suruh 3 ekor toyol tu betulkan bulu ketiaknya.diambilnya bulu ketiak itu dari tangan si jutawan fakir itu dan kemudian 3 ekor toyol itu cuba membetulkannya.selepas 3 bulan,3 minggu,3 hari dan 3 jam cuba untuk betulkannya,ia masih gagal,dalam tempoh itu,si jutawan fakir itu aman skali.kemudian,dia pun cubalah jenguk 3 ekor toyol itu lantas bertanya
"dah lurus ?"
toyol itu menjawab belum lagi,kemudian bertanya kat jutawan fakir tu,
"banyak lagi ke pak bulu yang harus kami luruskan selepas ini?"
lalu si jutawan fakir itu pergi ke hadapan ketiga ekor toyol itu lantas mengangkat ketiaknya yang penuh dengan semak samun,maka tanpa berfikir panjang,si toyol itu cabut dengan sekuat hati..si jurtawan itu tidak lagi berjumpal agi dengan 3 toyol itu.
si fakir itu berjaya menghalau toyol itu tanpa membunuh atau membuang toyol itu,dia gunakan kebijakan sendiri.
kita cuba kaitkan kisah ini dengan politik tanah air kita,si fakir itu adalah rakyat dan toyol itu adalah bn.mereka kasi emas,wang,gula,kain,kita ambil tetapi setelah itu,kita kena gunakan akal untuk menghalau bn dari tempat kita kerana bn itu satu penyakit yang menyerabutkan.
No comments:
Post a Comment