Columnists
Written by Faisal Mustaffa
Aku mengambil aura bulan kemerdekaan ini dengan megimbas kembali amanat-amanat yang telah diabadikan oleh penyair terkemuka Indonesia, WS Rendra ketika beliau berada di Kuala Lumpur pada Ogos 14, 2005.
Rendra yang aku sanjung telah mengembuskan nafasnya terakhir pada Ogos 6, 2009 akibat sakit jantung.
Rendra atau nama sebenarnya Wahyu Sulaiman Rendra terkenal di kalangan pendukung reformasi Malaysia selepas sebuah sajak yang dikirimkannya khas untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim tersiar di dalam cakera padat ‘Laungan Reformasi’.
Sajak berjudul ‘Rajawali’ itu membuktikan setiakawan seorang penyair Indonesia dengan ahli politik yang dipenjara di Malaysia. Dalam keyakinannya, Rendra atau dikenali di Indonesia dengan jolokan ‘Burung Merak dari Padang Teritis’, mengirimkan bait-bait, “sebuah sangkar besi tidak bisa mengubah seekor rajawali menjadi seekor burung nuri”.
Rendra tidak hanya menghantar sajaknya, bahkan dengan penuh kesedaran penyair besar nusantara ini menyampaikan salam solidariti untuk Anwar yang telah dikenalinya lebih 30 tahun.
Kami berbasa-basi lebih satu jam, dari soal kebudayaan hinggalah soal politik serantau. Rendra nampak tenang bercerita tentang reformasi yang gagal di Indonesia dan Malaysia. Katanya, 'Reformasi itu separuh masak,'.
Aku masih lagi menyimpan pita rakaman aku bersama Rendra dan mengambil kesempatan ini untuk menulis kembali perbualan aku bersama beliau.
Faisal: Apakah peranan seniman dalam reformasi?
Rendra: Seniman punya peranan untuk memberikan dorongan untuk perubahan, menerangkan bahawa harus ada perubahan, kenapa perubahan itu perlu, mengajak orang ramai menyedari hakikat masa sekarang, supaya akhirnya merealisasikan misi masa depan.
Semua itu dilakukan dalam bahasa metafora. Sebab ada banyak kejadian, ada banyak masalah kalau diterangkan secara logikal saja terlalu tajam atau tidak sampai pada orang ramai.
Tetapi banyak juga seniman yang membisu melihat kezaliman, mereka menggunakan kebolehan mereka menyokong Sang Diktator?
Seniman itu ada macam-macam. Ada seniman rakyat, ada seniman penguasa. Seniman pada saya adalah mereka yang masuk ke dalam kehidupan lebih dalam masyarakat, sebab tanpanya dia hanya mendapat gambaran kulit sahaja, sehingga di dalam menggambarkan keadaan, menyebabkan lebih kepada persoalan hakikat sahaja.
Mereka yang memilih diam sewaktu melihat kesengsaraan rakyat, juga yang memilih bersuara menyokong penindasan itu tidak mencerminkan seniman yang masuk ke dalam kehidupan lebih dalam.
Dahulu seniman Malaysia seperti P. Ramlee terkenal di Indonesia, sekarang tidak lagi kenapa?
Kerana P. Ramlee itu seniman serumpun. Ketika itu belum ada globalisasi dalam muzik. Kita hanya mengenali muzik serumpun sahaja. Kini tidak lagi, globalisasi muzik menyebabkan anak-anak hari ini lebih mengenali artis barat dari artis serumpun.
Persoalannya kenapa?
Kerana kita tidak memasarkan produk kita dengan sebaiknya.
Malaysia dan Indonesia itu seperti tanah dan air. Ia tidak boleh dipisahkan antara satu dengan lain. Sebetulnya sikap Sukarno dengan “ganyang Malaysia” tidak tepat sama sekali. Indonesia dan Malaysia harus berkerjasama seperti adik dan abang. Seperti tanah dan air. Malaysia makmur dari segi ekonominya, namun Indonesia punya pasaran yang lebih luas.
Maksudnya perdagangan antara negara?
Ya. Lihat sahaja ketika kita menjadi pemilik kepada lautan. Kekuatan laut kerajaan Majapahit, Aceh, Riau dan Melaka. Mereka berdagang serumpun, kerana itu mereka gagah. Malaysia dan Indonesia perlu kembali kepada cara lama kita. Cara nenek moyang kita berdagang, dari semua segi, termasuk kebudayaannya.
Bagaimana perjuangan seniman di Indonesia, terutama selepas reformasi?
Sebetulnya tidak ada perubahan apa-apa di Indonesia, dahulu atau kini. Baik di zaman Sukarno, tidak mereformasi keadaan sebelum penjajahan menjadi keadaan yang merdeka yang sebenarnya.
Kerana dia tidak memberikan kemerdekaan pada rakyat. Sukarno bangga menjadi penyambung lidah rakyat tetapi tidak mahu menciptakan situasi agar rakyat mempunyai lidah sendiri untuk berbicara. Begitu juga Suharto, memang bisa menyingkirkan parti komunis dan membuat orde baru tetapi ternyata orde baru bukan reformasi dari segi kebudayaan hanya penggantian ideologi politik yang cetak sahaja.
Setelah reformasi 1998?
Tidak ada perubahan apa-apa, secara kebudayaan apa perubahannya, tetap yang berdaulat itu hanya pemerintah dan parti politik. Apatah lagi kedaulatan ekonomi. Reformasi di Indonesia pada 1998 itu separuh masak.
Bagaimana sebetulnya negeri impian selepas reformasi?
Negeri yang rakyatnya merdeka, merdeka dalam ertinya sebenar, yang rakyatnya berdaulat, berdaulat secara politik, berdaulat secara ekonomi tetapi hal itu tidak terjadi di Indonesia dan Malaysia. Yang berkuasa bukan rakyat, yang berkuasa adalah pemerintah dan parti-parti politik.
Bagaimana bapak melihat Anwar Ibrahim?
Saya melihat dia sebagai budayawan dulu, kemudian baru politik. Ketika saya mengenalinya lebih 30 tahun lalu, saya melihat susuknya sebagai susuk budayawan. Bahkan satu-satunya di Asia yang punya susuk begitu. Sukarno, Suharto tidak begitu. Mindset Anwar ialah kedaulatan rakyat dalam ekonomi, dalam kebudayaan, dalam politik dan sebagainya.
Perhatiannya kepada budaya bukan dibuat-buat. Sewaktu menjadi Menteri Kewangan Malaysia, Anwar mengundang saya untuk baca puisi kementeriannya, sewaktu itu saya disekat dari berkarya di Indonesia oleh rejim Suharto.
Saya bersama Usman Awang, tampil dengan sajak-sajak ‘protes sosial’ -- di hadapan ahli ekonomi, anggota parlimen dan konglomerat Malaysia. Sewaktu terjadinya krisis (pemecatan Anwar), saya tanya beliau, “Datuk bagaimana ini?” katanya, “Teruk, sebagai abdi rakyat saya tidak bisa menipu rakyat”.
Tidak ada menteri-menteri Asia yang mengaku sebagai abdi rakyat. Beliau sanggup jatuh (dipecat) tetapi rakyat tidak boleh jatuh. Bagi saya ini bukan pemikiran politik, ini pemikiran budaya.
sumber:blog ni
Wednesday, September 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
Total Pageviews
sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :
pemberitahuan
gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..
Popular Posts
-
Tukar tiub : Semasa disoal-balas oleh peguamnya yang ingin tahu sama ada penahanan itu memberi sebarang kesan kepada dirinya, Hishamuddin m...
-
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuant...
-
Petikan dari Blog; http://reformisjalanan.blogspot.com/ Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau...
-
sumber asal dari blog Fais Al-Hajari melalui post ni, aku tak berniat nak bela dr badrul amin secara membabi buta berikutan tuduhan...
-
Menurut yang gua baca dan faham kat kelab greenbox,dengan usaha Husam Musa,Kelantan telah memperoleh RM10 Juta daripada Felcra..untuk tahu ...
No comments:
Post a Comment