Thursday, August 20, 2009

sabtu ni dah mula puasa...sunat diutamakan,wajib ditinggalkan??


Tarikh umat islam berpuasa pada tahun ini adalah pada hari sabtu 22 ogos bersamaan dengan 1 ramadan 1430 hijrah..

bila tiba bulan puasa,maka banyak amalan sunat yang digalakan kita sebagai umat islam untuk melakukannya.dan memang ramai yang berkejar kejar untuk mendapatkan pahala bagi melakukan amalan sunat ini.

tetapi secara tidak sedar,dalam berkejaran kita melakukan amalan sunat,kita lupa akan perkara yang wajib kita lakukan.

guaada satu kisah tentang sunat dan wajib ini,kisah mengenai seorang penyokong umNo dan seorang ustaz.si ustaz ini bertembung dengan penyokong umNo ni(bukan ahli,penyokong)ketika dia sedang sibuk membeli juadah berbuka puasa,nak tunjuk waraknya si penyokong ni,dia berkata pada sang ustaz tu,

"ustaz,buat apa beli semua makanan ni,kita ikut sunnah,makan kurma cukuplah,itu sunat,lebih afdal kita puasa"

sang ustaz itu dengan tawaduknya menjawab,

"pak cik tahu menegakkan hukum Allah itu wajib pak cik,tapi pak cik tidak pula berjuang untuknya,dan bila tiba bab sunat,pak cik berkejaran melakukannya pula,tiada guna pak cik makan kurma sekadar untuk mencari pahala sunat sedangkan pahala untuk yang wajib pak cik abaikan,adalah lebih baik untuk pak cik memakan pelepah kurma pak cik"

dalam sindiran itu,pasti pak cik tu tak senang berak pada malam itu..

(cerita ini bukanlah kisah benar tetapi diadaptasi dalam bentuk ini agar pembaca lebih faham).

betol la kan,tiada guna kita kejarkan yang sunat tetapi yang wajib kita tinggalkan,solat sunat hari raya setahun sekali kita pergi,solat jumaat yang wajib juga setahun sekali kita pergi,apa perangai la manusia begini.

3 comments:

Tok Tam said...

Sunat kita buat, wajib kita laksanakan baru imbang. Kalau tak dapat laksana yang wajib, jangan yang sunat ditinggalkan. Buatlah mudah-mudahan terbuka hati untuk melaksanakan yang wajib begitulah sebaliknya.

keraspedal said...

itu yang sepatutnya tok tam.

tapi apa pulak kita nak kata kat mereka yang sunat mereka buat,tetapi yang wajib mereka tinggalkan...?

apapun,selamat menjalani ibadah berpuasa kepada tok tam dan family....(@_@)peace...V

kayrolldin said...

setuju jer..

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts