Sunday, December 13, 2009

zombie mahukan krisis di perak darul kartun berakhir..

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berharap semua pihak yang terbabit dalam krisis perlembagaan di negeri itu melihat untuk membangunkan pertumbuhan ekonomi negeri daripada berterusan menimbul isu yang sama berulang kali.

Katanya ekonomi negeri perlu distruktur dan dikembalikan semula statusnya yang gemilang satu ketika dahulu daripada berterusan berbahas mengenai isu.

"Ramai rakyat Perak merasa ahli politik tidak perlu lagi membangkitkan isu dan kita mesti melihat dengan bersungguh-sungguh untuk membetulkan perkara yang lepas sekiranya kita mahu membetulkan tanggapan," katanya kepada pelajar Malaysia di United Kingdon semasa perjumpaan di King College London di London hari ini.

"Akhirnya rakyat akan mengadili kita (ahli politik) berdasarkan siapa kita dan apa visi kita. Ia mengenai menjaga rakyat agar rakyat boleh tinggal secara aman. Kita perlu meneruskan pembangunan ekonomi, tidak boleh terlalu banyak politik," katanya.

Kebanyakan soalan yang dikemukakan pelajar kepada Zambry dalam pertemuan itu ialah berkaitan krisis perlembagaan Perak di mana pelajar ingin tahu perkara sebenar yang berlaku pada Februari lalu apabila Barisan Nasional kembali berkuasa dengan majoriti mudah.

Pertukaran kuasa berlaku selepas dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang dari DAP mengisytiharkan menjadi Adun Bebas dan menyokong Barisan Nasional, sementara seorang bekas Adun Umno yang menyertai PKR kemudian menyertai semula Umno.

Zambry berkata selepas peristiwa itu, rakyat mula melihat kepada apa yang beliau dan kerajaan negeri yang baru telah lakukan di Perak. - Bernama

muahahahaha..
lama tak dengar zombie ni bersuara..
sepatutnya,semua pihak yang menimbulkan krisis di perak tu kena buang negeri..
yakni zombie and the geng..

Zombie oo Zombie,jangan la ko bersuara begini..
semakin jelik rakyat perak dengan den..
ko duk diam diam dah la..
nanti jatuh pun tak sakit sangat..

1 comment:

mutiara biru said...

kite rakyat malaysia xperlu lah nk gaduh2...xkisah lah siapa menteri besar yang penting negara kita xhuru hara, maju dan rakyat bersatu padu...

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts