Sunday, August 30, 2009

umNo semakin diterima di kelantan??pelawokkkkk

MACHANG, 29 Ogos-- Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai pada 14 Julai lalu telah memberi kesan berikutan semakin ramai anggota dan penyokong PAS di Kelantan kini menyokong Umno, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed.

"Apa yang berlaku di pilihan raya (kecil) Manik Urai baru-baru ini adalah petanda yang jelas bahawa rakyat Kelantan semakin menerima Umno.

"Kita dapati bahawa ramai ahli-ahli PAS sudah berpaling tadah dan mereka inginkan perpaduan dan mereka melihat Umno sebagai ejen perpaduan untuk membawa orang Melayu dan rakyat Malaysia di bawah satu bumbung yang harmoni," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis meraikan penyertaan 27 anggota dan penyokong PAS ke dalam Umno, yang diketuai bekas ketua PAS cawangan Kampung Chekak Dua Mokhtar Che Harun di kampung itu di sini, pada Sabtu.

"Memang kita alami kekalahan dalam pilihan raya (kecil) lalu tapi kita telah bekerja keras untuk membuktikan kemampuan kita dan saya bersyukur kerana sudah pun ada tanda-tanda perubahan itu," kata Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Sementara itu Mokhtar, 63, berkata keputusannya untuk meninggalkan PAS yang disertainya lebih 40 tahun itu kerana memikirkan masa depan generasinya jika PAS terus menolak perpaduan sesama bangsa dan agama.

"Ini demi masa depan cucu cicit saya dan saya rasakan berada dalam PAS tidak memberikan sebarang faedah kepada masa depan bangsa dan agama yang saya cintai ini," katanya.

Norperidah Haman, 42, pula berkata keputusannya untuk menyertai Umno kerana sudah jemu dengan perjuangan PAS yang retorik semata-mata.

"PAS nak buat apa? Nak bangunkan apa? Saya tidak mahu anak-anak saya menjadi mangsa kejumudan pemimpin," katanya.

-- BERNAMA

nak tengok benar ke tidak,tunggu pru 13 ler..

4 comments:

Pemburu Syahid said...

Salam ya akhi.....

Matematik anta tak betul tu.

63 - 40 = 23 bukannya 13.

Brian Pedro said...

Memang tepat sekali, tuan. Umno semakin diterima dan diiktirak oleh rakyat Kelantan bahkan di seluruh Malaysia sebagai Parti yang menolak Islam...selamat berpuasa.

keraspedal said...

pemburu syahid benar..matematik gua mmg bermasalah sikit..huhu

Malaysian Sabahan said...

Kalau betul UMNo kuat sangat, pertama Bubarkan DUN perak atau Parlimen. Rasa-rasa UMNO ada teloq ke?

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts