Monday, August 31, 2009

PM kata nak runtuhkan temboh pemisah rakyat>>poodah.


Melalui perutusan kemerdekaan perdana menteri malaysia,najib razak mengajak rakyat mentambut kemerdekaan ke 52 hari ini dengan bersama sama membaik pulih jambatan sedia ada serta meruntuhkan tembok pemisah yang wujud di antara rakayt berbilang kaum di malaysia ini.maknanya nak ajar rakyat bersatu la ni..

poodah,Macam mana presiden parti melayu ni nak satukan semua bangsa di malaysia,sedangkan dia gagal untuk satukan melayu di dalam umNo pun.umNo ni kalau baca dalam utusan melayau,memang la dah macam sebuah parti yang kuat bersatu antara ahlinya,tapi yang real realnnya,kita semua tahu,dari peringkat negeri hingga pusat,melayu dalam umNo tidak dapat bersatu kerana wujud puak puak tertentu dalam umNo sendiri.

Sebagai pengerusi barisan nazional pun,mat monggol ni pun gagal untuk satukan ahi antara parti kompenen bN ni,tengok dulu,kes yang dicetuskan umNo bukit bendera sehinggalah main koyak gambar pemimpin gerakan..ini kita pnggil bersatu???boleh jalanlah umNo...

Sunday, August 30, 2009

pelajar dan seniman indonesi mengecam malaysia!!




Metrotvnews.com, Wonogiri: Belasan ribu pelajar dan seniman Wonogiri, Jawa Tengah, menggelar apel siaga mengecam klaim Malaysia atas sejumlah budaya Indonesia, Ahad (30/8). Apel di alun-alun Kota Wonogiri, itu dipimpin langsung Bupati Begug Poernomosidi.

Demonstran tak main-main. Mereka memberi tenggat dua bulan bagi Malaysia untuk meminta maaf. Bila tidak, mereka siap menduduki Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta. Mereka pun siap menyingsingkan lengan membela negara.

Sementara dalam orasinya Begig meminta pemerintah bersikap lebih tegas. Menurut dia, kasus ini sudah menginjak harga diri bangsa. Dia bahkan mengancam mengerahkan 10 ribu demonstran bila tuntutan mereka diabaikan.(*)


sumber:thinking of life

Mesej Merdeka 2009 - Lim Guan Eng

Makna Merdeka yang sebenar dihayati adalah berdasarkan demokrasi dan bukanlah menggantikan penjajah dengan pemimpin tempatan yang tidak menghormati Prinsip 5K Kebebasan, Keadilan, Kebenaran, Kebajikan Kepada Rakyat Dan Ketakwaan Kepada Tuhan


Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia sempena ulang tahun ke-52 negara kita mencapai kemerdekaan. Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa virus A(H1N1) dan berharap mereka yang sedang dirawat terus bersemangat tinggi. Saya harap pihak kerajaan dapat berusaha dengan lebih gigih untuk mengatasi wabak ini yang sudah menelan banyak nyawa yang tidak berdosa.

Lebih separuh abad kita Merdeka, masih ada golongan yang bermain dengan api perkauman. Media arus perdana milik parti pemerintah terutamanya Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times and TV3 juga memainkan peranan dalam usaha menghasut rakyat untuk membenci atas dasar kaum dan agama. Tindakan mengheret kepala binatang untuk menghina kaum tertentu amat tidak bertanggungjawab, tidak bertamadun dan berlawanan dengan semangat perpaduan serta makna merdeka. Perbuatan keji ini harus dihentikan serta-merta dengan digantikan suatu sikap hormat-menghormati, saling percaya dan persahabatan yang jujur dapat mengatasi masalah perkauman.

Keyakinan rakyat kepada kerajaan juga semakin rapuh berikutan banyak tindakan berat sebelah dan pilih kasih yang telah dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan yang sepatutnya bersikap adil dan saksama. Sikap tidak profesional Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM atau MACC) yang hanya bertindak terhadap pemimpin dan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat, khususnya DAP, telah dengan jelas menunjukkan kepincangan dalam sistem pentadbiran kerajaan. Malah pengendalian kes kematian Teoh Beng Hock mengenai siasatan membabitkan RM 2,400 adalah satu lagi bukti di mana SPRM/MACC tidak profesional dalam menjalankan tugas. Sebaliknya, siasatan terhadap skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang melibatkan RM12.5 bilion serta pembabitan pemimpin-pemimpin tertinggi BN adalah bukti kes ini tidak disiasat dengan serius.

Malah, setelah 52 tahun Merdeka, kerajaan masih lagi mengabaikan kebajikan rakyat Malaysia. Bukan sahaja mereka yang miskin di Semenanjung dipinggirkan, malah ramai lagi sahabat kita di Sabah dan Sarawak terus ketinggalan dari arus pembangunan negara. Di pedalaman Sarawak, rakyat Malaysia khususnya Penans di Lusung Laku, Long Avit, Long Kajang, Long Tanyit, Long Malim, Long Ladem, Long Bangga dan Lusung Laku kini menghadapi masalah tidak cukup makanan dan hidup dalam keadaan yang amat tertekan. Apakah ini erti pembangunan dan nikmat kemajuan yang dilaung-laungkan oleh kerajaan BN di mana rakyat sendiri hampir kebuluran?

Makna Merdeka yang sebenar dihayati adalah berdasarkan demokrasi dan bukanlah menggantikan penjajah dengan pemimpin tempatan yang tidak menghormati Prinsip 5K Kebebasan, Keadilan, Kebenaran, Kebajikan Kepada Rakyat Dan Ketakwaan Kepada Tuhan. Hanya dengan menegakkan prinsip 5K, barulah rakyat dapat menikmati hasil ekonomi, berkongsikan kekayaan negara dan sekaligus mengatasi masalah ekonomi yang menghantui kita. Hanya dengan memberikan balik kuasa kepada rakyat Perak memilihkan kerajaan pilihan mereka semula, barulah demokrasi dan makna merdeka yang sebenarnya boleh hidup lagi di Malaysia.

Sumber: http://wargamarhaen.blogspot.com/

umNo semakin diterima di kelantan??pelawokkkkk

MACHANG, 29 Ogos-- Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai pada 14 Julai lalu telah memberi kesan berikutan semakin ramai anggota dan penyokong PAS di Kelantan kini menyokong Umno, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed.

"Apa yang berlaku di pilihan raya (kecil) Manik Urai baru-baru ini adalah petanda yang jelas bahawa rakyat Kelantan semakin menerima Umno.

"Kita dapati bahawa ramai ahli-ahli PAS sudah berpaling tadah dan mereka inginkan perpaduan dan mereka melihat Umno sebagai ejen perpaduan untuk membawa orang Melayu dan rakyat Malaysia di bawah satu bumbung yang harmoni," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis meraikan penyertaan 27 anggota dan penyokong PAS ke dalam Umno, yang diketuai bekas ketua PAS cawangan Kampung Chekak Dua Mokhtar Che Harun di kampung itu di sini, pada Sabtu.

"Memang kita alami kekalahan dalam pilihan raya (kecil) lalu tapi kita telah bekerja keras untuk membuktikan kemampuan kita dan saya bersyukur kerana sudah pun ada tanda-tanda perubahan itu," kata Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Sementara itu Mokhtar, 63, berkata keputusannya untuk meninggalkan PAS yang disertainya lebih 40 tahun itu kerana memikirkan masa depan generasinya jika PAS terus menolak perpaduan sesama bangsa dan agama.

"Ini demi masa depan cucu cicit saya dan saya rasakan berada dalam PAS tidak memberikan sebarang faedah kepada masa depan bangsa dan agama yang saya cintai ini," katanya.

Norperidah Haman, 42, pula berkata keputusannya untuk menyertai Umno kerana sudah jemu dengan perjuangan PAS yang retorik semata-mata.

"PAS nak buat apa? Nak bangunkan apa? Saya tidak mahu anak-anak saya menjadi mangsa kejumudan pemimpin," katanya.

-- BERNAMA

nak tengok benar ke tidak,tunggu pru 13 ler..

Saturday, August 29, 2009

merdeka tahun ni takde "feel'nya pun....salah siapa?


Sepanjang perjalanan sekitar kuala terengganu tadi,dari 30 buah kereta,ada la 1 buah yang mengibarkan jalur gemilang pada kereta mereka(kereta gua termasuk dalam 29 buah tu),di rumah rumah juga kurang yang mengibarkan jalur gemilang(rumah gua pun takde).

biasanya,sambutan kemerdekaan sinonim dengan pengibaran jalur gemilang,ibarat nasi tanpa kuah,mana meriah tanpa bendera,tapi kenapa ada rakyat yang keras pedal untuk mengibarkan jalur gemilang(termasuk gua).

Semua ini salah pemerintah!!pemerintah hari ini telah mewujudkan keadaan di mana rakyat masih belum dapat merasai kemerdekaan.kita merdeka dari penjajahan kuasa asing,ya benar itu,tapi malaysia belum merdeka dari cengkaman rejim umNo bn yang rakus menindas rakyat jelata.

apa beza umNo dengan penjajah dahulu,jika jepun bunuh rakyat tanah malaya satu ketika dulu,hari ini rakyat malaysia mati dibunuh oleh organisasi pemerintah sendiri(lihat kes kugan,teoh).

jika komunis mengotorkan masjid,umNo bn robohkan masjid(lihat kes di rtb bujal terengganu).

Jika dulu sumber bumi milik rakyat tanah melayu diekploitasi oleh british,hari ini wang rakayt dikebas kroni..

jadi.......apa erti kemerdekaan,jika umNo bn masih memerintah..

Apa lagi tunggu..? ISA kan mereka..

Kan pemerintah kata ISA masih releven,hari ini gunakan lah ISA tu untuk ISAkan lembu lembu ni..tindakan mereka ini mengamcam keselamatan negara bahkan boleh mengancam keselamatan diri mereka sendiri,demi perlindungan,so ISA kan mereka..

ni wajah wajah yang dikehendaki untuk di ISAkan...


WANTED....




gambar dari malaysiakini...

kepala lembu:ada yang baling batu sembunyi tangan ni..

sebelum hari ini,gua ada masuk blog pencacai yang promosikan supaya rakyat berhimpun membantah pembinaan kuil di seksyen 23 syah alam,sekarang da takde,kemana menghilang ya..

persetan semua melayu melayu bodoh tu,gua tahu melayu yang anti pkr dan anti pas itu bodoh,tapi tak tahu pulak mereka bodoh tahap melampau..perbutan tanpa berfikir mereka tu mampu menghancurkan keharmornian kaum di negara kita malaysia tercinta ini.

Biasanya la kan,kalau ada NGO yang mengadakan demontrasi yang menentang kerajaan malaysia seperti GMI,pastu gerakan mansuhkan ppsmi,pasti pihak kerajaan tuduh ada orang politik di sebalik perhimpunam tersebut.

hari ini sekumpulan gerombolan melayu yang bodoh berkumpul untuk mencari publisiti atas dasar katanya pertahankan islam telah bertindak membantah pembinaan kuil,pada masa yang sama mengutuk parti pas dan pkr..gua percaya pasti perhimpunan ini tidak didalangi parti politik dap kerana pas ,pkr dan dap adalah sekutu,jadi siapa yang mendalangi perhimpunan ni yea.?

so,parti bangsat mana yang mendalangi perhimpunan hari ini yea..

Friday, August 28, 2009

Menghina kesucian agama lain..ajaran islamkah itu?

Tindakan sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang mengarak kepala lembu bagi membantah pembinaan kuil hindu amat memalukan diri mereka dan islam sendiri.islam tidak mengajar begini.islam hadhari mungkin la kot.

Mungkin mereka nak tunjuk bahawa mereka ni pejuang sebenar islam..arak kepala lembu..lembu bapak mereka.Baginda Nabi Muhammad S.A.W amat marah terhadap tindakan umatnya yang menghina kesucian agama lain.(lembu dianggap suci oleh penganut hindu)

Pernah terjadi satu peristiwa di mana sahabat telah menghina agama lain lalu setelah mendengarnya Baginda Rasulullah S.A.W memarahi sahabat tersebut dengan mengatakan
"kenapa kamu menghina agama mu sendiri"
sahabat itu menjawab
"aku tidak menghina islam,tetapi agama 'itu'"
lalu Rasulullah bersabda,
"samalah sahaja,setelah kamu hina agama mereka pasti mereka bertindak dengan menghina islam kesan terhadap tindakan kamu menghina agama mereka".....
wallahualam..

Faham?gua baca buku tentang peristiwa ini di pustaka sekolah gua kira kira setahun yang lalu.nampaknya ia berguna hari ini.

Islam melarang keras umatnya menghina kesucian agama lain,dan tindakan meraka ini melampaui batas..jika nanti ada penganut agama hindu menghina islam berikutan dari tindakan mereka,pasti penduduk tersebut yang akan turut menangung dosa..wallahualam..

PS-islam adalah agama yang sempurna,jika ada pembaca yang terdiri dari bukan islam,ingin dimaklumkan bahawa tindakan sekumpulan penduduk itu tidaklah mengambarkan islam sebenar.entah dari mana mereka belajar.harap anda tidak salah faham mengenai agama islam..

anda di negeri anti ISA !!!

Terbaca satu cadangan dari seorang blogger yang mengelarkan dirinya zorro-unmasked untuk meletakkan papan tanda yang mengambarkan sesebuah negeri itu anti kepada ISA di negeri negeri pakatan rakyat,dan sesungguhnya itu satu cadangan yang amat manarik dan jangan dipandang sebelah mata..untuk lebih lanjut anda boleh baca sini.

dibawah antara cadangan papan tanda yang dicadangkan di blog zorro.


PLEASE CLICK ON ALL DESIGNS.



sikap 'puak' dalam bn...


Satu demi satu masalah timbul dalam parti kompenen BN..paling awal selepas pilihan raya umum ke12 adalah umNo terengganu,pergaduahn antara 'puak' deris dan 'puak' mat said.sampai sekarang tiada kesudahan.

semasa pemilihan parti,timbul puak permasalah antara 'puak' khairy dan 'puak' mukhriz.kemelut timbul selepas khairy menang jawatan ketua pemuda umNo walaupun setelah disabitkan dengan politik wang.'puak'mukhriz berang sekali,walaupun mukhriz tidak banyak cakap tapi dalam hati dia sape tahu..

dulu pun ada 'puak' najib dan 'puak' pak lah..member member 'puak' najib ni lah yang banyak berjasa atas "kejatuhan"pak lah dari kerusi PM.ditekannya pak lah,akhirnya,najib naik.

sebelum itu ada juga 'puak' mahathir dan 'puak' pak lah.ni masa dua mamat ni gaduh,dulu 'puak' pak lah yang kuat,skrang bila pak lah dah jatuh 'puak' mahathir pulak yang berkuasa.

masa gua belum lagi lahir pun da ada puak puak ni..team A team B ni..tapi gua kurang fasih sangat,so,no komen la.

ini dalam umNo,dalam MCA pulak kita tengok isu terbaru,ada puak
Ong Tee Keat dan 'puak' chua soi lek..gamaknya,'puak'dr.chua lebih kuat rasanya.kita tengok la nanti.

kemudian dalam MIC,
hang pa baca sini ..

memang padan la dengan konsep parti masing masing..parti ber'puak' 'puak'..ni 'puak' melayu,ni 'puak' india ni 'puak' cina..dah takde sape nak gaduh,mereka gaduh sesama 'puak'.imelayu gaduh melayu dalam umNo,cina gaduh sama cina dalam mca dan india gaduh sama india dalam mic.

so,ni mungkin tanda berakhirnya dinasti BN...bee end..

ps-pas dulu pun ada puak,puak pro profesional(pro erdogan) dan puak pro ulama..tapi syukurlah,tiadal agi puak puak ni,kita semua dah bersatu.dan bila profesional dan ulama bersatu,semakin kuatlah jemaah kita.takbir....




Thursday, August 27, 2009

skandal seks:chua kena pecat,skandal rasuah: bila khairy dan rustam nak kena pecat?

Semalam,MCA telah mengambil langkah untuk memecat timbalan presidennya.semua ini berikutan skandal video seks dr.chua dengan seorang wanita,dakwa pihak mca,ini telah mencemarkan imej parti.

Tindakan MCA ni takde kaitan langsung dengan gua,langsung,MCA skrang bukanlah parti yang memdominasi,MP pun sikit je(ada ke?),mingkin mereka fikir imej parti dapat diputihkan selepas bertindak sedemikian.biarlah,mungkin benar kot MCA akan kembali berimej "bersih dan putih".

Nak tanya pula pada rakan se'kompenen' dengan MCA,umNo,bukankah ada pemimpin mereka yang soheh diakui media mereka sendiri punyai skandal rasuah?politik wang,tak nak pecat ka?bukankah ini akan burukkan imej umNo yang telah sedia ada buruk?

sekor ketua pemuda sekor ketua menteri....bukan sebarang jawatan ni beb,bahkan dua dua YB,kotornya umNo..lebih kotor daripada tahi..wekh..:p;p


ps-dipecat bukan sesuatu yang bermaruah,adalah lebi baik mereka letak jawatan...tapi....letak bom c4 pun mampos mereka tak letak jawatan,fulus beb...kah..kah..kah..

jom belajar biologi:cara bedah katak...



sumber youtube...video di muat naik oleh:
Channel Icon
amirfazwan

Wednesday, August 26, 2009

Tok Guru Nik Aziz dan PAS...


Disebut PKR,namanya timbul dalam pemikiran rakyat atau orang ramai adalah Anwar Ibrahim(DSAI),kenapa bukan Wan Azizah?bukankah Wan Azizah presiden PKR..itu benar tetapi faktor aura seseorang yang menjadikan DSAI lebih dekat dengan PKR,lebih lebih lagi beliau merupakan penasihat PKR.

Kalau disebut DAP pula,pasti YB Lim Kit Siang yang dibayangkan dalam kepada.sebagai mana DSAI,YB Lim adalah penasihat kepada DAP.

dan berbalik kepada tajuk,kita kembali kepada PAS,disebut PAS,bayangan dalam kepada seseorang adalah Tok Guru Nik Aziz(TGNA),kenapa tok guru?bukankah ada presiden yang juga berwibawa?samalah seperti DSAI,faktor aura yang menjadikan TGNA lebih dekat dengan PAS.

PAS dan TGNA adalah sinonim,ya,pas punyai ramai pemimpin yang berwibawa,tetapi belum cukup untuk mengatasi pengaruh TGNA,gua bangkitkan mengenai TGNA bukanya apa,cuma mutakhir ini,banyak blog pencacai najis yang selalu kutuk TGNA,gua bimbang ada yang termakan dengan dakyah keji dan kotor itu.

TGNA mendaftar sebagai ahli pas pada tahun 1967,maknanya 42 tahun yang lepas,gua tak lahir lagi,lihat betapa banyak pengalaman yang telah ditimba TGNA sepanjang bersama dengan PAS,pengalaman inilah yang gua fikir telah mengajar TGNA tentang selok belok politik dan cara berpolitik yang berkesan,dan syukur kepada Allah,melalui pengalaman TGNA inilah,beliau berjaya mengagalkan idea kerajaan perpaduan tidak lama dulu,mungkin jika tiada pengalaman selama itu,pasti TGNA turut terjebak dalam idea karut ini.dan ini melegakan seluruh penyokong pakatan rakyat yang anti umNo bn.

TGNA adalah Mursidul Am PAS, sama seprti penasihat gamaknya,jika dalam PKR,TGNA adalah DSAI,seprti yang kita lihat,kuatnya PKR sekarang adalah faktor Anwar,ya tidak dinafikan ada lagi faktor lain,tetapi Anwar menjadi faktor utama,begitu juga PAS,PAS kini dihormati oleh semua lapisan masyarakat tidak kira agama dan bangsa adalah kerana seorang hamba Allah yang bernama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

terbaca satu komen baru baru ini dari seorang yang berbangsa india,gua lupa di blog mana tapi ada,gua tak bohong,menurut beliau,beliau lebih percayai TGNA berbanding Samy Vellu,itu satu perkara yang mengharukan,kita tahu TGNA adalah tokoh agama islam tetapi beliau masih dihormati perbagai kaum dan agama.bagi yang tahu mendalami perkara seperti ini,pasti air mata akan menjadi murah baginya.

TGNA sekarang dicerca habis habisan oleh puak gerombolan umNo,kita percaya ini berikutan 2 kenyataan TGNA yang agak keras,pertama soal "pergi jahanam umNo" dan yang kedua soal syurga dan neraka.

sebenarnya ini salah siapa?"pergi jahanam umNo",kenapa kenyataan ini keluar?mudah je sebab umNo telah mengunakan medianya untuk membuat rakyat seolah olah hilang kepercayaan terhadap TGNA, ..bagaimana?satu comtoh yang gua boleh bagi adalah dengan tajuk berita ini di media umNo "TGNA hulur salam",seolah olah TGNA menerima umNo,ini satu fitnah maka TGNA pun manusia biasa,marah la kan,maka keluarlah kenyataan "pergi jahanam lah umNo"..Gua tersenyum puas dengan kenyataan ini..

Soal neraka ni soal baru,tidak perlu diulas,tentu masih panas dikepala anda,kata kuncinya jangan percaya akhbar....huhu,tapi gua tersenyum lagi lebar dengan isu ini...huhu.

TGNA adalah satu eset penting kepada PAS,diharap jangan ada ahli PAS yang pandang TGNA sudah hilang kebolehan politik.Gua tahu,ada yang begitu,jika cina dan india boleh menghormati TOK GURU,kenapa anda tidak.?

gua nak uji sikit kalau ada pembaca dalam kalangan ahli pas ni....apa yang anda sanggup lakukan demi TGNA..katakanlah jika ada pihak yang ingin mengapa apakan TGNA.
gua sendiri,kalau mereka tu nak parang,gua bagi parang,dan kalau nak perang,gua sanggup perang..demi tok guru,permata umat islam malaysia.
sama samalah kita doakan kesejahteraan TGNA...amin..

kalah 7-0...kalau ini bola sepak,jurulatih wajib letak jawatan.


Semalam,pakatan rakyat sekali lagi menjaringkan satu lagi GOL di permatang pasir menjadikan jumlah keseluruhan GOL yang dijaringkan di semenanjung sebanyak 7-0..

Bola yang BULAT ini berjaya menembusi segala kekebalan penjaga gol dari barisan NAZIonal dengan sepakan ustaz Salleh man dengan bantuan dari rakan rakan dalam skuad pakatan.

Gua tak pandai sangat nak jadi pengulas sukan,tapi gua selalu baca dalam akhbar,dimana mana tempat kalau pasukan yang bertanding kalah teruk serta amat memalukan,pasti jurulatih pasukan itu akan meletak jawatan,samada secara kehormat ataupun dipaksa.

Dalam umNo ni,kita letakkan pemimpin tertinggi sebagai jurulatihlah kerana mereka yang betanggungjawab mengajar anak buah serta memberi arahan untuk tindakan selanjutnya,so sebaiknya demi mengubah prestasi parti(gua pikir dari sekarang sampai mampos pun umNo tidak akan ada pemimpin yang berwibawa),letaklah jawatan,tapi itu jauh api dari panggang,jadi tindakan lain untuk penyokong atau ahli parti boleh buat adalah memaksa 'jurulatih'anda letak jawatan.

anda tak sayang ke kat parti umNo,korang tak malu ke selalu kalah,kalau seri boleh kira,ni kalah 7-0 beb,gua saran lu orang paksa pemimpin lu letak jawatan la,kalau diaorang tak nak letak jawatan,korang la yang letak jawatan dan sertai parti yang perjuangkan islam dan perjuangkan rakyat.

haha,tapi ini mustahil berlaku,kerana penyokong umNo dan semuanya takde tolor,penakut.takut untuk memilih pemimpin sendiri pun...

umNo tidak pernah bersedia untuk melaksanakan hukum Allah..


PUTRAJAYA, 25 Ogos (Bernama) -- Hukuman sebat terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno kerana kesalahan minum arak akan ditangguhkan sehingga Kementerian Dalam Negeri mempunyai kepakaran untuk melaksanakan hukuman itu mengikut undang-undang syariah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata Jabatan Penjara tidak mempunyai tukang sebat yang berkemahiran untuk melaksanakan hukuman mengikut cara dan kaedah syariah.

"Saya kena akui kita tak ada pengalaman dalam kes ini. Dari segi tanggungjawab saya difahamkan bahawa di bawah akta negara, kita (KDN) dipertanggungjawabkan tapi tak mungkin akan saya benarkan kita laksanakan hukuman itu sekiranya tidak mempunyai kemahiran, kepakaran dan tidak ikut hukum dan cara yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini Selasa selepas mempengerusikan mesyuarat Kepimpinan Petunjuk Bidang Keberhasilan Utama Negara di ibu pejabat kementerian di sini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai penangguhan hukuman sebat terhadap Kartika yang dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Kuantan pada 18 Julai lepas kerana meminum arak di sebuah hotel di Cherating, Pahang.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Dakwah, Perpaduan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Pahang Datuk Mohd Safri Abdul Aziz dilaporkan berkata bahawa penangguhan hukuman sebat itu diputuskan oleh Ketua Hakim Syarie negeri Pahang Datuk Abdul Rahman Yunus bagi menghormati bulan Ramadan.

Hishammuddin berkata Jabatan Penjara tidak memiliki tukang sebat syariah kerana selama ini tidak keperluan untuk jawatan berkenaan diwujudkan.

"Selagi KDN tidak bersedia, selagi itu hukuman ini tidak dibuat. Bagi saya kalau kita tak ada orang yang buat, macam mana kita nak laksanakan hukuman secara adil.

"Islam menuntut, kalau nak laksanakan mesti ikut hukum dan secara adil. Berapa lama masa yang diambil, jika kita boleh adakan (tukang sebat) dalam masa sehari, esok saya bersedia (untuk melaksanakannya)," katanya.

Pelaksanakaan hukuman itu, kata Hishammuddin, akan tetap dilaksanakan sebagaimana yang ditetapkan oleh mahkamah namun ia perlu mengikut kaedah dan syariat yang dibenarkan.

"Selama ini tidak ada keperluan, jadi tidak ada hukuman sebegini rupa dan kita tidak dipertanggungjawabkan. Tapi sekarang dah ada, jadi kita kena bersedia.

Ketika ditanya mengenai keperluan untuk mewujudkan Penjara Syariah bagi menangani kes dan hukuman syariah, Hishammuddin berkata perkara itu bukan satu keperluan pada masa ini.



-- BERNAMA

sampai tukang sebat pun kita takde...

Tuesday, August 25, 2009

jutaan terima kasih kepada.....

Jutaan terima kasih diucapkan kepada penyokong pakatan rakyat yang bertungkus lumus membantu calon dari PAS untuk memenangi pilihan raya dun permatang pasir

selain itu jutaann terima kasih juga kepada media media pencacai umNO yang bertungkus lumus memburukan calon pakatan rakyat sehingga mmebuatkan rakyat meluat kat calon umNo.

kita percaya,fitnah dan kata kata dusta yang dilemparkan korang terhadap calon PAKATAN telah membuatkan rakyat meluat kepada calon yang anda ampu ampu.

Juga terima kasih kepada penduduk permatang pasir yang cuba mengcari glamor kat tv dengan membelasah PAS dan PAKATAN teruk teruk,hangpa ingat hangpa boleh tipu rakyat permatang pasir ka,jangan dok reka cerita la.

cukup la berterima kasih,harapan saya agar media media umNo terus berusaha memburukkan pakatan rakyat agar lebih mudah kami nanti..rakyat malaysia sudah cerdik la skrang..

dasat betoi malaysia,majalah kartun pun dirampas...

Hari ni,segerombolan pegawai dari KDN "memecah masuk"pejabat majalah Gedung Kartun yang diterajui oleh bekas kartunis dari majalah gila gila yang juga kartunis politik terkenal tanah air Zulkiflee Anwar Haque atau lebih popular dengan nama pena Zunar..


Beberapa ratus nashkah majalah ini dirampas bagi kesalahan bawah Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan atau penerbitan tanpa permit.menurut Zunar,pihaknya telah mendapat kelulusan lisan dari KDN untuk menerbitkan majalah tersebut,jadi jelaslah rampasan ini bermotif politik.

(boleh baca dengan terperinci di sini)

Gua heran(tak heran sebenarnya,saje buat buat heran)majalah kartun pun mereka takut ka,boleh mengancam keselamatan negara ka majalah ni?

majalah yang sepatutnya mereka perhatikan adalah majalah majalah lucah yang tersebar luar di pasaran tempatan,model model lucah ni pun terdiri dari artis tempatan juga,nampak jel a seperti majalah hiburan yang perkenalkan artis serta beritahu cerita sensasi artis,tapi gambar di dalam mak io,setanding dengan majalah lucah.

majalah kartun sekarang pun ada juga ke'lucah"an dia,majalah yang mengimport kartun dari luar(jepun),banyak yang tak sesuai untuk budak bawah umur beb,kalau Doraemon,Shin Shan ok la,yang 18sx ni yang tak ok.

ps-gua tak baca tapi gua tahu maa.

tahniah kepada umNo barisan nasional...

Setinggi setinggi tahniah diucapkan kepada parti umNo serta calon yang mewakilinya Rohaizat Othman kerana berjaya mengekalkan kekalahan sebanyak 7 kali berturut turut di semua pilihan raya kecil si Semenanjung Malaysia.

harapan kita semua adalah semoga umNo barisan nasIonal akan terus mengekalkan prestasi sebegini..

takbir..

Najib cuba masuk campur kes kartika?

Najib steps in over Kartika row

Kartika holds her daughter Wann Kaitlynn Sari Dewi as she is escorted by religious officers out of her father's house in Sungei Siput yesterday for the caning sentence. The sentence was however called off and postponed to after Ramadan. — Reuters pic

By Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, Aug 25 — Datuk Seri Najib Razak has advised part-time model Kartika Sari Dewi Shukarno to appeal against her caning sentence by the Syariah Court for consuming beer instead of accepting the punishment willingly.

The prime minister’s remarks today appear to suggest he has been forced to wade in over the issue because his government is concerned that it has taken a life of its own with daily reports in the New York Times, Wall Street Journal and other foreign publications.

Yesterday, religious authorities gave a last-minute, temporary reprieve in a case that has stirred passions over the increasingly strict enforcement of Islamic law in recent years.

Kartika was detained by prison authorities yesterday but was then released.

Officials say the caning would be carried out after Ramadan. It will be the first caning for a woman under Islamic laws.

The case has been criticised by more liberal Muslims and also non-Muslims who fear Malaysia is drifting from its secular traditions.

Najib’s administration appears to be concerned with the kind of message the sentence sends out to the world as Malaysia has portrayed itself as a model for a moderate and progressive Muslim country.

“I think the affected party should appeal to the state authorities and not be so willing to accept the punishment,” Najib told reporters.

He also expressed confidence that the religious authorities would be considerate.

“There is room for appeal and the state authorities are always considerate on this matter.”

Najib said the federal government could not and would not interfere in the administration of Islamic law.

But he seemed to strongly suggest that the government was working to avoid the sentence from being carried out.

“I believe the authorities concern are sensitive on this matter and realise the implication of this case,” he said.

Kartika was fined RM5,000 and sentenced to six strokes of the cane for drinking beer at a hotel in Najib's home state of Pahang.

Legal experts have criticised the caning as it could open up the state government to legal action.


malaysiainsider

Agak pelik malaysia ni,si tuan punya badan dah sedia,pihak yang menghukum pulak tidak bersedia..malaysia..malaysia./

penyokong umNo bertakbir...

Kebiasaannya, penyokong PAS akan bertakbir tetapi berlainan pula suasana di pusat penggundian di SMK Sama Gagah pagi ini.

Sebaliknya, penyokong Umno pula beramai-ramai bertakbir di situ.

Manakala penyokong PAS pula membalasnya dengan berselawat beramai-ramai.

Penyokong Umno juga turut melaungkan 'Hidup BN' dan 'Hidup Melayu'.

baca lagi


dah insap ke apa penyokong umNo ni?
bila selalu kalah baru la nak ingat kat Allah,baru ingat Allah tu maha besar,
masa selalu memang dulu,bongkok dan sombong...
insyallah Allah tidak akan tolong UBN kali ni,
kerana dah nyawa nyawa ikan baru nak mula bertakbir,ingat Allah,
firaun dulu pun,semasa nak mati baru akui Allah,masa berkuasa,perghhh.


Tangguh hukum Allah kerana hormati bulan ramadan??

Hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno kerana meminum arak, yang sepatutnya dijalankan minggu ini, ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadhan, demikian dinyatakan di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan NGO Pahang, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz yang mengesahkan perkara itu berkata, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menerima arahan daripada Pejabat Peguam Negara bagi menangguhkan sementara hukuman sebat itu.

"Hukuman (sebat) bagaimanapun kekal, dia akan menjalani hukuman selepas bulan Ramadhan," katanya di Kuantan hari ini.

Pagi tadi tiga pegawai penguatkuasa JAIP dipercayai telah pergi ke rumah Kartika di Sungai Siput, Perak, untuk membawanya ke Penjara Wanita Kajang bagi menjalani hukuman sebat itu.

Namun, mereka kembali semula 30 minit kemudian selepas dikatakan menerima arahan untuk melepaskan sementara ibu kepada dua anak itu.

Pada 20 Julai lepas, Kartika, 32, dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel pada 11.40 malam 11 Julai 2008.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan.

Pada 18 Ogos lepas, Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus memerintahkan Kartika ditahan berkuatkuasa hari ini bagi tempoh tujuh hari untuk melaksanakan hukuman sebatan itu.

Kartika merupakan wanita pertama yang akan disebat akibat kesalahan meminum arak di negara ini.

Di Perak, Kartika membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Kuala Kangsar pada 12.30 tengah hari untuk mengelak daripada dituduh melarikan diri daripada hukuman kerana tidak dibawa ke Penjara Kajang.

Bapanya Shukarno Abdul Muttalib, berkata tiga pegawai JAIP menjemput Kartika dari rumahnya di Sungai Siput pagi tadi tetapi menghantarnya semula setengah jam kemudian dengan alasan hukuman sebat tidak dapat dijalankan pada masa ini.

Shukarno berkata beliau tidak faham tentang apa yang berlaku dan
menasihatkan Kartika membuat laporan kerana bimbang kemungkinan polis akan menuduh anaknya melarikan diri daripada hukuman. BERNAMA

ps-walaupun bersumberkan BERNAMA,gua cedok kat malaysiakini artikel ni..
tajuk asal adalah "tak jadi sebat model"

Gua tengok gak dalam berita malam tadi,gua macam respek la dengan bapak Kertika ni,beliau rela anaknya dihukum demi kebaikan anaknya sendiri..inilah contoh bapa yang patut dicontohi,tapi kebanyakan mak bapak zaman sekarang,anak rotan je kat sekolah terus sebut "see u in the court".

Monday, August 24, 2009

selesaikan masalah di selangor dan kedah melalui....

Salam,

NAK TENGOK UMNO TINGGAL BATU NESAN

NAK MENGAJAR UMNO DAN BARISAN NASIONAL MAKA DUN KEDAH DAN SELANGOR PERLU BUBAR SEGERA, JANGAN MAIN TARIK TALI DENGAN UBN MEREKA PERLU DI POTONG DAN DI TANAM

Kerajaan PR Kedah dan Selangor perlu bubarkan DUN mereka demi mengajar UBN dan melantik rakyat untuk jadi hakim, PR jangan main tarik tali dengan UBN kecuali majoriti PR ada 2/3 di dalam DUN negeri masing-masing

ALANG-ALANG MENYELOK PEKASAM BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN, pr BELUM PANDAI MENJADI PENYAMUN DAN PENCURI, BIAR YANG JADI KATAK-KATAK ITU TERUS MENJADI BABI DAN MELUKUT

situasi politik malaysia skrang...lihat dari sudut kesan positif kepada pakatan rakyat.

Selepas pilihan raya ke-12,banyak sekali peristiwa yang agak berlainan berlaku dibandingkan sepanjang 50 tahun kita merdeka.

dari sokongan rakyat terhadap umNo,rakyat malaysai yang semakin berani,pilihan raya kecil yang berterusan(kebetulan ka ni?nehi,ini semua ditakdirkanNya),dan peristiwa lompat melompat.

dua yang menjadi tumpuan gua adalah pilihan raya kecil yang berterusan serta lompat parti.

selePAS pilihan raya umum ke12,pilihan raya kecil yang pertama adalah di Permatang Pauh,terjadi berikutan perletakan jawatan Datin Seri Azizah sebagai wakil rakyat di sana bagi memberi laluan kepada DSAI untuk berjuangan di parlimen.kemudian diikuti di perlimen kuala terenganu selepas kematian wakil rakyat di sana dari barisan nasional.kesuri itu kemudian berjaya ditawan PAS dari PAKATAN RAKYAT.impaknya mungkin telah berlanjutan di semua pilihan raya kecil selepas itu di semenanjung.

apabila rakyat melihat kejayaan pas MENAWAN kerusi umNo ,jadi mereka yakin akan perubahan yang berlaku dan seterusnya bersemangant untuk terus memberi mandat kepada pakatan rakyat untuk terus berkuasa.

pasti ada yang kecewa pabila kebanyakan pilihan raya kecil berlaku adalah berikutan kematian serta perletakan jawatan oleh wakil pakatan sendiri,jadi mereka terpaksa berusaha untuk mempertahankan kerusi itu,jadi semangat agak kurang bila dibandingkan untuk menawan kerusi.

Tetapi kesan jangka panjang yang mungkin tidak terfikir oleh sebilangan penyokong kita adalah kesan semasa pilihan raya umum ke13 nanti.dengan adanya trend yang menyebelahi pakatan rakyat disetiap pilihan raya kecil ini adalah boleh memberi impak kepada pengundi di Malaysia yang berada diatas pagar serta yang berada dalam umNo tetapi sudah tidak yakin kepada umNo.

jadi,kesan positif adalah lebih kepada pakatan rakyat walaupun kita terpaksa mempertahankan kerusi dan bukannya berusaha menawan.

kesan positif dari katak lompat pula adalah kita dapat hilangkan sekor dua katak yang berwajah manusia ni dari pakatan rakyat.
Kemudian di pilihan raya seterusnya,pemimpin pakatan akan lebih berwaspada dalam memilih calon.yang berkualiti,yang punyai prinsip,yang punyai harga diri dan punyai maruah serta bukannya wakil yang diambil secara tangkap jarang.yangl angsung tidak berkredibiliti,serta wakil murahan yang setaraf dengan katak.bahkan katak lebih mulia dari mereka.

kita patut sarankan agar semua yang berpotensi jadi katak dalam pakatan rakyat,segera tunjukkan belang anda(katak belang,huhu),biar senang untuk diuruskan..tapi ingat,pilihan raya ke13,tiada lagi tempat untuk anda..

jelaslah,kesan positif masih mendominasi dalam kontek kepada pakatan rakyat..kita jangan gusar mahupun takut..ini semua adalah cobaan...

isu syurga neraka:satu yang buat gua senang ahti

Bila terjadinya isu syurga neraka yang dibangkitkan tok guru nik aziz,biarlah depa nak kata apa pun,yang gua puas dan senang sekarang adalah,umNo tak kan nak fitnah Tok Guru lagi bahawa tok guru nak "bersalam"dengan mereka.

gua tak kisah apa media umNGOK nak kata apa,yang percaya hanya si bodoh yang takde akal,lepas ni tok guru akan saman media bangang tu semua dan menang kalah itu soal kedua,yang penting nama tok guru adalah bersih dalam kalangan pencinta perjuangan islam di Malaysia.




video ini hanya saringan...tiada kaitan dgn apa yg ditulis

Sunday, August 23, 2009

pabila dah jadi katak....


Gua percaya,mana mana katak hijau yang melompat ke dalam lumpur biru,pasti pilihan raya ke-13 akan hilanglah suara mereka mewakili rakyat.

kenapa?tengok mereka yang melompat ni,bukannya ada pengaruh,memang atas dasar parti sahaja.rakyat dah benci kat bn,undilah mereka yang berada atas tiket pembangkang.dan kebencian rakyat ini pastinya masih belum hilang setakat pilihan raya ke12 yang lepas.

jadi,gua yakin dengan izin Allah,katak pasir mas,katak perak dan katak di kedah ni pasti akan berakhir karier politik mereka selepas ini.

(tapi mungkin mereka dah kaya raya kot...)

mengenai katak katak sepanjang 2009.....


Terbaru,'seorang' lagi katak telah melompat keluar dari pakatan rakyat serta memberi sokongan kepada Najib mongolia.ini adalah katak kelima tahun ini.

katak pertama yang telah melompat secara tidak rasmi adalah raja katak terkenal,mula mula menumpang rumah hajau kemudian kata dirinya tidak berumah(bebas) tetapi kemudian terang terang menentang bekas rumah yang ditumpang.katak ini layak digelar katak yang tidka mengenang budi...

katak kedua,ketiga dan keempat berada di perak.dua dari rumah biru muda dan sekor lagi dari roket,ketiga ekor katak ini kemudian berpaling tadah.kedua katak jantan pernah menghadapi masalah rasuah dahulu.katak betina pulak gua tak tahu..bermasalah dengan tuan rumah kot.tetapi kelompatan ketiga katak ini beri impak besar terhadap pentadbiran negeri yang berdarulkan Redzuan itu.

terbaru katak di sebuah negeri hijau,dan di DUN yang pernah mengemparkan negara satu ketika dahulu yang mana DUN tersebut pernah ditawan pembangkang semasa pilihan raya kecil..(dulu adalah sesutu yang pelik dan mengemparkan jika pembangkang menang pilihn raya kecil,tapi ini sudah jadi kelaziman.,).gua pun tak tahu jugak masalah katak ni,nanti kita sama sama tengok lah ..lantaklah,sudah keluar katak ni,kurang ini musuh dalam selimut kita.

mungkinkah ada lagi katak selepas ini..........?maybe...pastinya,katak ini akan hilang rasa hormat rakyat terhadap dia...;

Najib ditolak rakyat sejak awal pemerintahannya....terima kasih kepada Anwar..


Gua ingat di awal pembabitan Anwar Ibrahim pada peringkat awal dalam politik selepas pembebasan beliau dari penjara pada tahun 2004,beliau kurang menyerang perdana menteri ketika itu,iaitu Pak Lah.ada satu dua isu yang ditembak ke arah pak lah tetapi tidak keras sebaliknya Anwar terus menenrus menyerang Najib.

Gua ingat satu komen seorang pembaca dalam akhbar Siasah ketika itu yang menyifatkan ketidakpuasan hati terhadap anwar kerana tidak melawan kebejatan pemerintahan Pak lah secara keras sebaliknya lebih tertumpu kepada Najib yang ketika itu menjadi perdana menteri.

Gua pun perasan ketika itu,Anwar kurang menyerang Pak Lah tetapi lebih tertumpu kepada Najib,tapi gua tak ambil tahu sangat politik ketika itu,hanya sekadar dengar dan baca tajuk utama berita sahaja.

Hakikatnya memang jelaslah ketika itu Anwar banyak menyerang kebokrokan Najib berbnding Pak Lah,pada mata sesetengah orang Anwar mungkin rasa berhutang dengan Pak Lah kerana beliau dibebaskan semasa pemerintahan Pak Lah,tapi benarlah Anwar bin Ibrahim adalah seorang tokoh politik yang berkeliber serta berpandangan jauh.

jika di awal pentadbiran Pak Lah dia berjaya menawan hati rakyat serta membuatkan pembangkang sedikit huru hara(hanya seketika,selepas itu pak lah lupa diri dengan kemenangan dan akhirnya jatuh tersungkur..)kenapa?mudah,kerana semasa pak lah jadi TPM,jarang serangan pembangkang dituju terhadap dia,hanya kepada mahathir,pak lah juga dianggap seorang yang pendiam serta clean.slogan kerja bersama saya jangan kerjakan saya juga turut lekat di hati sesetengah rakyat(versi asal:kerja bersama saya bukan untuk saya).

dengan imej bersih,pak lah berjaya terus kurangkan kerusi pemabngkang dalam parlimen.

berbalik kepada kebijaksanaan Anwar bin Ibrahim ni,serangan beliau terhadap Najib akhirnya nampak kesan jangka panjang apabila ketika Najib di peringkat terakhir untuk duduk di kerusi PM,rakyat sudah menunjukkan penolakan,dan lagi serius kesannya apabila bn tidak menang satu pun kerusi dalam pilihan raya kecil sepanjang pemerintahan Najib.

konklusinya satu,kita harus berfikir dengan kesan jangka masa panjang agar kita tidak perlu bermula dari bawah semula selepas pemimpin parti pemerintah(bn) bertukar..

ps-gua tidak letak gambar Anwar yang hemsem dan kacak sebaliknya gambar yang boleh sedarkan rakyat.
-dan jika anda perasan,gua hanya gunakan perkataan "beliau"kepada tokoh pembangkang sahaja dan gua gunakan istilah 'dia' kepada pemimpin bn.kerana istilah "beliau"hanay layak digunakan kepada seseorang yang berjasa dan baik sahaja...

Saturday, August 22, 2009

PAS rejects pro-ISA man

By Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, Aug 20 — Principles come second when pertaining to matters of the afterlife. At least, that’s what Mohd Khairul Azam Abdul Aziz says he feels.

His application to join PAS was denied today.

Speaking to reporters outside the PAS headquarters here, Khairul, who is also president of the Coalition of Young Malay Graduates (GGMM), said the reason why he wanted to join PAS was because he wants to “go to heaven”, alluding to a statement Umno leaders alleged that PAS leader Datuk Nik Aziz Nik Mat had made about how Umno members would not go to heaven.

“The Federal Constitution states that it is my basic right as a free citizen to join any legal party, and I have fulfilled all the requirements of PAS. The reason why they rejected me was because I support the ISA (Internal Security Act) which is against PAS’s stand,” said Khairul.

The PAS hopeful certainly came prepared, bringing along an entourage of three other people carrying banners which proclaimed “PAS Take Beer,” which is a pun on PAS's "takbir" rallying cry and the recent controversy over the sale of beer in Selangor.

He said if PAS was against the ISA, then he would also change his position from being pro-ISA to anti-ISA.

“I am anti-ISA now. I want to go to heaven. I am saddened because since I cannot enter PAS I am not guaranteed a place in the afterlife,” he said.

Responding to a PAS official asking him about the sincerity of his motives, he replied by saying that he was sincere and that he thought of Nik Aziz as a “prophet” because people will listen to everything he says.

When asked about his next move, he said he would be presenting his case to the Human Rights Commission (Suhakam).

malaysian insider


keraspedal:mamat ni mungkin nak sindir soal syurga TGNA ni,tetapi jelas kelihatan bebodohan serta kebangakap mamat sekor ni..saje nak cari publisiti murahan...

calon bermasalah....umNo ketandusan wakil yang berwibawa?


Buat kali pertama dalam kesekian kali nya pilihan raya kecil selepas pru12,umNo diwakili oleh seorang calon yang mempunyai terlalu banyak masalah.

memang semua calon umNo untuk semua pilihan raya kecil bermasalah,tetapi calon untuk DUN permatang pasir adalah yang paling teruk.

satu demi satu kelemahan serta kebokrokan calon dibongkar,hampir setiap hari ada isu tentang masalah calon umNo untuk dibongkar.dari isu penyelewengan wang sehingga isu rumah tangga sendiri.

secara logiknya,pihak pimpinan akan memilih wakil yang terbaik sebagai calon mereka,dan adalah calon umNo untuk prk dun permatang pasir adalah calon terbaik yang mereka ada bagi menentang calon dari pakatan rakyat?

jika beginilah umNo,sah dalam pilihan raya kecil ini mereka akan kalah dan seterusnya akan dibawa kepada pilihan raya umum yang ke13.

ps-kalau kita jenguk jenguk pun,masih adakah pemimpin umNo yang berwibawa?yang hebat semuanya lari meninggalkan parti keris bersilang itu,d.s.zaid ibrahim antaranya.. 

umNo amat memalukan bangsa melayu....nanti orang utan sajalah yang bakal mewakili umNo,paling kurang orang utan bersih dari salahlaku serta penyelewengan.namun yangm nejadi persoalan,ADAKAH ORANG UTAN SANGGUP UNTUK BERSAMA UMNO....orang utan pun malu untuk bersama umNo ...hahaha 

Friday, August 21, 2009

buku dajjal kembali...jangan ambil langkah silap..

pasti korang ingat akan buku yang telah mencalarkan imej DSAI semasa sebelum era reformasi 1998 satu ketika dahulu,iaitu 50 dalil anwar tidak boleh jadi PM.buku ini bukanlah buku yang berkualiti bahkan hanya sampah dan setaraf dengan karangan budak darjah 1 di kelas pemulihan yang ditulis oleh seorang yang tidak dikenali dalam dunia politik.

buku itu ramai yang menolaknya sebagai bahan yang benar tetapi hanya fitnah semata mata ttapi ada juga manusia terutamanya yang punyai darah cemburu yang kuat terhadap anwar,yang mempercayai akan isi buku itu 100%..

dan satu kesilapan anwar dengan tindakan beliau terhadap buku itu adalah apabila anwar mengambil injuksi mahkamah untuk menghalang penyebaran buku tersebut,hal yang demikian menjadikan buku itu seperti "goreng pisang panas".jika anwar hanya biarkan penyebaran buku itu mungkin ia akan hilang dengan sendiri.akhirnya nama anwar rosak di mata sebilangan rakyat.

kes berkaitan buku dajjal no1 ini berlanjutan selama bertahun tahun sehinggalah penulisnya didapati bersalah kerana menfitnah anwar melalui buku itu..

sebelas tahu berlalu,hari ini dua buah lagi buku seumpama itu diterbitkan dan disebarkan
begini lah gamaknya rupa bentuk buku dajjal tersebut,sumber gambar gua cedok (di sini),..mangsa kali ini adalah DSAI dan TSKI.

buku yang tidak dinyatakan siapakah penulisnya ini tersebar di negeri selangor,tapi kita percaya,bahawa rakyat tidak akan percaya lagi terhadap fitnah sebegini.kita biarkan sahaja,biar ia "mati" begitu sahaja....

Thursday, August 20, 2009

sabtu ni dah mula puasa...sunat diutamakan,wajib ditinggalkan??


Tarikh umat islam berpuasa pada tahun ini adalah pada hari sabtu 22 ogos bersamaan dengan 1 ramadan 1430 hijrah..

bila tiba bulan puasa,maka banyak amalan sunat yang digalakan kita sebagai umat islam untuk melakukannya.dan memang ramai yang berkejar kejar untuk mendapatkan pahala bagi melakukan amalan sunat ini.

tetapi secara tidak sedar,dalam berkejaran kita melakukan amalan sunat,kita lupa akan perkara yang wajib kita lakukan.

guaada satu kisah tentang sunat dan wajib ini,kisah mengenai seorang penyokong umNo dan seorang ustaz.si ustaz ini bertembung dengan penyokong umNo ni(bukan ahli,penyokong)ketika dia sedang sibuk membeli juadah berbuka puasa,nak tunjuk waraknya si penyokong ni,dia berkata pada sang ustaz tu,

"ustaz,buat apa beli semua makanan ni,kita ikut sunnah,makan kurma cukuplah,itu sunat,lebih afdal kita puasa"

sang ustaz itu dengan tawaduknya menjawab,

"pak cik tahu menegakkan hukum Allah itu wajib pak cik,tapi pak cik tidak pula berjuang untuknya,dan bila tiba bab sunat,pak cik berkejaran melakukannya pula,tiada guna pak cik makan kurma sekadar untuk mencari pahala sunat sedangkan pahala untuk yang wajib pak cik abaikan,adalah lebih baik untuk pak cik memakan pelepah kurma pak cik"

dalam sindiran itu,pasti pak cik tu tak senang berak pada malam itu..

(cerita ini bukanlah kisah benar tetapi diadaptasi dalam bentuk ini agar pembaca lebih faham).

betol la kan,tiada guna kita kejarkan yang sunat tetapi yang wajib kita tinggalkan,solat sunat hari raya setahun sekali kita pergi,solat jumaat yang wajib juga setahun sekali kita pergi,apa perangai la manusia begini.

Cara bn bersihkan calonnya...

Setelah sikap buruk@pecah amanah wang  oleh calon umNo bn untuk pilihan raya permatang pasir dibongkar,pihak umNo cuba untuk membersihkan nama baik calonnya dengan memburukan pihak lain.silapnya bee end adalah kerana terlalu bodoh.mereka persalahkan orang yang masih hidup dan tentu sekali orang yang dikambing hitamkan UmNo bn akan membalas balik.

akhirnya,peluru hidup yang ditembak kepada "kambing" itu terbalas balik..jangan nak hitam kan kambing yang putih..ini pengajaran buat bee end.

maklumat lebih lanjut klik sini

ini memang cara umNo bersihkan kotoran padanya.alihkan kesalahan kepada orang lain.begitu juga isu arak di selangor,mereka bertindak bak orang munafik,sedangkan semuanya bermula(arak) semenjak pemerintahan bn lagi.

begitu juga dengan isu ternakan babi moden di selangor satu ketika dahulu,salahkan kerajaan pr sedangnya mereka yang memulakan projek,dasar iguana betol la.

calon bn wajar tarik diri....

Calon BN, Rohaizat Othman wajar menarik diri dari bertanding pada Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pauh 25 Ogos ini.

Saya berpendapat demikian kerana beberapa alasan :-

1) Integriti beliau sebagai calon dipersoalkan berikutan kenyataan Bar Council bahawa lesen guamannya ditarik balik kerana melanggar peraturan dengan bukti yang jelas bahawa beliau melakukan kesalahan berkaitan dengan pelanggannya.

2) Fakta di atas di sokong pula dengan pengakuan bekas rakannya Yusri Ishak bahawa Rohaizat terlibat dengan perkara tersebut.

3) BN dan Umno menipu rakyat bahawa kesalahan di atas dilakukan oleh Yusri Ishak (gambar) bukan Rohaizat.

Adalah lebih baik dan manis jika Rohaizat menarik diri dari pilihanraya kecil ini demi keadilan kepada pengundi Permatang Pasir agar tidak tersalah pilih dengan mengundi calon yang integritinya dipersoalkan.

Selain itu Rohaizat juga wajar menarik diri kerana jika beliau tidak berbuat demikian, beliau sebenarnya menghina pengundi Permatang Pasir kerana seseorang calon pilihanraya sepatutnya mesti bersih dari segala kontroversi agar rakyat dapat memilih calon-calon yang terbaik tidak kira dari BN ataupun PAS.

mutaligat

gua tak fikir dia akan tarik diri,mungkin dia fikir jika dia menang,lagi banyak fulus masyuk maaaa..tapi insyallah,penduduk permatang pasir adalah pintar dan berupaya mengelak dari terpedaya dengan janji manis umNo bn ....

mampukah pakatan rakyat skor 7-0 di semenanjung?

Dari permatang pauh hingga ke permatang pasir(kecuali di batang ai di luar semenanjung),pakatan rakyat berjaya meraih kemenangan di ketujuh tujuh kawasan pilihan raya.

di permatang pauh,Anwar Ibrahim berjaya mendapatkan majoriti besar menewaskan calon dari bn.faktor utama kemenangan dilihat adalah pada calon itu sendiri. 

di terengganu,pakatan rakyat(pas)berjaya MENAWAN kawasan parlimen itu,faktor utama  kemenangan boleh dilihat kepada kerjasama antara kompenen pakatan rakayt serta calon bn yang tidak disukai rakyat yang dikatakan terdiri dari golongan elit yang sukar bersama rakyat.

manakala bukit gantang dan bukit selambau berjaya dikekalkan dengan majoriti yang lebih.krisis di perak yang membawa kepada kemenangan DSNJ serta calon bukit selambau serta wibawa calon bn yang kurang.bukit selambau juga mungkin begitu.

.walaupun di penanti umNo bn tidak meletakkan calon tetapi calon bebas punyai ciri ciri calon uMno,ada sesungguhnya apa yang ada kaitan dengan umNo pada masa kini pasti ditolak rakyat.

dan di manik urai,walaupun dengan kemenangan yang kecil,umNo bn masih berjaya mengekalkan kekalahan mereka.mungkin faktor jamban-tan yang dijanjikan kepada rakyat serta isu kerajaan perpaduan yang meretakkan pas.tapi manang tetap menang

terbaru kini di permatang pasir,pas punyai peluang besar untuk menang dengan gunakan satu isu ini sahaja iaitu calon bn yang..................(baca sini)(dan sini)(dan sini)..

kemenangan sudah dihidu...wangi betol baunya..tapi rintangan kita sekaran adalah kewujudah "hantu" yang selalunya yang akan digunakan oleh calon yang terdesak untuk menang..kewujudan hantu hantu paria ini diakui sendiri oleh mereka yang selalu gunakan hantu..untuk menang......hari ini mereka tolong kita cari hantu,kalau dulu kita yang jadi ghost buster untuk cari hantu.....so...tq..tq

Fitnah Dan Adu Domba Perkauman Politik Pimpinan Umno-Bn


Selepas saya menjadi sasaran fitnah, serangan pimpinan umno-bn beralih pula kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Segala macam tuduhan dihamburkan oleh media milik penguasa kepada ulama tersebut. Pimpinan umno dan konco-konco mereka sanggup memutar belitkan fakta hatta memintal fitnah asalkan matlamat untuk memenangi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir terpenuhi.

Apatah lagi bila tersepit dihimpit kecuaian sendiri ketika memilih calon, segala upaya dan jentera propaganda digembeling merekayasa fiksi politik. Adu domba dilatari politik perkauman sempit biar rakyat terus berpecah, sedangkan pimpinan umno seharusnya sedar, merekalah yang menyebabkan terbit rasa curiga dalam masyarakat. Walhasil merekalah yang terkait dengan pelbagai tuduhan penyelewengan amanah rakyat.

Manakala itu Pakatan Rakyat tetap terus beriltizam untuk membawa Perubahan dan arus Politik baru sunggupun berulang kali tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepada kami. Saya yakin rakyat akan membuat pilihan yang tepat memandangkan mereka tidak sanggup dipermainkan lagi.

ANWAR IBRAHIM

tapi kalau umNo ingat mereka boleh menang dengan cara burukkan TGNA,mereka silap yang teramat.

jika mereka fikir dengan burukkan TGNA,karier politik TGNA akan terkubur,mereka juga silap bahkan kubur mereka yang akan terbuka semakin luas.

jika mereka fikir tok guru akan kalah jika difitnah,nehi... bahkan kemenangan semakin dapat kita hidu..

jika mereka fikir penyokong tok guru akan tinggalkan tok guru selepas tok guru diburukkan,sekali lagi mereka silap kerana semakin hari penyokong tok guru adalah semakin ramai.

jika mereka fikir rakyat akan percaya akan fitnah mereka.soheh pencacai dan pemimpin umNo adalah manusia yang paling bodoh yang pernah dilahirkan di atas muka bumi ini..

tapi jika mereka fikir mereka boleh masuk syurga setelah burukkan TGNA,teruskan lah...kita akan tahu juga nanti...

Wednesday, August 19, 2009

kota siputeh selepas permatang pasir?

ALOR SETAR, 19 Ogos: Mungkinkah akan berlaku satu lagi pilihanraya kecil dalam masa terdekat? Persoalan ini sedang menunggu jawapan berikutan aduan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif yang tidak hadir persidangan dua kali berturut-turut.

Abu Hasan tidak hadir sidang Dun dua kali, masing-masing pada pada 19 April dan 9 Ogos lalu, tanpa sebarang kebenaran Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail.

Mengikut Perkara 51 Undang-undang tubuh Kerajaan negeri Kedah, kerusi mana-mana Adun dikira kosong jika tidak hadir persidangannya dua kali berturut turut tanpa kebenaran Speaker.

Abdul Isa ketika dihubungi berkata, tidak timbul soal surat pemberitahuan kerana Undang undang tubuh negeri menyebut hanya berkaitan kebenaran speaker.

"Bukan soal dia (Abu Hasan) hantar surat pemberitahuan atau tak hantar kepada saya, soalnya saya beri kebenaran atau tidak? Dia tidak berhubung dengan saya. Kalau dia hantar surat seminggu selepas itu pun tidak ada makna," ujarnya ketika dihubungi harakahdaily.

Berikutan itu, Dr. Abdul Isa (gambar) telah menyerahkan surat pemakluman berhubung pelanggaran itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya SPR negeri bagi menentukan status jawatan Abu Hasan.

Berikutan itu juga, satu sidang media khas akan diadakan oleh beliau jam 10 pagi esok di pejabat speaker di Wisma Darul Aman.

"Antara lain apa yang saya nak beritahu esok, kenapa kita terpaksa ambil tindakan begitu," ujarnya lagi.

Pada pilihan raya umum lalu, Abu Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi itu bagi penggal keempat selepas menewaskan calon PAS, Ismail Wan Teh dengan majoriti 1,573 undi.

Jika SPR memutuskan kerusi itu kosong, ini bermakna negara bakal menghadapi pilihanraya kecil yang ke 8 selepas Pilihanraya Umum ke-12 tahun lalu dan yang ke dua bagi negeri Kedah selepas Bukit Selambau..harakahdaily..

Gua tak nak komen pasal kemungkinan berlaku satu lagi pilihan raya kecil,gua nak komen pasal syurga neraka lagi ni kerana ini isu terhangat sekarang.

tengok,macam mana nak masuk syurga jika makan gaji buta,duit ambil kerja tak.kamu dibayar untuk berjuang untuk rakyat di dalam dewan yang mulia tetapi apa yang kamu buat?kecuali dengan alasan keuzuran,mungkin dimaafkanla,tapi kalau dah uzur tu,letak jawatan ler.(beraya sakan la penduduk dun tu).

 


umNo takut masuk neraka?tapi kenapa....




pabila TGNA sebut soal umNo dan neraka,maka hingar bingar la seantero malaysia.puak gerombolan(istilah hishamudin rais),sibuk lawan kenyataan TGNA yang mereka baca dari akhbar pencacai dan yang seangkatan dengannya.tok guru kata lain,mereka tulis lain,akhirnya see u in the court la..kalah court dunia,court akhirat kita ada satu lagi..dacing kat sana adalah seadil adil dacing.dacing umNo tu takde memde nyer..

balik kepada umNo takutkan neraka,habis,tok guru sebut begitu,kita nampak rupanya si puak pencacai najis ni juga takutkan neraka.tapi gua nak tanya jika anda takutkan neraka kenapa tindakan anda seolah olah anda tidak kenal apa itu neraka.bahkan seolah olah anda tidak takutkan neraka.buktinya....

Pertama:menolak hukum Allah.anda dok sibuk kata dap yang tolak hudud,tapi hangpa tak lihat parti yang anda sokong itu juga menolak hudud.dilihat dari satu sudut lain,antara umNo dan dap yang menolak hudud,umNo lebih teruk.kita sedar dap bukanlah parti yang majoriti islam,tetapi umNo adalah majoriti dianggotai oleh melayu islam.jadi adalah berpadanan mereka menolak hukum islam ini kerana mereka bukan islam,yang musykil adalah umNo yang mengaku islam tetapi menolak hukum Allah ini.

kedua:satu perkara yang jelas tentang umNo adalah ia sebuah parti yang memegang konsep perkauman yang kuat.seangkan perkauman@assobiyah dalam islam adalah dilarang...

Ketiga:soal meletakkan kalungan bunga di pusara pejuang kemerdekaan setiap kali hari pahlawan.bukankah semua mufti dah sepakat bahawa perkara ini adalah satu dosa besar.bukankah ada jalan lain untuk menghormati para prajurit kita,contohnya kita bantu ahli keluarga mereka,bahkan umNo dilihat lebih menghargai prajurit yang terkorban,yang masih hidup langsung tidak dipedulikan.

Keempat:terbaru kita lihat pada isu kuil yang bakal dibina kerajaan selangor,ini menjadi satu isu kepada umNo pabila kerajaan selangor ingin memberi keizinan kepada penganut agama lain membuka tempat ibadat,tetapi per'dajjal'nya umNo,kerajaan umNo pernah merobohkan masjid milik umat islam di bujal satu ketika dahulu.kepada siapa sebenarnya umNo ini berpihak?atau berubah mengikut kepentingan?

Kelima:penganjuran kepada konsert konsert haram,konsert yang melalaikan digalakkan,sedar atau tidak,majoriti yang mengikuti konsert sebegitu adalah umat melayu kita.dan yang menyanyi separuh bolrh juga adalah gadis melayu kita.ya bukan semua konsert ini dianjurkan umNo,tetapi kerajaan umNo ini telah mengalakkan aktiviti sebegini terus subur dalam masyarakat kita.

Keenam:menghina ulama,tak payah cerita,hangpa pi kedai kopi cari akhbar pencacai,anda tahu lah..

Ketujuh:melakukan rasuah,korang sedar tak bahawa anda dipimpin oleh perasuah,jika ada pemuda umNo yang baca artikel ni cuba nak menafikan,korang patut dikembirikan..(kalau puak umNo nak tahu,rasuah adalah satu dosa besar ya)

Kelapan:menzalimi rakyat..polis dijadikan anjing untuk membelasah rakyat sesuka hati mak bapak mereka.

Kesembilan:

Ksepuluh:

untuk yang kesembilan dan kesepuluh,anda tolong tolong tambahkan lah yea..gua pening kerana terlalu banyak dosa yang umNo dah buat...sehingga tak leh nak fikir lagi..

dia bagi kita ambil,tapi akhir sekali..guna akal la.


gua teringat cerita seorang pegawai perubatan kat sekolah dulu dulu,

kisah si fakir yang miskin yang amat sangat sangat,satu hari datang kepadanya seorang lelaki berjubah biru di dalam mimpinya,katanya,

"jika kamu nak kaya pergilah di gua di atas bukit di sana,dan kamu akan berjumpa seorang lelaki tua yang akan membantumu."

maka terjagalah si fakir itu tadi,tanpa lengahkan masa,terus dia mendaki bukit itu untuk  mencari lelaki tua yang akan membantunya.

sesampainya si fakir itu di gua yang dimaksudkan,dia pun memanggil lelaki tua itu..

"pak..oo..pak"

setelah 7 kali panggil muncullah lelaki tua sambil memegang 10 karung.dia menyuruh si fakir itu ambil sebanyak mana karung itu yang dia mampu,dengan syarat jangan buang atau bunuh apa yang ada didalam karung itu.

si fakir itu ambil 3 dari 10 karing dan berlarilah dia balik ke rumah,sesampai di rumah,dia pun buka karung itu dan didapati ada 3 ekor toyol di dalamnya.

toyol itu terus melompat keluar yang berulang kali bertanya kepada si fakir ini apa yang boleh mereka buat untuk dia..sambil memegang kaki si fakir itu lah mereka sebut "nak memde..nak memde.."berulang kali.(nak memde bermaksud "nak apa")

si fakir itu kemudian menyuruh si toyol itu bawa balik emas untuk dirinya,maka pergilah si toyol itu mencari emas,sesudah pulang mereka pun bertanya lagi "nak memde..nak memde"..macam macam lah yang diminta si fakir itu.

setelah setahun bersama toyol tu,si fakir tu dah jadi jutawan fakir,tetapi toyol 3 ekor tu tidak berhenti tanya kat dia 'nak memde..nak memde"..akhirnya dia pun dah naik bosan,serabut akan kelakuan toyol tu.siang malam pagi petang si toyol itu lekat kepada dia melainkan dia menyuruh si toyol itu bekerja.

dia jadi pening,lalu digaru garu badannya,termasuklah ketiaknya,dalam mengaru itu,bulu ketiak nya tercabut satu helai,biasalah kan,bulu ketiak kan tidak lurus,ia berkerinting,walaupun anda betulkan nya berkali kali ia tidak akan lurus seperti rambut yang direbonding,jadi si jutawan fakir ini dapat idea..

seperti biasa,setelah siap satu kerja,3 toyol itu pun tanya kat jutawan fakir tu 

"nak memde..nak memde"

si jutawan fakir tu pun suruh 3 ekor toyol tu betulkan bulu ketiaknya.diambilnya bulu ketiak itu dari tangan si jutawan fakir itu dan kemudian 3 ekor toyol itu cuba membetulkannya.selepas 3 bulan,3 minggu,3 hari dan 3 jam cuba untuk betulkannya,ia masih gagal,dalam tempoh itu,si jutawan fakir itu aman skali.kemudian,dia pun cubalah jenguk 3 ekor toyol itu lantas bertanya

"dah lurus ?"

toyol itu menjawab belum lagi,kemudian bertanya kat jutawan fakir tu,

"banyak lagi ke pak bulu yang harus kami luruskan selepas ini?"

lalu si jutawan fakir itu pergi ke hadapan  ketiga ekor toyol itu lantas mengangkat ketiaknya yang penuh dengan semak samun,maka tanpa berfikir panjang,si toyol itu cabut dengan sekuat hati..si jurtawan itu tidak lagi berjumpal agi dengan 3 toyol itu.

si fakir itu berjaya menghalau toyol itu tanpa membunuh atau membuang toyol itu,dia gunakan kebijakan sendiri. 

kita cuba kaitkan kisah ini dengan politik tanah air kita,si fakir itu adalah rakyat dan toyol itu adalah bn.mereka kasi emas,wang,gula,kain,kita ambil tetapi setelah itu,kita kena gunakan akal untuk menghalau bn dari tempat kita kerana bn itu satu penyakit yang menyerabutkan.

peguam songlap kata pas belum bersedia..

Calon bn prk p.pasir berkata bahawa pas belum bersedia menghadapi pilihan raya kecil permatang pasir berikutan pihak pas menyuruhnya menarik diri dari pilihan raya itu.

ceh,yang gua nak tahu,si peguam yang telah dibatalkan lesen peguam ni dah sedia ka untuk menerima kekalahan nanti..

..baca lagi..

Tuesday, August 18, 2009

gOoD sOnG...

dengar lagu ni,rasa nak kongsi dengan pelayar blog ni plak..gua amik kat youtube..

TGNA akan saman akhbar putar belit skali lagi..



Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga".

"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi.

Beliau berkata demikian kepada media sebagai menenafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di pejabatnya tengahari tadi.

Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.

Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.

Nampaknya, Nik Aziz terpaksa sekali lagi mengambil pendekatan saman terhadap akhbar ini.

"Saya biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.

"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi.

Tambahnya lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.

"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.

Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.

Ketika diminta mengulas adakah kenyataan beliau sering diputar belitkan kerana musim pilihan raya kecil, Tuan Guru memberitahu beliau memang sedar tentang perkara itu.

"Kita memang dah tahu dah cara (taktik) parti ni, memang macam tu lah,"ujarnya.

Akhbar perdana sudah jadi akhbar Umno

Menyentuh kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.

"Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap.

"Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar," ujarnya.

Nik Aziz juga berharap, agar rakyat di negara ini merdekakan pemikiran dari menurut manusia kepada menurut Nabi Muhamad SAW.

"Manusia kena menukar pemikiran dari mengikut manusia kepada menurut kepada ajaran Nabi Muhamad SAW,"katanya. -harakahdaily

hmm,mungkin ada juga ahli umNo yang tidak beri undi kepada umNo..ahli untuk projek je,fulus ..sapu,undi bagi kat pas....

polis dituduh halang demokrasi....

malaysiakini youtube

gua terbaca dalam malaysiakini tentang gobalakrishnan di bawak tajuk Gobala dituduh halang tugas polis,sekarang kita pulak akan tuduh polis kerana menghalang domokrasi negara kita yakni dalam kontek kebebasan bersuara.


gobala dituduh melakukan provokasi dengan ucapannya yang boleh menaikkan kemarahan penyokong umNo,kalau dikira begitu,wartawan serta pengarang akhbar akhbar arus perdana yang pro-umNo harus diterajang juga kerana mereka selalu provokasi terhadap penyokong pakatan rakyat,tetapi berbeza berbanding akhbar akhbar pencacai ini,gobala ucapkan yang benar terhadap salah laku kerajaan bn tetapi akhbar pula banyak yang berunsurkan fitnah..

tindakan polis adalah menghalang demokrasi kebebasan bersuara,bahkan melampaui batasan kemanusiaan kerana "membelasah" seorang manusia yang lemah.polis juga mungkin tidak sedar bahawa yang di'belasah"mereka itu adalah seorang wakil rakyat.

tak masuk syurga??

 

BUKIT MERTAJAM: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata penyokongUmno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota Umno.

"Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga.

Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.Pengundian ialah pada 25 Ogos ini.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52, yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, dan calon Barisan Nasional Rohaizat Othman, 38.Kawasan itu mempunyai 20,290 pengundi berdaftar. BERNAMA

mahupun begitu ahli pas jangan ingat korang akan masuk syurga,jika solat pun tidak,puasa anda tinggal dan anda tidak ikhlas dalam perjuangan islam,neraka juga tempat anda dengan izin Allah.

ahli umNo kalau berfikir guna akal,pasti kenyataan TGNA boleh menyedarkan mereka...

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts