Friday, August 14, 2009

Tiada tempat untuk mufti ni di hati rakyat..


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan kumpulan ekstremis dan pelampau bahawa tanpa institusi raja yang menjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman. Tegasnya, kerana institusi rajalah, negara ini yang suatu ketika dikenali Tanah Melayu kemudian Malaya seterusnya Malaysia terus kekal stabil dan makmur didiami pelbagai kaum.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ekstremis yang cuba mewujudkan unsur perpecahan dalam negara. “Benda ini (menghormati institusi raja dan agama Islam) sudah ada dalam Perlembagaan Negara, kalau tidak suka, keluarlah dari negara ini.

“Selama 52 tahun negara kita aman makmur, tiba-tiba ada pihak cuba hancurkan semua ini, sengaja nak buat kacau. “Dulu mereka diberi kerakyatan setelah setuju mahu patuhi syarat-syarat yang diberi, kalau tak suka lagi, keluarkan mereka dan kalau ada orang Melayu sendiri tak suka, keluarkan juga mereka dengan melucutkan kerakyatannya,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini..

wa cedok kat sya-reformis,beliau cedok kat perisik rakyat,perisik rakyat cedok kat mana gua tak tahu..utusan barangkali


yang menghancurkan kedamaian negara adalah pemerintah sendiri,yang hancurkan kedamaian negara adalah orang seperti mufti ini sendiri..tok mufti ni ingat malaysia ni bapak dia punya.

Dia mungkin lupa peristiwa sejarah pejuang kemerdekaan terengganu dato Abdul Rahman Limbong yang telah memenangi kes mahkamah berhubung kes tanah dengan hujah bahawa bumi dan tanah ini milik ALLAH,bukan milik sesiapa.


Jangan dia ingat jika pemerintah sekarang bersama dia,dia boleh keluarkan kenyataan sesuka hati,nanti ko bila pakatan rakyat memerintah nanti,kita lucutkan kerakyatan dia kerana menghina perjuangan rakyat malaysia.


Sampai artikel ni,gua tak pernah nak ngata kat mufti ni teruk sangat,sikit sikit je,tapi memang dia dah melampau dah,betullah,sah ada manusia kena beli nih.. lantaklah tok mufti weh,hangpa terjunlah dengan labu sayung ko tu..

kalau pejuangan rakyat yang dia gelar ektrimis ni tiada tempat di malaysia,maka tiada tempat untuk mufti tok peti(gelaran yang diberi perisik rakyat) di hati rakayt malaysia.

No comments:

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts