Tuesday, August 25, 2009

Tangguh hukum Allah kerana hormati bulan ramadan??

Hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno kerana meminum arak, yang sepatutnya dijalankan minggu ini, ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadhan, demikian dinyatakan di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan NGO Pahang, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz yang mengesahkan perkara itu berkata, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menerima arahan daripada Pejabat Peguam Negara bagi menangguhkan sementara hukuman sebat itu.

"Hukuman (sebat) bagaimanapun kekal, dia akan menjalani hukuman selepas bulan Ramadhan," katanya di Kuantan hari ini.

Pagi tadi tiga pegawai penguatkuasa JAIP dipercayai telah pergi ke rumah Kartika di Sungai Siput, Perak, untuk membawanya ke Penjara Wanita Kajang bagi menjalani hukuman sebat itu.

Namun, mereka kembali semula 30 minit kemudian selepas dikatakan menerima arahan untuk melepaskan sementara ibu kepada dua anak itu.

Pada 20 Julai lepas, Kartika, 32, dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel pada 11.40 malam 11 Julai 2008.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan.

Pada 18 Ogos lepas, Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus memerintahkan Kartika ditahan berkuatkuasa hari ini bagi tempoh tujuh hari untuk melaksanakan hukuman sebatan itu.

Kartika merupakan wanita pertama yang akan disebat akibat kesalahan meminum arak di negara ini.

Di Perak, Kartika membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Kuala Kangsar pada 12.30 tengah hari untuk mengelak daripada dituduh melarikan diri daripada hukuman kerana tidak dibawa ke Penjara Kajang.

Bapanya Shukarno Abdul Muttalib, berkata tiga pegawai JAIP menjemput Kartika dari rumahnya di Sungai Siput pagi tadi tetapi menghantarnya semula setengah jam kemudian dengan alasan hukuman sebat tidak dapat dijalankan pada masa ini.

Shukarno berkata beliau tidak faham tentang apa yang berlaku dan
menasihatkan Kartika membuat laporan kerana bimbang kemungkinan polis akan menuduh anaknya melarikan diri daripada hukuman. BERNAMA

ps-walaupun bersumberkan BERNAMA,gua cedok kat malaysiakini artikel ni..
tajuk asal adalah "tak jadi sebat model"

Gua tengok gak dalam berita malam tadi,gua macam respek la dengan bapak Kertika ni,beliau rela anaknya dihukum demi kebaikan anaknya sendiri..inilah contoh bapa yang patut dicontohi,tapi kebanyakan mak bapak zaman sekarang,anak rotan je kat sekolah terus sebut "see u in the court".

1 comment:

Sinar Hairan Edisi Timur said...

Huh semenjak dua tiga hari ni uncle tak ketawa langsung.. tetapi selepas baca bab ni, amaran ni (bila lu kutuk artikel gua,jangan marah pulak bila gua kutuk balik lu punya komen ok...kita sama sama kutuk r...) atleast i can afford to laugh.. kuat pulak tu cuma sorang-sorang lah pulak pagi-pagi ni...

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts