Thursday, August 20, 2009

calon bn wajar tarik diri....

Calon BN, Rohaizat Othman wajar menarik diri dari bertanding pada Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pauh 25 Ogos ini.

Saya berpendapat demikian kerana beberapa alasan :-

1) Integriti beliau sebagai calon dipersoalkan berikutan kenyataan Bar Council bahawa lesen guamannya ditarik balik kerana melanggar peraturan dengan bukti yang jelas bahawa beliau melakukan kesalahan berkaitan dengan pelanggannya.

2) Fakta di atas di sokong pula dengan pengakuan bekas rakannya Yusri Ishak bahawa Rohaizat terlibat dengan perkara tersebut.

3) BN dan Umno menipu rakyat bahawa kesalahan di atas dilakukan oleh Yusri Ishak (gambar) bukan Rohaizat.

Adalah lebih baik dan manis jika Rohaizat menarik diri dari pilihanraya kecil ini demi keadilan kepada pengundi Permatang Pasir agar tidak tersalah pilih dengan mengundi calon yang integritinya dipersoalkan.

Selain itu Rohaizat juga wajar menarik diri kerana jika beliau tidak berbuat demikian, beliau sebenarnya menghina pengundi Permatang Pasir kerana seseorang calon pilihanraya sepatutnya mesti bersih dari segala kontroversi agar rakyat dapat memilih calon-calon yang terbaik tidak kira dari BN ataupun PAS.

mutaligat

gua tak fikir dia akan tarik diri,mungkin dia fikir jika dia menang,lagi banyak fulus masyuk maaaa..tapi insyallah,penduduk permatang pasir adalah pintar dan berupaya mengelak dari terpedaya dengan janji manis umNo bn ....

1 comment:

~PakKaramu~ said...

Salam ramadan al mubarak dari Pak Karamu

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts