Sunday, December 27, 2009

lawak semalam:PAS optimis dapat tawan Terengganu

KUALA TERENGGANU – Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali optimis, PAS akan dapat memerintah semula negeri Terengganu selepas pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Beliau berkata demikian ketika berucap dihadapan ribuan pemuda PAS negeri Terengganu yang hadir dalam program Konvensyen Pemuda PAS Negeri di Markaz Tarbiah disini.

”Saya bagi pihak Badan Perhubungan PAS Negeri sangat ras bertuah dan bersyukur kepada Allah kerana dapat bersama-sama dengan pemuda yang begitu ramai pada petang ini,

”saya yakin dan percaya sekiranya inilah komitmen, kesungguhan dan iltizam, air muka yang begitu ceria bersungguh-sungguh datang beramai-ramai pada petang ini, saya tidak nampak mengapa kita tidak boleh menawan balik negeri Terengganu dalam pilihanraya akan datang,”ujar Yahaya disambut dengan laungan takbir.

Beliau berkata, para pemuda yang telah menjadi ahli PAS mempunyai satu ‘bai’ah’ janjisetia dan tanggungjawab, untuk ‘sehidup semati’ dengan perjuangan menegakkan Islam.

Oleh itu, katanya, setiap tenaga pemuda dari pelbagai latarbelakang, tanpa mengira pendidikan dan profesyen akan digembelingkan bagi menggerakkan kerja-kerja perjuangan mencapai cita-cita bersama itu. BO..

Gua bukan nak ragui PAS,tapi kalau PAS Terengganu,perghh,itu satu lawak yang agak keterlaluan..

Ya,kalau keadaan berubah,PAS mampu tawan semula Terengganu pada PRU13 nanti tapi dalam keadaan sekarang...PAS masih lemah..

umNo memang lemah dah,tapi PAS Terengganu lebih lemah dengan kepimpinan yang lemah di bawah presiden haji hadi yang lemah serta pembantunya yang lemah,kalau semua lemah,cam mana nak lawan umNo yang walaupun nampak lemah,tapi duit banyak nak rasuah rakyat..

Pilihan raya yang ke12 hari tu pun,dengan keadaan umNo yang kelam kabut serta tak tentu arah,PAS boleh kalah,inikan pula selepas mereka buat persedian yang cukup dari segi kewangan..

Tapi......gua fikir,kalau kita beri PKR dan DAP kerusi yang lebih separuh dari PAS juika ditambah keduanya,gua agak optimis,PKR mampu menang..

PAS??cehhhh...mungkin menang le jika PAS dan umNo trg gabung..sama sama boleh rasuah rakyat..

Tukar pimpinan PAS Trg dulu la beb..beri kat orang baru...kalau takde sangat,ambil ustaz Azhar pun tak pe,wajib undi belia dapat kat PAS...

No comments:

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts