Sunday, September 6, 2009

perkauman sudah tidak releven sekarang.....


Merujuk kepada kata kata ketua pembangkang yang gua cedok di GreenBox,bunyinya agak menarik dan gua amat tertarik kerana gua memang anti perkauman sejak dulu lagi..begini bunyinya:

"Ada orang kata ketuanan Melayu, saya hendak tanya Melayu mana tuan? Melayu pemimpin Umno, Melayu kaya, Melayu sombong bukan Melayu kampung, bukan Melayu miskin, bukan Melayu yang merana,"kata Anwar.
itu benar sama sekali,jadi adalah sewajibnya umat melayu hari ini tidak lagi fikirkan soal kaum dan perkauman,sedangkan islam pun menyuruh kita menolak sikap assobiyah itu,kerana ia tidak menguntungkan diri anda,.......

YA,anda penyokong kuat parti melayu,tapi apa yang anda dapat,wang ehsan RM300 setahun,baju sekolah sekali setahun,buah kurma percuma skali setahun,kalau anda seorang yang berfikir,anda harus tahu bahawa semua yang anda dapat itu sememangnya milik anda..kerajaan hanya bertanggungjawab untuk menguruskannya,tapi bagai beri ikan untuk dijaga kucing,yang anda dapat hanyalah sisa,isi semuanya dibedalnya dan kroni.

gua juga ingin memetik kata kata puteri reformasi tentang perkauman ini,menurut beliau,apa yang kita lakukan di dunia ini,hendaklah di luar kotak perkauman,ayat ini yang gua tertarik sekali,;

"apabila kita tolong orang miskin,kita tolong kerana dia miskin,bukan kerana ia cina,melayu atau india...apabila kita bangun membela orang yang dizalimi,kita lakukan bukan kerana dia islam,hindu atau buddha,kita bangun menentang kerana kita masyarakat yang bertamadun dan menentang kezalinam terhadap sesama insan"(konsep)
begitu bermakna sekali...sampai sekarang gua selalu gua ayat niu bila bercakap dengan kawan kawan yang punyai sikap perkauman yang kuat.yang gua peliknya,bila islam ditindas,islam dikotak katikkan penganut islam hadhari,mereka diam seribu juta bahasa.tak guna betul.

Hari ini,jika ada melayu yang bersikap perkauman,dia adalah seorang yang bodoh,jika ada cina yang rasict,dia seorang yang tidak berfikir dan jika ada india yang .....apa lagi ya,seumpama dengan itu la,dia juga seorang yang kurang kurang waras.

p/s-sikit yang gua pelik,melayu ni perkauman habis,tapi time nak beli alat ganti motor kat bandar,gi kedai cina merayu habis habis nak minta dikurangkan harga..mana la harga diri yea..
so,cukup lah rasict,kita mampu hidup dengan harmoni tanpa sikap bodoh ini..sahutlah saranan PM,satu malaysia.....kapal selam didahulukan,komisyen simpan dalam poket...

2 comments:

ijoks2009 said...

Tengok gambar ni,penghinaan yang melampau terhadap ulama".Lebih bodoh dari lembu.http://ijoks2009.blogspot.com/2009/09/2-ekoq-khinzir-kencingkan-gambar-tok.html

Gedung Akal said...

perkauman tidak laku tetapi masih menjadi alat yang berkesan untuk kelansungan hidup bagi yang mahu gunakan atau ambil kesempatan. Ini bergantung kepada taraf akal rakyat. Rujuk artikel saya di http://www.gedungakal.blogspot.com. terima kasih

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts