Thursday, December 31, 2009

1 Januari 2010,permulaan penyeksaan kepada rakyat...

PUTRAJAYA 31 Dis. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen mulai pukul 12 tengah malam ini.

Ini bermakna harga baru gula di Semenanjung mulai esok ialah RM1.65 sekilogram berbanding RM1.45 sebelum ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Mohd. Zin Mohd. Dom pada sidang akhbar di sini hari ini.(sumber asal gua x taw,tp gua cedok di sini)

so,ucapan pertama tahun baru gua disajikan dengan perkataan"

PADAN MUKA 1MALAYSIA...

ini semua salah korang,yang pangkah BN PRU12 hari tu memang padan muka tahap akhir dah,yang undi barisan alternatif dan dap pada PRU12  hari tu,padan muka sikit sikit je coz korang x usaha cukup kuat lagi...kali ini PRU13,ingat,kita lawan habis habisan...insyAllah,kalau diberi peluang dan panjang umur,nanti PRU13,gua 100%waktu terluang gua akan gunakan untuk berkempan untuk Pakatan Rakyat..

ini baru 1 Janusari,tak lagi 1 Febuari,barang lain pulak yang naik harga,1 Mac,1 April,1 Mei,1 Jun, 1 Julai,1Ogos,1 September,1 Oktober,1 November dan 1 Disember,nanti rakyat kena makan ubi kayu campur pasir je la...

Nanti bukan sahaja cukai perkhidmatan dan barangan,cukai zaman British seperti cukai kelamin,cukai anak lebih,cukai kepala mybe akan diwujudkan untuk menambahkan pendapatan negara yang memang tidak cukup untuk menampung bajet 2010..


tapi kalau nak cakap hakikat,dari sudut ekonomi,mungkin BN bertindak betul,tapi dari aspek politik,umNo telah mengali lubang kubur sendiri dengan apa yang dilakukannya....muahahahaha


Tidak salah non melayu jawat jawatan Menteri Besar...


Gua fikir,kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu melantik
Cina Muslim warak sebagai Menteri Besar adalah tidak perlu dipertikaikan..

Apa salahnya??nak kata bila cina tu akan tibai melayu bila memerintah,dah menteri besar melayu umNo tak zalimi rakyat melayu sendiri??apatah lagi gua percaya,kalau
cina muslim warak yang dilantik,pasti rasict ini tiada dalam agenda pentadbirannya..

UmNo tidak layak nak persoal perkara ini sebenarnya,kalau MB melayu dari pakatan pun mereka tak hormati,so,apa guna perkauman sangat,?

Andai kata Drs. Khalil Idham Lim dilantik jadi menteri besar Perak,gua sokong,takde masalah(tapi kita dah ada DS Nizar Jamaludin)..kalau diberi pilihan antara YB Idham dangan zambry(disyaki pengganas)...wajib gua pilih YB idham..

As long he is muslim,i have no problem...perkauman bukan agenda utama orang yang waras..

so,walaupun tak penting,gua istiharkan gua menyokong penuh kenyataan TGNA bahawa
CINA MUSLIM WARAK(indian pun wa tarak kisah,india muslim warak,kalau kutty boleh,apsal mereka xleh??) layak untuk menjawat jawatan menteri besar bahkan perdana menteri Malaysia..

Wednesday, December 30, 2009

Menteri besar Perak haram disyak pengganas...


Amerika Syarikat menghalang Menteri Besar Barisan Nasional Perak, Zambry Abd Kadir daripada memasuki Amerika negara itu kerana namanya tercatat dalam senarai pengganas(ulang:pengganas..pengganas) yang dikenalpasti oleh negara tersebut.

Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suarat Keadilan, Zamry berlepas ke San Francisco 9 Disember lalu atas misi perdagangan dan pelaburan anjuran Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

Menurut sumber yang rapat dengan pejabat Menteri Besar Perak, sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pihak imigresen menahan Zambry dari memasuki negara itu apabila nama beliau tersenarai dalam pangkalan data pengganas.

Sumber tersebut memberitahu Suara Keadilan keadaan itu menimbulkan kecurigaan pada pihak keselamatan dan Zambry gagal meleraikan syak wasangka pegawai AS berkenaan.
Zambry tidak ada pilihan kecuali menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia.

"Beliau sepatutnya mengetuai delegasi Perak untuk mempromosi peluang pelaburan dan perdagangan tetapi diarah pulang dan tidak ada perwakilan Perak untuk misi itu," kata sumber.

Misi perdagangan dan pelaburan ke Amerika Syarikat anjuran MIDA berlangsung dari 7 hingga 12 Disember di San Francisco dan Los Angeles.

Ketika dihubungi Penolong Pengarah Kanan MIDA (FDI Amerika), Norhizam Ibrahim berkata pihaknya hanya diberitahu Zambry ada komitmen lain dan tidak dapat menghadiri misi berkenaan.(kelab greenbox)..

Muahahahaha,..

memang...zombie ni memang pengganas..
antara rekod jenayah zombie ini adalah merampas kuasa sebuah kerajaan di sebuah negeri makmur di Malaysia iaitu Perak..

Selain pernah terlibat dalam kes bawa lari Speaker sah perak,V Sivakumar..




Tuesday, December 29, 2009

Husam pemimpin kesayangan rakyat dan TGNA,,,hehe

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menamatkan spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar.

Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan semua orang.

“Mana boleh dia (Husam) letak jawatan... kita semua sayang pada dia, dia punya kebijaksanaan,” kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini.(baca lagi)

Terima kasih tok guru,bila tok guru dah keluar kenyataan begini,siapa pun dah tak leh nak besarkan cerita lagi(bukan berita)..

Pasti ramai yang kecewa,ramai dari umNo dan ada juga dari "kawan" umNo dalam PAS...

haha..

Hidup Tok Guru Nik Aziz...
Hidup Husam Musa

ROYALTI : SIAPA YANG CELUPAR ?

Pada umumnya, Orang Melayu ini beragama Islamlah. Akan tetapi , apabila ada parti Melayu dan pemimpin parti Melayu sebut agama lain politik lain maka inilah masalah. Ini kecelaruan pemikiran dan ini keceluparan. Keceluparan jenis ini tidak terbanding dengan keceluparan saya seperti yang dituduh Dato’ Awang Adek dalam kenyataannya di Pasir Mas pada 6 Disember 2009.
Saya dilihat celupar semata-mata kerana mempertahankan hak rakyat Negeri Kelantan untuk mendapatkan royalti. Saya dilihat celupar kerana ingin terus berdoa kepada Allah SWT agar Allah membuka pintu hati Perdana Menteri dan tidak terus menzalimi rakyat Kelantan. Saya dilihat celupar semata-mata kerana menegur presiden Umno diatas keengganan beliau untuk memberikan royalti itu kepada sebuah kerajaan negeri yang sah. Saya dipandang celupar kerana mendoakan kemusnahan kepada sesiapa jua yang zalim kerana royalti itu hak dari perut bumi kami. Ia hak yang termaktub melalui sebuah perjanjian bertulis yang sempurna di tahun 1974.
Celuparkah saya semata-mata kerana jujur membaca dan menafsir maksud perjanjian itu tanpa keliru? Kenapa harus ditukar pemberian dari royalti kepada wang ehsan dan diberi pula melalui sebuah jabatan kerajaan? Semua orang tahu, JPP itu bukan kerajaan. Seperti Jabatan Pertanian atau Jabatan perkhidmatan Haiwan, ia cuma Jabatan kerajaan. Pada saya sikap Umno yang sekular selama inilah yang menghalalkan dia bertindak sebegitu liar. Ini kerana Ugama Islam telah diletak diluar dari kandang politik dan pemerintahan. Dia(Umno) meletakkan soal dosa pahala diluar dari urusan pemerintahan. Barangkali bagi Umno, agama tidak lebih dari pengertian “religion” seperti apa yang difahami oleh orang barat. Inilah punca atau ibu kapada segala keceluparan Umno baik dalam isu royalti di Kelantan atau pelbagai isu keadilan, rasuah, demokrasi dan good governance disepanjang 52 tahun pemerintahan.
Sikap Umno yang menolak Islam syamil yakni Islam komprehensif padahal Allah Taala sebut, “ud khulu fis silmikaafah” iaitu hendaklah kamu terima Islam secara keseluruhan ini amat-amatlah mendukacitakan. Sepanjang berpuluh tahun menegur pendirian yang salah ini, seingat saya, saya belum lagi menerima respons Umno baik secara bertulis ataupun lisan. Ini yang menyebabkan kita tidak sanggup lagi ditipu melalui coklat Kit Kat bernama Kerajaan Perpaduan. Itu pertama .
Kedua, sesungguhnya amalan ia bercanggah dengan amalan Nabi SAW sendiri. Pada bila-bila masa sekalipun, tidak ada ruang dalam hidup Nabi, dalam hidup para khalifah dan para sahabat r.a. yang mengasingkan politik dengan agama dan agama dari politik.
Yang ketiga, didalam al-Quran; segala keperluan hidup manusia meliputi masalah sosial, masalah akidah, masalah ekonomi, masalah rumah tangga, masalah aman dan damai, masalah protokol dan hubungan diplomatik termasuk mengirim surat kepada semua raja dan pembesar negara- semua sekali ada disentuh. Ia disempurnakan lagi oleh riwayat dan hadith-hadith Nabi SAW.
Yang keempat bila kita asingkan politik dari agama, kita nak ganti dengan apa di tempat yang lompang itu? Ia sama ada kita turut penjajah atau turut nafsu ammarah kita. Dengan amalan songsang berkenaan apa jaminan di akhirat kelak, apa yang kita tiru selain dari Islam itu, akan mendapat keredhaan Allah?
Yang kelima, jika hidup kita dapat diurus sendiri tanpa perlu menurut Islam, apa gunanya kita dikirimkan oleh Allah SWT seorang Nabi? Manusia boleh fikir sendiri dan berbuat sesuatu mengikut nafsu sendiri? Pegangan dan amalan ini cukup sinonim dengan parti Umno. Inilah parti dan orang yang sebenar-benarnya boleh kita gelarkan sebagai bermulut celupar.
Seingat saya, sewaktu isu hak royalti mula-mula timbul, “orang ini” jugalah yang menyebut bahawa Kelantan tidak ada hak ke atas royalti. Ini terang-terang mendahului Perdana Menteri. Macam mana PM yang juga Presiden Umno di ketika itu, belum kata apa-apa dan belumpun putus apa-apa lagi, tiba-tiba Timbalan Pengerusi Umno Negeri sudah membuat keputusan? Ini orang panggil mendahului bos. Ini sebuah keceluparan yang melampau. Lebih melampau lagilah apabila kita hubungkan sikap celupar Dato’ Awang ini dengan sikap menolak Islam Umno yang lebih besar. Keceluparan jenis ini dua kali ganda lebih berbahaya.
Dengan pengisytiharan Perdana Menteri Malaysia terkini yang Kelantan akan diberi wang ehsan pula (walaupun saya tetap tidak boleh terima dan tetap akan terus berdoa), maka sahlah yang Dato’ dari Bachok ini sudah melampau batas. Dengan menyalahi segala tertib dan protokol, dia sudah menjadi terlebih celupar.
Hari ini pula, Perdana Menteri berkata bahawa beliau hanya akan mengikut undang-undang. Setahu saya, Akta Pembangunan Petroleum 1974; itulah undang-undangnya dan Kuli lah yang terlibat secara langsung dalam merangka serta menentukan kandungannya. Melalui blog beliau dalam Razaleigh.com misalnya, kita diberitahu dengan jelas bahawa perjanjian yang ditandatangani oleh semua Kerajaan Negeri dengan Petronas di ketika itu dibuat dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang sangat mudah hingga mana-mana budak sekolahpun boleh faham.( That agreement is made out in language simple enough for a schoolboy to understand, in both Bahasa Malaysia and English).
Dalam konteks hak royalti 5% Kerajaan-Kerajaan Negeri, Yang Amat Mulia Tg. Razaleigh menyebutnya begini:”The States’ rights to 5% of profit derived from the extraction of any petroleum resources is based on a quid pro quo according to which the States vested entirely and in perpetuity all their rights and claims to petroleum resources to PETRONAS. In return for this PETRONAS is legally bound to pay the states the 5% directly.” Pada saya ini terlalu jelas.
Keengganan pusat memberi royalti kepada Kelantan dengan menukarnya dalam bentuk pemberian wang ehsan bukan sahaja akan melanggar Akta Pembangunan Petroleum 1974, bahkan lebih besar, kerajaan Pusat juga akan dilihat menidakkan perjanjian yang sama terhadap negeri-negeri lain sekaligus menafikan hak rakyat di negeri-negeri tersebut. Mustahil kerajaan-kerajaan negeri lain tidak khuatir dengan sikap dan pendirian Kerajaan Pusat pimpinan UBN yang tidak konsistan.
Dengan sedikit kajian seperti yang saya kutip dari analisis di atas, saya betul –betul tidak faham bagaimana boleh seorang Perdana Menteri, masih yakin yang beliau bercakap mengikut undang-undang. Undang-undang mana lagi sedangkan apa yang Kuli sebut itulah undang-undangnya ! Di sini,salahkah jika mana-mana rakyat yang waras beranggapan yang Perdana Menteri mereka sudah meracau? Lebih teruk dari Awang Adek, Presiden Umno sendiri boleh dilihat sedang bercakap merapik dan bercakap celupar ?
Dalam menangani hal-hal yang berbelit-belit seperti inilah kadang-kadang, hati saya cepat terluka. Dalam keadaan-keadaan beginilah juga, kedua belah tangan saya menjadi cukup ringan untuk diangkat ke langit. Jika orang marah saya berdoa dan mengadu kepada Allah secara kuat dan terbuka ditempat ramai dalam kes penganiayaan ini, maka siapakah yang boleh menghalang saya dan rakyat saya dari terus berdoa dalam gelap di malam buta biarpun bersendirian? Saya pasti, pada akhirnya Allah tidak akan bersama dengan orang-orang yang menindas, zalim dan menekan.
"Bahkan Dialah (Allah) yang kamu seru lalu Dia hapuskan bahaya yang kamu pohonkan kepadaNyajika Dia kehendaki dan kamu lupakan apa yang kamu sekutukan (dengan Allah dalam masa kamu ditimpa bahaya itu.)
- Maksud Surah al-An 'am, Ayat 41-
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan.
Tanggal: 21 Zulhijjah 1430 / 8 Disember 2009

sumber di sini

Gambar yang membawa 1000 erti sekitar 2009

http://z-albatros44.blog.friendster.com/files/penamaan-calon1.jpg
[bubok.jpg]http://media1.malaysiakini.com/186/c7d5ac2eff0bd82f0b26811fac1b6bf9.jpg[20091219_nik_aziz_03.jpg]http://loyarburok.com/wp-content/uploads/2009/07/teoh-beng-hock.jpg

Monday, December 28, 2009

Cadangan untuk logo baru bn....

Bekas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak mencadangakan agar BN merintis usaha penjenamaan semula termasuk memperkenalkan logo baru yang lebih menarik serta mempunyai ciri-ciri dan pengertian gagasan 1Malaysia.

Dalam proses penjenamaan semula itu untuk mendekatkannya dengan hati rakyat, Barisan Nasional hanya perlu "dipasarkan" dengan singkatan BN saja, katanya dalam laman webnya www.keruak.com.

Salleh, yang juga timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, berkata penjenamaan BN itu amat penting kerana dalam suasana politik sekarang, rakyat sudah mempunyai pilihan, iaitu satu komponen BN dan satu lagi Pakatan Rakyat.

Untuk memastikan BN terus unggul dan relevan, beliau juga mencadangkan agar ia mewujudkan sistem keahlian secara terus.

"Menerusi kaedah baru ini, mereka yang komited atau minat dengan BN dan dasar serta pemimpinnya, tetapi tidak menyukai parti-parti komponen tertentu kerana terlalu banyak politiking, akan dapat terus bersama kita,"
kata Salleh.

Namun, katanya, cadangan itu memerlukan perincian lanjut dengan mengambil kira sistem dan perlembagaan dalam BN. BERNAMA


H
Hak..hak..hak..setuju bebonar la gua...dacing dah lapok,cam ne nak guna dacing,tak kena dgn identiti Barisan Nasional yang berat sebelah tu..

Jadi,di bawah antara senarai lambang untuk logo baru umNo yang boleh dipilih untuk mengantikan logo dacing






Dollar, Sterling, Cash, Money Gallery 3

Presiden PAS pun tak boleh tiru presiden Iran ini...

Sentiasa menjaga solat sekalipun dipinggir jalan



iran-presiden.jpg

Tidur Di ruang Tamu dengan kawalan pengawal keselamatan

iran-president-2.jpg

Saat solat berjamaah di masjid Presiden tidak duduk di shaf pertama.

iran-president-7.jpg

Foto terakhir adalah presiden sedang menikmati makan di ruang makan

sumber: mohamadazhan.blogspot.com

Selangor tak kan jadi Perak kedua...

Gua tak fikir rakyat Selangor mahu buku "Selangor Darul Kartun" diterbitkan sama seperti Perak Darul Kartun...memalukan beb..nama negeri dijadikan bahan hiburan..semuanya kerna umNo yang durjana..

Rakyat Selangor pasti tidak mahu juga bil air mereka meningkat serta segala kemudahan dan "hadiah"(wang untuk bayi baru lahir dan yang ingin ke universiti) kerajaan negeri kepada mereka terhapus begitu sahaja..pasti jutaan rakyat Selangor turun padang untuk "rampas" kembali...

Adun PAS Selangor bukan semuanya bodoh,sorang dua je..kalau ditakdirkanlah ada usaha nak keluarkan PAS dari pakatan dari Pemimpin PAS Slangor sekali pun,dan usaha itu berjaya,pasti ada ADUN PAS yang rela "mengkhianati" PAS Selangor dan menyertai PKR mahupun DAP(hak..hak..)

Gua harap sangat ADUN PAS yang sorang ni tunjuk belang dia,baru mudah kerja kita,pecat terus...ambil orang lain jadi PESURUHJAYA PAS NEGERI.....siapa yang gua maksudkan...ntah....

umNo di Selangor tidak boleh lekukan seperti yang dia lakukan di Perak,beli ADUN walaupun dah ada sekor yang terbeli,tapi itu belum cukup beb...perlu lebih 5 ADUN pr perlu dibeli..

Dan perlu diingat Selangor dipegang PKR,Anwar tidak akan benarkan itu semua berlaku..pasti..

Sunday, December 27, 2009

Benarkan mereka ini penyokong PAS??CIS..ini penyokong







LAGI GAMBAR dan sumber asal gua cedok gambar ni adalah DI SINI

Celaka,taik kucing ,mampos betul..nak nyamar pun,biar la nampak lojik sikit..gua tak nampak pun manusia yang bercirikan penyokong pas ni disini..cuba bandingkan dgn gambar penyokong PAS ori di bawah



kopiah pun tarak..penyokong pas guane..
paling kurang sorang,ni rambut macam hantu ..celaka ...

lagi berita berkaitan baca di sini
dan disini













lawak semalam:PAS optimis dapat tawan Terengganu

KUALA TERENGGANU – Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali optimis, PAS akan dapat memerintah semula negeri Terengganu selepas pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Beliau berkata demikian ketika berucap dihadapan ribuan pemuda PAS negeri Terengganu yang hadir dalam program Konvensyen Pemuda PAS Negeri di Markaz Tarbiah disini.

”Saya bagi pihak Badan Perhubungan PAS Negeri sangat ras bertuah dan bersyukur kepada Allah kerana dapat bersama-sama dengan pemuda yang begitu ramai pada petang ini,

”saya yakin dan percaya sekiranya inilah komitmen, kesungguhan dan iltizam, air muka yang begitu ceria bersungguh-sungguh datang beramai-ramai pada petang ini, saya tidak nampak mengapa kita tidak boleh menawan balik negeri Terengganu dalam pilihanraya akan datang,”ujar Yahaya disambut dengan laungan takbir.

Beliau berkata, para pemuda yang telah menjadi ahli PAS mempunyai satu ‘bai’ah’ janjisetia dan tanggungjawab, untuk ‘sehidup semati’ dengan perjuangan menegakkan Islam.

Oleh itu, katanya, setiap tenaga pemuda dari pelbagai latarbelakang, tanpa mengira pendidikan dan profesyen akan digembelingkan bagi menggerakkan kerja-kerja perjuangan mencapai cita-cita bersama itu. BO..

Gua bukan nak ragui PAS,tapi kalau PAS Terengganu,perghh,itu satu lawak yang agak keterlaluan..

Ya,kalau keadaan berubah,PAS mampu tawan semula Terengganu pada PRU13 nanti tapi dalam keadaan sekarang...PAS masih lemah..

umNo memang lemah dah,tapi PAS Terengganu lebih lemah dengan kepimpinan yang lemah di bawah presiden haji hadi yang lemah serta pembantunya yang lemah,kalau semua lemah,cam mana nak lawan umNo yang walaupun nampak lemah,tapi duit banyak nak rasuah rakyat..

Pilihan raya yang ke12 hari tu pun,dengan keadaan umNo yang kelam kabut serta tak tentu arah,PAS boleh kalah,inikan pula selepas mereka buat persedian yang cukup dari segi kewangan..

Tapi......gua fikir,kalau kita beri PKR dan DAP kerusi yang lebih separuh dari PAS juika ditambah keduanya,gua agak optimis,PKR mampu menang..

PAS??cehhhh...mungkin menang le jika PAS dan umNo trg gabung..sama sama boleh rasuah rakyat..

Tukar pimpinan PAS Trg dulu la beb..beri kat orang baru...kalau takde sangat,ambil ustaz Azhar pun tak pe,wajib undi belia dapat kat PAS...

Siapa lagi melayu yang anti DAP??celaka betul korang.



YB Law Choo Kiang berhijrah...

Semalam tercipta sejarah di Dewan Chong Kuang Sg Bakap di mana buat julung kalinya program Forum Perdana Ma'al Hijrah telah diadakan bertajuk HIJRAH MEMBENTUK PERIBADI UMMAH.



Ahli Panel:
1. Ustaz Ismail bin Kamus (digantikan dengan Ustaz Dr Jamnul Azhar)
2. Ustaz Dr Badrul Amin bin Baharom
3. Ustaz Mahizam bin Md Lazim
Pengerusi Forum: Ustaz Anuar bin Hussain (turut digantikan kerana terima amaran dari Kementerian Pelajaran)

Anjuran:
Surau Tmn Murai Jaya, Simpang Ampat, SPS
JKKK Simpang Ampat, SPS
dengan kerjasama:
MMK Pembangunan Luar Bandar
Kerajaan Negeri Pulau Pinang



Kehadiran muslimin dan muslimat dalam dewan dan ramai lagi di luar dewan.



Kaum berketurunan Cina juga turut hadir. Mereka juga berminat untuk mengetahui tentang peristiwa serta pengajaran Hijrah.



YB Law Choo Kiang (4 dari kanan gambar) selaku Adun Bukit Tambun merangkap Exco Kerajaan Negeri turut hadir dari awal hingga akhir. Inilah bezanya YB Pakatan Rakyat berketurunan Cina dengan YB BN.

YB Law Choo Kiang bukan sahaja hadir mengikuti Forum Perdana malah beliau turut menyumbang RM5,000 untuk menjayakan program ini.



Ustaz Badrul Amin berpesan agar peristiwa Hijrah ini bukan hanya untuk mendengar satu cerita tetapi yang lebih penting pengajaran dari peristiwa Hijrah. Mengapa Allah tidak permudahkan sahaja Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah dengan menghantar borak seperti peristiwa Israq dan Mikraj?

Di antara pengajarannya adalah :-
1) Dalam perjuangan strategi perlu ada memerlukan pengorbanan.
2) Dalam perjuangan orang muda amat diperlukan seperti Saidina Ali yang baru berusia 12 tahun sanggup menggantikan tempat tidur nabi diketika Nabi mahu dibunuh.
3) Dalam perjuangan orang bukan Islam juga diperlukan seperti Abdullah Uraiqit yang menjadi penunjuk jalan kepada Nabi dari Mekah ke Madinah.
4) Dalam perjuangan wanita juga diperlukan seperti Asma' Abu Bakar yang sanggup menyedia dan menghantar makanan ketika nabi di gua Thur selama 3 hari.

Sewajarnya umat Islam di semua peringkat pada hari ini menyedari bahawa jatuh bangun agama, tamadun serta identiti umat banyak bergantung kepada potensi anak muda.

Dengan sokongan dan pengorbanan mereka, banyak berlaku peristiwa-peristiwa yang telah mengubah perjalanan masa depan dunia dan tamadun kemanusiaan. Itulah hasilnya jika anak muda dididik dengan akidah dan akhlak yang mantap bukan dengan hiburan yang terlampau.

Sumber, Sharshooter

Saturday, December 26, 2009

Husam bawa RM10 juta untuk Kelantan...."dia" tu??

Menurut yang gua baca dan faham kat kelab greenbox,dengan usaha Husam Musa,Kelantan telah memperoleh RM10 Juta daripada Felcra..untuk tahu dgn lebih lanjut,anda boleh baca kelab greenbox.

Tahniah Husam,Rakyat Kelantan amat berterima kasih kepada anda(tapi gua bukan)..

ok,kita imbau kembali masa lalu sekejap,bukankah dulu ada sorang manusia yang mahu Husam letak jawatan dari jawatan exco,gila ke apa budak tu..

takde sebab perlu Husam letak jawatan,lainlah kalau bapak kepada anak orang yang suruh Husam Letak jawatan tu,tak letak letak juga jawatan walaupun itulah yang terbaik untuk kelantan dan PAS.

Boleh ke minah tu dan bapa kapada anak minah tu bawa rm10 juta kepadaKelantan?

ceh...buat mahal ke beras je hidup...

Hidup Husam...go..go..Husam..go

Ada pihak ingin memisahkan PAS Selangor dari Pakatan?


Blogger penarik beca hari ini melaporkan dalam posting terbaru beliau bahawa punya ura ura terdapat pihak yang ingin memisahkan PAS Selangor dari Pakatan Rakyat..

berikut adalah posting dari blog penarik beca:

Satu perhimpunan mendesak PAS Selangor keluar dari Pakatan rakyat akan diadakan pada 27 Dis 09 jam 1100 di Pej PERHUBUNGAN PAS Sel. No. 13C, Ting. 3 BLOK 1, WORLDWIDE BUSINESS CENTRE, SEK. 13, S/ALAM. Penyerahan memorandum juga akan dilakukan dan di terima sendiri oleh Dato Hassan Ali. Hadir beramai2 demi...

penarik beca telah memberi komen seperti yang berikut:

Takat tu sahaja. Kecuali gambar hiasan yang saya bubuh sendiri, isi kandungan sms itu saya tak edit sikit pun. Demi apa, mana aku tau. Saya juga tak tau sama ada sms itu saja orang nak main-main atau memang betul. Tetapi saya menerimanya dari orang yang dipercayai. Kawan saya itu pula memberitahu saya bahawa beliau juga menerimanya dari orang yang beliau percayai..
perghh..tak dapat gua yakinkan korang sebagai mana penarik beca sama ada sms yang diterima itu benar atau palsu dan dibuat untuk main main sahaja..

Tapi perkara ini tidak boleh diambil mudah..Mungkin ada orang yang berhati busuk dari PAS yang kecewa selepas cita cita nak jadi Menteri Besar Selangor gagal selepas pilihan raya umum ke 12 yang lalu..

Dibuat macam macam untuk nampakkan bahawa PAS dan PR selangor tidak sehaluan,biar nanti mudah kerja mereka yang berhati busuk bak taik kucing yang digaul dengan taik ayam yang cair kemudian dicampur cuka..

Kalau benar perhimpuana itu diadakan,maka PAS Pusat wajib siasat hal ini dan jika didapati terdapat ahli PAS yang bertanggungjawab,kena pecat segera pengkhianat itu..

Andai perhimpunan itu tidak dijalankan,wajib juga disiasat siapa yang bertanggungjawab menyebarkannya kerna si penyebar sms itu adalah pihak yang cuba melaga lagakan PAS dan pr selangor..

Gua agak yakin,sms itu diedarkan oleh
"org PAS" sendiri..

artikel berkaitan dari greenbox


Friday, December 25, 2009

Tok Guru Nik Aziz;Manusia biasa yang luar biasa..


(gua pernah siarkan posting ni dulu,tapi selepas baca,sekali algi,gua sekali lagi ingin terbitkan posting ini)

Semua umat islam kat malaysia patut berbangga mempunyai seorang ulama yang berkaliber seperti tuan guru nik aziz,beliau seorang yang disanjungi ramai tidak kira muslim atau bukan muslim.seseorang yang disanjung mesti ada sebab untuk disanjung,dan tuan guru memang layak disanjung.

saya terbaca tentang kesederhanaan tuan guru dalam web anilnetto,antara yang saya dapat petik dan terjemahkan:

Nik Aziz and his cheap, plastic BIC ballpoint pen..

Here’s something our politicians can learn from Kelantan Mentri Besar Niz Aziz, who lives in a simple wooden house.

Farish Noor describes his encounter with the simple politician who still uses the same type of ballpoint that he saw him using when they met in 1999.(anilnetto.com)

(BM)

Nik Aziz dan pen plastik BIC yang murah

Berikut ini sesuatu yang kita dapat belajar dari politisi Kelantan merangkap Mentri Besar kelantan tuan guru Nik Aziz, yang tinggal di sebuah rumah kayu sederhana.

Farish Noor menjelaskan perjumpaan dengan-Nya yang sederhana politikus yang masih menggunakan jenis yang sama ballpoint dia melihat dia menggunakan ketika mereka bertemu pada tahun 1999.


Blog reader Zack adds:

Nik Aziz was once ask why he did not press the BIC ballpoint pen hard on to the paper when signing documents. His simple answer was that it was to save ink! This man is a rare breed and one in a million.

We all know what most of the Barisan leaders are like, but I wonder to what extent the other Pakatan leaders will change their life-styles if and when they come to power.

In this respect, they can’t go wrong if they emulate the simple life-style of Nik Aziz.(anilnetto.com)

(BM)

Pembaca blog Zack menambahkan: Nik Aziz pernah ditanya kenapa dia tidak tekan BIC ballpoint pena keras untuk ketika menandatangani dokumen. jawapan ringkas tuan guru adalah untuk menjimatkan dakwat pen! Ini adalah manusia yang wujud 1 dalam sejuta.one in a million. Kita semua tahu bagaimana cara hidup sebagian besar pemimpin Barisan, tapi saya ingin tahu apa yang lainnya adakah pemimpin Pakatan akan mengubah gaya hidup jika dan ketika mereka datang ke kuasa. Dalam hal ini, mereka tidak salah jika mereka mampu meniru gaya hidup Nik Aziz yang ringkas dan mudah.

I will let blog-reader Karma have the final say:

A great man, he is. Tok Guru reminds me of Gandhi. Both have spiritual strength and it is this strength that has coloured their personalities. Gandhi left no material wealth when he died, but he left spiritual wealth to the people of this world. Tok Guru would always remind us of the importance of spiritual values rather than forms in life. He believes in moderation. He also believes in simplicity.

His soft spot for all races and religions is because of his spiritual richness. When a person is spiritually strong, he will not waver when it comes to principles in life. Friendship to him is genuine. To forgive for him is divine. Hopefully, with his spiritual strength, Malaysians would be guided to the right path.

I remember in one of his religious talks he said, “Every Malaysian and every human being has the right to live peacefully in this world. Hate not each other, but help each other. Don’t make greed a way of life, as this will lead to selfishness. We are all children of God, seek in us the similarities and not the differences and this will lead us to a true bond among all. It is only when your heart is spiritually cleansed would you appreciate the beauty of creation and discover the truth.

“This is only a temporary world, remember. No one will live forever, strong or weak. So, nurture in you pleasantness to achieve the best in life. Rich or poor, you will one day leave this world. So, be kind to all when you are in this world.”(anilnetto.com)

(BM)

Saya akan membiarkan pembaca blog-Karma memiliki akhir berkata:

Beliau seorang manusia yang hebat. Tok Guru mengingatkan saya tentang Gandhi. Keduanya memiliki kekuatan rohani dan ini adalah kekuatan yang mewarnai kepribadian mereka. Gandhi tidak tinggalkan kebendaan ketika dia meninggal, tetapi dia meninggalkan kekayaan rohani kepada orang-orang dunia ini. Tok Guru akan selalu mengingatkan kita akan pentingnya nilai-nilai rohani, bukan dalam bentuk hidup. Dia percaya moderasi. Dia juga percaya kesederhanaan.

Pendekatan lembut beliau adalah untuk semua kaum dan agama karena itu adalah kekayaan rohani. Bila seseorang rohani kuat, ia tidak akan ragu-ragu ketika datang ke dalam prinsip-prinsip hidup. Persahabatan dia adalah asli. Untuk mengampuni baginya adalah ilahi. Mudah-mudahan, dengan kekuatan rohani, Malaysia akan dipandu ke kanan jalan.

Aku ingat di salah seorang agama berbicara ia berkata, "Setiap Malaysia dan setiap manusia mempunyai hak untuk hidup damai di dunia ini. Tidak saling membenci, tetapi saling membantu. Jangan membuat sebuah kerakusan cara hidup, karena hal ini akan mengakibatkan egoisme. Kita semua anak-anak Allah, kita dalam mencari persamaan dan bukan perbedaan dan ini akan membawa kita ke suatu ikatan benar di antara semua. Hanya ketika hatimu adalah rohani suci anda akan menghargai keindahan penciptaan dan menemukan kebenaran.

"Hidup Ini hanya sementara di dunia, ingat. Tidak ada seorang pun yang akan hidup selama-lamanya, kuat atau lemah. Jadi, dalam mendidik Anda untuk mencapai yang terbaik dalam hidup. Kaya atau miskin, satu hari Anda akan meninggalkan dunia ini. Jadi, berbaktilah kepada semua ketika Anda masih berada di dunia ini. "

.......................................

tengok,saya percaya yang memuji tuan guru di atas terdapat bukan islam,jika bukan islam mampu mencari kebaikan tuan guru,kenapa di malaysia ini,si melayu islam sibuk untuk mencari kesalahan tok guru..

ps-harap maaf jika terjermahan saya kurang betul atau tidak menepati apa yang ditulis dalam bahasa inggeris,apa pun mesejnya jelas,tuan guru nik aziz adalah manusia yang wujud satu dalam sejuta....one in a million.

cilaka punya Mat Said....



KUALA TERENGGANU, 25 Dis: "Dari semua bantuan dan sumbangan yang kerajaan buat ini, saya tidak minta perkara besar dari tuan-tuan, hanya ada satu permintaan kecil sahaja iaitu bagilah undi tuan puan untuk BN dalam pilihan raya akan datang."


Ungkapan di atas dikeluarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said di Dewan Besar, Wisma Darul Iman semalam.

Ia dibuat di hadapan ibu bapa dan para pelajar seluruh Terengganu yang menerima hadiah kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu.

Inilah kemuncak bagi 'segala kerja baik' dari kerajaan negeri kepada rakyat iaitu 'satu undi untuk BN'. Namun kali ini ia tidak diminta secara 'berlapik' lagi tetapi secara terus terang.(harakahdaily)

Gua ingat nak respek gak mamat ni,sebab dia ni kira musuh sebilangan besar pemimpin umNo terengganu juga..

Tapi,ciss,dasar kalau pemimpin umNo tetap umNo...bodoh,bangang,cilaka,tea o beng,barua,bangsat..

ni mesti ingat wang yang dieberi itu milik umNo..MILIK BAPAK dia...perdajjal punya orang..

Mat Said gua fikir pemimpin umNo paling bodoh selepas Pak Lah..

Memang gaya dia tak nampak macam MB,mamat ni gaya macam kerani ladang jer..bercakap tak guna ilmu..

ni boleh masuk U dulu pun bukan sebab bijak,tapi sebab menghafal fakta,bukan faham fakta..bodoh..

Mat Said boleh pi jahanam..!!!

Mungkinkah Hasan Ali sekadar diberi amaran?

Bunyinya,keputusan majlis lembaga disiplin PAS dah punya keputusan untuk diputuskan terhadap si gunting dalam kain PAS si Hasan Ali..

apa keputusannyer??gua pun tak taw,malaysiakini pun tak taw(coz gua tak nampak lagi laporan dari malaysiakini),greenbox pun sama..

Adakah Hasan Ali nanti akan dipecat dari PAS..atau pun digantung..kalau nak ikutkan lojik,itu yang wajib dilakukan,...dengan apa yang dia ni lakukan terhadap Pakatan Rakyat..

isu dia kondem SELCAT,perjumpaan dgn blogger umNo(termasuk yg pernah doakan TGNA pendek umur),beritahu rahsia parti(ikrar pas) dan mungkin banyak lagi itu memang tak patut dimaafkan..

Kalau di Jepun,orang macam Hasan Ali ni kena buat harakiri..

Tapi yang gua runsingkan adalah nanti kita akan dikejutkan dengan keputusan lembga disiplin ini adalah "Hasan Ali sekadar diberi amaran" untuk tidak bla..bla..bla..silake betul la kalau ini yang berlaku.

kalau itu yang berlaku,lembaga disiplin PAS ini tak ubah seperti mahkamah uMNO......ciss

Thursday, December 24, 2009

Tok Guru nak "halau" Nasarudin mat isa dari Kelantan?


Beliau yang juga Mursyidul Am PAS dan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata bahawa dalam Islam, tidak ada perbezaan antara orang dalam atau luar.

“Tetapi jika nampak orang luar tidak perlu lagi tolong Kelantan, kita boleh mencalonkan pemimpin anak negeri ini untuk bertanding dalam pilihan raya umum nanti,” kata beliau dipetik Bernama.

Beliau diminta mengulas saranan Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamad Daud Iraqi, yang mahu anak Kelantan dicalonkan dalam pilihan raya umum akan datang.

Antara pemimpin luar yang kini menjadi Ahli Parlimen di Kelantan ialah Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang bertanding di Bachok, Naib Presiden Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Bendahari Dr Hatta Ramli (Kuala Krai). Nasharudin berasal dari Negeri Sembilan, Salahuddin pula dari Johor manakala Hatta adalah dari Perak.(malaysianinsider).

Tok Guru pastinya punyai maksud tersirat dalam hal ini..

gua setuju dgn tok guru,ye la,buat pa kita nak tolong orang luar yang gigit tangan kitakan?,halau saja la..

bulan mac tahun depan,genaplah 3 tahun PRU 12,dan jika diikutkan rekod lalu,pilihan raya dibuat bukanlah pabila genap 5 tahun PRU lalu,tapi hanya tiga tahun setengah atau lebih sikit je..

Jadi,sebab tok guru ni berfikir maju ke depan,awal awal lagi tok guru dah sebut bahawa kali ni,calon PAS untuk bertanding di kelantan mesti dikaji dahulu..bila dikaji,dengan kuasa 'veto' tok guru di Kelantan,,hehe,mampos la nasarudin..hang boleh balik kampung tanam jagung..nak tanding di nogori 9....hak..hak..hak...kalau nasarudin menang nanti,sah dia barua bn!!!

Apapun,PRU 13 tak lama lagi,paling lama pun dalam 1 tahun atau 2 tahun je lagi(atau mungkin kurang kalau dilihat pada kondisi najis...(oops,najib)..siap sedialah semua...buang semua yang perlu dibuang...kita angkat hero lama kita..


ps-gua fikir,TGNA mesti suka kalau Mat Sabu tanding di Kelantan...

ps2-tulisan ini mungkin sekadar pendapat gua,apa yang terbuku dalam hati TGNA,hanya beliau dan Allah yang maha mengetahuinya...wallahualam..

Wednesday, December 23, 2009

Nik Amalina........cisssss

Anak menteri besar Kelantan Nik Amalina Nik Abdul Aziz mempersoalkan kenapa hanya bapanya sahaja yang bangun mempertahankan PAS sedangkan pemimpin yang lain didakwa bersikap membisu.

"Kenapa harus Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) saja yang bangun mempertahankan setiap apa yang berlaku. Bangunlah juga wahai pimpinan. Tunjukkanlah juga bahawa anda bersatu.

"Buktikan dengan tindakan. Jangan hanya (dengan) suara dari belakang yang anda juga menyanyangi Tok Guru, dan sudah tentu kerajaan Islam hari ini," tulis Nik Amalina dalam blognya hari ini.(baca penuh)..

komen:

cis...memang ada betul SIKIT apa yang nik amalina cakap ni,tapi nak cakap,memang PAS bangun sekarang kerna Tok Guru,tapi beliau turut dibantu oelh rakan bawahan yang hebat seperti Mujahid,ada juga ramai lagi pemimpin PAS yang kuat perjuangkan PAS..termasuk Haji Husam Musa..tak semua pemipin PAS tak guna...!!

Satu lagi,nik amalina harus sedar,dalam usaha ayahanda dia pertahankan PAS,dengan susah payah lagi,dia pula menambah bebanan TGNA dengan tindakan beremosinya menpertahankan suaminya..dia telah melibatkan kerajaan negeri kelantan dan PAS secara kontek luasnya..

Kalau Nik Amalina nak kurang kan bebanan ayahandanya tercinta,tolong,berhenti menulis sesuatu yang beremosi dan menyusahkan ramai orang..

kegilaan anda menyusahkan..




selain ulama umNo...ulama lain semua percaya Anwar "bersih"....


Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi berjanji akan membawa isu fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ke persada antarabangsa untuk diselesaikan secara syarie. Justeru, tokoh Islam terkemuka itu akan menggunakan pengaruh beliau untuk bertemu dengan organisasi Islam antarabangsa dan pemimpin Islam terkenal diseluruh dunia dalam masa terdekat. “Hingga ini kes itu kata syeikh qardawi hendaklah diangkat dengan lebih kuat dan luas seantero dunia supaya datuk seri anwar terbela. “Dari segi syarak dan digerakkan wadah-wadah antarabangsa seperti kesatuan ulama islam sedunia, dan juga untuk di kemukakan dengan lebih luas untuk sama-sama bekerjasama menyelesaikan kes fitnah anwar,” katanya.(baca lagi di greenbox)

di atas ulama terkemuka dunia,kalau ulama Malaysia,,lihat saja pada Tok Guru Nik Aziz,juga yakin dengan kebersihan Anwar..ulama ulama dari PAS gua yakin semuanya percaya Anwar tidak melakukan perbuatan meliwat..tapi gua tidak ragu bahawa ada ulama dalam PAs yang jeles(cemburu)dengan Anwar serta pengaruh Anwar,dia tahu,peluang dia nak jadi PM hilang terus kerna ada Anwar,sebab tu la dia ni bermasalah sikit dengan pakatan.

Bahkan,bukan sahaja ulama,peguam no 1 paling terpengaruh di Malaysia juga,YB Karpal Singh pun akan berjuang untuk Anwar..dan mana mana lagi orang yang waras akan yakin bahawa Anwar tidak bersalah..

Dalam hati gua sendiri,gua juga agak yakin bahawa ulama umNo juga percaya bahawa Anwar tidak melakukan perbuatan terkutuk itu,tapi sebab nak jaga periuk nasi,mereka jadi ulaam busuk....

apa pun,sokongan terhadap Anwar akan snetiasa bertambah..hidup DSAI....

ps-(andai kata Anwar didapati bersalah(oleh hakim umNo) dan dihumbang sekali lagi ke dalam penjara,gua yakin,umNo akan hancur di tangan rakyat dan kali ini,bukan dengan PRU,tapi di DTJ(demontrasi tengah jalan)..kalau banjir gelombang pertama dah besar,gelombang kedua pasti 3 kali ganda..begitu juga gelombang reformasi!!!

Tuesday, December 22, 2009

wajah wajah pembawa bebanan kepada PAS(liabiliti kepada PAS)





MEREKA SEMUA INI HARUS BERTOBAT..ATAU LETAK JAWATAN SEGERA DEMI PAS,RAKYAT DAN ISLAM....

Apa ada dalam kepala hotak Hadi sebenarnya?

Haji Hadi semakin fening..apa punya presiden la...gua baca dlm malaysia waves tadi,beliau beri komen tentang kenyataan Hadi bahawa PAS tidak bermusuh dengan uMno tetapi sekadar berbeza pendapat..

Gua fikir,kalau YB Haji Nizar Jamaludin dengar ni,pasti sedih..apa kita tak perlu lawan dengan pihak yang telah merampas kuasa kita dengan cara yang kotor dan jijik..setelah apa yang umNo lakukan di Perak Darul Ridzuan,kita masih "kawan" umNo??

Apa pula perasaan keluarga as-syahid memali,pejuang pejuang PAS dan islam memali telah syahid dibunuh rejim umNo??Apakah mereka boleh terima apa yang dikatakan Haid(opps,,silap eja:hADI)..

Apa pula reaksi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang anak beliau terpaksa merinkuk dalam kamar besi selama bertahun lamanya di bawah rejim umNo tetapi Hadi kata,umNo juga rakan pas,hanya berbeza pendapat sedikit je..??

Sahabat parti PAS,dap dan pkr,ramai aktivis serta tokoh politik mereka dipenajara,Lim Guan Eng,Lim Kit Siang,dan bapa reformasi Malaysia,Dato' Seri Anwar Ibrahim,kalau gua nak sebut semua,pasti tak muat ruangan posting kali ni...adakah mereka masih boleh duduk diam jika presiden PAS keluarkan kenyataan bodoh seperti itu..

Apa pula reaksi rakyat Kelantan yang dahagakan royalti minyak yang dirompak umNo??apakah mereka gumbira dengan tindakan bangang Hadi ini??perghh.

Kalau umNo bukan musuh PAS,mulai hari ini,gua berani cakap Hadi Awang adalah musuh dalam selimut PAS...beliau wajib dipecat...

Gua juga saran,time pilihan raya kecil kalau ada pula kali ini,gambar Hadi haram diletak...baik kita letak gambar TGNA dengan karpal singh....rakyat lagi suka? :)

Gua nak ambil tajuk berkenaan isu hadi ini dari malaysia waves iaitu :UMNO Bukan Musuh PAS Lagi? Presiden PAS Tidak Takut Disambar Api Neraka kah?.

Ya hadi tak takut disambar api nerakakah??umNo itu kafir katanya kamu...Hadi mudah lupakah????

Di dada karpal ada bulan,dada hadi ada keris...ciss...

Semasa ucapan penutup Konvensyen Pakatan Rakyat yang lalu pada Sabtu 19--12-09, Murshidul Am Pas Tok Guru Nik Aziz berucap dan beliau berkata 'di dada Karpal Singh pemimpin DAP yang kuat menentang negara Islam itu ada 'bulan'. Bulan yang dimaksudkan Tok Guru itu sudah tentulah bulan purnama lambang Pas.(baca lagi)..

Dan semasa ucapan Hadi kat konvensyen blogger pula,kelihatan keris berada ni dada,dahi,pipi,kepala ,mulut,kaki,telinga,hidung,dan terpacat atas serban...

Monday, December 21, 2009

adakah hadi tak senang jika pakatan rakyat didaftar menjadi pertubuhan formal?

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesemua komponen dalam Pakatan Rakyat sememangnya telah bersetuju untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah badan formal.

Ia kini dalam proses pendaftaran.

Sehubungan itu kata Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang salah faham.(baca lagi).

Gua yakin,kenyataan Anwar bahawa Hadi salah faham itu sekadar untuk tidak menimbulkan sesuatu yang buruk,kerna gua yakin hadi bukan salah faham mahupun tidak faham..

Gua Baru semalam,fikir tak nak kondem Hadi,tapi bila baca kembali laporan bernama yang berkaitan pendaftaran pakatan sebagai badan formal yang sah,Hadi yang dikatakan menyebut bahawa pakatan tidak tergesa gesa untuk didaftarkan dengan kadar segera,gua mula fikir semula bahawa otak mamat ni mula untuk bermasalah kembali..

then,hari ni DSAI pula ungkit hal ni,so,DSAI guna pendekatan lembut tegur hadi,tapi gua....keras pedal sikit..

Gua fikir(pandangan gua)Hadi ni tak mahu pakatan menjadi pertubahan yang sah kerna dia masih mahu UG...

kerna,jika pakatan dah daftar sebagai badan yang sah,UG akan sedikit sukar untuk dilaksanakan,mereka terpaksa berlakon dengan lebih teruk lagi di depan rakyat bahawa mereka anti umNo..

Hadi....hadi,memang sah ko liabiliti bagi PAS dan PAKATAN...

Menurut bapa gua yang pi konvensyen pakatan rakyat,TGNA pun ada berucap yang seolah olah menyindir Hadi,tapi itu niat sebenar TGNA atau tidak,wallahualam la..

Tapi Hadi memang dah berada dalam keadaan yang merimaskan ramai pihak sekarang..

Gua fikir,Hadi tolong letak jawatan la...anda sudah tidak betul...

Dan dengan begini,gua gua percaya,PAS jangan mimpi nak tawan Terengganu pru 13 nanti...dengan pemimpin yang kurang cerdik(atau lebih lembut kita panggil bodoh),impian itu sebenarnya satu angan angan sahaja..


Penyamun vs Penyamun di sidang DUN Trg...

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu yang sebelum ini disifatkan agak "muram", Isnin bertukar rancak dan sekali sekala keadaan menjadi agak panas dengan soalan yang bertubi-tubi daripada penyokong kerajaan sendiri, Bernama dipetik.

Semasa sesi soal jawab hampir satu jam pada hari pertama persidangan, beberapa soalan yang diajukan kepada Menteri Besar Datuk Ahmad Said, menyebabkan keadaan sedikit tegang dan kadangkala sindir-menyindir kedengaran dalam dewan melibatkan wakil rakyat Barisan Nasional sendiri.(baca posting penuh di sini)..

hak..hak..

walau pun ini bukan perbalahan yang ketara,tapi jelas kita dapat lihat,memang sah YB BN untuk DUN Trg saling tak puas hati..

pro-deris(idris jusoh)masih lagi belum boleh terima mat said(Ahmad Said)sebagai MB negeri mengantikan deris..

Mat Said jelas memang tak kan lepaskan kuasa demi kestabilan politik umNo Terengganu...la,Mat Said pilihan sultann kan,kenapa nak pertikai lagi..derhaka ni..kan umNo pantang derhaka raja..

Sebenarnya,sikip tak puas hati ni memang satu perkara biasa dalam umNo,mungkin di mata mereka,Mat Said tak layak pegang kerusi MB..gayanya bukan gaya MB..(bagi gua pun,mat said tak macam MB pun)..mat said takde karisma langsung..hehe

lantak la meke...gaduh la banyak banyak..hari ni dalam dewan,esok luar dewan,hari ni tikam lidah,esok ajak "gocoh"(bertumbuk)..hehe..

BN sama BN gaduh...pakatan rakyat tak perlu keluar senjata..

selalu kata gua batu api,so posting ni,gua Jadi batu api...

Mula mula,gua nak pi bisik kat telinga umNo:

Wahai umNo,memang kamulah yang selayaknya dapat menduduki jawatan pengerusi BN Pulau Pinang,Gerakan apa ada,dari duduk atas singahsana dulu,hari ini jatuh dalam lubang taik Gerakan ni,,dulu,mereka Ketua Menteri,hari ini,satu kerusi pun tarak kat PP...maknanya rakyat Penang daH tolak Gerakan...kenapa mereka beria ria lagi nak jadi Pengerusi bn negeri?umNo lah parti yang paling layak duduki kerusi pengerusi BN negeri ..


Gerakan apa ada hari ini,Gerakan takde nilainyer dalam BN..takde Gerakan pun,tak terjejas lah BN.......so,umNo...teruskan menntut hak anda...anda layak dapati kerusi pengerusi BN penang...anda ada 11(@12)kerusi DUN....so,secara meritokrasi(matitaskrusi)...andalah yang layak...

then,gua nak cakap kat Gerakan pulak...

Wahai gerakan..gerakan...dah 30 tahun anda di kerusi pengerusi BN,,ni umNo berniat untuk hancurkan terus Gerakan,hilang kerusi pengerusi BN penang,pastinya,,,Gerakan akan hilang terus pengaruh di Malaysia..jangan beri kerusi tuh..itu hak anda...pertahankan hak anda...

Atau,kalau umNo berkeras juga,gua nasihat kat lu Gerakan,keluar BN dan terus bubar parti lah..then ramai ramai ahli Gerakan masuk DAP....baru ternganga umNo..umNo ni menang 11 kerusi di penang pun,kerna pertolongan ahli Gerakan juga,mesti ramai ahli Gerakan yang undi uMno masa PRU dulu,ni dah bongkak pulak..dasar lupa dasatan umNo ni...

sekian..trimas..hehe

PS-hehe,kalau media ampuNO boleh lagakan DAP-PAS-PKR....tak salah gua tiru sekali sekala kan..hak..hak..hak..

GERAKAN....PERTAHANKAN HAK ANDA!!!!
UMNO....KERUSI PENGERUSI BNPENANG HAK ANDA...AMBILNYA SEGERA..LAWAN TETAP LAWAN..!!!


Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts