Friday, October 30, 2009

Nacha nafi ?????nak tipu siapa ni?


Nasharudin nafi beliau pemimpin Pas bermasalah(sumber yang bertulisan hitam dari Bernama)

Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa semalam menafikan beliau seorang pemimpin 'bermasalah' seperti yang didakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pak Lah pun nafi dia lemah..perghh...najib pun nafi terlibat dalam pembunuhan altantuya...

Katanya jika beliau seorang pemimpin bermasalah sudah tentu perwakilan tidak akan memilih beliau dan majoriti yang diperolehnya pada Muktamar Tahunan PAS ke-55 pada Jun lepas menunjukkan sebaliknya.
kini,pastinya perwakilan yang memilih dia sudah menyesal sehabisnya..terutamanya selepes pembongkaran pertemuan nya dengan blogger umNGOK yang selalu maki dan hina TGNA..

Nasharuddin, yang terkejut kerana namanya turut disebut oleh Menteri Besar Kelantan itu, bagaimanapun berkata ini adalah amalan biasa bagi pemimpin atasan untuk memberi nasihat kepada anggotanya.

Terkejut atau buat buat terkezut...well,biasanya,kalau ada orang kentut di tempat orang ramai,si pengentot pun sama sama tutup hidung..buat buat tanya "eei,siapa yang kentut ni,haram jadah betoi"

"Cara kami bekerja dalam PAS ialah terutamanya pemimpin atasan lebih lebih lagi beliau (Nik Aziz) sebagai pemimpin berpengaruh sentiasa memberi nasihat kepada kami.
TGNA dah menampakkan bahawa beliau nak ko letak jawatan dari pimpinan tertinggi PAS....awat tak dengar lagi nasihat TGNA rr?
"Beliau juga sentiasa mengingatkan kami mengenai sebarang isu dan apa sahaja tetapi dalam kes ini teguran itu datang menerusi blog (Tok Guru)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, semalam.
dulu dah bagi teguran,yang dalam blog tu bukan lagi teguran,itu arahan...

Penafian itu merupakan kenyataan sulung Nasharuddin sejak Nik Aziz menamakan beliau sebagai antara "dua tiga kerat pemimpin yang bermasalah" dan mencadangkan parti itu mengadakan satu Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menentukan kedudukan pemimpin-pemimpin itu.

nafi la ko nak nafi,tapi siapa yang nacha nak perbodohkan ni??
Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.blogtokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin dalam parti itu termasuk menyebut nama Nasharuddin, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Datuk Dr Hassan Ali yang merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor.

dan gua sokong cadangan tgna..hidup TGNA..

Nik Aziz mendakwa perlunya ada perubahan dalam "pemain pemain utama" yang menduduki kerusi kepimpinan PAS di peringkat pusat ini kerana masih berterusan dengan isu kerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.

betul tu Tok Guru....mereka harus berambus lagi baik..

Nasharuddin, bagaimanapun berkata Nik Aziz telah memperjelaskan apa yang dimaksudkannya dalam tulisan berkenaan kepada Jawatankuasa PAS Pusat semalam, dan jawatankuasa itu telah membuat keputusan tidak mengadakan EGM sebaliknya digantikan dengan Seminar Politik.

Belum dengar lagi kenyataan sulung TGNA selepas mesyuarat tu...tapi awat TGNA keluar awal...faktor kesihatan kot..atau ada sebab lain?

Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat lebih empat jam semalam sebulat suara memutuskan Muktamar Agung Khas (EGM) tidak akan diadakan, dan sebaliknya akan digantikan dengan seminar politik pada 7 Nov ini.

betul ke seBULAT suara???lantak la,,,,jangan seDACING suara sudah..

Selain itu, keputusan yang diumumkan Presiden parti itu turut mengarahkan jawatankuasa disiplin parti menyiasat PAS Selangor berhubung isu-isu yang dibangkitkan oleh Pesuruhjaya PAS negeri itu.
siasat???pecat terus je...sudah terang lagi bersuluh dia yang letak air kencing dalam cawan persahabatan Pakatan....(link)

1 comment:

Unknown said...

cukup-cukup la tu cerita pasal PAS.. PKR pun tak kurang juga ramai katak dalam tu..

Followers

Total Pageviews

sejak 19 april 2009,anda pengunjung ke :

pemberitahuan

gambar yang diletakkan bersama artikel adalah rekaan semata mata..tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meningggal dunia..


Popular Posts