Saturday, August 15, 2009

hati hati buat kenyataan-muhyidin

Oleh ZABRY MOHAMAD dan THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 14 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tiong King Sing agar berhati-hati ketika membuat sebarang kenyataan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kedua-dua pemimpin BN tersebut perlu sedar implikasi kenyataan mereka kepada imej parti dan kerajaan.

"Mereka perlu berwaspada ketika mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan mengatakan sesuatu yang tidak betul kerana orang ramai akan menilai integriti mereka.

"Jika mahu mempertahankan sesuatu, mereka boleh menggunakan saluran mengikut undang-undang yang ada," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Pencegahan Jenayah anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di sini hari ini.

King Sing yang juga Ketua Eksekutif Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) iaitu pemaju siap guna PKFZ sebelum ini mendakwa Tee Keat bagi pihak MCA telah menerima derma RM10 juta daripadanya.

Dakwaan itu dibuat tidak lama selepas pasukan khas yang ditugaskan untuk menyiasat isu PKFZ mengeluarkan laporan mengenai enam penyelewengan yang didakwa dilakukan KDSB ketika memajukan PKFZ.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, isu melibatkan Tee Keat dan King Sing perlu ditangani secara serius kerana ia turut membabitkan kepentingan rakyat.

"Ini bukan sesuatu yang perlu disenyapkan, saya menyerahkan kepada mereka untuk menangani masalah ini.

"Walaupun ia tidak membantu dari segi imej kerajaan tetapi keadaan ini tidak boleh dielakkan kerana rakyat mahu mengetahui perkara sebenar," katanya.

Beliau berkata, sebagai pemimpin, Tee Keat dan King Sing tidak perlu asyik diingatkan mengenai apa yang patut dan tidak patut dilakukan.

"Saya tidak perlu asyik memberi nasihat.

"Sebagai pemimpin, mereka sepatutnya memimpin melalui teladan," katanya.


sumber: utusan online

kat malaysiakini gua jumpa kat "hot topics in blogs" berita yang bersumberkan utusan,walaupun bapak gua marah baca utusan(katanya bapakku,hanya orang yang uneducated yang baca utusan dan yang seangkatan dengannya),gua teringin gak nak baca sebab malaysiakini yang promote.maka tidak sia sialah gua baca akhirnya gua ada ilham nak kutuk siapa lepas ni.

kata dulang paku serpih,nasihat orang,ceh,dia yang lebih...

kenapa kita selar dia begitu,jangan dilupa ya kenyataan dia bahawa Anwar pengkhianat melayu,satu kenyataan panas tetapi langsung tidak berasas.dari segi imej dia sendiri,ia tidak dapat dipulihkan kerana rakyat 1malaysia takkan ambil berat akan kata kata menteri cap ayam itu.

perkara ini harus untuk tidak disenyapkan anwar,beliau perlu buat sesuatu agar menteri ni menyesal dengan kenyataan dia.

tapi ita serahkan kat anwar untuk bersihkan namanya yang sudah pun bersih,tapi dikotori sedikit dengan debu debu jalanan.

jadi,tiada orang perlu akan nasihat engkau wahai muhyidin.nak memimpin melalui teladan bagaimana sedangkan orang macam dia ni tidak layak jadi pemimpin untuk sekolah tadika pun..


ps-kadang kadang,utusan pun berguna jugak yea..



No comments:

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts