Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata ini berdasarkan laporan terdapat pengundi luar yang didaftarkan sebagai pemilih di kawasan itu.
"Kita dapati beberapa orang Melayu didaftarkan di rumah yang dihuni oleh orang Cina dan ada juga pengundi Cina didaftarkan alamatnya di rumah orang Melayu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Butterworth semalam, lapor Bernama.
Khairy berkata sejak pilihan raya umum lepas terdapat kira-kira 1,000
pengundi didaftarkan di Permatang Pasir dan trend itu adalah tidak normal kerana jumlahnya terlalu besar.
Beliau berkata perkara itu akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu itu.
"Kita akan kumpulkan bukti secukupnya dan kemukakan kepada SPR," katanya.
Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Rohaizat Othman, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man dan seorang calon bebas Kamarul Ramizu Idris.
Penamaan calon pilihan raya kecil itu ditetapkan esok.
Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS yang meninggal dunia pada 31 Julai akibat sakit jantung.
Sementara itu, proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan berlangsung mulai jam 9 pagi ini.
Mengikut buku pengajian am tingkatan 6,pengundi hantu bermaksud:
"pengundi hantu"merujuk pengundi yang mengundi dengan menggunakan kad pengenalan palsu yang bertujuan mendapatkan kemenangan majoriti.biasanya digunakan oelh calon yang terdesak untuk menang.
yang terdesak untuk menang di permatang pasir pastinya bukanlah parti pas tetapi parti omNo..huhuhu.
ok,dah tiada komen dari gua..
1 comment:
kah kah kah dulu kata mana ada pengundi hantu ... kah kah kah ... dah tau kalah lah tu ... Aduyai ... kaki songlap ada, kaki rasuah pun ramai ... tak caya tanya sama itu lembaga displin umNO.Kah kah kah kiokkkk !!!!
Post a Comment