Sunday, August 23, 2009

Najib ditolak rakyat sejak awal pemerintahannya....terima kasih kepada Anwar..


Gua ingat di awal pembabitan Anwar Ibrahim pada peringkat awal dalam politik selepas pembebasan beliau dari penjara pada tahun 2004,beliau kurang menyerang perdana menteri ketika itu,iaitu Pak Lah.ada satu dua isu yang ditembak ke arah pak lah tetapi tidak keras sebaliknya Anwar terus menenrus menyerang Najib.

Gua ingat satu komen seorang pembaca dalam akhbar Siasah ketika itu yang menyifatkan ketidakpuasan hati terhadap anwar kerana tidak melawan kebejatan pemerintahan Pak lah secara keras sebaliknya lebih tertumpu kepada Najib yang ketika itu menjadi perdana menteri.

Gua pun perasan ketika itu,Anwar kurang menyerang Pak Lah tetapi lebih tertumpu kepada Najib,tapi gua tak ambil tahu sangat politik ketika itu,hanya sekadar dengar dan baca tajuk utama berita sahaja.

Hakikatnya memang jelaslah ketika itu Anwar banyak menyerang kebokrokan Najib berbnding Pak Lah,pada mata sesetengah orang Anwar mungkin rasa berhutang dengan Pak Lah kerana beliau dibebaskan semasa pemerintahan Pak Lah,tapi benarlah Anwar bin Ibrahim adalah seorang tokoh politik yang berkeliber serta berpandangan jauh.

jika di awal pentadbiran Pak Lah dia berjaya menawan hati rakyat serta membuatkan pembangkang sedikit huru hara(hanya seketika,selepas itu pak lah lupa diri dengan kemenangan dan akhirnya jatuh tersungkur..)kenapa?mudah,kerana semasa pak lah jadi TPM,jarang serangan pembangkang dituju terhadap dia,hanya kepada mahathir,pak lah juga dianggap seorang yang pendiam serta clean.slogan kerja bersama saya jangan kerjakan saya juga turut lekat di hati sesetengah rakyat(versi asal:kerja bersama saya bukan untuk saya).

dengan imej bersih,pak lah berjaya terus kurangkan kerusi pemabngkang dalam parlimen.

berbalik kepada kebijaksanaan Anwar bin Ibrahim ni,serangan beliau terhadap Najib akhirnya nampak kesan jangka panjang apabila ketika Najib di peringkat terakhir untuk duduk di kerusi PM,rakyat sudah menunjukkan penolakan,dan lagi serius kesannya apabila bn tidak menang satu pun kerusi dalam pilihan raya kecil sepanjang pemerintahan Najib.

konklusinya satu,kita harus berfikir dengan kesan jangka masa panjang agar kita tidak perlu bermula dari bawah semula selepas pemimpin parti pemerintah(bn) bertukar..

ps-gua tidak letak gambar Anwar yang hemsem dan kacak sebaliknya gambar yang boleh sedarkan rakyat.
-dan jika anda perasan,gua hanya gunakan perkataan "beliau"kepada tokoh pembangkang sahaja dan gua gunakan istilah 'dia' kepada pemimpin bn.kerana istilah "beliau"hanay layak digunakan kepada seseorang yang berjasa dan baik sahaja...

2 comments:

Auraputih said...

patutlah pemikiran saudara tak berkembang, baca satu paper ajer..saya nasihatkan cuba saudara baca paper yang lebih global, pasti terbuka minda.takdelah kerkongkong dengan satu ideologi yang lebih kepada kepentingan peribadi..

keraspedal said...

gua hanya beritahu ttg satu paper ni sahaja(siasah)takkan nak beritahu semua kot yg gua baca..

gua tak baca utusan ..........only the stupid read utusan meloya

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts