Monday, September 21, 2009

sister in islam oh sister in islam

Gua agak heran la macam mana nama "sister in ISLAM"boleh diambil untuk menjadi nama kumpulan nih.islam apa kalau selalu nak berseteru dengan islam..terbaru kes kartika pun dia nak ganggu..pekehal lamereka ni..

bapak bapak anggota sis ni bagaimana pulak yea...

ni komen ustaz harun taib tentang sis ni:

”Sisters In Islam” Agen Kepada Musuh Islam – Ketua Dewan Ulamak PAS


http://www.buletinonline.net/images/stories/EidulFitri/uhteidulfitri2.JPGManir, HULU TERENGGANU - " 'Sisters In Islam' ni menjadi agen, agen musuh Islam di peringkat antarabangsa. Kan musuh Islam itu bergerak di peringkat antarabangsa. Tiap-tiap negara ada agen dia (musuh Islam). Apa saja Islam, bunyi Islam dia tentang,

"Cuba tanya ’Sisters In Islam’ kenapa dia tidak menentang lain-lain undang-undang, lain-lain hukuman?,

"Kenapa dia (SIS), kalau orang yang minum arak kalau didenda RM2000.00, dia tak tentang (menentang)? Kenapa kalau orang mencuri kalau kena dua tahun penjara dia tak tentang? Tapi bila dikenakan hukuman iku Islam dia tentang, maknaya dia tentang Islam !,"kata Ketua Dewan Ulamak PAS Dato' Ustaz Harun Taib ketika ditemui selepas Solat Sunat Eidul Fitri, di Markaz Tabiyah PAS Kubang Lembek, Manir, disini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu hukuman rotan yang dikenakan keatas bekas jururawat yang menjadi model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno.

Di bawah dipaparkan kenyataan Penuh Dato' Ustaz Harun Taib;

Kenyataan Penuh Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato’ Ustaz Harun Taib berkaitan tindakan ’Sisters In Islam’ dalam Isu Hukuman Rotan keatas Kartika Sari Dewi Shukarno
___________________________________________________________________________________________________________________

Dalam dunia ini tidak ada benda yang dikatakan tidak salah semuanya dan benar semuanya, maknanya ada kewajipan dan ada hak, oleh sebab itu dalam sesebuah negara itu, dia (negara itu) ada undang-undangnya, kalau disebut dari sudut sesebuah negara.

Kalau kita pergi ke England atau United Kingdom pun dia ada undang-undangnya, sesiapa yang duduk dalam negera itu maka dia kena ikut undang-undang, di Anerika Syarikat pun begitu di Australia pun begitu, orang mari Malaysia pun mesti ada undang-undang. Semua orang yang bersedia untuk duduk (dan tinggal) dalam negara itu, atau ziarah ke negara itu dia bersedia tunduk dan patuh kepada negra itu.

Jadi undang-undang yang dikenakan kepada Kartika itu adalah satu undang-undang yang sudah diketahui umum, maknanya dalam masyarakat Islam macam Malaysia, maknanya tidak payah mengaji (belajar) orang tahu arak tak boleh. Arak tak boleh, zina tak boleh, mencuri tak boleh, merompak tak boleh, itu orang panggil ”maklum minaddin bi darurat”- semua orang Islam tahu.

Cuma setiap kesalahan itu ada hukumannya (dan) hukuman itu sudah dimaklumkan. Dalam tiap-tiap negri di malaysia ini, enakmen itu dan kesalahan arak ini ada, jadi kepada perempuan itu (Kartika), dia tidak kritik undang-undang ini, dia tahu dia buat salah, sebagaimana kalau dia buat salah yang lain pun dia kena hukum juga. Kalau orang buah salah (kesalahan) jalan raya dia kena denda juga, tak bolehlah kalau kesalahan jalanraya dia kena denda, dia kata eh....zalim, tapi tak ada orang kata zalim.

Ini undang-undang tentang arak, dia tahu dia tak boleh minum arak, salah disudut undang-undang tapi dia minum, dia tahu, dia sedar, ini kena hukum dan dia rela kena hukum, dimana zalimnya? Kalau dia tak rela, dia tak setuju, dia bantah, mungkin boleh di panggil zalim, tapi tidak ada kesalahan atas dunia ini yang tidak ada hukuman!

Soalan; Jadi kita nak katakan tindakan ’Sisters In Islam’ itu apa dia ?

Dia (SIS) ni menjadi agen, agen musuh Islam di peringkat antarabangsa. Kan musuh Islam itu bergerak di peringkat antarabangsa. Tiap-tiap negara ada agen dia (musuh Islam). Apa saja Islam, bunyi Islam dia tentang. Cuba tanya ’Sisters In Islam’ kenapa dia tidak menentang lain-lain undang-undang, lain-lain hukuman?

Kenapa dia (SIS), kalau orang yang minum arak kalau didenda RM2000.00, dia tak tentang (menentang)? Kenapa kalau orang mencuri kalau kena dua tahun penjara dia tak tentang?
Tapi bila dikenakan hukuman iku Islam dia tentang, maknaya dia tentang Islam !

TAMAT


sumber : sini
sekarang,kita tercari cari mna dia mufti untuk perbetulkan sis ni..tak kan dok diam je kot..berjuang untuk islam memang biasanya fulus kurang masyuk,tp ada ganjaran lain la beb..

No comments:

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts