Tuesday, September 22, 2009

Antara anwar bin IBRAHIM dan IBRAHIM ali...


Sebelum itu,nak dimaklumkan bahawa,Anwar Ibrahim bukanlah anak kepada si ibrahim ali!!!

Siapa itu Anwar Ibrahim? dan siapa itu ibrahim ali..
gua tak nak cerita lah pasal tempat lahir,tempat sekolah tu,gua cuma nak cerita yang memberi kaitan antara 2 manusia ini..


mengimbas dulu dulu....

#time belajar#

ANWAR IBRAHIM...
  • Anwar ni pengasas kepada Angkatan Belia Islam Malaysia.
  • Anwar ni juga seorang pemimpin pelajar yakni pengerusi Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya(PBMUM)
IBRAHIM ALI
  • merupakan presiden pelajar UiTM
(simpulnya dua dua pemimpin pelajar...)
#karier politik bersama umNo#

ANWAR IBRAHIM
  • menyertai parti keris bersilang pada akhir tahun 70 an dan awal tahun 80 an.
  • bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh di atas tiket UMNO dalam dalam tahun 1982
  • Beliau kemudian dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri(selepas menang pilihan raya itu)
  • Dalam tahun yang sama Anwar menewaskan Haji Suhaimi Kamarudin, penyandang, untuk menjadi ketua Pergerakan pemuda umNo
  • dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh sebagai Menteri Belia, Kebudayaan dan Sukan.
  • Anwar dipindahkan kepada portfolio Kementerian Pertanian.
  • Dalam tahun 1987 memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pendidikan.
  • Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam tahun 1991
  • Dalam tahun 1993 Anwar menewaskan Ghafar Baba untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Jawatan dalam kerajaan


IBRAHIM ALI
  • Beliau pernah menjadi Exco Pemuda UMNO sekitar tahun 1987
  • Kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sewaktu Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir Mohamad.
#dipecat dari umNo#

ANWAR IBRAHIM

  • Dr Mahathir Mohamad menyingkir Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO.
  • Faktor utama penyingkiran Anwar kerana kemaraan Anwar tidak dapat dibendung lagi dan membahayakan kedudukan Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO. Jika Dr Mahathir Mohamad lambat bertindak , kemungkinan Dr Mahathir akan 'tersingkir' sebagaimana Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn.
  • Anwar dipecat pada 1998 atas dakwaan rasuah dan liwat,(fitnah semater mater)
IBRAHIM ALI

  • dipecat dari UMNO dan dilucutkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas pada 22 November 2003
(ps-korang tolong perhatikan jawatan dan kedudukan dua manusia ini ya)

korang tengok kejatuhan dua pemimpin ini dari umNo...mana lebih dasyat??

#pilihan raya#

ANWAR IBRAHIM

  • menang di kerusi permatang pauh pada pilihan raya kecil pada 26 0gos 2008
  • menjadi ketua pemabngkang
IBRAHIM ALI
  • tewas di pilihan raya kecil pengkalan pasir pada tahun 2004
  • kemudian menang di atas tiket PAS pada pilihan raya umum ke 12 yang lalu
#gelaran#
ANWAR IBRAHIM digelar bapa reformasi malaysia...
ibrahim ni pulak digelar raja katak malaysia...hehe


___________________________________

Hari ini,kedua bekas pemimpin pelajar ini,bekas pemimpin umNo ini punyai perbezaan yang begitu ketara sekali.

masyarakat dunia dan malaysia mengganggap Anwar sebagai pejuang rakyat tulin.
brehim ali???cehhh..

Anwar ibrahim jika mengadakan lawatan di luar negara,yang menyambutnya adalah pemimpin negara tersebut.
brehim ali??siapa dia??
kalau PM kita gi lawatan luar negara pun yang menyambutnya hanyalah setiausaha negara,nikan pulak si brehim ali..

perbezaan 2 manusia ini jelas kelihatan..
kenapa??
sorang disanjung tinggi
sorang dipandang ????..
kenapa???

anda sendiri jawab soalan ini,kerna gua sendiri tak tahu nak cakap apa...


rujukan gua untuk

anwar ibrahim
ibrahim ali

No comments:

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts