Saturday, December 19, 2009

mana ada gaduh gaduh dah..Karpal mahu Anwar kekal ketua umum pakatan

Oleh G. Manimaran

SHAH ALAM, Dis 19 – Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh tetap mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai ketua umum Pakatan Rakyat selepas pendaftarannya diluluskan kelak.

Anwar dilantik sebagai Pakatan Rakyat sejak ia dibentuk selepas pilihan raya umum ke-12 tahun lalu.

“Anwar adalah pemimpin umum Pakatan Rakyat dan saya mahu beliau kekal sebagai ketua umum Pakatan Rakyat,” kata beliau berucap menutup Konvensyen Pakatan Rakyat yang julung kali diadakan di auditorium MBSA di sini hari ini, dengan duduk di kerusi roda.

Sebelum ini bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, yang kini menyertai Parti Keadilan Rakyat, mengesyorkan agar Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai ketua umumnya.

Nik Aziz dan Anwar juga menyampaikan ucapan penggulungan.

Pakatan Rakyat juga kemungkinan menggunakan sistem giliran jawatan ketua menerajui ikatan itu sebaik sahaja pendaftarannya diluluskan pihak berkuasa.

Ia disyorkan oleh Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw yang berpendapat kemungkinan itu boleh ditimbangkan oleh Pakatan Rakyat bagi menampakkan yang ia berbeza dari Barisan Nasional (BN).

“Kita mesti ada cara-cara dan saya rasa ini bukan suatu masalah kerana semua benda boleh dibincangkan.

“Mungkin kita ada giliran bagi jawatan itu,” kata Ahli Parlimen Kepong ini dalam temu bual dengan Fikrah menjelang Konvensyen Pakatan Rakyat.

Karpal yang juga salah seorang anggota pasukan peguam Anwar dalam kes liwat yang dihadapinya sekarang berkata beliau akan menggunakan segala “keupayaan yang ada di tangannya” untuk membela ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

“Saya sebagai peguam, saya akan menggunakan keupayaan yang ada di tangan saya untuk melepaskan beliau dari pertuduhan kali ini,” katanya.

Dalam ucapannya Karpal mengakui wujud percanggahan pandangan antara DAP dan PAS ketika menggubal Dasar Pakatan Rakyat khususnya berkaitan dengan idea mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.

“Dalam soal melaksanakan idea pilihan raya kerajaan tempatan, memang ada perkara yang tidak dipersetujui oleh PAS dan DAP.

“Bagaimanapun Anwar akhirnya dapat menyelesaikan perbezaan yang wujud ini dan membolehkan dokumen ini (dasar) disediakan,” katanya.

Pada sesi penutup Karpal duduk bersebelahan dengan Nik Aziz.

Menyentuh soal itu, Karpal dalam ucapannya berkata “hari ini saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi di tengah-tengah, di antara Nik Aziz dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS).”

Karpal menjawab demikian secara berseloroh sambil memberitahu yang beliau telah ditegur oleh seorang pemimpin DAP ketika mesyuarat jawatankuasa pusat eksekutif Rabu lalu bahawa akan duduk di sebelah Nik Aziz.

Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika mempengerusikan sesi penutup memberitahu ini kali pertama Karpal dan Nik Aziz bertemu di pentas yang sama.(malaysianinsider)

No comments:

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts