Saturday, September 26, 2009

bukan semua ustaz miliki kemampuan untuk memimpin..

"Ustaz" ni adalah satu gelaran yang diberi kepada guru agama,atau sape sape yang mengajar agama,ia merupakan satu penghormatan kepada seseorang itu.

Sesiapa pun bisa menjadi ustaz,jurutera,doktor,menteri besar, ahli politik serta lain lain,asalkan mereka ini ada ilmu agama untuk disampaikan kepada orang ramai.

Tetapi,seseorang ustaz tidak mampu untuk menjadi jurutera,doktor dan juga ahli politik.memang tiada beza jika dilihat dari satu sudut dua ayat di atas,tetapi ternyata,bezanya tetap dapat dilihat oleh orang yang berfikir.

hal ini berlaku kerna ilmu yang ada pada mereka,seseorang yang berilmu agama sahaja,layak untuk bergelar ustaz jika ilmu itu disebarkan kepada orang ramai.tetapi tidak lebih jika ilmu nya itu setakat itu juga,maka itu sahajalah kemampuannya.

tetapi jka seseorang itu punyai ilmu agama,dan ditambah pula dengan ilmu ilmu dunia seperti sains,matematik dan sebagainya,mereka mempu menjadi lebih dari seorang ustaz.

kita balik kepada sudut politik,dalam pas memang ramai ustaz,bukan sahaja pemimpin,bahkan ahlinya pun terdiri dari para ustaz,dan dalam ramai ramai pemimpin Pas yang bergelar ustaz,tidak mustahil untuk disebut bahawa ilmu politik mereka adalah kurang.

ya mereka mampu mengajar agama,tetapi mereka tidak bisa untuk berpolitik.orang politik yang berjaya adalah orang yang sentiasa berfikir ke depan tetapi selalu menoleh ke belakang.

Ya pas ada pemimpin yang merupakan seorang ustaz sekaligus juga merupakan seorang yang berkemampuan untuk berpolitik,contohnya tuan guru Nik Aziz,dato seri Nizar jamaludin,ustaz Nasarudin Daud dan lain lain,tetapi ramai juga pemimpin pas yang berkemampuan untuk bergelar ustaz tetapi gua tidak fikir mereka mampu untuk berpolitik.mereka bukan orang politik.

bukannya nak bantah seseorang ustaz ini untuk jadi pemimpin,tetapi memang perlu kita sentiasa ingat,bukan semua orang yang dikurniakan Allah S.W.T 2 kelebihan dalam satu masa...

jadi,kita simpul beginilah,kita pilih mereka yang berkemampuan untuk menerajui PAS di masa hadapan..sekarang,kita biar masa berjalan seiring dengan waktunya.......

(ps-kalau ada sape sape yang tak setuu dengan posting ni,gua tak kisah,ini hanya pandangan peribadi gua k,jangan marah marah)

6 comments:

Anonymous said...

tetap pedas,...berpolitik bebas tak sama dgn politik berparti,...parti itu satu organisasi,bila satu organisasi nak di gerakkan perlukan pemimpin yg mampu dan punya kemampuan untuk mentadbir,merancang dan punya daya tahan dgn cabaran,ustaz atau bukan ustaz semua boleh kalau kriteria2 tersebut,ilmu islam dan ilmu dunia kena berganding,siasah,muamalat dan munakahat,bijak merancang,cerdik minda,petah berhujah,bijak menangkis serangan lawan dan sentiasa peka keadaan semasa dan sekeliling,seorang pemimpin sepenuh masa dan bukan pimimpin PART TIME.......

CUPING MERAH said...

SALAM MASUK SUMBANG SIH CKIT..

USTAZ ADALAH PEMIMPIN..
KALAU TAK BOLEH MEMIMPIN IA TKKAN BERGELAR USTAZ,
CUMA PANDANGAN MASING2 SAMADA MELIHAT DUNIA ATAU AKHIRAT..KALAU LEBIH MELIHAT DUNIA MAKA KITA MELIHAT PEMIMPIN ISLAM ATAU YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM ITU KEBELAKANG.

KLAU KITA MELIHAT AKHIRAT PULA SEBALIKNYA.

Pemburu Syahid said...

Salam....

Alangkah indahnya jika Islam itu dapat dimilik-masyarakatkan.

Alangkah buruknya jika Islam itu hanya dimilik-ustazkan.

Title boleh membuatkan kita terpesong dan lupa diri. Dalam masa yang sama, title juga boleh membuatkan kita mengubah dunia.

Pokok pangkalnya, iman.

Anonymous said...

tetap pedas,ya salam...al ulama warisatul ambia...memang betul..tapi tak semesti nya mampu mentadbir satu organisasi politik,negara kita politiknya bukannya di zamzn zaman khalifah islam dulu,politik di malaysia ada lah politik pilihan raya,kalau ustaz itu mampu menjadi pemimpin sebagaui contoh tok guru nik aziz atau hj hadi atau allahyarham ustaz fadhil...dan beberapa lagi sepertinya ok lah tapi kalau ustaz yg mampu memberi kuliah tapi tak mampu memimpin dgn baik,tak usah lah terima jawatan pemimpin walau pun ramai yg suka,tapi diri sendiri yg tahu kemampuan diri,tak usah lah kerana kelemahan diri sendiri menyebabkan organisasi menjadi lemah.....khianat nama nya itu,....wallahualam

Anonymous said...

Bukan semua ustaz boleh memimpin. Ini memang difahami dan diakui. Tapi amat malang ialah kita lupa bahawa bukan semua professional boleh jadi ustaz dan ulama.

Saya lihat ramai juga para professional, bila masuk parti politik tertentu dah mula hebat mengeluarkan fatwa. Dibacakan beberapa ayat al-Quran lalu dikeluarkan macam-macam fatwa.

Wallahualam

keraspedal said...

anon 1:

tak tahu nak kata apa atas komen tersebut..tp,tq beri komen..

cuping merah:

ustaz itu adalah guru,dan guru itu apa ya??
jap..jap,macam mana nak kata ya,kurang setuju sikit dengan pandangan saudara,bukan salah,cuma sedikit berbeda pendapat,pada pikiran gua,benar ada ustaz yang layak bergelar pemimpin,dan ada juga yang tidak dikurniakan Allah kebolehan untuk memimpin.tugas antara guru dan pemimpin ada sedikit bezanya..apapun,pandangan saudara boleh diterima oleh sesiapa yang mahu menerimanya..kita amalkan kebebasan bersuarakan...

pemburu syahid:

no komen...no komen...

anon 2:

banar apa yang anda nukilkan...kita sependapat..

anon 3:

anon 3 ni guna saiko,takpe takpe,gua faham,gua faham..ya benar,bukan semua profesional yang boleh jadi ustaz tetapi ramai golongan profesional bisa jadi ustaz.saya fikir,golongan profesional yang dimaksudkan saudara itu adalah layak bergelar ustaz...kenapa,sebab mereka keluarkan fatwa berasaskan ayat al quran(anda yang mengakuinya).sesungguhnya,dalam satu ayat dari Al-Quran itu,ia bisa membawa kepada seribu erti..contoh kita ambil satu ayat dari surah al maidah yang berbunyi :
"Allah SWT. berfirman: “Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka adalah orang-orang kafir”. ( Al Mai­dah: 44)"

satu ayat ni je boleh ditafsir begitu panjang sekali..anda boleh ke link ini untuk mengetahui apa pengertiannya:

http://saif1924.wordpress.com/2008/09/07/tafsir-surat-al-maidah-ayat-44/

tengok,bukan ulama pas yang kafirkan golongan ini,bahkan Allah sendiri...
___________________________

baik..terima kasih atas komen semua....ada masa komen lah lagi...

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts