Thursday, October 22, 2009

orang PAS pun dah pandai fitnah dan berbohong...

Gua sebut orang PAS,bukan pemimpin PAS,,,tapi mamat ni glamer juga la dalam PAS..mamat dia anti pemimpin pro Erdogan dalam PAS..
Blog dia juga lebih banyakk hentam pemimpi PAS daripada pemimpin umNo..
gua cuma tertanya tanya...awat dia tak sertai parti melayu saja,pergi la kat sana,yang ko duk gilakan umNo sangat...(keraspedal)

siapa dia??

korang baca bawah ni sampai habis yaa.

peristiwa exco menumbuk tetamu:

Khabar angin ini telah disebarkan oleh blog Tinta Merah kepunyaan Suyuti Omar. Kononnya sewaktu Rumah Terbuka PAS Pusat minggu lepas, berlaku peristiwa seorang exco kerajaan negeri telah menumbuk salah seorang tetamu yang menghadziri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya AidilFitri PAS Pusat di Taman Melewar minggu lepas.


Suyuti berkata peristiwa ini dikhabarkan kepada beliau oleh salah seorang ahli PAS yang turut menghadziri majlis tersebut. Beliau berkata ahli PAS tersebut menyaksikan peristiwa itu berlaku. Beliau juga berkata Salahuddin Ayub menelepon beliau tengah malam buta untuk mendapat maklumat tersebut. Dan beliau berkata Mahfuz Omar mengetahui exco mana yang menumbuk itu.

Silalah ke blog MSO untuk mendapat “dakwaan” tersebut. Carilah link ke blog beliau sendiri. Cumanya, Nampak tak trick beliau menggunakan nama Mahfuz dan kononnya Salahuddin Ayub menelefon beliau. Dia menjual nama-nama pimpinan ini untuk membina “kredibiliti” beliau sedangkan beliau telahpun terbukti seorang pembohong.

Suyuti Omar/MSO/Tinta Merah Ada Rekod Berbohong

Beliau telah melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap Husam Musa kerana Husam tidak mahu menolong serta mengagalkan usaha rakan bisness beliau (yang UMNO) dalam projek Jihad Ternak kerana Husam tak rela tengok Kerajaan Negeri Kelantan membeli kambing Jamnapari dari rakan beliau dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran.( Rujuk laporan di sini)

Serangan-serangan fitnah beliau telah diambil oleh ADUN2 UMNO terutamanya Norzula Mat Diah dan laporan2 BPR telah dilakukan oleh Norzula Mat Diah yang mana laporan2 beliau itu kebanyakkannya adalah print-out dari blog MSO/Tinta Merah/Suyuti Omar.
Lantaran dari itu, Husam telah disiasat atas bawah oleh BPR di kesemua pejabat Husam termasuk portfolio2 beliau yang selain exco. Hasil penyiasatan BPR menunjukkan Husam Musa BERSIH dari tudhan salahlaku dan rasuah sama sekali.

Ia memaksa Norzula Mat Diah meminta maaf secara terbuka di Bangunan DUN Kelantan awal tahun ini dan mengeluarkan notis permohonan maaf dalam Berita Harian. Untuk melihat butir-butir ini, sila baca di sini)

Ini bererti Suyuti Omar telah menyerang Husam Musa dengan khabar2 fitnah hanya kerana Husam Musa tidak mahu menyokong usaha rakan bisness beliau yang menjadi penyokong tegar UMNO di Selangor. Beliau membuktikan kepada kita bahawa beliau tidak segan untuk berbohong demi kepentingan dan kehendak pribadi beliau.


baca lagi di sini

2 comments:

Unknown said...

tuduhan berat ni.

cucu chemat melaka said...

MSO cuma dapat berita tu dari panggilan telefon dari org yg tak di kenali....berita yg tak tentu sahih lagi...mso dah berani keluarkan dan dapat di baca oleh org ramai....kalau2 lah berita tersebut tu palsu ...agak2nya mcm mana...kalau ada niat2 yg lain tak tahu lah..tapi ALLAH SWT tahu.....ingatttttt

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts