
Akhir akhir ini,pergaduhan dalam pakatan rakyat agak jelas kelihatan,lebih lebih lagi turut ditambah dengan perasa tambahan oleh media pemcacai umNo.
Tapi gua taknak salahkan media massa hari ini,tumpuan gua pada tulisan ini adalah kepada pakatan rakyat sendiri.
Dalam bulan ini dan bulan lepas sahaja,banyak isu dalaman masalah pakatan rakyat timbul yang mampu hancurkan pakatan rakyat,bermula dengan masalah kerajaan perpaduan

walaupun pada peringkat pusat,pakatan rakyat "masih" nampak kukuh,tetapi hanya pemimpin tertinggi kita yang mengetahuinya .
Kita tentu sekali tidak mahu dua sejarah pahit dalam gabungan pembangkang kembali berulang.pertama di dalam Angkatan Perpaduan Ummah(APU) dan satu lagi semasa era barisan alternatif.

Melihat kepada sejarah APU,satu gabungan parti parti pembangkang di negara ini yang diasaskan tengku razaleigh hamzah setelah "dikeluarkan" dari umNo 3 tahun sebelum itu.di awal penubuhan,kita lihat bahawa APU mampu mengecut perutkan umNo barisan nazional,tapi disebabkan hala tuju yang kurang jelas,serta tujuan yang tidak tegas,APU menjadi pudar secara perlahan lahan dan terus lenyap di muka bumi ini,parti parti kompenennya kemudian membawa haluan ke arah masing masing,kemudian umNo kembali kuat.bahkan pengasasnya pula kembali ke dalam uMno.
Begitu juga dengan sejarah BA,walaupun dilihat bahawa PR adalah sambungan kepada BA,tetapi BA punyai sejarah pahitnya yang tersendiri,tidak perlu kita kenang sejarah pahit ini,kerana kita semua tahu apa sejarah itu,jadi janganlah ulanginya.
PR adalah hasil terbaru gabungan 3 parti pembangkang terbesar di malaysia,produk ini adalah hasil usaha dan kebijaksanaan seorang bekas pemimpin no 2 kerajaan iaitu

jadi,mahukah kita melihat pakatan rakyat mengulangi sejarah pahit dahulu,mahukah kita melihat umNo kembali menjadi satu kuasa besar semula,tentu sekali tidak.jadi tolonglah fikirkan kami,selesaikan masalah dalaman secara baik.pemimpin pakatan hendaklah pandai apabila mengeluarkan kenyataan,jangan guris hati rakyat,jangan guris hati umat islam.tolong bercakap dengan kebijaksanaan bukan dengan emosi,jika ada muslim yang jahat,tidak semestinya ISLAM itu jahat.sesungguhnya islam itu membenci perkara jahat.jika anda melihat jika ada muslim yang jahat,yang jahat itu adalah dia sendiri,bukan agamanya...

MANUSIA YANG LUPA SEJARAH,PASTI AKAN MENGULANGI SEJARAH TERSEBUT...
No comments:
Post a Comment