KOTA BAHARU 12 Ogos — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.
Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.
“DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.
Nik Aziz berkata untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin-pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.
“Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan,” katanya.
Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat.
Sebaliknya beliau berkata perkara yang patut dipertikaikan adalah jika berlaku kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi.
“Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang,” katanya. - Bernama
percaya atau tidak berita ni gua cedok dari utusan online walaupun bersumberkan bernama.nampak baik je kan artikel ni,pendapat TGNA dikeluarkan tanpa suntingan.
yang tidak kena nya adalah TAJUK posting ini didalam akhbar tu,beginilah gamaknya,
DAP BOLEH HINA ISLAM-NIK AZIZ...
tajuk ini pastinya mampu mengelirukan pembaca,lebih lebih lagi jika pembaca tu adalah jkkk umNo serta yang seangkatan dengannya.
entahlah...biarlah,kita serahkan semua ini kepada Allah..moga Allah sentiasa melindungi tok guru dari segala fitnah dan bala.....
hidup tok guru...
2 comments:
dah mengaku silap..tapi masih sokong..ada otak ka lu hah!!!
takde prinsip langsung..orang macam lu lah yang di benci oleh tok guru..tiada prinsip sendiri..padahal tok guru nak uji sahaja tahap otak lu..
memang lu ni kaki jilat..
kalau di mahkamah, lu ni orang yg jenis tak boleh jadi saksi.
ko kata tok guru silap,tunjukkanlah di mana kesilapan sebenar tok guru tu..
gua ada otak dan ada akal,sebab tu gua berfikir,lu tarak otak dan tarak akal,sebab tu lu sokong bn.patut la gua mimpi semalam,lu dan gua naik kereta sama sama,kemudian kereta kita terbabas,gua mengalami gegaran otak yang melampau,tapi lu langsung tidak mengalami gegaran otak...hebat lu,..lu tahu kenapa lu tarak alami gegaran otak?,coz lu tarak otak,camne nak alami gegaran otak.
gua di belakang tok guru dulu ,kini dan selamanya..hidup tok guru..
jilat jilat wa tarak main,wa main sepak sepak..
wa tak nak jadi saksi coz nanti mati ditolak dari tingkap 24..
Post a Comment