Abu Hasan tidak hadir sidang Dun dua kali, masing-masing pada pada 19 April dan 9 Ogos lalu, tanpa sebarang kebenaran Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail.
Mengikut Perkara 51 Undang-undang tubuh Kerajaan negeri Kedah, kerusi mana-mana Adun dikira kosong jika tidak hadir persidangannya dua kali berturut turut tanpa kebenaran Speaker.
Abdul Isa ketika dihubungi berkata, tidak timbul soal surat pemberitahuan kerana Undang undang tubuh negeri menyebut hanya berkaitan kebenaran speaker.
"Bukan soal dia (Abu Hasan) hantar surat pemberitahuan atau tak hantar kepada saya, soalnya saya beri kebenaran atau tidak? Dia tidak berhubung dengan saya. Kalau dia hantar surat seminggu selepas itu pun tidak ada makna," ujarnya ketika dihubungi harakahdaily.
Berikutan itu, Dr. Abdul Isa (gambar) telah menyerahkan surat pemakluman berhubung pelanggaran itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya SPR negeri bagi menentukan status jawatan Abu Hasan.
Berikutan itu juga, satu sidang media khas akan diadakan oleh beliau jam 10 pagi esok di pejabat speaker di Wisma Darul Aman.
"Antara lain apa yang saya nak beritahu esok, kenapa kita terpaksa ambil tindakan begitu," ujarnya lagi.
Pada pilihan raya umum lalu, Abu Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi itu bagi penggal keempat selepas menewaskan calon PAS, Ismail Wan Teh dengan majoriti 1,573 undi.
Jika SPR memutuskan kerusi itu kosong, ini bermakna negara bakal menghadapi pilihanraya kecil yang ke 8 selepas Pilihanraya Umum ke-12 tahun lalu dan yang ke dua bagi negeri Kedah selepas Bukit Selambau..harakahdaily..
Gua tak nak komen pasal kemungkinan berlaku satu lagi pilihan raya kecil,gua nak komen pasal syurga neraka lagi ni kerana ini isu terhangat sekarang.
tengok,macam mana nak masuk syurga jika makan gaji buta,duit ambil kerja tak.kamu dibayar untuk berjuang untuk rakyat di dalam dewan yang mulia tetapi apa yang kamu buat?kecuali dengan alasan keuzuran,mungkin dimaafkanla,tapi kalau dah uzur tu,letak jawatan ler.(beraya sakan la penduduk dun tu).
1 comment:
adakah bakal jadi kota sihijau?
Post a Comment